ANDA SEDANG MEMBACA

33

UPDATE DAN NOTIS SOKERNET

Nazri Rabu, November 04, 2009
1. Lucius, Jorji dan dingin saya naikkan pangkat mereka ke reputasi admin. Ya, korang bertiga tidak diberitahu apa-apa, hanya tahu ketika membaca entri ini. Jannah, kau belum cukup aktif untuk jadi admin.

2. Nazmi saya pecat sebagai contributor. Terpulang kepada Lucius untuk mencari pengganti kem Chelsea atau secara egonya hendak mengendalikan kem Chelsea secara solo. Namun sebarang calon perlu diberitahu terlebih dahulu kepada saya dan pipiyapong sebagai founder.

3. Terdapat komen-komen tentang kurangnya ulasan La Liga dan Serie A. Dari pihak saya dan Pipiyapong, alasan ketiadaan tv dan astro dirumah kami gunapakai sebagai penangkis. Untuk pengulas lain tak tahulah. Saya buka sebarang cadangan pengulas yang aktif mengikuti perkembangan la liga dan serie A. Sebarang cadangan boleh diberi pada ruangan komen atau emel kami.

4. Tiada sebarang penambahan untuk kem lain. Ada cadangan dan komen tentang kem Liverpool yang dikatakan 'lemah'. Saya tekankan prinsip pemilihan calon contributor memang secara terasnya berasaskan kronisme, yakni blogger yang saya atau pipiyapong kenal rapat atau pernah minum bersama. Setakat ini saya dapati kedua-dua pengulas menjalankan tugasan dengan baik. Nama-nama yang dicadangkan tidak kami kenali.

5. Terdapat cadangan ketika minum-minum dengan pipiyapong untuk projek wikipedia bolasepak Malaysia secara intensif. Lontarkan pandangan dan cadangan untuk projek ini. Memang sudah ada beberapa entri bolasepak Malaysia di wikipedia, mungkin kita boleh perkemaskan atau menambahbaikinya.

6. Selamat datang kepada pembaca baru, brader Diego yang memberi komen dalam entri Tawa Dalam Tangisan. Saya katakan selamat datang kerana brader diego nampak belum familiar dengan konsep sokernet yakni spoof dan humour dalam bolasepak. Terima kasih atas analisis terperinci anda terhadap zaman kanak-kanak saya. Walaupun belum melepasi batasan personal attack, you're going towards that. You trying to appear not taking it seriously, but you did taking serious for the matter that should not to take it seriously. Contradicting yourself. Hoho.

Sekali lagi, sokernet adalah laman bola untuk spoof dan hiburan.

7. Selamat membaca dan semoga terhibur.


33 Ulasan:

terrarosa berkata...

aku yang tak minat bola pun faham la jugak lawak jenaka kat sini,
pasukan yang menang aku tolong tepuk tangan,
pasukan yang kalah , dorang pun dapat minum air sirap macam pasukan yang menang juga.
jadi aku okay jer dengan konsep spoof dan humour ni :)

lalalalaalalaaa....

Trekker berkata...

diego ni penyokong emo mana? kalu sensitif sgt, tolong masuk website team engko je lah. sini aku sgt setuju just sekadar hiburan atau humour.

TAF berkata...

tahniah diucapkan kpd Lucius, Jorji dan dingin. lepas ni boleh la open table mkn nasi kerabu golok sambil meraikan kemenangan kelantan..hahaha...konfiden la plak kawe

meor-name-depan-ku berkata...

xpe, lucius...biar solo janji khidmat diberi dedikasi..

THE BLUES STILL GOT THE BLUES!!!!!

Amjat berkata...

aku rase kem arsenal kena cari sorg lagi contributor la..PP bukan leh harap sgt. ade entri pun sekerat je..Xpuas langsung..gua dgr bdak arsenal mcm bole mnang piala tahun ni.

Harap komen sy diambil perhatian...

