ANDA SEDANG MEMBACA

29

TAWA DALAM TANGISAN - EDISI MENIKUS

Ahhh, terasa seperti semalam bukan tika melihat rakan-rakan Liverpool ketawa riang, dengan belon terbang sana sini, pelangi warnanya terang, burung berkicauan, bambi melompat-lompat. Rupanya sudah seminggu berlalu dan keriangan telah lama berlalu.

Seperti yang saya tulis sebelum ini, karma is an interesting stuff.

Sebagai wakil golongan yang ditertawakan minggu lepas, saya pada mulanya hendak turut tertawa minggu ini, tapi Eric The King pernah berkata, "dendam bukan jalan penyelesaian."

Saya fikir betul juga, tidak seperti ahli kelab bola pantai yang kuat dendamnya pada Manchester United, walhal entah apa sebabnya dendam (Arsenal yang sepatutnya layak berdendam sebab mereka direct competitor kejuaraan liga saban tahun).

Tapi tak mengapalah.

Setelah bermuhasabah beberapa minit baru saya mendapat pencerahan, bahawa saya harus bersimpati dengan ahli-ahli kelab bola pantai.

Ya, saya akui, tulisan Lucius (yakni ahli kelab frat boy biru) dan Pipiyapong (ahli kelab anak ikan) amat harsh.

Dua wakil dari dua kelab 'rakan' ini yang terawal membakar hati mereka, yang sepatutnya bersekutu, tapi entah kenapa J or ji dan saya yang senyap sepanjang masa jua menerima tikamannya.

Ah, tak mengapa.

Saya harus bersimpati kerana tidak seperti Chelsea, Arsenal dan sudah tentulah Manchester United, ahli-ahli kelab bola pantai hanya mempunyai dua hari, ya DUA HARI sahaja sepanjang satu tahun kejohanan untuk bergembira dan meraikannya dengan meriah.

DUA HARI gembira itu adalah hari mereka mengalahkan Manchester United di Anfield dan satu hari lagi di Old Trafford. Inilah hari di mana pesta dan festival besar-besaran laksana dua hari agung yang diturunkan oleh dewa.

Ini kerana, sekali lagi, tidak seperti Chelsea, Arsenal dan sudah tentulah Manchester United, mereka tidak punya banyak hari untuk meraikan kegembiraan, contohnya, hari memenangi EPL atau hari menang dengan game Fulham, barangkali?

Seharusnya Lucius dan Pipiyapong harus sedar hikmah ayat "You Never Walk Alone,"

Kerna ayat itu sendiri sudah menggambarkan betapa ahli-ahli kelab bola pantai tidak pandai berdikari dan amat takut kesepian.

Lantas suka mengikut dan mengendeng ahli-ahli kelab frat boy dan anak ikan. Semua atas dasar dendam terhadap Manchester United kerana kelab tersohor ini adalah musuh, walhal entah kenapa kalau Chelsea dan Arsenal menang EPL, sama jua implikasinya - yakni bukan mereka yang menang.

Ah, simpati.

Simpati jua lantaran selalu kecewa untuk memenangi kejuaraan lantas sanggup berkongsi kegembiraan jika kelab lain menjuarai kejuaraan itu tatkala menewaskan Manchester United, contoh, mungkin Barcelona, walaupun, errr....juga...bukan mereka yang menang.

Ah, simpati.

Semoga kelab bola pantai akan memenangi pertemuan mereka di Old Trafford kelak kerana jika tidak, hari perayaan mereka sudah tinggal satu hari berbanding Chelsea, Arsenal dan sudah tentulah Manchester United yang punya banyak hari untuk bergembira.

Kepada rakan-rakan Red Devils, hulurkan simpati anda kepada ahli-ahli kelab bola pantai yang kurang upaya. Bantulah mereka menemui sinar bahagia, pimpinlah tangan mereka menuju keamanan sejati...

walaupun untuk cuma dua hari...

Untuk ahli-ahli kelab bola pantai, saya dengan penuh kehibaan mengucapkan;

"Selamat menikus dan jangan lupa menonton dvd yang anda beli minggu lepas"

29 Ulasan:

Wanturd™ berkata...

haha..nice la..pimpin mereka menemui sinar bahagia... ade dvd lebih x? ;p

glory2 man united!

saudagar gaRAM.. berkata...

salam..garam sini..

ulasan kem spurs tertangguh..gua tengah sibuk dengan final exam ar beb..

tapi gua tau kena titik 3-0 dengan arsenal..

cilakak btol..

Unknown berkata...

eh biar jer mereka..dalam kepala mereka kalau menang dgn big four(terutama man u),itu lebih besar nilainyer berbanding dapat title EPL mahupun Carling Cup sekalipun..

sufian berkata...

la la la la i'm loving it..

LuciusMaximus berkata...

Hahaha, yang ni gua namakan, provokasi halus

Alke berkata...

nice, beautiful and deeply touching. Aku dah kabor kat teman2 kelab bolasepak pantai,kalau dapat stay kat EPL season nie pun dah cukup bagus. kekekekekekeke.....

phakdee berkata...

19 adalah nombor Manchester United!

Pali berkata...

i'd rather walk alone

zan berkata...

Heh..dendam yang tak sudah..

YNWA!

FreeMen berkata...

haha. bila masa pulak fan liverpool penah mengasak/meroyan/memprovoke secara luar tabii mcm fan man utd yg dah mcm x habis2 period?

liverpool kalah/menang/draw = fan man utd meroyan

man utd kalah/memang/draw = fan man utd meroyan juga siap menyalahkan liverpool sbb diorg kalah

haha. jgn marah wahai mati-keras man utd.

akulafix berkata...

nak sebarang jalan pun kena pimpin tangan gak kan...You Never Walk Alone.Takut kena langgar dek lori hantu...hehehe

Jorji berkata...

liverpool nak cipta the big 6 agaknya?

art_iswork69 berkata...

