ANDA SEDANG MEMBACA

68

Jangan Kata Aku Tidak Sumbang Apa-Apa

LuciusMaximus Rabu, November 18, 2009

Kepada mamat dan minah di luar sana yang bising kerana aku hanya tahu kompelin pasal bolasepak Malaysia, harap maklum kompelin aku telah dijadikan sumber inspirasi artikel suratkhabar Sinar Harian.

Artikel asal dari blog peribadi aku di sini. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, manuskrip artikel tersebut telah dijadikan sumber rujukan di Southampton Solent University untuk kursus Football Studies with Business (Honours), MBA Football Industries (University of Liverpool) dan Masters in the Administration of Football di Johan Cruyff Institute for Sport Studies. Terjemahan dalam bahasa Inggeris berada dalam simpanan peribadi Sepp Blatter sementara terjemahan Portugis dalam pegangan Pele. Turut dikhabarkan satu terjemahan Tamil telah dibuat untuk panduan M Karathu.

Sukacita juga dimaklumkan bahawa sesalinan artikel ini telah di hantar melalui emel ke FAM lama dahulu (juga beberapa artikel bolasepak Malaysia yang lain). Dukacita dimaklumkan bahawa tidak ada satu pun mendapat jawapan balas dari FAM, biar pun hanya sekadar ucapan ‘terima kasih’.

Tapi sekurang-kurangnya bila diterbit kembali dalam Sinar Harian, mungkin KJ akan terbaca sambil lepak-lepak di lobi hotel. Atau sekurang-kurangnya Cikgu Mang Dagu akan baca sambil pekena Keropok Lekor kat Losong tu.

Senyum sokmo!

68 Ulasan:

Lim Eng Leong berkata...

yang ditungu - tunggu , si lucius maximus !!

SFB berkata...

caya arr lucy... sempoi...

meor-name-depan-ku berkata...

petang ni Malaysia lawan uzbez, kelayakan piala asia. prediction korang brape?? heheh...

bungwahab berkata...

secara jujur dan ikhlas.
kompelin jer lebih, analisis panjang dan dimana fakta copy paste dari ulasan yg pernah dihurai kaki kompelin lain dan fakta dari internet.takde penyelesaian yang ampuh yang dapat direalisasikan.nampak ilmiah tapi kosong.
layak dianugerahkan pakar sejarah kompelin.

tahniah lucius.

SFB berkata...

Sinar Dimaja Mai Sarah FC --> baru ari ni aku kenal Kelab ni.. ingatkan kelab dangdut td.. haha

paiseh berkata...

bila lagi nak FIFA nak tukar SU aa?? gua rasa lepas sepp blatter ni gua nak calonkan lu laa brader.. jauh sangat lupunya pandangan.. cerah masa depan~

.Gory. berkata...

owh, maaf bungwahab, penyelesaian adalah tugas mereka yang diatas lah, tak kan pulak nak suruh encik lucius ketuk pintu dan hidangkan penyelesaian, lainlah encik lucius seorang tan sri ternama. FAM memang tidak akan layan pandangan manusia biasa.

brader lucius, maaf sebab tak nampak sangat artikel tu, dan aku memang ingat sangat artikel brader ni. ada tak depa kredit nama lu?

bungwahab berkata...

sumbangan lucius kepada bolasepak malaysia....
kompelin terpanjang dalam sejarah bolasepak malaysia.
jom ramai2 kita kompelin macam lucius untung2 malaysia menang world cup.

Dewajiwa berkata...

takkan takde saguhati langsung?

meor-name-depan-ku berkata...

Iqra' bermaksud bacalah...itulah surah pertama diwahyukan Allah s.w.t kepada Rasullullah, membaca jambatan ilmu. membaca dan menulis adalah berkait rapat bagai Anelka dan Drogba... Takde org nak tulis.. tak adelah orang nak bace..

bungwahab, sekurang-kurangnya inisiatif lucius untuk menulis adalah satu perjuangan juga, ingat mata pena setajam pisau dan dgn semangat pena itu lah telah melahirkan pak sako, rahim kajai...tulisan mereka telah menaikkan semangat kebangsaan dan menyedarkan org melayu untuk merdeka!! ingat Merdeka!!!

so, janganlah sinis tak menentu hala dengan mereka yang menulis, tanpa penulis mungkin bungwahab tidak dapat membaca buku teks mase di seolah rendah mahupun menengah!!!!