Kpd PP,jgn marah bro...hahaha

Pali berkata...

aku mmg x puas baca sokernet, satu2nye website yg aku boleh bukak terang2 dpn bos sbb apa die nampak hanyalah tulisan tp bg aku best gile baca...

keep it up!

ps: sape admin dak tronoh?

FIRZA berkata...

woi lucius...bila nk wat kenduri doa selamat ni....?....pangkat dah naik.....peminat makin ramai.....nak kire macam mane ni....?hakhakhakhak....

mfh berkata...

diego tu yg gelabah tu..

sokernet utk berhibur.. mana2 yg mengutuk dan dikutuk tu.. lek lek sudah..

jangan emo sangat dengan bola..

crawai berkata...

kipidap sokernet!
hiburan bolasepak masakini.
Puak2 korang dah hiburkan segelintir penyokong Harimau Malaya. Yang tak terhibur tu kontrol Emosi anda.

Khalid Raffali berkata...

salam,

orang baru nak komen kena bagi salam kan?

laman sokernet ini merupakan hiburan pagi isnin yang cukup menarik every time ade match weekend di mana salah satu di antara satu pasukan yang kuat sejarahnya mengalami kekalahan.

walaupun spoof dan just for fun. analsis analisis yang bermutu juga buleh didapati sekiranya anda mengkaji entry-entry yang ditulis oleh pengkontributor tegar di sini.

teruskan usaha murni anda.

majulah sukan untuk negara.

-penyokong arsenal..

ayobkelubi berkata...

laaaa ada yg emosi lebih ker naz?. kacau sungguh ni.kalau dia kem liverpool, konpom buat malu aje. hahaha

shahmivec berkata...

rilek ar bro,kitorang melawak memang kasar....tapi tak penah amik hati pun....adat la menang ngan kalah.lu belum dok kat majlis sukan negara nie....kalau team kalah,satu bangunan turun kat partition lu nak bahan.

Tabok berkata...

Keep it up emonet! ehhhh salah! sokernet! aku suka baca entry² kat sini. Info and hiburan all in one. Macam syampu plak. Hehehehehe... Aku penyokong man u. man u kalah, aku ketawa. man u menang, aku ketawa gak (cume besor sket je) best gilerrrrrr!!!

LuciusMaximus berkata...

Naik pangkat je? Gaji apa cerita?

mizu_sama berkata...

brader lucius,kalo nk buat artikel mmg aku x pandai,tp kalo minit-ke-minit,insyallah. untuk team chelsea aje lah..keh keh keh

SFB berkata...

majulah bola untuk sokernet.. hehe

Dewajiwa berkata...

tahniah untuk skuad admin baru Sokernet.
teruskan menghibur. biar palat macammana sekalipun komplen yang ada terutama dari fan emosi, buat dang sudah. yang penting, Sokernet memang sumber hiburan kaki-kaki dan taik-taik bola seMalaya.

budak Diego tu emo eh? macam tau je dari kelab mana. keh keh keh.

orang siuman berkata...

In Pipiyapong we trust!~

Tanpa Nama berkata...

Saya hairan mengapa tiada satu pun iklan di blog sokenet ini (adsense, nuffnag, sewa banner dll). Saya rasa tidak salah jika ada sedikit iklan yang boleh menyumbang sedikit pendapatan kepada para penulis di blog ini supaya mereka lebih bersemangat, berdedikasi serta berkeyakinan ketika menulis dan menghantar artikel.

Kalau dah ada iklan nanti, para pembaca sokernet boleh pakat-pakat klik iklan itew sekurang-kurengnya sekali sehari. Amacam idea gua?? Boleh dibakulsampahkan x?

meor-name-depan-ku berkata...

Pegulza, footbal is about passion...
mungkin duit bukan passion dorang..

huhuhu...

THE BLUES STILL GOT THE BLUES!!!

