ANDA SEDANG MEMBACA

34

Laporan 2009 Dan Perancangan 2010

LuciusMaximus Khamis, Disember 31, 2009
Pasca Krismas

Chelsea menamatkan pusingan musim perayaan dengan keputusan yang kurang memberangsangkan. Perlawanan Boxing Day seperti biasa memberikan ujian sukar buat pemain yang mungkin baru lepas berparti sakan hari Krismas sebelumnya. Seri dengan Birmingham 0-0 membuka ruang buat Red Devils untuk merapatkan jurang perbezaan kepada 2 mata.

Sedikit bernasib baik, pertemuan dengan jiran hujung jalan iaitu Fulham berkesudahan dengan 3 mata untuk The Blues. Manchester United malam tadi terus mengganas dengan membelasah Wigan Atheletic 5-0. Begitu juga dengan Arsenal yang membenam Portsmouth 4-1, pasukan yang pernah menundukkan Gerrard dan rakan-rakan sebelum ini.

Secara keseluruhannya, untuk kekal di puncak klasemen pada penghujung tahun adalah pencapaian yang baik. Statistik menunjukkan bahawa kelab yang berada di puncak pasca Krismas lazimnya bakal menjuarai liga.

Tapi itu hanya statistik.

EPL Setakat Ini

Saingan EPL musim ini boleh dikatakan paling terbuka semenjak bermulanya era dominasi Big 4 sekitar 2003/04. Biar Pak Alex Ferguson telah pun memberi kenyataan bahawa persaingan bakal ditentukan oleh Chelsea dan Manchester United, keadaan semasa menunjukkan situasi yang berbeza.

Arsenal yang kekurangan satu perlawanan boleh mendahului Red Devils dan berada satu mata di belakang The Blues jika mereka menang perlawanan tersebut. Maka adalah kurang bijak untuk mengabaikan Arsenal dan mengguris hati Pipiyapong jika kita berfikiran seperti Pak Alex.

Musim 2009/10 ini dijangka bakal menyaksikan pemecahan dominasi Big 4 setelah sekian lama. Sehingga artikel ini ditulis, Manchester City dilihat sebagai pasukan yang paling berpotensi untuk memecah dominasi, apa lagi dengan Roberto Mancini yang menjadi nakhoda bahtera City sekarang.

Tottenham Hotspur dan Aston Villa juga mempunyai keupayaan untuk menggugat keseimbangan kosmik. Tetapi kekurangan pemain tahap dewa yang berpengalaman beraksi di peringkat tertinggi mungkin menjadi batu penghalang bagi mereka berada dalam kelompok empat teratas.

Maka setakat separuh pertama EPL musim ini, aku rumuskan tilikan penghujung liga seperti berikut.

Empat pasukan teratas bakal diisi oleh Arsenal, Chelsea, Manchester City dan Manchester United. Juara EPL aku jangkakan bakal dijuarai oleh salah satu dari empat kelab ini. Ya, kalau nak ikut emosi aku mahu Chelsea. Tapi ikut keadaan sekarang memang susah nak cakap siapa.

Empat yang seterusnya bakal diisi oleh Aston Villa, Fulham, Liverpool dan Tottenham Hotspur. Ini mengikut turutan abjad bukan jangkaan posisi di penghujung liga. Oh ya, geng-geng Rakan Kop jangan marah ya?

Bulan Afrika

Laluan getir menanti The Blues menjelang bulan Januari ini. Macam biasa setiap 2 tahun sekali, pemain-pemain Afrika yang membanting tulang di Eropah pulang ke kampung halaman untuk tugas yang lebih besar buat negara masing-masing.

Aku tekankan perkataan besar kerana African Cup of Nations adalah waktunya dimana negara-negara Afrika mengetepikan perbezaan pendapat dan memadamkan api perang untuk kejohanan bolasepak tertinggi di benua tersebut. Besar kerana African Cup of Nations 2010 kali ini membawa kemajuan dan pembangunan untuk negara bergolak Angola selaku tuan rumah. Besar kerana inilah pentas di mana Didier Drogba pernah mengambil peluang bersama rakan sepasukan Negara Pantai Gading yang lain untuk menghentikan perang saudara di negara mereka.