Komen biarlah membina, tak kira panjang atau pendek!!! walaupun ada unsur-unsur humor..

AKU SAYANG SKUAD KEBANGSAAN walaupun mereka tak 'sayangkan' aku sekarang!!!

Redz da Tsar berkata...

Hidup Lucius... aku cadang ko jadi penasihat Presiden FAM... Nak jadi presiden macam payah je sebab Presiden nie orang kuat FAM... hehe

ayobkelubi berkata...

bung wahab

sekurang-kurangnya kompelin lucius sudah sampai ke akhbar walaupun bukan arus perdana.
sekurang-kurangnya komplein lucius ibarat mewakili rakyat malaysia yang masih sayangkan BOLASEPAK KEBANGSAAN ini!.
sekurang-kurangnya sedikit sebanyak idea yang ingin disampaikan oleh lucius bakal membuka mata pengurusan bijak pandai FAM tu!. insyaALLAH.

apa-apa pun, janganlah terlalu sinikal dengan kompelin yang maha panjang katanya, kalau diri sendiri yang masih paranoid dengan "attitude" yang ada, lebih baik mewakili diam mengantikan salakan di gunung yang tak akan runtuh ( melainkan hari kiamat).

apa-apa pun, tahniah lucius, tak sia-sia kerajaan amik lu jadi PTD. hahahahaha.

ayobkelubi berkata...

oh ya, penulis artikel sinar tu juga ada blog.

boleh pergi lawat blog dia ucapkan tahniah atas artikel ini..

http://kelambu.blogspot.com

aku tengok nama, laaaar si kelambu ni rupanya. hehehe.

cayalah kelambu!

ayobkelubi berkata...

lucius,

aku nak tanya, artikel kau yang melibatkan perkara pucuk pimpinan FA negeri.

adalah telah menampakkan perubahan?

contoh Kelantan FA baru-baru ini, DATUK ANUAR MUSA yang memimpin walaupun PAS yang memerintah, kerana barangkali ANUAR MUSA benar-benar cintakan bolasepak dan KAFA?. mmg menakjubkan perubahan yang berlaku dalam KAFA, dua kali final untuk tahun ini, seolah macam kebangkitan yang "ultimate". tahniah KAFA.

boleh bagi komen sikit lucius?

sharkzsky shahir berkata...

bro hati-hati artikel best yang buat org nak plagiat

Kamarul XY berkata...

Perghh.. Rileks je..

Unknown berkata...

hahah.. ayob dah pecah rahsia.. masa aku nak tulis artikel ni memang aku syak unsur plagiat akan muncul. tapi aku pegang kenyataan lucius, dia buka artikel ni untuk sesiapa siarkan dan aku sekali lagi minta izin tuan punya. mulanya, aku memang rasa nak rombak total struktur artikel, tapi apa yang lucius tulis dah cukup sempurna. jadi aku cuma tambah garam sikit-sikit saja. aku juga terpaksa pecahkan artikel ni jadi beberapa fragmen sebab terlalu panjang. mungkin lepas ni rancangan rombak liga idea lucius akan muncul. dan proses nak terbit artikel ni pun aku kena manis muka dengan bos sportdesk (nak dapat satu page punya pasal). aku harap korang faham sebab apa tak ada kredit nama dia. artikel ni juga jadi artikel analisis sukan pertama dalam sejarah penerbitan sinar. mungkin yang pertama dalam sejarah surat khabar malaysia. idea besar mesti dikongsi beb. untuk bro lucius, ada rezeki jumpa gua belanja makan!

r.k berkata...

this is the beginning guys.

tahniah lucy, terima kasih kelambu.

semoga akan ada perubahan.

