ANDA SEDANG MEMBACA

102

Piala Malaysia 2009 Serta Pengaruh Romantiknya Kepada Masyarakat 1Malaysia Dan Hala Tuju Masa Depan: Satu Analisis Mendalam Dari Sudut Sukan Bolasepak

LuciusMaximus Rabu, November 11, 2009
Macam Red Star Belgrade pulak


Aku sebenarnya tak tahu mahu letak tajuk apa, jadi main letak je panjang berjela. Biar nampak ilmiah sikit, meminjam pesan rakan sekuliah aku dulu bila nak buat assignment, tajuk yang panjang nampak ilmiah dan boleh mengelirukan pensyarah tentang apa isi sebenar assignment kita.

Musim bolasepak 2009 Malaysia baru saja melabuhkan tirai. Romantiknya bolasepak Malaysia, biar ranking kita di belakang kepulauan Samoa sekalipun, bila tiba perlawanan akhir Piala Malaysia meriahnya macam perlawanan akhir Liga Juara-Juara. Tiket habis dijual, segenap pelosok masyarakat datang bertandang, dari Sultan Bola, orang politik, selebriti tanah air hingga ke Mat Pet dan Mat Rempit.

Itu yang seronoknya bolasepak Malaysia. Selepas setahun menghabiskan musim bolasepak dengan liga yang caca marba, pengurusan tunggang langgang dan juga skuad kebangsaan yang tenggelam timbul, kita semua akan disajikan dengan puncak syahwat yang paling tinggi dalam arena bolasepak tanah air.

Segala masalah prestasi dan pengurusan bolasepak bakal dilupakan melalui 90 minit aksi merepek di stadium yang lebih besar dari Wembley. Lazimnya pasukan yang lebih kurang aksi merepeknya bakal menjulang piala keramat yang diberi nama Piala Malaysia. Yang asalnya barangkali mungkin sebuah piala usang yang ditemui kelasi British dalam setor kapal perang HMS Malaya mereka.

Biar apa pun asal-usul Piala Malaysia atau mutu permainan yang disajikan oleh pasukan bertanding, ianya tetap disambut meriah sejajar dengan prestijnya sebagai kejohanan piala bolasepak tertua di Asia. Malah Coppa Italia dan DFB-Pokal juga tidak setua sejarah Piala Malaysia.

Maka lazimnya seperti tahun-tahun sebelum ini, bila tiba perlawanan akhir Piala Malaysia tumpuan akan diberikan secara khusus untuk 90 minit aksi merepek ini. Sebab Piala Malaysia sajalah peluang untuk rakyat Malaysia berhimpun ramai-ramai dekat 90,000 orang bawak bendera, kain rentang bagai tanpa ditembak gas pemedih mata atau disembur air. Piala Malaysia sajalah peluang rakyat Malaysia nak bersorak dan melompat macam kera ala-ala tengok perlawanan akhir Piala Dunia, tak pun Piala Asia.

Untuk edisi 2009 ini, dua pasukan yang ditemukan ialah Kelantan dan Negeri Sembilan. Kedua-duanya bukanlah pasukan yang tersohor dalam bolasepak Malaysia, tak macam Selangor, Kedah atau Perak. Tapi dalam bolasepak Malaysia, segalanya mungkin asalkan dapat perkenan Sultan Bola.

Pencapaian terbaik Kelantan dalam bolasepak, Piala Malaysia khususnya ialah menjadi naib juara pada tahun 1955 dan 1970. Yang terkini sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 ialah bergelar naib juara Piala FA. Maka boleh dikatakan sepanjang sejarah bolasepak Red Warriors ini, trofi kabinet mereka hanya dipenuhi dengan pingat-pingat naib juara.

Oleh kerana kurang mengecapi kejayan di dalam padang, Red Warriors mendefinisikan semangat kepahlawanan mereka dalam hal-hal luar padang. Seperti bergaduh, bakar kerusi atau menterbalikkan kereta. Kalau ada pun kejayaan dalam padang ialah bila Halim Napi menumbuk dan memijak Aidil Zafuan, abang ipar kepada Rita Rudaini yang sebenarnya lebih tua dari Aidil Zafuan.

Biarpun begitu, Kelantan tetap menerima sokongan yang padu dari para peminatnya yang fanatik. Teori-teori popular mengatakan hal ini berlaku kerana ketiadaan bentuk hiburan lain di Kota Bharu Upon Tyne atau sekitar Kelantan. Namun begitu ianya masih boleh disangkal memandangkan Siam hanya seberang sungai dan banyaknya jumlah video 3GP lucah home made yang dilakonkan oleh remaja Kelantan.

Berbeza dengan Kelantan, Negeri Sembilan pula tidak begitu menonjol. Kalau ada pun menonjol tempoh hari sebab pergaduhan mereka dengan Kelantan dalam separuh akhir Piala FA.

Tetapi dari segi pencapaian bolasepak, kekurangan Negeri Sembilan dalam aktiviti luar padang diganti dengan kejayaan mereka bergelar juara Piala Malaysia tahun 1948 (masa itu HMS Malaya). Negeri Sembilan juga pernah merangkul kejuaraan liga tahun 2006 dan Piala FA 2003. Boleh dikatakan trofi kabinet di Paroi agak berisi juga berbanding dengan Kelantan.

Maka bila tiba hari yang dinanti-nantikan, penuhlah Stadium Nasional Bukit Jalil dengan para peyokong kedua negeri. Pegawai-pegawai FAM pun tersenyum girang. Iyalah selama ini masa musim Liga Super banyak kerusi kosong dari penonton. Masa Piala Malaysia inilah ada rasa gah sedikit, rasa macam kat Camp Nou.

Yang peliknya Bukit Jalil walaupun jaraknya sepusingan CD Bunkface kalau berkereta dari Seremban, geng Hobin Jang Hobin yang bertandang ke stadium adalah dalam ¼ je. Apo jang semuo poie stadium naik basikal kot? Lambat sampai kot?

