Aiman tak kisah Liverpool menang malam tadi. Papa cakap, Liverpool menang tapi masih nombor 5. Papa cakap lagi, Liverpool kurang 6 mata dari Chelsea. Dah tu, Liverpool pun kalah dengan Chelsea hari tu. Papa ada cakap, belum tentu lepas ni Liverpool menang lagi. Aiman tak kisah.
Aiman tak kisah kalau semua orang tak mahu cakap pasal Chelsea. Aiman tak kisah kalau suratkhabar cerita pasal Liverpool. Aiman bukan suka baca suratkhabar pun. Tengok Cartoon Network lagi best.
Aiman tak kisah kalau pakcik-pakcik kat kedai kopi suka Liverpool. Aiman tak kisah pun kalau pakcik tu cakap Liverpool kaya dengan sejarah. Aiman budak lagi. Masa Liverpool hebat dulu Aiman belum lahir pun. Jadi buat apa Aiman nak kisah?
Ada seorang abang dekat taman perumahan Aiman, dia suka Arsenal. Aiman tak kisah juga. Papa cakap Arsenal main je terlebih cantik, tapi tak ada kekuatan mental. Aiman tak tahu mental tu apa, jadi Aiman tak kisah. Tapi Papa ada cakap, mental tu macam mendahului 2-0 tapi akhirnya seri 2-sama dengan West Ham United. Aiman tak kisah.
Tapi Aiman suka pakcik Gianfranco Zola. Pakcik Zola pernah main untuk Chelsea.
Aiman tak kisah masa Chelsea kalah dengan Aston Villa. Aiman tak suka marah-marah pengadil macam atuk Ferguson. Papa selalu pesan, kalah menang adat perlawanan. Aiman tak kisah pun bila Aston Villa seri 1-sama dengan Wolves.
Papa cakap, penyokong Chelsea mesti carefree. Aiman tak kisah carefree tu apa.
Manchester City pun Aiman tak kisah, sebab City bukan United. Papa cakap City seri 2-sama dengan Fulham, musuh derby dengan Chelsea. Aiman tak kisah sangat.
Aiman tak kisah juga kalau semua orang cakap Tottenham Hotspur boleh pecah monopoli Big Four. Spurs kalah dengan Stoke City 1-0 Papa cakap. Aiman tak kisah. Yang Aiman kisah bila Chelsea menang dengan Stoke City hari tu.
Lagi satu yang Aiman kisah, Joe Cole dah boleh main bolasepak. Aiman suka Joe Cole. Papa cakap Joe Cole melengkapkan formasi berlian Carlo Ancelotti. Aiman tak faham. Yang Aiman tahu masa Papa kahwin dengan Mama, Mama dapat cincin berlian.
Nanti Aiman nak minta Papa belikan baju Joe Cole untuk Aiman. Baju Drogba Aiman dapat dah.
Aiman suka bila Chelsea menang 5-0, dapat nombor satu. Aiman tanya Papa, kenapa Chelsea nombor satu, bukan Manchester United? Papa cakap kena tanya pakcik J Or Ji.
Sebenarnya Aiman tak kisah pun sebab apa. Aiman tak kisah pasal pasukan lain sebab pasukan tu semua kat bawah Chelsea. Macam Aiman tak kisah kalau suratkhabar cerita pasal Liverpool menang sampai satu minggu nanti.
Bagi Aiman, yang penting Chelsea menang. Papa cakap lepas ni Chelsea lawan Bolton Wanderers. Aiman tak kisah sangat. Yang Aiman kisah bila Chelsea lawan Manchester United lagi 2 minggu.
Tapi Papa pesan Aiman tak boleh kutuk Manchester United sebab Papa cakap, Mama suka Manchester United. Aiman tak kisah.
ANDA SEDANG MEMBACA
23
Rebiu: Aiman Tak Kisah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
23 Ulasan:
hahahaha..bagus Aiman
mesti pakcik j Or ji cakap
'ade aku kesah'???
hahahah!!!!
LONG LIVES THE BLUES!!!
Hahaha, budak macam Aiman ni yang kita nak. Pedulik hape dengan Liverpool, baru menang satu game dah riuh satu planet!
masa ni je la pun budak2 liverpool leh bising.. hahaha..
haha..terbaikkkkk dari kem chelsea...sentiase cool...
Terbaik gak dr kem Chelsea.
tp aku pelik, zhirkov injurd lg ke?
"Tapi Papa pesan Aiman tak boleh kutuk Manchester United sebab Papa cakap, Mama suka Manchester United. Aiman tak kisah."
kah kah kah...yg ni tak boleh belah!!
Haaaaa.. Tang mama ni aku dah tau sape.. hahahaha..
Macam gampannnnggggggg.....!!!! Keh keh keh
good boy...!
Joe Cole ni macam langsir tingkap, tingkap tu dah best, tapi kalau ada langsir... perfect!!!
it's our turn to lead the way.
Aiman ? kihkihkih.. dh kena la , pasukan penculik budak2.. aiman tu pn kena culik agknya..
Aku pun tak kenal siapa Mama si Aiman tu...
aiman pi baca sifir dulu.unkle tengah bersilat ni.
asal ppyapong makin kurang menulis. arsenal bukan point yg bagus utk di tulis ke?
juruh bdk aiman ni......bijok juga menepati karekter beliau.....
tahnyer PP...kate nak mnang liga sebelum tamat...
papa aiman dah tua sangat kot macam pemain2 chelsea.
patut mak aiman ajak sokong MU.hehe
apa2 korang kata...aiman jawap..aiman x kisah!
hahaha....x sesia aku sokong chelsea.menang besar pun x kecoh,kalah pun rilek.x de pulak kutuk2 pengadil,salah kan padang,salahkan bola sepak pantai,kalo kalah....kalah laa...buat post morten tang bocor....syukur,chelsea mmg blaja dr kesilapan,dan jadikan kesilapan sebagai pengajaran.sudahnya?drogba dpt gol dr corner kick.nice!
eh aiman, mana bola pantainya?
aiman suka dengar lagu?.. kat england skang, carta lagu no1 , liriknya macm ni
sowie sowei man U
kem chelsea ke nih
:D
best2
suke chelsea
go2 drogba!!!
aiman akan kisah bila da abes sezen x mng apa2x...heheheehee
pendek kate aiman bukan reti pun psal bola.Dok ngikut org je...kuikuikui
Catat Ulasan