ANDA SEDANG MEMBACA

31

Preview Manchester United vs. Everton

Jorji Jumaat, November 20, 2009
Dari 17 kali Everton bertandang ke Old Trafford, hanya SATU kali sahaja mereka menang. Iaitu di perlawanan pembukaan Premier League 1992-93!

Itu untuk rekod aje.

Malam esok, setelah 'international break', setelah kalah kepada Chelsea dan seri dengan CSKA Moscow, Manchester United akan 'benar-benar' memulakan musim mereka. Mengikut tradisi yang berjaya dikekalkan, Manchester United pantang ada mood raya Krismas, pasti mereka akan menang dan terus menang. Musim lepas,untuk rekod, Manchester United berjaya memecahkan rekod tanpa kalah yang ada seterusnya menjulang Piala kejuaraan liga.

Perlawanan malam esok, aku lihat semua bookie / kaki judi / pundit bolasepak meletakkan kemenangan kepada Manchester United. Ini kerana barisan utama Everton ramai yang cedera dan Moyes tidak dapat menurunkan kesebelasan utama mereka. Mereka ketiadaan Phil Neville, Jagielka, Arteta. Mungkin juga Leon Osman dan Pienaar. Sementara Diniyar Bilyaletdinov pula digantung perlawanan. Tapi bagi aku Yakubu dan Fellani itu bahaya juga. Tim Cahill pula bermain agresif style Kangaroo. Jika Saha juga bermain, pertahanan Manchester United mesti berhati-hati.

Sebut pasal pertahanan, adakah Pak Alex akan menurunkan Ferdinand? Ramai yang kata Ferdinand tidak cedera, sebaliknya Pak Alex saja kata dia cedera, padahal Pak Alex menggantung khidmat Ferdinand kerana banyak buat silap. Vidic mungkin bermain atau Johny Evans untuk bertahan dan menyiku Cahill. Sementara barisan tengah, aku rasa gandingan Anderson dan Fletcher akan mengemudi. Anderson patut diberi peluang selalu. Bagi aku dia bagus.

Bahagian serangan, Berba akan bergandingan dengan Wayne 'sekali biru, selamanya merah' Rooney! Mamat ni memang dibenci Toffees. Bekas Everton yang memang selayaknya bermain dengan Manchester United. Rudeboy Rooney adalah inspirasi. Beliau mampu memecahkan kebuntuan jaringan gol. Beliau mampu mengurangkan jurang ketiadaan C. Ronaldo.

Everton mungkin susah nak dibolosi, tapi kemenangan 3-1 pasti milik Manchester United.

**********

31 Ulasan:

Wanturd™ berkata...

2-0 kot..

Unknown berkata...

dgn Everton bolehla..:-)

FdausAmad berkata...

Ahh,

3-0

Trekker berkata...

3 point utk man utd.

Unknown berkata...

eh.. xde ke brita pasal world cup playoff.
dunia dunia.

talkIZcheap! berkata...

aku rasa, Nani pon bole pegi jauh ngn Man utd (w/pon aku asek nyumpah jer tgk die main, huhu...)
he just needs the right mentality, hope coaching staff doing the best for him and the rest of the squad!!

rugi korg xbuat apa2 artikel/preview/rebiu utk WC play-off... bykk kontroversi tu??

akhir kata, apa persamaan antara Maradona, Messi dan Henry??? kui3...

Shank berkata...

esok 1st price - draw
jackpot - everton menang .

meminjam kata² pakcik shankly

"The difference between Everton and the Queen Mary is that Everton carry more passengers!"



"Everton are good but Liverpool are better. They are the best in England – the side we can all learn from."John Sillett

Shank berkata...

ohh .. lupa nak sexplain ..
menurut pakar kata² dan bicara...
" we " kata John Sillet tu bermaksud kelab² lain spt man utd, nottingham , shefield , arsenal , Qpr , dll .. chelsea masih belum baligh lagi masa tu .. hehehehehe

angeldream berkata...

kalu la saha score, mesti dia akan lari laju2 dari ujung padang ke ujung padang.

Speed Junkie berkata...

Shankly, klu team2 lain belum baligh lagi time John Sillet cakap tu, nampak sangat Liverpool since then terbantut tumbesarannye hehe kesian...next season main Europa league, boleh la report tengok banyak x bezanya dgn champs league...yelah team2 Man U, Chelsea and Arsenal ni sume mmg xde chan nak main kat league bawahan mcmtu

Tanpa Nama berkata...

man to watch. gimme olbertan!

Redz da Tsar berkata...

2-0

Amjat berkata...

olbertan mana lak dtg nih??

nazrihashim berkata...

tiga mata cukop!

pengkao berkata...

http://www.facebook.com/pages/Petition-to-have-IRELAND-Vs-FRANCE-REPLAYED/180940979795?ref=mf&v=wall

talkIZcheap! berkata...

jgn ler ikut Liverpool, aku harap...
pas menang 18 liga, 5 champions league, pas tu....
huhu....

gula-gula berkata...

xkan ikut..sebab team lain xde rafa..hahaha

Susuhunanan berkata...

0-0 sudah...ini jam la tim howard nk tunjok terer dpn fergie..hehehe

r.k berkata...

lucy, mana preview?
kang kalah kang~
:D

BanDeLa berkata...

anderson n nani
jual jer kat kl plus

pa2x pun 3 point malam nie...

glory2x man utd

mizu_sama berkata...

game nih nk harap man u kalah payah.harap draw pun jadilah

-MsGoodNite- berkata...

ferdinand takde pon takpe... mmg bikin kacau je la dia tuh..bosan tul!

glory..glory MU

Susuhunanan berkata...

game dah nk start...mari tgk saper yg kena..hehe..arsenal dah terkena dah dgn sunderland..MU pasni lak kot..hehehe

nazrihashim berkata...

haha...dah 3 berbalas telur ayam ni.

iampali berkata...

arsenal kalah, liverpool seri, chelsea menang...and man utd??? mantap!! x sia2 aku sokong ko fletcher. team bola pantai menang sekali je dlm bape belas game ni.badi mng ngn man utd la tu hahaha

iampali berkata...

silap fakta..bukan belas..10 game

FdausAmad berkata...

Prediction gua tepat!

Yeahh...

sufian berkata...

lu memang sempoi fdausamad..yeah
3-0

Redz da Tsar berkata...

Glory Man United.. hak3x... Bangga menang dengan United, akhirnya itulah saja yang menang dalam 10 game... Ish3x... bila la nak menang balik nie... Kesian aku tengok fan Liverpool... nanti duk ulang sejarah la tue...

Alke berkata...

rilek fan Man Utd, krismas has come, and as usual, setan merah mana nak sambut krismas kan? apa barang sambut krismas?!!, saat kebangkitan setan merah telah tiba (baru tiba beb, belum tiba pun maintain top 3, bukan macam liverfool ngan rafa royan tu, kekekeke) akan kita bentangkan tikar neraka kepada pasukan lawan yang lain....glory2 Man United!!!

SFB berkata...

MU baru start masuk gear.. 3-0.. mantop...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...