Setiap dari kita mempunyai kelab faveret di hampir setiap negara. Macam di Malaysia, kelab faveret aku ialah Perak FA, di England pastinya Chelsea, di Indonesia pula PSMS Medan bahkan di Afrika Selatan pun ada, yakni Kaizer Chiefs.
Bila menyentuh mengenai Sepanyol dan La Liga mereka, maka ada satu kelab yang menjadi pilihan di hati. Lupakan FC Barcelona atau Real Madrid, anjing bawahan Rojiblanco jauh lebih menarik perhatian.
Kali pertama jatuh cinta dengan para pembuat tilam ini ialah pada tahun 1996, ketika mereka menjadi juara berganda La Liga dan Copa del Rey. Selepas itu mereka tidak menang apa-apa. Tak kisah, aku suka underdog. Chelsea satu masa dulu juga underdog.
Secara keseluruhannya Atletico Madrid telah menjuarai La Liga sebanyak 9 kali dan Copa del Rey juga sebanyak 9 kali. Secara statistik mereka jauh lebih berjaya di peringkat domestik jika dibandingkan dengan Chelsea.
Dari sudut sejarah. Tapi kita semua sudah belajar sejarah tidak membawa apa-apa erti dalam bolasepak, macam kes Liverpool dan bola pantai berwarna merah menyala.
Atletico Madrid pada masa ini sedang bergelumang dalam La Liga di tangga ke-15. Mereka baru dilaukkan 3-0 dalam perlawanan La Liga oleh Osasuna, bukannya Barcelona. Rekod mereka dalam Liga Juara-Juara setakat ini ialah tewas dengan FC Porto dan seri menentang Apoel Nicosia, sekalipun dibarisi oleh Diego Forlan, Sergio ‘Kun’ Aguero, Maxi Rodriguez dan Jose Antonio Reyes.
Apa barang bai?
Chelsea pula bakal turun pagi nanti setelah bermurah hati memberikan kemenangan kepada Aston Villa minggu lepas. Ianya sebagai tanda solidaritas yang tidak terhingga kepada Aston Villa kerana mengenang budi mereka yang meletakkan nama pertubuhan kebajikan (Acorns) pada jersi dan menyumbang sebahagian hasil kutipan tiket untuk pertubuhan tersebut.
Chelsea juga turut terlibat dalam aktiviti kebajikan mereka sendiri, Help A London Child. Ia sememangnya satu usaha murni yang harus dipuji dan jauh lebih berfaedah dari aktiviti seperti menjual bola pantai berwarna merah menyala yang akhirnya makan diri. Cerita lain.
Oleh kerana perlawanan malam ini menemukan dua pasukan faveret aku, maka hati aku berbelah bagi untuk membuat tilikan.
1-1 sajalah kot. Forlan untuk Atletico dan Anelka untuk Chelsea.
Dah aku nak pergi pantai, main bola.
ANDA SEDANG MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 Ulasan:
Tapi aku rasa poster yang ni cool gila.Macam anime Jepun.
Teringat aku kat Kickers.
Ada sape2 ada CD anime tu tak?
Nami O Fish,
Kau ni ikan ke?
Itu muka depan komik Atleeeeti, sebuah komik rasmi Atletico Madrid.
heheh...
stedi yob lucius...
kite berkongsi kelab yang sama di malaysia dan england.
kejor lucius kejor!!!!
mana nukilan penulis tamu.. nak jugak baca cerita pasal la liga ni.. hehehe..
ish Chelsea ni, orang suruh seri dia bantainya kasi 4 gol, hehehe
mandi bunga la kau Lucy. Ramalan kau salah.
wa x minat sgt Atletico... tp Sergio Aguero tu bagus, minat tgk... ada can nk jadi mcm Kaka & Messi in the future... cuma form dia skang mcm turun sket...
minat gile kat Torres semasa dia Atletico dahulu..
1st time chelsea menang 4-0 di bawah carlo...pestime lampard skot dlm open play di bawah carlo...chelsea jugak berjaya dapat 2 gol dr set piece...hope semua2 nih petanda baik yg bakal di jelmakan dalam liga hingga ke akhir musim.
betul jugak kate ymn...
chelsea kene bantai teruk ngan Atletico...
tapi semua tu 'bantai teruk balik'
macam sequel filem buli..... buli balik...
hahahahah!!!!
hmm,4 je??awat anelka xscore??
Anelka a.k.a Abdul Salam Bilal tengah biol fikir pasal nak pindah Turki bila pencen nanti...
relax, nanti bila dia dah tenang balik, siap laa!!
gua ngantuk lagi ni, tapi gua akan senyum sepanjang hari sambil mengenang iklan Celcom...
berbaloi-baloi...!!!!
mmg la... die x score, klu die score dah jadi 5-0,6-0 dan bnyak lg......
Entahnya, kalau Anelka skor mestilah bukan 4-0, mungkin 5-0 takpun 359-0 jadinya.
Apa kat sekolah dulu cikgu tak ajar kau matematik ke Bekam?
Nak kena bekam si Bekam ni.
Catat Ulasan