Luca DK berkata...

gua tak rasa brader diego tu emo.

cume dia pakai lawak kasar je.

ke vovin yg emo ni?

ntahla.. hohoho! (ayat yg selalu2 org pakai utk tunjuk tak emo)

Luca DK berkata...

lupe lagi tertinggal lagi satu.

Peace!!
(juga selalu digunakan untuk menunjukkan diri tidak emo)

nmz berkata...

yeah
smoga sokernet terus maju n sllu update
hehe

BanDeLa berkata...

emo?????aiyaaa kawan
bole memberi bole la menerima
hujung minggu ada game
pagi isnin mesti baca

glory2x man utd

BraderDiego berkata...

secara tiba-tiba penulisan brader N kalini lebih menjurus kepada management skill. sebagai contoh, abg N mempunyai kuasa untuk naikkan pangkat luci, fired nazmi dan sebagainya. ini menunjukkan apa brader-brader sekalian?

"saye adalah founder blog ni. saye paling berkuasa disini. saye boleh kutuk sape-sape ikut kehendak saye, dan orang tak boleh kutuk saye, termasuk braderdiego yang entah sape-sape tu. kalau tak saye akan nangis, emo, dan ngadu kat mak saye" - mmg sah lu belum bela hamster lagi. ianya lebih kena dgn perwatakan lu.

nway, waaaa.... speaking tu. tak sangka abg N ni bole berbahasa inggeris. apa kata lu carik makna "calm down" dalam kamus, hapal maknanya, dan hayati maksudnya.

tapi strategi lu memang betul abg N. tak semena-mena lu dah dapat pembodek-pembodek yang gua pasti lu tak ingat pun nama diorang. senang lu nak carik orang tolong masa lu buat kenduri ke..

peace beb..

p/s: agak2 pasni, gua kena tuka windscreen keta gua kepada bulletproof material tak?

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Brader Diego...Brader Diego... Hati kau terlalu keras.

FreeMen berkata...

tahniah kepada contributor yg jadi admin.

-Kopites.

ayob berkata...

oh peperiksaan..

Nazri berkata...

brader pipi eh...diego - jawapan saya;

ho ho

Tabok berkata...

bisikaaaaaan, suara hati, hatimu ke hatiku... khakhakhakha! dah kawin ke belom? mmmmbuekkkkk!!!

medihebat berkata...

roy...roy...hati kau keras...suka berkorban untuk kepentingan orang lain...

zeidalqadri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zeidalqadri berkata...

assalamualaikum & selamat sejahtera.

sebagai pengikut sokernet yg agak baru kalau nak dibandingkan dgn majoriti pengikut2 lain, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengasas & penyumbang yg telah berjaya memikat hati saya untuk tidak mengikuti secara serius blog lain dalam apa genre sekalipun selain yg ini. ulasan2 tuan2 sekalian mmg bernas tanpa memalingkan perhatian daripada aspek hiburan dalam mengekalkan minat dan keseronokan para pembaca yg melayari laman ini.

cuma 1. jgn pula ada yg berkecil hati bila saya luahkan bahawa mungkin (minta maaf) brader nazri (dan para penyumbang lain) perlu lebih berhati-hati dan mengambil berat perkara-perkara yg berkaitan dalam penggunaan bahasa inggeris tuan2.

saya sayangkan bahasa saya dan tidak lagi mengikuti secara serius (malah boleh dikatakan tidak terus) laman 'soccernet' orang putih dengan adanya laman ulasan perlawanan dan hal-ehwal semasa bolasepak eropah, yg tidak dapat dinafikan membuatkan kita jelak dgn perihal dan gaya permainan bolasepak tempatan kita masa kini, dalam bahasa kebangsaan kita.

saya cuma tidak mahu pengguna setia bahasa kebangsaan kita digelakkan atau setidak2nya dipandang secara sinis oleh pembaca2 yg kebetulan mahir dlm penggunaan bahasa inggeris.

terima kasih & teruskan sokernet!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...