Berbeza dengan penyokong Kelantan yang walaupun jauh dari pantai timur, dengan banjir lagi dan keretapi yang tergendala masih tetap boleh mengisi ¾ dari kawasan stadium. Atau yang datang tu semuanya geng Wakaf Central Market dan Wakaf Puduraya, bukan Wakaf Che Yeh? Yang itu kita kena rujuk pada Annuar Musa.

Sekali bila RTM memberikan lampu hijau siaran langsung yang diulas tidak lain dan tidak bukan lagi oleh Tuan Haji Hasbullah Awang, terpampanglah dengan jelas lautan merah yang boleh membuatkan mana-mana pihak terkeliru dan tertanya-tanya, Bukit Jalil atau Anfield-kah ini?

Melihat kepada kepadatan stadium ini sekurang-kurangnya membuatkan kita merasa bolasepak Malaysia masih ada nilainya dalam sekupang dua. Apa lagi selepas hampir setahun disajikan dengan liga yang langsung tidak super yang jumlah penontonnya boleh dibilang dengan jari.

Tapi hebat bagaimana sekalipun segala kepincangan tetap terdedah. Dan di sini hasil kaji selidik Sokernet tersenarai beberapa perkara yang berpunca dari salah tadbir dan kelemahan pengurusan bolasepak Malaysia.

1) Kain rentang sebesar alam yang terpampang gambar Annuar Musa dengan kata-kata hikmah seperti ‘terima kasih’, ‘syabas’ dan ‘jasamu dikenang’. Nampak sangat bolasepak Malaysia masih menetek kepada politikus-politikus berkepentingan yang hanya mahu populariti dari sukan bolasepak.

2) Keperluan perkenan para sultan-sultan bagi merasmikan perlawanan dan dimulia-muliakan sebagai peneraju bolasepak negeri masing-masing. Selepas menang boleh pula disebut kejayaan merangkul Piala Malaysia sebagai hadiah sempena pertabalan baginda. Berapa banyak hadiah mahu kasi? Bolasepak ialah sukan golongan proletariat, bukan sukan bangsawan. Nak berbangsawan, main polo.

3) Kurangnya kawalan keselamatan di stadium. Pertama mungkin barangkali FAM tertidur macam biasa. Kedua mungkin FAM sudah minta bantuan PDRM tetapi anggota polis tidak cukup kerana lebih ramai diperlukan untuk menjadi pengiring konvoi sultan-sultan serta politikus yang datang.

4) Ketiadaan pengalaman pegawai perlawanan dalam mengendalikan sikap liar penonton. Pemain Negeri Sembilan yang mahu ambil sepakan sudut entah berapa kali dibaling botol dan mercun tetapi penjaga garisan sibuk juga suruh pemain tersebut segera mengambil sepakan sudut.

5) Abang FRU berdekatan yang berdiri tercangak menghadap penonton boleh buat bodoh dengan apa yang berlaku. Mungkin arahan tugas beliau ialah berdiri di balapan untuk menjaga ketenteraman awam. Jawabnya memang tercegat berdiri sajalah walaupun pemain Negeri Sembilan yang mahu ambil sepakan sudut dibaling berpuluh kali.

Senarai di atas adalah beberapa perkara yang dapat diperhatikan ketika berlangsungnya perlawanan. Selebihnya pihak Sokernet tidak dapat tengok kerana asyik bertukar-tukar rangkaian ke ESPN dan Starsport, tidak lupa juga slot Cerekarama TV3.

Mutu perlawanan dari segi keseluruhan menepati jangkaan untuk satu kejohanan bertaraf Piala Malaysia. Pelbagai aksi merepek dipersembahkan dengan kesemua 22 pemain mengamalkan konsep tendang bola ke arah mana-mana yang dihadap mereka pada masa itu. Kalau menghadap ke laut, maka ke lautlah jawabnya bola itu pergi.

Benda sebegini adalah lumrah untuk bolasepak Malaysia. Yang membuatkan bolasepak kita sebenarnya lagi sukar untuk diduga berbanding EPL, La Liga dan yang seangkatan dengannya. Kalau bagi John Dyke pun belum tentu dia boleh predict dengan betul. Iyalah siapa sangka Kedah boleh terkeluar awal-awal lagi atau Selangor boleh kalah dengan Terengganu? Hanya dengan menghabiskan 90 minit aksi merepek di atas padang saja keputusan tidak terduga sebegini boleh berlaku.

Mengenai upacara bakar mercun, bakar kerusi dan belasah budak-budak yang suka makan masak lomak cilia pi, yang itu akan dikupaskan dalam pos yang lain.

Itu pun kalau aku ada teringat nak kupas.

102 Ulasan:

MDM FARAH FAIZURA berkata...

Ini Annuar Musa we trust

Nazri berkata...

" pihak Sokernet tidak dapat tengok kerana asyik bertukar-tukar rangkaian ke ESPN dan Starsport, tidak lupa juga slot Cerekarama TV3"

...dan slot Sehati Berdansa. Jangan lupa tu. Aku part Sehati Berdansa memang sensitif.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Teori Kelantan kalah:
60 Ribu lebih umat kelantan di stadium Bukit Jalil ketika itu tidak solat Maghrib, dan dipercayai kekalahan Kelantan adalah balasan dari yang Maha Esa.

bungwahab berkata...

analisis ke huraian sejarah ni.secara jujur tiada unsur ilmiah langsung.
ini bukan budaya chelsea ni asyik cerita sejarah adakah lucius dah terkena virus dari kelab 'sejarah'?

blue is the colour..chelsea!chelsea!

r.k berkata...

xnak menetek cemane lucy. selagi liga M tak diswastakan, selagi tu le menetek..

Oh Me berkata...

Nice one LM....banyak post hari ni....Opis tak banyak kerja ke? heheh

FIRZA berkata...

berat isu ni....panjang jgk nk komen lucius......eh..!...tibe2 plak gua bz.......

macha_sezs berkata...

well said!!

