Malam ini Liverpool tanpa Gerrard dan Torres. Jadi apa harapan selepas 2 kekalahan pada perlawanan terakhir? Metilah nak menang. Masih ada Ngog, masih ada Kuyt, masih ada babel. Ok, mengapa gelak? Lawak sangat ke barisan tu? Itu barisan pemain yang tak lawak, selagi mereka main dengan penuh kesedaran yang mereka adalah pemain yang mewakili Liverpool.
Menentang Sunderland, yang hampir memalukan Manyu pada game terakhir, adalah sesuatu yang serius. Serius bagi menyatakan Liverpool masih pencabar kejuaraan pada musim ini. Empat kekalahan, ataupun seri bukan jawapan yang baik bagi sebuah pasukan pencabar.
Untuk malam ini, terlalu banyak harapan. Dengan harapan, tidak ada lagi kesilapan pada pertahanan. Dengan harapan, tidak ada lagi bola yang disia-siakan. Terlalu banyak harapan, dan seperti yang orang sudah tahu, semakin tinggi harapan semakin sakit bila kau jatuh. Jadi, malam ini, tidak lagi boleh jatuh.
Terdengar terlalu emosi? Ya, bolasepak hidup kerana emosi. Kalau tak nak emosi, mainlah dam. Tak kisah lah dam, apa. Dam haji ke, dam ular ke. Takpun main monopoli. Nak lagi best, main telur sendirik.
Predict: Liverpool 3. Sunderland 0.
Heh.
ANDA SEDANG MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 Ulasan:
Emosi sungguh ulasan ni..
Tapi memang betul. bola hidup kerana emosi..dan duit bookie kot..huhu
Go Scousers!
Kenapa kita tengok bolasepak ?? sebab emosi dan drama.. apa akan jadi bila tidak ada lagi emosi dan drama dalam bolasepak ??
www.RomaUltra.blogspot.com
kalau voronin masuk, jgn salahkan aku kalau ade mapley yg terbakar...
since xde keje aku nak nengok game yg x best mcm ni...klu keluar berite mapley terbakar...tau la aku yg voronin main...
'telur',menjadi satu medium terbaik dalam penulisan kini...hahahha
3-0 lah sangatttttttttttt!!!
hahahaha
kalah kali ke-4.
lupakan la kejuaraan BPL.. keh keh keh
salah predict bro..biaselah..bola kan...
Kesian...
"menentang sunderland yg hampir memalukan man united" hahahahahahah! sapa yg malu skrg! hahahahahah! dikalahkn oleh BELON FAN sendiri. kahkahkahkahkah!
Catat Ulasan