::yang lain, mari kita menulis lagi, tak kesa la panjang ke, pendek ke. yang penting niat dan isi.
^^

mizu_sama berkata...

bung wahab nih endon.dia mana senang tgk rakyat malaysia nak bangunakan bolasepak kita. jadi kawan2,kita ignore jer bung wahab nih.cucuk buluh karang,keh keh keh

aranhellstorm berkata...

dari dulu gua rasa bungwahab ni macam pain in the ass lah..meraban tak tentu pasal..

sinikal tak tentu pasal.. tapi aku buat tak nampak saja..tapi makin menjadi-jadi plak..

dari hadis nabi, kalau tak suka sesuatu dosa/maksiat/kejahatan/kekufuran tegur dengan tangan, kalau tak mampu dengan mulut, kalau tak mampu tegur dalam hati..dan itulah selemah2 iman..

dosa FAM adalah membiarkan sukan yang kita suka berada di tahap yang memalukan, harus ditegur, kalau ada kuasa buat rombakan, kalau takde kuasa macam kita, peminat tegar sukan ni, tegur la dengan mulut atau penulisan.

lain la kalau si lucy ni KJ, harus la kau keluarkan ayat2 standard sinikal kau tu pada dia.

btw, bungwahab ni orang FAM ke? macam terasa hati je dgn penulisan2 dekat sokernet ni..?

heh..

(gua saja jek kipas lucy nih, kot2 dapat jadi ketua editor sokernet.keh keh keh)

mizu_sama berkata...

Sense of belonging.

aku suka betul ayat nih.mudah nak paham.aku yakin setiap yang melayari laman web ini pernah menghadiri diri ke sekolah.baik peringkat rendah mahupun menengah.

Bagi mereka yang meminati sukan bola sepak ini,dan mempunyai bakat, pasti ada menghadiri temuduga terbuka untuk mewakili sekolah. Sense of belonging. Ini la maksud saudara lucius.

Kita tengok saja perlawanan antara sekolah menengah ahmad boestaman melawan sekolah menengah tok perdana. walaupun kedua- dua buah sekolah itu hanya bejarak 2km,bahkan ada sekolah-sekolah yang hanya di pisahkan dengan pagar sahaja,tapi bila perlawan bola sepak, pasti wujud penyokong-penyokong mereka yang tersendiri. Sense of belonging. pelajar merasakannya.

bungwahab berkata...

lepas ni kena tulis kompelin panjang2,kompelin merepek-repek pun takpe janji panjang boleh masuk paper.tak masuk paper sinar masuk paper bacaria pun dah boleh berlagak dah.
sebab kompelin bersejarah ni masuk paper malaysia akan menang lwn uzbek ptg ni 7-0.
mari kita bangunkan bolasepak negara dengan kompelin beramai-ramai.

meor-name-depan-ku berkata...

bungwahab, lu boleh pegi main bola dua bijik!!!!

jelas x sekarang??

mfh berkata...

apa masalah bungwahab ni?

lucy, lu ada utang apa2 ke ngan bungwahab?

mizu_sama berkata...

bungwahab nih penah tulih komplin bejela tapi tak masuk paper.sebabnya komplin bejele dia tak ada isi.kosong.

nmz berkata...

pergh
lucius
ditunggu2 tulisan anda tau x
yeah, tahniah lucy:)

David Archuleta berkata...

Aku sokong bung wahab..
xkn tulis pasal nak feymes kot?
tu aku ckp sblum ni, tulis klakar2 sbb nak popular je buat ape?
ikhlas la skit, brhemah..
ni x, bru org curik skit msuk dlm srt khbar, dah bangge lak..
Ape yg berisi die pnye entri pun aku xtau?
ape slh fru dgn ko bro?

eddie dewanaga berkata...

brader2 semua.. kita jgn teruja merobohkan dinding yg sedia runtuh, jom bangkit bersama utk sokong bola kita...

gua cadang kita suruh FAM bikin roadtour carik seberapa byk belia2 yg minat bola, masuk utan sekalipun, redah ulu mana2 pun... yg cintanya pada bola, baktinya untuk negara...

cari dan form 2 team terus, tanpa terikat dgn mana2 persatuan negeri.

