ANDA SEDANG MEMBACA

14

Piala Malaysia 2009

Pipiyapong Abdillah Hamzah Selasa, Oktober 13, 2009

Malam ini adalah perlawanan terakhir bagi peringkat kumpulan dalam kempen Piala Malaysia 2009. Walau bagaimana pun, perlawanan malam ini tidaklah menjadi penentu kepada kebanyakan pasukan kecuali bagi pasukan Kedah dan Pulau Pinang di Kumpulan E. Yang lain-lain tu gua tengok mata dua pasukan yang mendahului kumpulan semua dah jauh meninggalkan pasukan nombor tiga. Lagi satu gua tak faham juga apa pasal ada 5 saja kumpulan. Suku akhir nanti format main dia nanti macam mana hah? 10 pasukan sahajakah yang akan ke suku akhir? Apa pasal format dia tak sama macam format Piala Malaysia masa gua darjah 3 dulu? Apa pasal lama web FAM tak ada kasi tahu satu haram pun? Siapa yang hendel laman web FAM? FAM tak nak sub itu laman web pada Sokernet dengan bayaran 3 juta setahun ke?

Perlawanan Malam Ini

Kumpulan A
KL Plus lwn Perlis (Stadium Cheras, KL)
Pahang lwn Melaka (Stadium Darul Makmur, Kuantan) - Ramalan: Pahang 17 - 0 Melaka

Kumpulan B
N.Sembilan lwn Terengganu (Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi)
Johor lwn Sarawak (Stadium Tan Sri Hassan Yunos, JB)

Kumpulan C
UPB MyTeam lwn K.Lumpur (Stadium MBPJ, Kelana Jaya)
Perak lwn Johor FC (Stadium Perak, Ipoh)

Kumpulan D
KM NAZA lwn Selangor (Stadium Darul Aman, Alor Setar)
Polis lwn Sabah (Stadium MP Selayang)

Kumpulan E
Kelantan lwn Tentera (Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, KB)
P.Pinang lwn Kedah (Stadium Batu Kawan, P.Pinang)

*Semua perlawanan bermula pada jam 8.45 malam iaitu selepas sembahyang Isyak. Pemain bola sembahyang lepas habis main bola.

14 Ulasan:

medihebat berkata...

selagi pahang tak menang...selagi tu format akan tetap bertukar-tukar...biasa la sultan bola mmg cenggitu...sultan hoki tak penah la nak tukar format ke hape...sultan bola je suka buat gitu...

Mr feckry berkata...

oi ingat melaka takleh menang ke? memang takleh pun

Bapak berkata...

aku setuju Sokernet hendel laman web FAM. xkan RM3 juta setahun jer beb?

Jorji berkata...

hoben jang hoben!

Unknown berkata...

bagi menang 17 pun tetap tak layak masuk..haha

meor-name-depan-ku berkata...

pasukan manakah yang tak pernah tercicir dalam saingan piala malaysia....

semenjak era semi-pro ke divisyen ke liga perdana ke liga super kini??

kedah,selangor(dorang pernah turun divisyen...hahaha) pernah tercicir dari saingan piala malaysia...... ape ntah lagi team2 lain....

komer pikior lerr??

Kap berkata...

17-0??
tak payah suku akhir..
kalau dari dulu perform itu macam, sumpah team lain boikot piala malaysia..

buanglah atuk tu..
satu organisasi lembab..

deus X machina berkata...

sub kat gua pun leh gak...
gua dh nak grad ni....erk888

hampeh tul web fam tu...
sama cm sultan bola dgn menantu pak lah

bayam berkata...

wei Pahang menang 6-0 haha

juara kumpulan layak bersama 3 pasukan tempat kedua yg mempunyai mata tertinggi..

Sekian terima kasih..

bigbrother berkata...

hahaha..kelantan menang 5-0.
kedah dah out ler ngn format baru ni...

Amirul Idham berkata...

macam mana la laman web FAM tu nak tulis format liga atau piala malaysia kalau formatnya asik bertukar tiap2 2 bulan.... hehehe...

selagi sultan bola tu hidup, mmg format tu asik bertukar aje...

aiseh.. terkutuk sultan lak... abis la dolat muntah darah pasni...

hahahahaha....

ruhi_hayat berkata...

peh ni sudah lebih....tau ar pahang negeri luas...melaka kecik jer...tapi jangan ingat melaka ayam....common melaka...jentik dahi ngn tarik bulu hidung dak2 pahang....

Ameen Homestay berkata...

entah la..bola sepak malaysia ih hidup segan, mati pun segan. WEb yg simple pun tak terselia. Padahal peruntukan tahunan berjuta-juta. Payah benar nak gajikan seorang warganegara Malaysia yg mahir IT utk handle web FAM. main bola tak maju, bab IT pun x maju gak ? adei...usahkan 3juta, bagi 2k sebulan kat graduan IT yg nganggur ramai yg berebut !

akuadanama berkata...

>meyour...pasukan mana lagi,PERAK DARURRIDHUAN le.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...