Dewajiwa berkata...

good points Lucius..
setuju sangat. pendapat yang adil untuk semua. kalau ada yang emo juga, memang kayulah.

elmaaniq berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
elmaaniq berkata...

FAM tak denda Kelantan ke?
Selalunya FAM akan buat duit dengan denda yang merepek-repek.

Redz da Tsar berkata...

Hehe... Kalau nak bajet besar, suruh je Dunhill sponsor... Ini tidak, berlagak konon taknak rokok sponsor... Buat rugi duit perokok je kalau keuntungan bagi kat dividen shareholder... Kalau buat tajaan kan bagus... Hehe...

Mutu bolasepak negara akan meningkat jika dan hanya jika pemain bermain bola kerana mahu bermain bola, bukan bermain telur atau bermain duit... Diorang macam tak faham TM dan FAM miskin dalam memberi sponsor... Eish...

Kalau main macam United atau Chelsea, atau sekurang-kurang Birmingham City, komfem Liga Malaysia antara yang top... Mana tahu boleh lawan United masa Piala Kelab Dunia...

aFiQ berkata...

Posting terbaik la bro~!

Unknown berkata...

Ilmiah habis. Boleh dapat phd ni..

pOr berkata...

60000 x sembahyang.. lu tahu ke dia x sembahyang..kehekehkeh..

Nasib baik kelantan yg final , wlpn game barai tp yg penting penonton yg memenuhi stadium .. Kalau negeri lain , ape lu kata .. ade ke penuh mcm tu .. ... tgk N9 ajela.. bukannya jauh nk dtg tp ciput aje yg ade..

Trekker berkata...

ttb: mungkin bab tak sembahyang maghrib itu boleh disangkal sbb penyokong kelantan boleh sembahyang maghrib pkol 12 malam atau 2 pagi semasa otw balik. Yg duk sekitar KL tu, aku perasan diorang bukak lot sembahyang atas jalan tar selepas gate masuk. Mungkin engko boleh tanya penyokong N9 psl sembahyang maghrib sbb sepusingan CD bunkerface rasanya tak cukup 2 marhalah.

Trekker berkata...

ulasan mengenai bola, aku rasa selagi bolasepak malaysia dipegang atau dipolitikan, mmg mcm ini lah kesudahannya. tak lupa juga kurang penonton ke stadium menyumbang kpd pendapatan persatuan & pembangunan bolasepak (walaupun main mcm haram).

Perenang Tegar berkata...

lorh..... adil ke? org ramai gi support pasukan masing2, penuhkan stadium, bole lak si LM ni buat lekeh2

kalo supporter liga dari eropah bakar krusi, baling mercun bole lak kate tu tanda sayang pasukan, bile org kita buat cakap tanda kelemahan?

ape ni LM?????

ayobkelubi berkata...

kalau buat swasta pun,mesti nak cari chair orang yang ada kepentingan politik bukan yang betul2 minat dekat bola.

percayalah.

lucius kalau bab2 review ilmiah ni mmg handal, lu PTD ker bro?. hehehehe

iampali berkata...

stadium penuh komplen, stadium x penuh komplen..fan x semangat komplen, fan semangat komplen..mmg ciri2 org malaysia..kuat komplen wakaka

Cob Nobbler berkata...

The best article yang pernah keluar dalam Sokernet.Honest beb.

Aku suka statement nko "sukan ini sukan proletariat,nak berbangsawan pergi main polo la".

Cuba tengok last sekali bila Negeri menang,siapa yang dijulang dahulu?Tuanku Muhriz.Lepas tu Tengku Naqiudin.Yang berpeluh-peluh bukan mereka - bahkan duit persatuan pun bukan duit dorang tapi duit rakyat.

Tentang kepada 1/4 je Negeri Sembilan kat Bukit Jalil walaupun jaraknya hanya satu pusingan CD Bunkface,biar aku menjawab.

Orang Kelantan memang ramai,baik di KL,di Seremban sendiri mahupun di Penang atau JB.Hampir semua bandar-bandar besar Malaysia(kecuali Kuching dan KK yang ramai Indonesia dan Filipina) ramai orang Kelantan.

Malah,di Seremban sendiri orang Kelantan lagi ramai di kedai-kedai mapley banding dengan orang Negeri Sembilan.

Tapi betul la kata nko,sejarah je lebih kalau tak menarik tak berguna jugak,kan?

Salute la article nko kali ni.

Jorji berkata...

Hoben Jang Hoben!

Sebagai negeri yang menjurai Piala Malaysia kali ini, dengan menang kesemua perlawanan Piala Malaysia, Jang menjemput saudara lucius ke Kuala Pilah - Makan cendol yang diisi dalam piala.Sojuk dio lain macam! datang la!

Hidup Jang dan Mukhriz!

Jorji berkata...

'menjuarai'- sekarang typo pun boleh jadi bahan/isu.

crazy_labelle berkata...

rmai tkut nk gi sbb taw mmg hura hara... kalah bakar kusi... menang bakar lrt...

Sofea berkata...

sonok aku baca karangan lucius.. hujung tahun leh dapat award pengarang sokernet terbaek.

Tanpa Nama berkata...

hina sangat liga malaysia rakyat sendiri xnak support, ye mungkin pengurusan FAM ada masalah tp kite sebagai rakyat ape sumbangan kite?Buat artikel kutuk? perlekeh sane perlekeh sini huh cmon la walau mcm mane cikai pon Bola sepak kita
that is our pride bro lose or win stand our ground back our team that is 'true fan'

Tanpa Nama berkata...

kepada mr.hara: maybe lu tak pernah baca apabenda Lucius Maximus karang panjang berjela bagaimana untuk meningkatkan mutu bola sepak kita dalam blog peribadi beliau sebelum Sokernet ni muncul.

Syafiq berkata...

org negeri sembilan kurang sebab abe2 tomyam kat negeri sembilan pun sapu tiket2 kat negeri sembilan,bukan sebab taknak pegi...apeda...

gambar2 final

LuciusMaximus berkata...