David Archuleta berkata...

aku sokong eddie...
tp ko bace statement die yg 1st tu..

"Kepada mamat dan minah di luar sana yang bising kerana aku hanya tahu kompelin..."

kalo xnak org bsing, xyah la tlis dkt blog...
tlis kat krtas A4, lpas tu bce sorg2 sblum tido..

xkn ko nak pakse org terime ko nye ulasan?
matang la skit bro..
kate same2 syg bola m'sia, tp ape jadah statement ko tu?

mizu_sama berkata...

kasutkusut, ko dah baca artikel lucius tuh? x berilmu ke tulisan beliau?x berhemah ke? apsal fru pun tetiba masuk kasut?

Point of View berkata...

kasutkusut, lu pun kalau tak setuju tak payah la baca tulisan si lucy tu pastu komen bagai nak rak, apa punya bebal la lu brader?

gua kesian jugak kat lu, 22 okt 2008 mula tulis blog, tapi 6 oktober 2009 dah tutup blog. pulak tu dalam setahun tu 5 pos je lu larat tulis, komen satu haram pun takde. patutla lu berbulu gila dengan lucy, lu jeles eh orang lain lagi feymes?

lu rilek sudah bro. agak lu tak leh blah dengan lucy, lu tak payah la baca tulisan dia, lu tulis je blog sendiri pastu suka-suka baca dan komen sendiri, hahah!

wa bajet lu ni mesti rempit, sembang pun dah macam rempit...

lek la bro, hek eleh!

David Archuleta berkata...

aku mksudkn entri die yg sblum ni...

bce la statement yg 1st tu, x mcm nk brlagak ke?
statement tu die refer dkt entri die sblum ni..
aku trase, aku kompelin la..
xnak bg aku kompelin, ban la aku dr msuk blog sokernet ni..

ala, bnda simple je bang oi..
tp knape nk kene brlgak?
nazri pun aku tgk rilek je..
nazri siap org mki hmun lg dkt entri die, rilek je die..
xde nk huru hare pun..

sori nazri, bkn nak heret ko same dlm hal ni..

David Archuleta berkata...

point of view..

internet ni open..
hak aku nk bace ape2..
aku suke blog sokernet ni, aku bce la..
kalo aku rempit pun, slh ke aku nk bce n kompelin?
blog aku mati pun, xde kaitn dgn ko kn?
jgn pndang org lain sblah mate bro..

Point of View berkata...

lu memang kusut la bro, lu baru baca sokernet ke?

bungwahab berkata...

sense of belonging.....
faktor ni dah takde kat peminat bola malaysia sebab ramai yg 'sense of belonging' peminat bola malaysia ada pada pasukan terhebat dunia chelsea termasuk pakar sejarah kompelin sendiri.

sebab pasukan spain menang euro08 hari tu kerana peminat dia sokong kelab chelsea yg hebat dan yg penting ada sense of kompelin yg tinggi.pandai tulis kompelin kosong panjang berjela dan masuk paper kat spain.

David Archuleta berkata...

point of view..

ko dah lame sgt ke bce blog ni?
dr kecik lg ke?

LuciusMaximus berkata...

@ayobkelubi haha terima kasih bro terbongkar juga siapa mamat sinar harian ni sebenarnya. Pasal kes Annuar Musa dengan KAFA tu, susah nak cakaplah, sebenarnya dengan jadi Presiden KAFA pun dah meningkatkan populariti Annuar Musa selaku pemimpin UMNO Kelantan, kira ada udang sebalik batu jugalah. Lepas tu apa barang 2 atau 3 hari sudah keluar TV rayu bantuan kerajaan negeri untuk KAFA? Kata pro?

@kelambu Haha aku pegang lagi kata aku sebelum ini, kau boleh tulis dan terbit kembali dalam akhbar asalkan untuk faedah sukan bolasepak. Jangan risau aku tak tuduh plagiat atau berniat nak saman. Okay sebenarnya tadi ada niat nak saman tapi bila kau cakap belanja makan terus aku ubah fikiran.

