Respect: Muzika Bimbingan Kanak-Kanak adalah sebuah DVD drama muzika popular yang berguna dalam membantu proses pembelajaran kanak-kanak, terutamanya dalam memupuk rasa hormat kepada orang lain. Digubah dengan hasil tunjuk ajar serta nasihat dari Jorji, peminat tegar Manchester United dan juga seorang bapa berpengalaman.
Sinopsis
Pak Alex, seorang lelaki tua kutuk tak sedar diri kaki kompelin pengadil adalah seorang cacai hina yang tidak pernah mempunyai rasa hormat kepada pengadil bolasepak. Oleh kerana sikap buruknya itu hidupnya sentiasa diliputi awan mendung serta kebencian yang mendalam hingga hatinya hitam dan Pak Alex bertukar menjadi seekor setan yang kemerahan mukanya.
Dengan takdir, satu hari Pak Alex ditemukan dengan Stamford, seekor singa Chelsea yang sentiasa carefree. Stamford membawa Pak Alex mengembara di Bluesland dan dari pengembaraan ini Pak Alex belajar erti kesabaran, kasih sayang dan peri pentingnya menghormati pengadil bolasepak. Sepanjang pengembaraan tersebut Stamford dan Pak Alex menyanyikan lagu kanak-kanak penuh riang diseling kicauan burung dan diwarnai pelangi indah.
Senarai lagu-lagu:
1) Glory Glory Naik Lori
- kisah sebelas lelaki dari Manchester yang suka naik lori demi menjimatkan minyak (moral: jimat-cermat)
2) Fletchermu Fletcherku Jua
- lagu tentang lelaki yang dihantar ke London untuk menjadi pemusnah sebaliknya insaf dan menjadi dermawan tendangan percuma (moral: orang memberi kita merasa)
3) Anak Rusa Nani
- kisah lelaki Portugal yang membela seekor anak rusa (moral: sayangi binatang)
4) Ikan Carrick
- ikan Carrick mak iloi, iloi, ikan Ferdinand mak ilai, ilai (moral: ikan tidak boleh bermain bolasepak)
5) Bapaku Pulang Dari Manchester
- kisah seorang bapa (Pak Alex) yang pulang dari Manchester dengan hadiah kereta kecil berwarna merah (moral: memberi hadiah lebih afdhal dari memberi kompelin)
6) Tanya Sama Rooney
- tanya sama Rooney, apa sebab goyang, nanti jawab Rooney, pengadil yang goyang, tanya sama pengadil, apa sebab goyang, nanti jawab pengadil, tanyalah Fletcher, Fletcher nanti kata, aku tekel bola, sampai dekat bola, Ashley Cole jatuh, pengadil tiup wisel, kasi satu free kick, Lampard tendang bola, Anelka jaring gol (moral: Chelsea 1 Manchester United 0)
Untuk tempahan sila hubungi 1-300-88-PAK ALEX dan tekan 1 untuk bercakap dengan ejen Manchester United kami, Jorji atau Nazri.
Stok terhad. Diskaun 25% jika anda peminat Red Warriors, kerana sepupu-sepapat dengan Red Devils.
ANDA SEDANG MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
34 Ulasan:
ambik menang dulu. Nanti kami datang balik.
Hahhahaha...padan muke
keh keh keh... wajib beli cd ni...pasang kat tadika suh budak2 dengar...
meh.. merecik... siap lagu khas tu... xpe2..
Jorji, ku nantikan kedatangan mu kembali, hehe!
'chelsea-chelsea namanya diberi..cikkebum(2x)
putih-putih italy anceloti....
merah-merah muka alex ferguson..
sape yang baik hati darren fletcher..
terus baagi free kick'
lagu memori mase belum akhil baligh!!!
the blues still got the blues!!!!!
menang 1-0 mcm rasa bagus jea bro..haha..
cube kelas kan bro tahap kemenangan ni..(ahh terasa mcm support arsenal plak..)
neway congrats atas kemenangan..
perjalanan maseh jauh..cuma chelsea langkah kanan..
glory2..
Aduhh haii sakit perut den tergolak...siap ado lagu rhymes tuh...
macam mano boley ado ikan Carrick tuh?HAdohaiii..kreatif gilaa..
incik meyour siap ado lagu cikebum (2x) tuhh..aakakaka...somput somput..
aku minat lagu cikebom...dan tanya sama rooney...
Mana tukang grafik chelsea ni. main tepak je kepala singa tu. Ini album premium, kualiti tak boleh dipandang ringan.
mesti beli ni....baek utk kchatan...
ada free poster atau sticker keter?
hah red giant x dapat diskaun ke?
potong bebek Fletcher,
masak di kuali,
Rooney minta bola,
Kene cantas kaki,
Glory ke kiri glory ke kanan,
lalalalalalalalalala...
Alahai...
modal gambar nih lagi? har har har.
tak kreatif lah idea nak provoke. tak terusik sikit pun hati walaupun sedikit sedih kalah kat Stamford Bridge. tahniah lah buat Chelsea. jumpa di Old Trafford pula. mana tau, bleh kalah lagi MU kan?
Glory Glory MU.
hahahaha....anak rusa nani tu mmg betul2 coincidence...
Wah Chelsea boleh jadi juara lah kalah kan Man utd hahaha
bukan terry ke yg score?? asal name anelka lak naek?
Mana gua punya free copy, Jorji?
kelakar la..
bleh gelak guling2 nih
kata fans chelsea!!!,,
tpi asal tulis ANELKA yg score nie???,
mana dia JOHN TERRY?????,
anelka yg score...mula2 mmg terry claim..tapi anelka dapat touch bola tu semasa dalam laluan ke gol....
jorji,
tolong buat sesuatu..tolong..
[b]dingin berkata...
mana tukang grafik chelsea ni. main tepak je kepala singa tu. Ini album premium, kualiti tak boleh dipandang ringan [/b]
wahaha.... xboleh blah.... wa rase duit hbis kat beli mercun kot... sbb tu xmampu bayar gaji kt graphic artist...
lepas kena kepala terry, terus kena kepala anelka...
haha...
cam sial dowh lagu tanye sama rooney...
superimpose cam gampang haha...tp x dinafikan article lucy ni mmg ade class memandu kuikui
alamak geng...terry claim gol tapi official kasi anelka laaa...pape pon kemenangan tetap kepada tuan rumah...
http://www.chelseafc.com/page/LatestNews/0,,10268~1870656,00.html
enche' lucius,
kali ini baru dinamakan adil!.
hahahahaha.
alex ferguson, pencen dah amik belum?
"Stamford membawa Pak Alex mengembara di Bluesland dan dari pengembaraan ini Pak Alex belajar erti kesabaran, kasih sayang dan peri pentingnya menghormati pengadil bolasepak."
Bukan Stamford ke yang ajar Drogba sumpah seranah seorang pengadil yang bernama Ovrebo di semifinal Juara Liga Eropah dahulu?
gua nak lagu "tanya sama rooney" je...version donlod x de ka...wakakaka
untuk abang ttb, obrevo tu jgn kata sumpah seranah, patut kena ludah je ref macam tu...
Au revoir Chelsea!! Come to OT when you won 18!!
(saje je nk blagak cam fans Liverpool blagak kat Cantona dulu, hehe...)
Catat Ulasan