@sapuan tak pernah pulak aku cakap sebelum ni bakar kerusi atau baling mercun di eropah tu bagus, mungkin yang kau baca tu orang lain yang tulis, jadi apa hal aku pulak yang kau nak pertikaikan? bakar kerusi atau baling mercun di mana-mana pun sudah kira salah

@iampali stadium penuh dan penonton bersemangat tak jadi masalah, tapi taklah sampai bakar kerusi kan?

@mr hara sumbangan kita sebagai rakyat ialah buat artikel yang memberikan buah pendapat bagaimana memajukan bolasepak, tapi FAM mestilah tak ambil pot, apa barang kerabat raja dan orang politik nak dengar pendapat rakyat bawahan? lepas tu kita buat artikel untuk kutuk mereka supaya dapat mengubah pendapat rakyat dan menjana kesedaran bagi menuntut perubahan. kalau kita tidak bersuara sampai bila pun FAM leka duduk dalam pejabat berhawa dingin mereka lepas tu habiskan duit persatuan

Trekker berkata...

tapi kan lucy, gua rasa sbb bolasepak malaysia tak maju kan lebih kpd sbb bolasepak bukan satu industri yg boleh buat duit kt malaysia mcm kt europe. lagipun nk market kan bolasepak malaysia susah sbb peminat tempatan pun lebih suka tgk espn, astrosport, starsport. dulu bolasepak malaysia lagi maju sbb ada sokongan rakyat. liga malaysia shj yg kita ada. sekarang ni, dgn adanya astro, rakyat malaysia lebih terarah kpd liga luar. Income utk liga malaysia jatuh merundum. pembangunan bolasepak malaysia terbantut. kaki kaki bangku mula bercambah bak cendawan. kalau ada yg boleh main bola pun, utk sekadar hobi. tak series utk buat karier. sekian.

lumachroma berkata...

mr.hara: Relax dude. Sedangkan EPL yg baguih ptu pun kena kutuk, Liga M apalagi. Tapi orang lain kalau kena kutuk dia akan ambil iktibar, tapi Liga M ni, kalau kene kutuk, dia buat bodoh je. Itu yang buat orang bertambah hangin tu. Muka dia tu buat 'tebal' je. Hairan aku.

SFB berkata...

"Kalau bagi John Dyke pun belum tentu dia boleh predict dengan betul" --> hehehe mau berpeluh2 John Dykes, Shebby Singh & Steve McMachon tu nk ulas & predict game2 Liga Super Malaysia. Power sgt.

p/s - kecewa Selangor tewas awal sgt.

Trekker berkata...

kalau selangor masuk final..sama parah gak. penyokong kelanatn jumpa penyokong selangor = mandi darah la jawabnya.

aranhellstorm berkata...

hahahaha.. klu LM ulas psl bola secara sirius, memang best as always la.. tapi komentar2 nya ada yg macam baru belajar tengok bola..

intipati artikel tu, untuk satu musim Liga M yang suram, kurang penonton, tiba-tiba ending dia dihidangkan satu match Final Piala Malaysia yang penuh melimpah stadium, janganlah dibuat kesimpulan Liga M masih digilai ramai.

Lepastu yang datang ramai-ramai sampai melimpah lepastu buat onar, bakar sana bakar sini, vandal sana vandal sini, pun buat apa? Pembesar2nya pandai ceramah, pandai cakap pasal bab salahguna duit rakyat, habiskan duit rakyat, tapi rakyat sendiri menghabiskan duit rakyat atau taxpayer yang lain?! dekat setengah juta nak repair stadium, dah la stadium tu buat pun menghabiskan duit rakyat, jadi gajah putih, jadi monumen, tak digunakan sepenuhnya, nak tambah lagi duit taxpayer plak nak pergi repair..

.. tapi aku masih lagi mengimpikan yang cadangan LM kat blog dia dulu jadi kenyataan.. team ikut bandaran ataupun daerah PBT masing-masing..terbayang-bayang team AFC (Amateur Football Club) of Sungai Burong lawan Shah Alam FC dalam piala FA..hahahaha

sfb: kecewa jugak nih Selangor kalah awal sgt...

medihebat berkata...

@luci-artikel mmg A n content sangat ilmiah...tapi bab yam tuan tu aku nak inform sket...ikut sejarah, Tuanku Mukhriz adalah waris tulen so org2 N9 sangat menghormati dia...bukan sebab sukan bangsawan atau geng aristokarat atau sukan golongan kebanyakan...

hobin jang hobin

Ajeossi berkata...

kesian dow brader yg padam api kena bling botoi..

pastu kameraman pulak kena baling mercun, berdarah kot..

cuba LM interview diorng, dptkn penjelasan dan
kejadian sebenar waktu kejadian..

hahaha

FIRZA berkata...

quote-

"@mr hara sumbangan kita sebagai rakyat ialah buat artikel yang memberikan buah pendapat bagaimana memajukan bolasepak, tapi FAM mestilah tak ambil pot, apa barang kerabat raja dan orang politik nak dengar pendapat rakyat bawahan? lepas tu kita buat artikel untuk kutuk mereka supaya dapat mengubah pendapat rakyat dan menjana kesedaran bagi menuntut perubahan. kalau kita tidak bersuara sampai bila pun FAM leka duduk dalam pejabat berhawa dingin mereka lepas tu habiskan duit persatuan"


pehh....pehhhhh....pehhhhhhhhhh

ilimiah bai...ilmiahtun saadiah.......

pjoe berkata...

macam drama swasta

Unknown berkata...

setuju ngan en Azlan,

Footbal Malaysia bukan satu industri yg besar.X sure sama ada boleh dipanggil satu industri atau tidak.. Silap-silap, industry keropok atau kain batik lagi besar sales turnovernya dari kutipan tiket tahunan seluruh Malaysia.

Lepas tuh life cycle pemain bola pendek bro..abis 18 thun, main 4-5 state, cecah 30-32 retire...pastuh buat ape? brape ramai yg jadi coach, ramai yg but bisnes je kan..bukak kedai la, tomyam la..