Point of View berkata...

lama tu taklah brader rempit tapi dari hari pertama Sokernet lagi la. sebab tu gua paham konsep satira blog ni, semua penulis kat sini pun tulis berlagak dan perasan best jadi bila lucy keluar ayat riak gua paham dah memang standard sokernet keluar ayat-ayat perasan best ni.

kitorang semua lek je, keluar ayat riak kitorang bantai gelak je, lu je kalut bro.

lu rempit kat mana abang kusut? lu pakai rxz ke lc? gua nak tukar sporket baik punya lu ada lubang tak?

David Archuleta berkata...

ko ni...
sush gak org mcm ko ni kn?
kan hak aku nak kompelin?
ape mslah dgn rempit lak?

aku rempit dlm kain mak ko..amacam?
hahahahaha...

Unknown berkata...

kasut, lu emo ke?

meor-name-depan-ku berkata...

sudah-sudah...
game hari ni ....Malaysia lawan usbez, aku percaye yang komen kat sini termasuk aku tak pegi
kan???

mizu_sama berkata...

bung wahab,gua bg contoh mudah jer. kalo pasukan bola sepak skolah ko lawan pasukan bola sepak sekolah lain,ko ada rasa nak sapot tak pasukan sekolah ko?melainkan ko nih peminat pandu puteri yang tak ambik tahu pasal bola sepak,

kat situ la wujud sense of belonging.

haihh,benda simple pun susah nak paham,ini kan nak cerita startegi bagunkan bola sepak negara. patut la...kesian.

David Archuleta berkata...

scoot

aku ke yg emo?
aku pun xtau..
ntah sape yg melalut dlu..
nombor ko lawa kn?

Point of View berkata...

pandai pun lu brader kusut. tu pasal la gua cakap lu, lu rilek sudah. lucy nak tulis apa pun hak dia la, lu kompelin lebih-lebih, bila orang lain kompelin kat lu macam lu kompelin pasal lucy, lu jangan gelabah la bro. lu ni macam mat rempit naik lc sembang kencang, ajak test dengan ex5 dah terkencing, apa barang bai?

gua rasa la kan, kalau lu dari dulu rajin baca sokernet lu mesti tau lucy bukan takat kompelin je. tu brader khairul azman skru lutut dia longgar, lucy yang tulis kat sini tolong kutip derma untuk brader khairul. gua rasa takat ni kat sokernet lucy sorang je yang tulis pasal kebajikan pemain bolasepak tempatan. lu ada derma tak? ke lu pakai habis duit mak lu kasi buat beli rim motor baru?

lagi satu gua nak tanya bai, lu ada converse all star yang lusuh dan kusut tak? gua nak angkat satu la, ada tak?

eddie dewanaga berkata...

hahaha... dah, dah... jgn nak petik nombor pulak... hahaha... no. scoot memang cantik, sebab tu unit secret society PDRM pakai D7.

nombor jersi gua dulu 36, lagi lawa kan..?

David Archuleta berkata...

point...

gua lu bai, gua lu bai...
mcm brader2 la ko ni..
ala..
bnda ni start wktu die tulis pasal Final Piala Malaysia tu..
die kutuk, aku perthankan...
slh ke?
kali ni aku kutuk, korg lak prthankn..
slh gak ke?
xkn sume nk skong die?
aku rebel..

cnverse tarak..adidas jamaica ade la..aku nk tlak rm150..

Unknown berkata...

Point,

Kalau converse Black Sabbath.. Memang wa pernah tengo commentator sokernet pakai..identiti rahsia lah..

kasut,
Lu nak jadi cam James Dean ke? Rebel without cause..

Kasut ngan point, mlm ni turun highway Federal..Exit Hilton Sampai Exit 222..sape menang dapat Season tiket team Sinar Dimaja Mai Sarah FC.

David Archuleta berkata...

scoot..

aku nak jadi Bob Marley, Soul Rebel..
hehehehe..

ko xnak join?
aku ada Karisma..
hehehehe...

oni berkata...

aku tumpang syukur! lucy, sia mau tanya ko sikit bah. mantap tak keningau? sia punya post ada kosong di sana, terpikir mau cuba nasib. macam bah?