Atas sebab itu, biarpun ia berlangsung pada bulan Januari adalah penting untuk menghormati pemergian pemain-pemain Afrika ini ke tempat asal mereka.

Oleh itu The Blues bakal mengharungi saingan bulan Januari bertemu Hull City, Sunderland, Birmingham City dan Burnley. Juga saingan Piala FA menentang Watford. Boleh dikira agak bernasib baik.

Yang kurangnya ialah Manchester United tidak mengguna pakai mamat Afrika dalam skuad mereka.

Cerita Duit

Dari Stamford Bridge diumumkan laporan kewangan terkini Chelsea FC plc.

Berita baik, semua hutang telah ditukarkan kepada pegangan dan The Blues kini adalah langsai hutang.

Dalam erti kata lainnya Roman Abramovich kini mempunyai pegangan saham terbesar dalam Chelsea dan ini mengikat beliau untuk satu jangka masa yang lama, mungkin sehingga deposit minyak Rusia kehabisan.

Perbelanjaan berhemah juga berhasil mengurangkan aliran tunai dari £107.4 juta kepada £16.9 juta. Kerugian untuk tahun kewangan juga dikurangkan dari £65.7 juta kepada £44.4 juta.

Dengan siapnya projek pusat latihan di Cobham dan tanpa sebarang projek berskala besar tahun depan, kedudukan kewangan Chelsea dijangka akan bertambah baik.

Harimau Malaya

Malaysia menang lawan Syria 4-1, yang merupakan pasukan ranking ke-91 dunia. Wahlauweh!

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru buat rakan penulis Sokernet dan para pembaca Sokernet. Kalau ada yang terkasar bahasa, yang mengguris perasaan dan menyinggung hati yang memang selalu disengajakan, harap dimaafkan.

Perancangan 2010, kalau aku ada masa aku akan tulis lebih lagi mengenai bolasepak bukan EPL. Mungkin dari Scotland, Iran mahu pun Israel.

Kalau aku ada masa.

34 Ulasan:

komrad berkata...

idup rimau melaya....

angeldream berkata...

semoga the blues dapat kekalkan momentum. maybe ni la masanye sturridge dan zhirkov tunjuk belang. kakuta tengah bertapa lagi

:angeldream:

Myth3fy berkata...

ulasan hujung tahun penuh bergaya

Kiubrubik berkata...

hehe

kitt berkata...

jumpa lagi di tahun baru 2010..
mungkin kita akan dpt menjemput tn hj Hasbullah di sini...

cheers!

talkIZcheap! berkata...

tu lar... dulu United nk Mikel chelsea sibuk2 nk jgk... skrg, mesti korg rase cam nk bg free jer kan?? ngeh3 ^^

encikmasen berkata...

selamat tahun baru juga untuk lucius, penulis-penulis artikel serta warga komentar sokernet..

2010 harapnya dapat membawa semnagat fairplay bukan saja dalam padang tapi juga di ruangan komen..:)

namakasiklainkalibolehtak berkata...

admin, minta jasa baik post video ni kat entry.

http://www.youtube.com/watch?v=hrrjOd95xv8

Popo berkata...

artikel camni la bagus..byk info..bkn byk emosi..
takpon takde cite sbb chelsea tgh cuak 2 team tgh rapat cucuk angin blkg..

kareem berkata...

Nada dah lain sket..hehehe

Xyah la buat ulasan liga israel.Boikot depa..

Cob Nobbler berkata...

malaysia dah lepas ke area top 100 tu?

tapi gua suka untuk mengingatkan,masa inilah chelsea boleh guna si sturridge dengan kakuta tu untuk menunjuk bakat..kalau tak takde la fan MU asik nak membahan chelsea ni mat beli macam man city..

turut risau ialah barca..ramai gak africans yang membanting tulang di ibu negara catalan itu..kena balik berbakti kepada ibu pertiwi..yaya toure,seydou keita..semua penting tuh..

arcahijau berkata...

aku jangka roberto mancini akan lama di man city sebab nama dia mcm nak sama dgn nama kelab

sama seperti arsene wenger di arsenal

tapi, pak alex mmg terbaik... baik punya...

r.k berkata...