Cubela pikir, kerja yg bayar gaji sampai 12 tahun service je..pastuh kena carik keje lain..Cube tengok Khairul Azman, ape jadi kat die..long term injury footballer terutama skali kat lutut and ankle, mahal bai nak operate..itu pon Persatuan x mampu nak bayar, ini kan player..


LAst but not least, rasuah la kan. Sejak kantol Azizul Abu Hanifah and the gang..terus merundum sampai sekrag..macam Langkawi kene sumpah teruknya..langsung x naik dah. Bookie kat Malaysia ni power power..Sampaikan masa World Cup dulu, Bookie Malaysia nama naik kat Europe..ape ke jadah kan..

All the best Malaysia football..GLory Jang!Eh silap..Nogori Jang!Nogori Jang!

mfh berkata...

scoot : bookies always rite.. hehehe..

27 berkata...

aranhellstorm:ni sampai ke pembesar pulak cite ni ape lak ni... kita cite bola ni bro..
xsemua rakyat kelantan pergi buat onar kot.. aku rakyat kelantan yang kutuk keganasan mcmana pulak??

ish ish tp LM saya setuju sgt dgn artikel ni..

aranhellstorm berkata...

27: aku generalized kan tu utk semua fan yang suka vandal.. cuma, yg tak suka jgn la duduk diam peluk tubuh... tak boleh tegur ngan tangan, tegur ngan mulut, tak boleh jugak dok diam maki dalam hati, tp tak dpt ubah apa-apa la...

btw aku sentuh psl pembesar tu psl pembesar korang dipandang mulia dgn imej yg sgt bersih... tp kelakuan rakyatnya di stadium, sgt2 memalukan...

mlm tu aku dok beriya Gomo kelate Gomo, tgk fan kelantan behave camtu, terus aku Hobin Jang Hobin...hahahaaha

Jorji berkata...

medihebat : itu sebab aku naikkan nama Tuanku Mukhriz dalam artikel lepas. sebab semua Jang terasa sangat 'kembalinya' yang hak. tapi,aku tak mau ulas panjang hal itu, sebab itu hal Jang-Jang. :P

1,duo,3,Ompek!

bungwahab berkata...

apsal naik cerita pembesar-pembesar plak ni.dah le artikel sejarah tambah pulak sejarah pembesar-pembesar.tak habis2 dengan sejarah.ni mesti bebudak man u,ars ngan liv ni.skit2 sejarah gelabah betul.

blue is the colour.
chelsea!chelsea!

Unknown berkata...

takkan la kerusi kat bukit jalil harganya RM500.00 seunit. tu mengikut kat Cik Shabery Chik. mahal giler. Giler aper.. stahu aku kerusi kat Emirates Stadium (yer..yang kaler merah kat stadium Arsenal tu)yg di import dr Malaysia x semahal tu. Sapa nak jawap????????????????????????

Tanpa Nama berkata...

Ni aku kira article genre Santai Ilmiah. Good job! Tapi aku tak puas hati bila lu buka pekung takat 5 poin je. Tak sempat nak klimaks.

a+ berkata...

kerusi=rm500
selak pagar=rm5000

ape cite? hehehe

crazy_labelle berkata...

dua bab yg ley wat kan adreline lelaki melonjak... politik n bola... huhu...

2nd head prefect berkata...

alah..fam bayar je. pastu claim kat kelantan. ape susah

mfh berkata...

kerusi tu aku rasa dia kira rm500 sebab nak kena tukar sederet kot.. takleh tukar satu2.. hehe..

selak pagar ke yg rosak.. bukan pagar roboh ke?

a+ berkata...

dalam paper ckp selak pagar.. maybe pagar da roboh selak dia kena tukarla kot

Unknown berkata...

aku nk Syor kat FAM la.. suh dia buat je tempat duduk penonton mcm Stadium Sultan Muhammad ke IV, kompen x rosak punya, kukuh, tegap sampai bila2. kalu ada wareih waroh Shabery hok baca komen ambo ni, tulun sapa ko dia etek, jgn dok prabih duit rakyat ikut sedak mulut dia jah...

Aishah Nur Hakim berkata...

pembuka kata,
hobin jang hobin!

1. kamu kutuk bola sepak malaysia sebab kamu tak dapat jadi player. jangankan player kasanova atau rita. player futsal pun kamu cungap2.

2. politik?no komen. siapa tak pernah main bola kecik2 dulu? polo? daulat tuanku!

3.oghang nogori den tak datang memang diakui sobab takut an kek abe klate tu. kok mengganeh macam tu sapo bghani? and excuse me. oleh kerana kelantan kurang membangun, jadinya abe klate ado di mano2. time saya beratur beli tiket di stadium paroi, esei dikelilingi orang klate blako. bukan orang negeri taknak datang. dari duk gaduh kat stadium, baik tengok tv(kami terkecuali). dan ada abe klate beli tiket sampai 600 keping. nak buat ape tu? jual la..letak harga macam nak mati esok. abe klate kan pandai berniaga.

4.bukan semua abe klate buruk perangai macam tu. selepas perlawanan, kami 4 gadis comel pergi cari cik abe masing2 yang berbaju merah malam itu. dan berdamai. dan pasti mereka tidak tahu pun mana nak beli mercun.

5.kegemilangan bola sepak di malaysia boleh dikembalikan kalau kamu semua tak sibuk duk kat mapley dan tengok chelsea kalahkan mu. pergi ke stadium berhampiran instead. tengok orang sepak bola ke laut.