David Archuleta berkata...

Blog ni best...

http://holywar-efairy.blogspot.com/

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Kelambu,
Bab belanja makan tu apa kata lu gantikan dengan gua. Bukan apa, gua tengok Lucius ni sibuk orangnya. Takde masa lapang langsung. Kerja banyak. Amacam?

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Lucius. Akhirnya terpampang jua. (Dengan takburnya, aku ada pernah tolong menolong e-mail artikel tu kat FAM/Berita Harian/Utusan)

Sinar pun jadi-la. Pelan-pelan naik ke peringkat Sultan Bola.

r.k berkata...

^^"
its okey to argue but its important to admit own fault.

bung wahab, zero intellect opinions are like talking to shoes. kamon, i know u can argue with more facts. or at least, coming out with SOLUTION.
As Lucy did, not only complaining but also proposed solutions.

kusut, dah baca artikel sebenar tulisan lucy?
tell me, which part is not 'berisi' ?

Amjat berkata...

lucius,bukan setiap negeri kita ada liga peringkat daerah sndiri ke?macam aku tgk skang ni selangor punye liga paling aktif. Dulu ade gak member aku ajak join Hulu Langat FC,tp sebab aku busy ngan stdy aku tolak ar. So, idea lu psl liga ni sbnarnye dh ade cuma tak berapa bagus pelaksanaan dia.Maybe kat sesetengah negeri xde lg kot...

Unknown berkata...

pipi,
mau belanja makan kena kasi idea besar la. idea macamana nak naikkan pasukan pahang yang jatuh liga misalnya. 12 mukasurat a4, double spacing, times new roman.. haha..

hah lagi satu utk lucius,
bab sultan bola dalam poin 1 memang tak boleh nak bagi lepas jugak. provokatif sangat kata diorang. senang cerita takut surat urusan paduka baginda sampai. biasalah cari makan juga..

Wanturd™ berkata...

nice one!
tp btol la..papehal pon, sultan bola kena undur dulu..and aku mmg terbuka mata pasal struktur liga ni.yela.aku bukannye mahir bab2 bola ni. dan bagi aku ape lucy kate ade isi la. aku xpaham kalau orang kate kaki kompelin ke ape. bungwahab ni ade problem ke? ko kompelin lucy,lucy kompelin fam..so.ko pon kaki kompelin la jugak..haha

Adam Ruslan berkata...

Artikel dalam Sinar Harian ni tak petik pon lagi idea menubuhkan pasukan ikut ibu negeri kan? Ke akan ada satu lagi artikel susulan dari Kelambu?

Mengadap editor sambil bermanis muka sekali lagi pon takpekan.

Untuk brader-brader yang kompelin 'itu-ini' aku harap Lucy boleh ambil perhatian kerana sebenarnya mereka kekurangan KASIH SAYANG dari kamu Lucy.

pakkordi berkata...

Lucius,

Interesting gak artikel lu tu. In principal, gua setuju dgn lu (walaupun your blood is blue and mine red with a lark), cuma gua rasa ada something extra yang perlu lu selit dan mungkin kena kaji skit.

Setup macam J-league, tapi kalau kita turn out jadi macam indon league, which is not going anywhere, still kita di takuk lama. Cuma mungkin ada peningkatan dari segi fanbase lah. But quality of the players maybe suspect. Mind u, indon population might be double of that in japan. We all want quality. Bagi gua, tak julang world cup takpe, janji permainan tu mantap dan hebat. Boleh bersaing dgn ivory coast is more than enough for me.

Gua rasa apa pun jenis sukan yg kita ceburi harus datang dgn akal dan pemikiran yang intelek. Nak pertingkatkan akal dan minda ahli sukan ni yang sukar kerana ia melibatkan banyak aspek, bukan hanya fizikal. Kalau ini tidak diterapkan dalam salah satu agenda pembangunan bolasepak kita, gua yakin kita akan jadi macam indon gak. Not going no where.

medihebat berkata...

