ANDA SEDANG MEMBACA

23

Dari fail-X Sokernet

the alpha... 'that' Selasa, November 10, 2009

Mengikut kajian sokernet, hari-hari dimana bolasepak ialah permainan (riadah, mengikut TG Nik Aziz) yang bersifat global akan terhapus bila Amerika berjaya menglobalise serta mengkomersialkan kata nama "Soccer" menggantikan kata nama "football" untuk riadah bola sepak ini.

Sepertimana kita semua maklum, dunia ini terdiri dari America and the rest of the world. Ketika rest of the world main bolasepak (football), mereka main benda merepek (American football @ ragbi berperisai @ ragbi pondan) yang kita tidak berapa ikot dan ini membuatkan mereka rasa annoy. "Kenapa rest of the world ni tak follow" fikir mereka.

Lalu mereka fikir, mereka perlu memiliki "copy right" kepada perkataan "football" dan menukar maknakata nya kepada permainan ragbi pondan mereka dan memberi nama baru kepada bolasepak yang kita semua faham (football) menjadi "soccer". Ini matlamat akhirnya.

Perang saraf yang mereka aplikasikan ke atas bolasepak telah lama berjalan dan jika "reprogramming" ini berterusan dengan kadar semasa, theorically dalam masa kurang dari seratus tahun saja lagi, kata nama "football" akan menjadi milikan total kepada pelakuan pelik yang kita kenali sekarang dengan nama amerigan football itu dan hanya kurang seratus tahun saja dari sekarang, Pipiyapong junior akan menulis blog mengkisahkan kenakalan dia semasa bermain "soccer" semasa di kelas PJ derjah tiga dia pagi tadi.

Persoalannya sekarang, sanggupkah kita membiarkan perkataan "Football" menjadi milik kelakuan riadah ragbi pondan itu?

Dari mana asal perkataan soccer?
"Soccer is a colloquial abbreviation of association football. It is also the common name for the sport in North America, South Africa, Japan, Australia, New Zealand and Zimbabwe." - Wikipedia

Suffix 'er' kepada perkataan "soccer" adalah slanga sebutan kepada perkataan asal "socca" yang ianya merujuk kepada averbriation perkataan "association" dari perkataan penuh "Football Association". Association ->Socca->Soccer.

(rugby juga mempunyai suffix 'er' dimana di awal kemunculannya, ia digelar "rugger")

Ceritanya begini.

Pada kurun ke 19, Semasa bangsawan-bangsawan England memerangi cucu cicit kapten Jack Sparrow dan lanun-lanun lainnya anak-anak mereka di public school sibuk merangka standard set of rules untuk permainan-permainan yang telah lama mereka mainkan tetapi tiada undang-undang tertentu yang diterima pakai semua, common set of rules. Tennis, rugby dan beberapa sukan lain di mana diantaranya ialah sekumpulan lelaki dalam dua pasukan yang menyepak-nyepak bola bulat.

Permainan ini hanya setaraf teng-teng ataupun polis sentri saja ketdika itu. Perangka set of rules ini menamakan diri mereka "Association of schools" (kerana ketika ini, standard bola sepak hanyalah game budak budak sekolah, orang dewasa lawan pedang dan laga lembu*). Perkataan "football" datang kemudian, sangat makes sense kerana ia lebih menerangkan cara game ini dimainkan, bola yang ditendang menggunakan kaki. Stew ini beberapa dekad, ia telah mula matang dan mempunyai federasi sendiri "Association of Football".

Fast forward ke zaman sekarang, the rest of the world panggil bolasepak, Football. Perihal kenapa Ameriga sibuk nak juga panggil "football" kepada bola yang ditangkap dan dibawa lari, masih misteri.

Tak misteri sangat jika kita rewind balik, ahhhhh, rupanya game seperti ini sudah ada, Rugby. Dan ketika Ameriga ingat mereka tough sangat main benda ini pakai armor, rupanya permainan original dia lagi manly, tak pakai armor. Jadi kalau diberi nama "American Rugby" macam sissy lah mereka dilihat sebab kena pakai armor. Ia begini:

Rugby: Bare game, men tackling (memukul, membelasah) each other. Tough.

American rugby: Armoured game, men tickling each other (meggeletek) sambil di sorak sekumpulan bebudak blonde seksi. Not tough.