6. kok pun den ni minat player nogori. at least den buleh yo jumpo diorang selalu. kek restoran nelayan sobolah padang training tu ha. kadang2 jumpo si kombar bawak accord kat bank tak pun time hari ghayo kek taman temiang tu ha. comel yo zakuan naik moto. huh. kamu minat torres ke kaka ke rooney ke alex tua tu skali pun, belum tentu boleh cakap hai kat dia.

sekian.
tak ghoti apo laie den nak kato.

majulah sukan untuk tak buncit poghut!

meor-name-depan-ku berkata...

dah dah!!!! la.... yang nogori dah monang, turun sawah kumpo duit buek minang si milah!!!

yang kelate...cepak2 buko smula.. keda2 tomye denge bande2 kak uptown

denda tu bayar jer lah!!! sape suruh wat perangai monyet? hhahhahh!!!

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Ye laa... Gua revise balik laa lu punya gaji.

Unknown berkata...

wei meyour.. apa monyet2 ni.
mau cari gaduh ke..
cpt mtak maaf kat semua pmbaca sokernet ni.

meor-name-depan-ku berkata...

niklas, kenape dgn tiba2 jer ko nak bergaduh? hahah. kenyataan umum dan ikhlas... sape makan cili die terase pedas!!!! 'monyet' tu ditujukan pade sesape yang vandalisme... so, jadilah manusia.

medihebat berkata...

@niklas & a+: mmg harga dia RM 500 seunit...harga dia mmg mahal...sebab kerusi tu tahan dapat bertahan semasa hujan dan panas...kerusi tu jugak bulih buat perut KONCO-KONCO MENTERI DAN ANAK2 SEDARA, KELUARGA, SAHABAT HANDAI DAN MENTERI TU SENDIRI kenyang dan bulih beli tanah buat rumah macam istana...

LuciusMaximus berkata...

Hi Aishah! Boleh berkenalan?

Nazri berkata...

Ah, lu lambat Lucius. Gua dah hai dia secara telepati.

Amjat berkata...

Lor,ape yg bangganya kalau setakat dapat hai kt zakuan jer??mmg dah agak dh..Kalo org2 pompuan minat n9 sebab ade kombar dua ekor tuh..Padahal main mcm gampang...

Org n9 kalo takut dtg stadium sbb Kelantan,xyah ngaku diehard fan la...baik gi jahanam...hahaha

Aishah Nur Hakim berkata...

encik sang mimpi,

oit2.
apesal mangganas ni?kita bercakap pasal bola. a game. jangan nak jahanam2 kan orang.sei cakap leklok yo.

tak bokonan sei dongar eh.
tu la deh
kok emosi macam pompuan mengandung camni la yang duk baka an kusi stadium tu.

excuse me,
takdo makno eh den minat kek kombar tu. apesal?dengki la tu sebab korang tak hensem

takpo.
sei caghi yang beriman

ha.
jangan bermimpi di siang hari je kejenye.

tata~

Myn ♥ Zugha berkata...

ramai orang yang hanya bercakap tanpa tahu hal sebenar (bukan ditujukn kepada Lucius Maximus ye), tak sepatutnya kita hakimi hal yang berlaku daripada semua arah. mari kita lihat hal sebenar apa yang berlaku? mungkin ada sebab musabab lain yang mendorong ke arah kejadian hari tersebut. http://www.kelate.net/component/content/article/35-berita/523-apa-sebenarnya-berlaku-disebalik-kejadian-keganasan-penonton-di-stadium-bukit-jalil

Trekker berkata...

betul ke kelantan mundur? den banyak kali gi sana..ok je. sama je mcm negeri lain.

Aishah Nur Hakim berkata...

encik azlan.
mundur?tak. cuma kurang.
where did i get that?dari orang kelantan jugak.

=)

Unknown berkata...

bkn nk cari gaduh, tp nk INGATKAN. x elok la memonyetkan org dlm laman ni... ada lg perkataan lain yg sesuai. kalau prangai mengata org dlm blog mcm yg En meyour buat ni pun perangai monyet jugak. cuba kata depan2 kalau brani..
niklas: peminat bola sepak sejati

p/s.. kelate x mundur, tp minda penduduk diluar kelantan telah dimundurkan oleh media...

Tanpa Nama berkata...

mundur? agenda politiking oleh politkus2 je tu

LuciusMaximus berkata...

Saya mewakili pihak pengurusan Sokernet ingin menegaskan sekeras-kerasnya di sini bahawa kami tidak mempunyai sebarang niat atau prasangka buruk ke atas negeri dan orang Kelantan. Pihak pengurusan Sokernet bangga menyebut di sini bahawa kami sukakan budu, nasi kerabu dan juga mek-mek kelate yang putih gebu. Sukacita dimaklumkan juga, brader Pipiyapong kami kerap berkunjung ke Kelantan untuk menyeberangi Sungai Golok (untuk perhatian Nazri, cuba kau check Pipi punya travel claim, lain macam je aku tengok).

Trekker berkata...

ooo...cik aisyah tak pernah pergi kelantan. patut la dia boleh komen psl kemajuan negeri kelantan.

wani berkata...

Mintak maaf tapi saya terpaksa bersetuju dengan hay_myn, azlan dan niklas. Kemunduran (kurang/tak/whatever) Kelate tu cuma agenda politik dan propaganda media saja. Now where did I get that from? Orang politik dan media jugak.

:)

My Mom is a Kelantanese, by the way.

MDM FARAH FAIZURA berkata...

In Aisyah we trust!
In Wani we trust!

Trekker berkata...

wani: sesetengah org cuma dpt berita dari RTM and TV3, that is why mereka berfikiran mcm tu. saya tak salahkan mereka. kalau berlawan kata dgn mereka pun, tak guna jugak sbb mereka melihat dari pandangan media. so, tak perlu salahkan mereka. mereka juga mungkin berkata, kawan mereka yg pernah pergi sana kata kelantan mundur. Iya, mmg mundur sbb kawan mereka biasa hidup di KL. mmg kelantan lebih mundur dari KL. btw, negeri/bandar apa yg lagi maju dari KL? mungkin penang, JB. Negeri lain? jgn bermimpi nk kata lagi maju dr kelantan. tapi sekali lagi saya nk kata, mereka tak bersalah. mereka cuma melihat dr pandangan media.

p/s:- kesian melihat mereka yg selalu tertipu dgn media.

