ANDA SEDANG MEMBACA

24

Liverpool 2010. Artikel yang kurang keyakinan.

dingin Ahad, Januari 03, 2010
Tidak banyak pengharapan dan tidak banyak makian, sebab semua makian sudah aku tumpahkan pada thread-thread awal dahulu. Sampai sekarang aku dah tak dah modal nak maki. Dahsyat betul. Tak pernah dalam sejarah hidup aku hilang selera nak memaki.

Namun kemenangan atas Wolves dan Villa dengan kemenangan yang sangat 'Man U' (gol masa kecederaan) memberi sedikit kegembiraan pada penyokong Liverpool seluruh cakerawala. Orang boleh cakap, nasib je Liverpool menang, tapi bagaimana pula dengan team-team yang menang lawan Liverpool? Mereka juga bernasib baik sebab melawan Liverpool yang ada krisis keyakinan diri yang sangat hebat.

Krisis keyakinan memang teruk. Nak pasing bola tak yakin, nak tangkap bola tak yakin, nak lecek orang tak yakin, nak tekel pun tak yakin. Serba-serbi tak yakin. Hmm...

Ni, baru nak masuk perenggan keempat aku rasa aku dah lost dan kurang keyakinan. Nampaknya sindrom Liverpool yang ada krisis keyakinan juga menghantui aku. Aku pun dah hilang keyakinan nak menulis. Setan betul.


Tidak seperti pemain Liverpool yang ada krisis keyakinan, Rooney pula ada krisisnya yang tersendiri - terlalu banyak menonton sehati berdansa.

Ok, berkenaan piala F.A, Liverpool sekali lagi menunjukkan yang kelab bawahan mempunyai peluang hendak bersuka ria, sama kes dengan Pompey. Bezanya, Reading ni, bengap lebih sikit, tidak mahu menggunakan peluang yang diberikan oleh Liverpool. Liverpool tak yakin, mereka pun ikut tak yakin.

Lawan Spurs nanti, tak banyak yang boleh diharapkan oleh Liverpool selain mengharapkan Spurs kalah. Kemenangan Spurs bermakna, krisis keyakinan akan berlarutan sampai akhirat. Di England tak banyak cara hendak memulihkan krisis keyakinan. Paling kuat pun mereka pergi kursus motivasi ataupun menonton ulangan rancangan Oprah.

Jadi aku cadangkan Rafa memandang ke Malaysia. Malaysia punyai banyak cara bagi memulihkan krisis keyakinan. Mandi bunga, air jampi, minyak dagu, Dr. Ismail Tambi, gambir, gelang kanda, dan ECPI. Macam-macam ada. Tak kisahlah sebab selain Nabil El Zhar, semuanya non Muslim. Tak ada permasalahan akidah di situ. Jadi Rafa, kalau dah tak larat memulihkan keyakinan tu, datanglah ke Malaysia.

Mungkin juga Rafa boleh berguru dengan Datok DR. Rozmey, bagaimana beliau meyakinkan orang ramai bagi membeli produk kurusnya.


Dato Dr. Rozmey: Peniaga Bumiputra yang berjaya dan meyakinkan. Tabik! Tengoklah keyakinannya.

Ok, berkenaan dengan artikel yang ditempek oleh pelawat blog ini, saya mewakili Liverpool Malaysia menafikan sekeras-kerasnya mempunyai saham dalam artikel itu. Malah saya juga menafikan orang yang memberi komen pada artikel itu adalah peminat Liverpool sebab komen2 itu nampaknya begitu yakin sedangkan kami semua sekarang sedang dalam krisis keyakinan.

Artikel yang dimaksudkan. http://holywar-efairy.blogspot.com/2010/01/konspirasi-dunia-mu-dan-ac-milan_02.html

Bagaimanapun tahniah untuk Leed United kerana menang dalam battle of the roses.

YNWA
YNWA
YNWA
YNWA
YNWA

24 Ulasan:

Khier berkata...

hehe
aku suka link tu.
wajib baca tu.

meyour berkata...

FA cup memang banyak upset....

print berkata...

takde sape ke nak bukak artikel, hukum berterus terang memakai pakaian yang berlogokan minuman keras...

logo ni terselindung... kene cari maksud tersirat..terima kasih atas artikel tu

kalau dh terang-terangan, cmne yer?? nak terus pakai je ke baju tu..huhuhu

nama nami berkata...

nkoram takde anugerah player 2009 ke?
player terhensem ke?player terpoyo ke?
tercool ke?
hahaha!

j or ji berkata...

saya sayang MU

Hfz A. berkata...

aku sokong print.
eheh.
tepat dan mantap.

SALAM SEJAHTERA.... berkata...

betul2 dingin..

*snowlulu* berkata...

sy juge syg MU~

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

haha x thn bab gmbr dr. romzey tu.. dh lh aku bru je interview die.. haha siot tol..

Redz da Tsar berkata...

haha... Artikel teori konspirasi... Banyak dah wujud kat dalam internet...

Baca dan fikirkan...

Pastu, kalau rajin, cari la kat Malaysia nie apa-apa yang patut cth: Lambang FAM n kaitkan la dengan Freemason ke, Dajjal ke ape ke... Komfem ade la... Apa yang penting kena pandai manipulasi kaedah pengiraan supaya orang boleh percaya dan terikut dengan perkara yang dicanangkan tue...

Erks, kalau Carlsberg kat baju tue, sudah terang lagi bersuluh, kot... haha...

pakkordi berkata...

Org bijak ada kata, arak tu air kencing setan.

YNWA & chak!!

print berkata...

bukan orang bijak... dah hukum haram dan Ulama' pun ade cakap... so, still pakai dan sokong...

Farid Fernandez berkata...

YNWA!!!!!!!!!!!!!

bloginformasi berkata...

Liverpool macam kena kerja kuat lagi untuk musim ni nampaknya. Sentuhan Benitez pun dah tak menjadi sangat. Apa komen tentang tersingkirnya MU dari saingan FA Cup. Rasanya Chelsea dapat kejuaraan berganda tak?

mizu_sama berkata...

bukan ada ke baju liverpool yang x de sign carlsberg kat malaysia?al ehsan ada jual.
x pe,taun depan lambang bank pulak.tapi bank pun byk riba nya..hahahaah

bukan penyokong liverpool

Lucius Maximus berkata...

Aku bersimpati dengan Dingin. Mungkin lepas ni boleh apply jadi penulis kem Birmingham City.

Sir Marcello berkata...

kawan aku cakap (MU Fans)..FA Cup jer pun..xda hal lah (dgn nada sendu sengau)..hohoho

YNWA!!!

hafizshinchan berkata...

Dingin, jomlah wat kem Valencia. Heh

NikLas berkata...

jumpa Padilah Kamsah sama, pakar motibasi terhebat tu. hahaha

azlan berkata...

nnt kita diharamkan guna kipas sbb kipas meja pun ada iras iras logo mata dajjal.

azlan berkata...

semua cup penting. mmg pedih tersingkir dari FA Cup. No such thing as 'ala, FA Cup je pun' atau ' ala carling cup je pun'.


GGMU.

Zaid Akhtar berkata...

Cukup suka dengan ayat ni:

"Namun kemenangan atas Wolves dan Villa dengan kemenangan yang sangat 'Man U' (gol masa kecederaan)"

Ref bagi 5 minit masa lawan Leeds pun alex bising. Nak 10 minit kalau boleh.

bukan nama sebenar berkata...

gegeh la rooney layan sehati berdansa...mesti dia banyak sumbang undian sms...haha...

faheza berkata...

arght xder mkne MU tuh..MU hampeh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...