Jadi mereka panggil "American football" dipendekkan jadi football untuk tidak dikaitkan side by side dengan rugby original yang lebih tough, lebih manly. Ketika sedar the rest of the world dah ada permainan football yang lebih makes sense, it's already too late to change, again. Lalu Yanks ini mula panggil football the rest of the world "Soccer" dengan alasan, memang inilah nama originalnya.

C'mon yanks, we're all know it's not the case.

Now. Soccer.

Bolasepak bukan the only sport yang mereka dengki. Melalui Hollywood, mereka mula memperkenalkan sukan atau aktiviti yang dakwa mereka bersifat 'global'. Mereka main glorified cricket, paksa kroni mereka main sekali dan gelarkan liga mereka World Series. Dalam filem filem mereka, ahli sukan yang terbilang ialah sama ada:

1. pemain American 'sissy' Football
2. pemain glorified cricket yang mereka gelar world series.
3. juara lumba kereta jalan lurus yang mereka gelar Nascar world champion (kat negara mana lagi ada nascar yang mereka pepandai kasi honor world champion?)
4. apa apa sukan merepek yang kita tak pernah dengar.



Jadi sama-samalah kita didik orang orang di sekeliling kita supaya tidak terpengaruh dengan perang 'reprogramming' america ini jika kita tak mahu cucu cicit kita suatu hari nanti menangis sambil meronta ronta di depan kedai sukan sambil berkata "Atok, Mat nak kasut soccer tu".

Now,

mengenai nama blog ini sokernet, bukan footbal-sumthing, kami panitia penulis mula mengesyaki yang Pipiyapong ialah agen amerika yang ditugaskan di Malaysia.

Dan jalan paling selamat untuk terus menjadi peminat bola yang paling sejati ialah dengan meninggalkan kelab-kelab yang anda sokong sekarang dan beralih menyokong Tottenham Hotspur.

Sekian. Terima kasih.

*Jelas dilihat dari kata-kata Hemingway "the only true sports are bull fighting, mount climbing and motor sports. The rest are merely a game"

23 Ulasan:

bani berkata...

word!

Tengok.Dengar.Ikut. berkata...

interesting info!! thanks...

AJ berkata...

bro..kriket tu permainan british la. famous di negara2 komanwel esp india, pakistan, australia dan negara2 kepulauan di west indies..maybe yang ko nak maksudkan adalah baseball..yang ni famous kat banyak negara yang follow amerika spt jepun.

bb berkata...

Haaa, yang tu lah. Baseball.

bungwahab berkata...

artikel yg membosankan.sejarah lagi.kelab mcm liv,spurs,man u memang cerita sejarah je.chelsea jugak yang best

wani berkata...

Kepada cikgu-cikgu Sejarah yang makin berleluasa di blog ni, saya nak request satu benda boleh tak?

Memandangkan saya lebih banyak menghabiskan masa membaca entri-entri blog ini berbanding belajar paper P7 saya yang examnya kurang dari sebulan lagi, saya memohon jasa baik anda supaya membuat satu entri mengenai paper P7: Advanced Audit and Assurance saya boleh tak? Memang takde kena mengena dengan bola pun but if it'll make you feel any better, ACCA datang dari UK.

sekian, terima kasih.

Saya budak baru belajar yang bernama Wani.

eJAI berkata...

hye wani

Nazri berkata...

hai wani

Hidemichi berkata...

ok gak tulisan bb ni...entah kenapa mudah pulak aku fokus baca sejarah...tp hati ini ttp takkan terpaut pada Liverpol...minta maaf!

WWE pun ada juara dunia apa...

Pipiyapong berkata...

Woi lu diam diam laa. Gua baru je nak perdaya budak-budak sokernet ni. Yahudi bayar gua banyak ni.

pengkao berkata...