@luci - tahniah dan semoga maju jaya dalam mengkomen untuk meningkatkan mutu bolasepak tempatan...

apa lagi...? si KELAMBU dah ada..yg dok komplen lebih tu bagi la artikel macam luci...tgk la kalu intelek bulih la masuk...SINAR pon jadilah dari takde pape...

@kelambu - lu mmg la kena ikut peraturan...tapi kami, para penulis bebas, takyah...kalu hantar kat lu...mesti la lu edit kan...thanx bro...satu artikel mungkin bisa ubah segala...

bungwahab berkata...

menurut artikel sampah tu kita kena ada sense of belonging...
malaysia lawan uzbek.prebiu takde,rebiu pun takde.chelsea yg hebat tu main beribu batu jauh 7 hari 7 malam kecoh.nak kata sibuk bleh posting artikel yg sense of kompelin tu banyak plak.
mulut berkokok tapi bontot penuh taik.setakat handal kompelin cakap kosong bung pun boleh.

ayobkelubi berkata...

aduhai

what's wrong with all the negatives thinking?. founder dah cakap this blog meant to be fun yet interesting to be shared together,even though there is some provocation, consider it as a way to tighten our friendship.

come on brother!.

Wanturd™ berkata...

artikel tu bulan 1 bai..ko ingat lucy tu keje sepenuh masa ke kat sokernet ni..die ade keje die jugak. worldcup qualifiers ni pon dorang tak but rebiu pon.same je la..
kalau kau kate bung pon boleh,ape salah nye kau buat blog, buat prebiu,rebiu pasal match tu, pastu bagi kitorang bace..nak tgok jugak mulut berkokok tade taik kat bontot..;p

i'msosupernotcool berkata...

gua sokong penswastaan yang diorang nak xnak bagi tuh..
x kisah la kalau luorang cakap team kaya makin kaya or team miskin makin miskin..
at least ad sumber kewangan..
ad persaingan..
dan hopefully ade peningkatan..

btw mr lucius, ur post bout dis was the best..
ever..

Unknown berkata...

bungwahab,

Wa dapat rasakan response posting tg defensive dari bung. Blog ni kan artikelnya lawak jenaka-kutuk-kena teh-gelak-gelak. Janganla serius sangat ye bung?

Apa kater mlm ni turun karaoke, nak tak? Mesti bung dah lame tak nyanyi dangdut nih yek?

Lupe plak nak congrats lucy..Well done mate!

mfh berkata...

apa kata bungwahab apply jadi penulis kat sokernet ni.. ataupun bungwahab email je pendapat2 bernas bungwahab ke sokernet, biar diorang post kat sini.. nak jugak kami baca pendapat2 bernas bungwahab..

medihebat berkata...

@maoi-mungkin bung ada hantar artikel...tapi tak disiarkan atas faktor kurang daya humor atau kurang ciri intelektual...segalanya mungkin...

@bung-"mulut berkokok tapi bontot penuh taik.setakat handal kompelin cakap kosong bung pun boleh"---> komplen tu masuk surat khabar...FAM mungkin baca SINAR...gua tak rasa ini patut dikategorikan sebagai MULUT BERKOKOK BONTOT BERTAIK...

AbgBeCA berkata...

kah3,lawak gila babi aku bc

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Rungutan perlu disusuli dengan tindakan.

Rusuhan peminat Kelantan tempoh hari adalah satu contoh tindakan yang wajar dipuji.

Kalau pasukan yang kita minat main macam baru semalam belajar bolasepak (yang sepatutnya boleh bermain lebih baik dari itu), maka wajarlah kepedihan dan kemarahan peminat itu dizahirkan supaya orang di padang dan orang kuat bolasepak yang duduk di kotak-kotak VIP sedar akan hal ini.

Pemain dan pengurusan perlu sedar yang gaji dan elaun yang mereka dapat itu datang bersama tanggungjawab.

Dapat gaji purata dalam 5K hingga 10K, tapi main seperti skuad pemilihan pasukan sekolah, takkan cukup dengan rungutan di akhbar dan blog sahaja?

Sekali sekala kena baling botol dan bakar kerusi supaya semua orang tahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...