David Archuleta berkata...

kau ni ckp mcm bgus la..
kalo ko terer sgt main n manage bola, ko offer la dr dkt FAM..
jgn la brani dlm intrnet je..
nak manage bnda mcm ni bkn snang mcm ko ckp..
aku pun mnyampah gak, tp xde la beria nk kutuk mcm ko..
jgn la buat statement klakar untk popular dlm blog je..

kalo bkn rkyat sndiri yg support, sape lg?

LuciusMaximus berkata...

Nampak sangat orang yang dah pernah pergi Kelantan tu tak pernah pergi Sabah. Kalau tak mesti dia lagi pening
.
.
.
.
.
.
antara Kelantan dengan Sabah, Mek Kelate atau Sumandak Sabah yang lagi bergetah...

Tanpa Nama berkata...

yg tu aku setuju, sabah tu sebab ramai baka philiphine, mmgla bergetah

aranhellstorm berkata...

LM: mmg pening bro...kusut terus jadi mcm kasutkusut...hahahaha..

btw, kasutkusut, kita ni peminat bola, sebab tak puas hati dgn apa yang dicapai oleh bolasepak tempatan la kami ni mengomel, mengomen, bagi pendapat, kutuk, maki, caci, hina, mencadangkan, mengutarakan perkara-perkara yang tak kena ngan local football scene.

kita nak bola sepak malaysia, sama ada liga tempatan atau pasukan kebangsaan boleh bersaing dengan team lain di rantau asia tenggara, asia dan seterusnya dunia...

kita sayang, kita tegur,
kita tak suka atau benci, pi mampus la sana...

betoi tak?

wani berkata...

LM: saya baru je pergi Sabah bulan 4 hari tu. Bulan 4 tahun depan nak pergi lagi sebab Pesta Air tu.

Azlan: itulah sedih jugak. Tapi kalau nak cakap pasal politik kat sini, rasa macam tak sesuai pulak.

Jorji berkata...

Teruskan perbincangan panas selagi tidak emosi/ mencarut atau menghina individu/negeri dan kalau boleh biar membina.walaupun ianya dah lari dari tujuan murni kita di sokernet, iaitu untuk kutuk liverpool sahaja.

aku sedang shoot iklan MU.

David Archuleta berkata...

hehehe..
tu aku tau..
aku pun nyampah gak dgn bola sepak m'sia..
aku pun kutuk gak..
tp xde la beria smpai sume bnda nk kutuk..
kate syg bola sepak m'sia, tp knape smpai sultan dgn fru pun nk ktuk?
ade kaitan ke?
aku slalu folo blog ni, n aku xkisah kalo org ktuk kelab epl tu sume..
tp yg kutuk m'sia aku kurg gemar..
org eropah kafir laknat tu bleh skong siap bli jersi, aksesori dn mcm2 lg..
tp apehal kalo yg dlm m'sia, tau nk ktuk xtentu pasal je..
aku pnyokong selangor, tp aku bangge tgk rmai pnyokong kdah n klantan yg brani gntung aksesori negeri sndiri dkt kreta msing2..
jgn dkt mulut je ckp syg, tp dkt hati xikhlas..

xyah le riso, aku spndapat dgn korg sume, cme aku bngang bce entri ni yg trlampau2 lak ktuk negara sndiri..

aranhellstorm berkata...

kasutkusut: LM tu terlampau kutuk sebab dia terlampau sayang kat team Malaysia dia tu la... hahahahhaa...

27 berkata...

betul-betul LM marah tanda dia sayang la 2...
xde org xsayang negara bang kasutkusut jgn risau.. :D

David Archuleta berkata...

hehehe..

tp agak2 ko la, kalo kutuk buat lawak2 bodo mcm ni, diorg nak dgr ke?
kene la berhemah sikit..
sokernet ni kn byk follower, ape kate pkat rmai2 buat piket?

Aishah Nur Hakim berkata...

laaaaa....
awatnya la ni.
takde sikit pun aishah cakap kelantan mundur. ok,kita tukar. kurang peluang untuk memajukan diri sebab rakyatnya ramai(kelantan ada kadar poligami yang tinggi). jadi semua berhijrah keluar.ini abe2 kelate jugak yang cakap ok.dan saya juga ada secret crush on anak nik aziz.skrg tak secret dah.

i had bad history with klantanese but i don't hate them.
i don't like budu.
tapi saya sangat suka nasi kerabu.

tanpa prejudis.

point utama di sini.
mari bersukan, beriadah
bukan berbalah.

=)

ada sesiapa nak masak lomak cili api?
datang la rumah den ni haa..

Kap berkata...

ikhlas sungguh tulisan anda..

Tanpa Nama berkata...

Majoriti pengomen kat sini sumer follower EPL
itu tak boleh di sangkal..
tapi aku percaya dlm hati sume masih syng bola sepak malaysia kalu national team menang freindly match dgn filipina skali pon korang
tetap rase banggakan?

Trekker berkata...

kasut: mmg tujuan blog utk melontarkan pendapat. kalau nk series bertindak, baik buat parti sendiri je.

LM/meen: ehehehe..sumandak bergetah tu bukan sbb dekat dgn Philipine. Org kadazan tuu. kalau campur philipine, itu dah org sulug or org pillak tu. kaler gelap skit.

semua org: aku rasa kita kena kembali menyokong Liga Malaysia. Kembali ke stadium. sokong team masing masing walaupun diorang main mcm haram. mungkin itu antara langkah pertama utk majukan bolasepak. langkah awal yg lain ialah.. mcm bro lucy komen dlm blog beliau dan jugak dalam sokernet ni.

p/s:- aku masih berpendapat channel 811,812,813 menyumbang kpd kemunduran bolasepak malaysia. Tapi kalau channel ni dibuang, aku antara org pertama kt malaysia ini yg akan menangis. ehehehhe. why don't sokong bolasepak dlm dan luar.

Amjat berkata...

la aishah,nk suh dtg tp xbagi alamat,camno tuh..