1. aku tak rasa ini soal global rebranding. berdasarkan pengalaman aku yang sekarang ni ada di US, americans ni tak kesah sangat pasal dunia luar unless benda-benda tu affect diorang punya national security and interest. aku tak rasa diorang nak satu dunia main american football pun sebab dengan keadaan sekarang pun diorang dah buat cukup banyak duit dan enjoy. aku rasa ko kena usha sikit macam mana nfl dan college football scene kt sini. bagi aku lebih meriah dari epl.
2. American History 101- Amerika merdeka dari British lebih kurang 240 tahun lepas melalui sebuah revolusi. Revolusi dari koloni-koloni macai yang supply bekalan dengan harga murah ke Britain kepada koloni-koloni bebas yang rebel, derhaka kepada raja/ratu British malah bersubahat dengan musuh britain tatkala itu, Perancis. Point aku di sini, American tak suka British system dan akan sentiasa cipta alternatif. left side driver, suis terbalik, pintu terbalik, baseball dan american football ada salah satu daripadanya.
3. American football= ragbi pondan: aku tak setuju. betul ragbi lebih rough, direct contact dan perlukan lebih fitness, tapi untuk main football ko still kena ada physical seekor lembu dan pelesit (bergantung pada posisi). Plus AF (American football, bukan akademi fantasia) banyak guna taktikal yang akan buat ko kata 'wow'. aku dulu pun macam merendah-rendahkan AF, tapi bila tengok banyak kali dan paham ko akan enjoy. senang kata, tak salah berbangga dengan budaya sendiri tapi janganlah sampai merendah-rendahkan dan bersangka buruk terhadap budaya lain.
4. aku main (padang, futsal, PES, FIFA) dan layan tengok football/soccer. pada masa yang sama aku tak terasa terancam dengan AF. soccer is just a term to make it easier for them to differentiate between these two sports. dan perbedaan term ni pun aku nampak memudahkan perkembangan bola sepak di US. percayalah, bola sepak sedang berkembang di US lebih dari AF berkembang di luar US.
5. sori tulis berjela-jela.
6. aku bukan ajen US macam pipiyapong.

mR. 32 berkata...

ahahaha..
aku stuju dgn mamat atas ni..
aku pun dh lame mengidam nk main AF ni..
terpengaruh dgn komik jepun nye pasal...
orang jepun pun dh mule main AF...
malaysia entah bile

dingin berkata...

lu punya aliran dah tahap rasul melayu
terpenagruh jugak aku

FdausAmad berkata...

Gua nampak,

sokernet going global...dengan robust

budak bengap baca, budak emo baca, budak intelectual baca, budak ckp org putih pun baca, awek ACCA pun baca (hai wani),

ustaz baca, ulama mesir pun baca..

sapa kata bahasa melayu tak global??

oni berkata...

nampaknya juga, peranan liverpool dalam kempen kesedaran celik sejarah dilihat amat berjaya. panitia sejarah di kementerian pelajaran patut absorb something dari kejayaan ini.

p/s: wani, seem you and me both love shawshank redemption! haih....

Pipiyapong berkata...

Hai Wani. Nama abang, Jef. So bila kita nak dating?

medihebat berkata...

hai wani...camna nak amik ACCA jika kita tak berduit...? bulih tak saya temani wani mengulangkaji wlpn paper audit saya dulu cukup makan je...?

Lucius Maximus berkata...

Hi Wani,

http://www.facebook.com/luciusmaximus untuk belajar ACCA

Tabok berkata...

Orang Amerika suka game yg score die banyak2 beb. tgk laaa basketball, AF dll. sume score berjela2. But aku still tak setuju panggil american football. main cam ragbi, tapi football. ntah hape2. pastu diselangi dgn filem2 yg berkaitan dgn nye. what an american dream...

wani berkata...

okaaaaaay, korang semua ni kan....

ini ke penyebabnya dapat 120 profile views semalam....??

medihebat, kamu serius ke pasal nak amik ACCA tu? markah audit saya pun selalu cukup makan je.

medihebat berkata...

@wani-keseriusan saya tahap suam kuku je tapi kalu ada lubang bulih amik ACCA, bisa jugak...

~ http://www.facebook.com/luciusmaximus untuk belajar ACCA----------> hahahaa...macam setan...!!

wani berkata...

medihebat, UiTM ada ACCA.

Izzat berkata...

aku rase kutuk permainan/sukan yg lain mmg xpatut, lebih2 lg kalo nk 'gaduh' pasal nama, cam haram jer...huhu
biarla die nk letak nama apa pon, yg penting intipati game tu, dan satu lagi, kalo diorg nk letak nama 'bola sepak' ker, baru lar aku rase berbaloi utk 'gaduh' atau sokong pasal benda nie, huhu...
aku stuju ngn 'pengkao', kalo dh faham dan tahu camner game tu dimainkan, mmg bleh suka pd sesuatu game tu...

-peminat 'Eye Shield 21' (jgk), dan Taekwondo,(bola sepak sbg sukan alternatif) huhu-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...