Tikus MU dan bangun baiki labu!

Jorji berkata...

http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/2708258/Fulham-3-Liverpool-1.html




artikel kebenaran. walau pahit,ditelan juga.

MDM FARAH FAIZURA berkata...

Kah kah kah.

Sejarah menikus - ia adalah ciptaan fan MU sendirik dan ia hanya digunapakai untuk fan MU.

Kah kah kah.

Dewajiwa berkata...

kah kah kah!
lagi lagi sejarah..

glory glory MU..
nice work Nazri

meor-name-depan-ku berkata...

tottenham......jangan nak mimpi..
dari start chelsea kuat sampai sekarang, ianya dinamakan THE BIG 4, ok? clear x??

THE BLUES STILL GOT THE BLUES!!!!

feroz_sulaiman berkata...

man u kalah = kem man u kena bahan kaw2...
arsenal kalah = kem arsenal kena ayam2 dlm entry
chelsea kalah = kem chelsea kena bahan gak...

so skarang liverpool kalah = kene la trima "bahan2" yg dilontarkan...

"kena bahan" adalah suatu yg normal bg mana kipas-susah-mati...

lain kali ada gak turn nak bahan team lain balik...

nota kaki : kipas-susah-mati kelab bola sepak pantai...saksikanlah dulu kegembiraan kami di kemuncak top3 epl...~SeKaiN~

Redz da Tsar berkata...

Aku pun tak tahu nak bagi simpati atau tak kat penyokong kelab bola pantai... Sebab masa Setan merah kalah, kawan aku yang penyokong bola pantai la tak habis-habis menibai... Bila diorang kalah, terus deactivate akaun fesbuk, hilang dari network dsb.. hehe

Glory Man United

zan berkata...

Kasmi menerima adat dunia tu. Takde masalah. Bahanlah kami semahunya. Kami tak lari (dan belum kenal mana-mana member sekapal yang deactivate akaun FB semata-mata Liverpool kalah).

Cuma bila turn kami menibai pun dipersoal tu yang mendatangkan kemushkilan tu. Adakah hanya penyokong Liverpool yang patut mengikut adat dunia? Penyokong pasukan lain ikut adat planet mana? hehehe..

YNWA!

HafizChan berkata...

Bantulah mereka menemui sinar bahagia, pimpinlah tangan mereka menuju keamanan sejati...


Pendahulan ; 19/20
Isi ; 38/40
Penutup; 19/20
Gaya bahasa; 20/20

A+

Demm lawakkk...

You'll never win, anyway - YNWA

r.k berkata...

Alalala siannya...

bukan tanak tibai MU.
cume takde poin sangat sbb dorg menang kecuali sbb menang bila reff bias.
SAF tak plak bising " kami menang sbb reff bias " macam mase kalah " kami kalah sbb reff bias "
hunn..~
susah nak tolong kopp kalu lu tak menang.

Our Blood Is Blue.

Redz da Tsar berkata...

Hehe... Zan... Bukan kamu... tetapi kawan aku... Dulu ok jer... Sejak kalah 5 kali nie, banyak da deactivate utk elak dikutuk kaw2... Kesian... Takpe2... Next week lawan Birmingham... Boleh menang kot... Kalo kalah lagi tak tau le~

Dewajiwa berkata...

Birmingham? lauk tradisi The Kop tuh.
mesti dapat 3 point punyalah. hehe.

glory glory MU..

sufian berkata...

nape aku tgk penulis kem liverpool mcm sorng diri jea mempertahankan kem dia(dingin)..mana lagi sorng??jannah tak silap aku..

aku suggest amirulz ganti jannah..

die penah gak apply kat sokernet nih..
untuk kem liverpool..

tp tang best kat sokernet adalah pengkomen dan pembahas setiap kem memperthankn kem masing2..

idup sokerNet!!!

layan yng original..yng lenlain tu wat baca2 sukaati dah lah

BraderDiego berkata...

Gua rasa ni entry paling emo gua penah baca. Gua saspek, penulis menaip entry ni sambil bercucuran air mata.

Rileks lah bro. Bola je kot. Janganlah nangis. Lu ni kecik-kecik mesti brader yang suka ngadu kat cikgu kalau member lupa bawak keje sekolah. Jenis yang bawak bekal pegi sekolah, pastu kena pow. Pastu ngadu kat mak.

Biarlah fan Arsenal nak sokong KL plus, fan Liverpool nak sokong Barca. Sokong kelab bola ni bukan register dalam surat beranak bro.. Polis tak tangkap pun bro..

Kalau lu takleh terima kena kutuk, baik lu tengok bowling je. Tak pun lu bela hamster. Mungkin lu boleh tenang sikit tengok hamster lari-lari dalam benda bulat-bulat tu..

peace!!

HafizChan berkata...

brader diego...unsur2 emo di situ...ahaha

ameru brembo berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
lipascongo berkata...

syahdu menusuk kalbu penulisan ini...ok2 kali nie aku simpati la....nanti kalu main di old trafford aku akan pastikan yang liverpool menang...kesian...kami man united dah selalu menang....dah biase menang...macam aku cakap aitu....asyik menang je...nak jugak rase kalah...pada kelab yang kalah tuh....kalu menang dgn man utd...anggap lah ko dah menang epl 20 thn,champions league 20 kali,world club cup dan kalu bole world cup sekali...akhir kata....kami sentiasa dgn hati terbuka untuk kalah demi kelab cikai...muahahaha...haaaakkkk ptuiiiiihhhhh!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...