ANDA SEDANG MEMBACA

21

Rebiu: Chelsea 4 Wolves 0

LuciusMaximus Isnin, November 23, 2009
Kakuta, I am an taxi driver in Kakuta, I drive my little taxi in Kakuta, taxi, taxi, taxi, in Kakuta I am an taxi driver man


Selamat malam atau pagi semua pembaca Sokernet sekalian. Sebenarnya bukan aku malas buat prebiu Chelsea lawan Wolverhampton Wanderers, cuma sibuk sedikit. Sekarang ni tengah lepak-lepak makan burger kat dalam Stadium Qwest Field. Jangan gelabah, burger yang aku makan ialah burger yang dimasak sempurna, lengkap ada keju, mayonis dan sos cili Aminah Hassan. Aku ikut cakap Bung Wahab, aku beli burger Otai je. Nasib baik kat luar stadium tadi ada jual.

Pasal perlawanan dengan Wolves tu, aku ulas sikit je. Ulas banyak tak guna, sebab menang tu dah memang termaktub awal lagi. Tinggal berapa jaringan saja yang hendak ditentukan. The Blues menang 4-0. Cukuplah, menang besar-besar pun buat apa kalau tiba-tiba kalah 1-0 dengan Sunderland.

Contoh je, jangan terasa pula.


Diagram di atas, mengikut sumber-sumber dalaman aku di UEFA, kini sedang dikaji dengan mendalam oleh pakar-pakar bolasepak. Ikut pendapat pakar, pergerakan unik sebegini sudah lama tidak kelihatan semenjak berakhirnya era Zinedine Zidane. Raymond Domenech pula dilaporkan sangat-sangat berminat dengan corak permainan penuh bijaksana ini kerana ianya tidak menggunakan tangan, tidak seperti bekas pemain Arsenal yang bermain di Ireland tempoh hari.

Contoh je, jangan terasa pula.

“Kakuta adalah pemain dengan talenta yang bagus. Ia masih sangat muda. Saya pikir ia layak tampil hari ini,” tegas Carlo Ancelotti.

Aku pinjam ayat mamat Indon dari sepakbola.com yang duduk sebelah aku. Dia pun datang Seattle nak ulas pasal MLS Cup 2009.

Okaylah, game nak start dah. Sebelum mengundur diri, ni aku nak tayang gambar awek Seattle Sounders yang aku sempat kenal.

Nama dia Tijah.

21 Ulasan:

Oh Me berkata...

Muahahah....

Unknown berkata...

"Raymond Domenech pula dilaporkan sangat-sangat berminat dengan corak permainan penuh bijaksana ini kerana ianya tidak menggunakan tangan, tidak seperti bekas pemain Arsenal yang bermain di Ireland tempoh hari."
nak jugak sebut Arsenal tu, maklumlah juara x terkalah sebelum ni, Invisible katakan. tp gua x minat sejarah yg lepas2 tu, so mamat Onry (sebutan dlm bhasa france)tu dh jd sejarah, apa yang jadi sekarang (dia guna tangan), maybe Messi yg ajar dia kot, sebab Maradona kan pakar dalam tangan menangan ni. Messi pun pass la trick ni kat Onry...

aRief berkata...

essien ley jd striker pasni. ganti drogba

iampali berkata...

kiutnya tijah..sekiut namamu ahaha

medihebat berkata...

bulih tahan jugak kakuta taxi driver nih...

Tanpa Nama berkata...

banyak kali sikit Kakuta ni main, memang ada syarikat taxi New York pulak akan taja Chelsea ni

print berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
print berkata...

Dijemput semua mereka yang berdarah biru
untuk join komuniti yang baru diwujudkan..
untuk mereka yang berdarah lain amatlah dialu-alukan :-

http://birudarahkami.blogspot.com/

bungwahab berkata...

tolong kirim salam kat tijah..
nanti aku belanja makan burger.

Redz da Tsar berkata...

Hehe... Liverpool taknak kutuk ke? Atau dah boring? Hehe

nyzm berkata...

Tijahahahahahaa

Unknown berkata...

Wolves kena sembelih di Stamford Bridge Burrppp...next!

Lucy, awek tuh berkenan kat ko atau ko je yang berkenan kat dier?

Bungwahab, ceria sket nampak?

-Monday Blues-

eddie dewanaga berkata...

Kakuta dan Matic adalah nuclear missiles in the making...


geram betul gua tengok Tijah tu, encik Lou, kalau dia nak ikut balik M'sia, lu angkut ah...

pakkordi berkata...

Gua dah text mick mccarthy suruh patahkan kaki essien sebelum game tu.. dia bo layan.. padan muka dia.

Kakuta memang ada potensi. We will see.

Shank berkata...

info - tijah tu bekas aku dulu .. oklah not bad ..klu main tutup mata sbb byk kulat ketepi tepi dia tu ...wakakakakaa

AmirAsyraf berkata...

lebiu tijah...

Tanpa Nama berkata...

sentuhan pertama kakuta sgt mengujakan, ala ala ronaldinho di waktu muda..tp malangnya tiada ketenangan di depan pintu gol

talkIZcheap! berkata...

pembetulan: yg kena tgn tu, main kt France, bkn kt Ireland...

LuciusMaximus berkata...

Damn, Thierry Henry cakap kat Ireland. Dia tipu aku lagilah ni?

talkIZcheap! berkata...

nampak gaya nya, gitu ler, Lucy..huhu

iampali berkata...

xbox 360 mmg lg best dr ps3.gamba lg cun n game pirate leh main haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...