Yg komen den tadi, den guro ajo tuh..Sajo2 yo nak test cik aishah...Hahaha

Kpd wani, nak ikut gi sabah boleh tak?xpnah pegi lg nih..

Kpd azlan, camne sy nk sokong bola msia dan pergi ke stadium jika pasukan perak tak mendaftar utk liga musim depan?

Trekker berkata...

sang bermimpi: naib juara piala malysia dgn naib juara piala FA 2009 pun tak mendaftar lagi. Kita sokong liga daerah je lah dulu. kualiti pun lebih kurang ajer. kalu team negeri dg register, kita pi la stadium.

Wanturd™ berkata...

@kasutkusut : kenapa libatkan sultan? cube tgok sultan bola tu sape.. sejak bila bola sepak msia ni mundur? - berdekatan dengan waktu mereka2 ni start pegang tampuk bola msia. tataw la kenapa, ramai pakcik2 kat pahang ni berkata "selagi sultan x letak jawatan fam, selagi tu la bola sepak msia xkan maju, n ktorang takkan pergi ke stadium." hurm..aku harap benda2 ni sekadar rumor sahaje, sbb jika betol, sedih gila.
- aku pon ade terfikir. pegawai2 dalam pertadbiran fam, if sultan bersuara walaupon totally x setuju ngan apa yang disuarakan sultan itu, berani ke nak bersuara?

ayobkelubi berkata...

lucius

mek kelate pun bergetah,sumandak sabah pun bergetah.

cair beb! cair!

Nazri berkata...

Peh, gua penah dating dengan mek kelate dan Sumandak Sabah. Menggamit memori luka.

Peh!

Ajeossi berkata...

peh..teringat ak time
malaysia frenly ngn brazil..

kt mulut ckp brzil mng!!
tp dlm hati dgn konfiden+yakin
ckp malaysia SERI..

ni pun bole dikatakn syg..
hahaha

meor-name-depan-ku berkata...

niklas, ok lahh aku tukar. seakan monyet. aku dh dh kate depan-depan dah ni, tapi ianya masih umum kepada sesiapa yang buat vandalisme.

David Archuleta berkata...

@ Mr. Shcomey™:
ala...
kalo Maradona jd presiden FAM pun, tp pmain m'sia still main mcm gmpang, same je aku rse..
aku lg blame pmain m'sia..
bkn x diajar main bola, siap dpt elaun mcm2 lg..
tp still mcm tu..

Oh Me berkata...

Kelantan dan N9 ni team yg baru naik...macam Chelsea dan Arsenal gak ah....

So bila baru naik tu macam2 hallah jadinya...Piala Malaysia ni dah lama dah, paling lama di Asia katanya...tapi pernah jadi kes vandal apa semua? Takde...

Selangor tu pulak macam Liverpool...penuh sejarah gemilang.

So bila menang, player, supporter dia rileks je...Cool je.

Team2 baru naik ni je yg kecoh bila menang. Padahal dalam liga setakat no 2 je...dapat masuk Champs League pun bukan menang kat final...buat letih je jadi wakil EPL kat Champs League

Muahaha panassss...

Amjat berkata...

oh me, arsenal team baru naik?ko nih baru tgk bola ke ape?

Wanturd™ berkata...

@kasutkusut: maradona pegang argentina yang penuh player power2 pon jadi cam gampang gak..haha
eh..player msia ni bukannye tak power pon.. amri yahyah pon leh score 2 time lawan man utd yang power tu. kita byk attack kot game tuh..huhu..
bakat msia ni setaraf je dengan bakat bola kat negara lain. kita boleh tengok kalau kat kejohanan bawah 12, mesti msia boleh pergi jauh.. tp kalau skuad utama, jadi hampeh..dengan vietnam yang tah pape tu pon boleh kalah..kat situ kita boleh tengok la kesan pembangunan bola sepak tu sendiri..sape yang rangka pembangunan bola ni? pertadbiran la..sape lagi yop..

aranhellstorm berkata...

brothers and sisters, sokernet dah bagi peluang untuk kita jadi penulis tamu, korang karang la berkajang-kajang buah fikiran, idea, cadangan, kutukan keras, pastu hantar then boleh kita kongsi sama, kalau best, kita boleh buat jadi memorandum, pastu semua pembaca sokernet semua berarak pergi istana negara ke, pergi KBS ke, pergi FAM ke kita serah memorandum tu..

at least bila orang kata "korang cakap je pandai" kita boleh la counter balik...

org-org slow kat 'atas' sana kena kejut secara agresif sikit, barulah bolasepak tempatan boleh di'revolusi'kan...

ayobkelubi berkata...

oi jorji!

gua baru perasan.tujuan sokernet nak kutuk liverpool aje?.

lu mmg cilakak. hahahahaha.

David Archuleta berkata...

@Oh Me: woi..apahal same kan selangor dgn Liverpool?..Liverpool bengap..Selangor same mcm Real Madrid..hahaha..

@Mr. Shcomey™: takkan nak harap amri yahyah idola aku tu je? yg lain?
ntah la...bg aku, aku slhkan player yg bodo je..ade player yg pndai, tp aku xmrh pun..kalo tukar coach pun aku xmint sgt..sathianathan tu ok ape?

meor-name-depan-ku berkata...

steay la lucius.....
komen untuk artikel anda sudah menjangkau 100 comment....

the blues still got the blues!!!!

talkIZcheap! berkata...

lalala~
aku pny list:
1.sumandak sabah
2.mek kelate
3.Awek (NS panggil apa ek?)NS!!

owh, aku org Kelate, tp tu senarai aku wat time belajo di UKM dulu, kui3... (tp aku rase tight lar yg first dan second tu, haha!!)

majulah sokernet ut tujuan murni yg sebenar anda, vote j or ji utk jadik presiden FAM (w/pon dio sokong nogori, kui3)

p/s: lemahnya bolasepak negara sbb faktor mentaliti, dari atas smpai bawah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...