^^
selamat tahun baru lucius .
happy new year you BLUES .

*zhirkov ? mikel ? gth !

faheza yusof berkata...

epi new to all pengulas n pengomen....
aku arap arsenal kn lebih maju..idop meriam...
lolololo

besi berkata...

chelsea chelsea chelsea.......

Unknown berkata...

arsenal terbaik akan jd champion season ni!

Liverpool tak dpt main europe season dpn!

Berto berkata...

post yg sedap dibaca oleh semua penyokong walaupon x brape sedap utk penyokong2 bukan top4 yg dicanangkan lucius..

slmat tahun baru 2010 kpd sumer pengulas dan pengomen sokernet..

pakkordi berkata...

Moga tahun ni ceria untuk semua. Peace.

shan keli berkata...

nice post luce.

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

"Kami di City akan cuba melakukan apa yang termampu untuk menghalang Liverpool daripada menduduki tangga keempat." Kata Roberto Mancini.

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

"Kami ada masalah di bahagian penyerang, itu memang benar. Semua orang suruh saya beli penyerang baru tetapi tiada pasukan lain yang menjaringkan gol lebih banyak daripada kami dalam liga ketika ini." - Arsene Wenger -

ajie berkata...

Selamat tahun baru 2010...

Saingan EPL nampak sengit kali ini...apapun Manutd ttp juara..haha

selipar jepun putus dua berkata...

http://permaisuperleague.blogspot.com/ best jgk blog ni

talkIZcheap! berkata...

statistik yg paling penting yg dikira pada hujung season ialah 'ruangan terakhir' pada league table...

Dewajiwa berkata...

entri terbaik sepanjang tahun 2009! hahaha (overrated plak).
syabas ulasan yang logik, adil dan bergaya.
Rakan Kop? heheh. rileks Liverpool, ada rezeki boleh masuk punya Big 4.

GGMU.

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

Wenger bagai Ahli Sihir - kata Ancelotti

mizu_sama berkata...

nice artikel.adil dan saksama

Jimmy Stracqualursi berkata...

salam suma. selamat tahun baru. moga betambah iman dan amal. sheah.

um bro sekalian, aku ada satu cadangan. apakata pasni pihak sokernet bikin segmen khas untuk trace balik pemain lagenda (x lagenda sgt pun takpe la) era 90-an dan awal noughties. pasal aku yakin kita suma membesar lebih kurang dalam tahun2 tu la kan. contoh nye trace la balik player mcm rui costa, juan pablo aimar, stefan effenberg, kasten jancker, efendi malek dan sebagainya la. apa diorang buat skang ni, meniaga ke apa ke. haha camtu la lobih kurang. apapun ulasan korang psl epl memang dah cukup bagus tu memang tak bolih dinafikan lagi la.

Tanpa Nama berkata...

keh keh keh.

http://holywar-efairy.blogspot.com/2010/01/konspirasi-dunia-mu-dan-ac-milan_02.html

keh keh keh. harap pihak Sokernet dapat mengulas secara bahan. keh keh keh.

Sorry Pipi, gua tiru lu punya trademark. Keh keh keh.

eJAI berkata...

Adoyai..nape lame x update?xkan semua nye bizi memanjang..

Faizul berkata...

best blog.

nak arsenal lah johan pulak.

wani berkata...

@knicher sc-keh keh keh (tiru Pipi jugak). terima kasih untuk link tu. keh keh keh. memang sedap untuk dibahan dan dimenganjingkan.

Orang yang tulis blog ni serius ke?

Tanpa Nama berkata...

@wani - macam serius.

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

Alamak!! ManYur kalah ngan club dr liga bawahan siot.. Hahaha.. lagi sadis kalah kat old Trompet.. ekekek.. Sambut New Year lg ker..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...