Namun kemenangan atas Wolves dan Villa dengan kemenangan yang sangat 'Man U' (gol masa kecederaan) memberi sedikit kegembiraan pada penyokong Liverpool seluruh cakerawala. Orang boleh cakap, nasib je Liverpool menang, tapi bagaimana pula dengan team-team yang menang lawan Liverpool? Mereka juga bernasib baik sebab melawan Liverpool yang ada krisis keyakinan diri yang sangat hebat.
Krisis keyakinan memang teruk. Nak pasing bola tak yakin, nak tangkap bola tak yakin, nak lecek orang tak yakin, nak tekel pun tak yakin. Serba-serbi tak yakin. Hmm...
Ni, baru nak masuk perenggan keempat aku rasa aku dah lost dan kurang keyakinan. Nampaknya sindrom Liverpool yang ada krisis keyakinan juga menghantui aku. Aku pun dah hilang keyakinan nak menulis. Setan betul.
Tidak seperti pemain Liverpool yang ada krisis keyakinan, Rooney pula ada krisisnya yang tersendiri - terlalu banyak menonton sehati berdansa.
Ok, berkenaan piala F.A, Liverpool sekali lagi menunjukkan yang kelab bawahan mempunyai peluang hendak bersuka ria, sama kes dengan Pompey. Bezanya, Reading ni, bengap lebih sikit, tidak mahu menggunakan peluang yang diberikan oleh Liverpool. Liverpool tak yakin, mereka pun ikut tak yakin.Lawan Spurs nanti, tak banyak yang boleh diharapkan oleh Liverpool selain mengharapkan Spurs kalah. Kemenangan Spurs bermakna, krisis keyakinan akan berlarutan sampai akhirat. Di England tak banyak cara hendak memulihkan krisis keyakinan. Paling kuat pun mereka pergi kursus motivasi ataupun menonton ulangan rancangan Oprah.
Jadi aku cadangkan Rafa memandang ke Malaysia. Malaysia punyai banyak cara bagi memulihkan krisis keyakinan. Mandi bunga, air jampi, minyak dagu, Dr. Ismail Tambi, gambir, gelang kanda, dan ECPI. Macam-macam ada. Tak kisahlah sebab selain Nabil El Zhar, semuanya non Muslim. Tak ada permasalahan akidah di situ. Jadi Rafa, kalau dah tak larat memulihkan keyakinan tu, datanglah ke Malaysia.
Mungkin juga Rafa boleh berguru dengan Datok DR. Rozmey, bagaimana beliau meyakinkan orang ramai bagi membeli produk kurusnya.
Ok, berkenaan dengan artikel yang ditempek oleh pelawat blog ini, saya mewakili Liverpool Malaysia menafikan sekeras-kerasnya mempunyai saham dalam artikel itu. Malah saya juga menafikan orang yang memberi komen pada artikel itu adalah peminat Liverpool sebab komen2 itu nampaknya begitu yakin sedangkan kami semua sekarang sedang dalam krisis keyakinan.
Artikel yang dimaksudkan. http://holywar-efairy.blogspot.com/2010/01/konspirasi-dunia-mu-dan-ac-milan_02.html
Bagaimanapun tahniah untuk Leed United kerana menang dalam battle of the roses.
YNWA
YNWA
YNWA
YNWA
YNWA
24 Ulasan:
hehe
aku suka link tu.
wajib baca tu.
FA cup memang banyak upset....
takde sape ke nak bukak artikel, hukum berterus terang memakai pakaian yang berlogokan minuman keras...
logo ni terselindung... kene cari maksud tersirat..terima kasih atas artikel tu
kalau dh terang-terangan, cmne yer?? nak terus pakai je ke baju tu..huhuhu
nkoram takde anugerah player 2009 ke?
player terhensem ke?player terpoyo ke?
tercool ke?
hahaha!
saya sayang MU
aku sokong print.
eheh.
tepat dan mantap.
betul2 dingin..
sy juge syg MU~
haha x thn bab gmbr dr. romzey tu.. dh lh aku bru je interview die.. haha siot tol..
haha... Artikel teori konspirasi... Banyak dah wujud kat dalam internet...
Baca dan fikirkan...
Pastu, kalau rajin, cari la kat Malaysia nie apa-apa yang patut cth: Lambang FAM n kaitkan la dengan Freemason ke, Dajjal ke ape ke... Komfem ade la... Apa yang penting kena pandai manipulasi kaedah pengiraan supaya orang boleh percaya dan terikut dengan perkara yang dicanangkan tue...
Erks, kalau Carlsberg kat baju tue, sudah terang lagi bersuluh, kot... haha...
Org bijak ada kata, arak tu air kencing setan.
YNWA & chak!!
bukan orang bijak... dah hukum haram dan Ulama' pun ade cakap... so, still pakai dan sokong...
YNWA!!!!!!!!!!!!!
Liverpool macam kena kerja kuat lagi untuk musim ni nampaknya. Sentuhan Benitez pun dah tak menjadi sangat. Apa komen tentang tersingkirnya MU dari saingan FA Cup. Rasanya Chelsea dapat kejuaraan berganda tak?
bukan ada ke baju liverpool yang x de sign carlsberg kat malaysia?al ehsan ada jual.
x pe,taun depan lambang bank pulak.tapi bank pun byk riba nya..hahahaah
bukan penyokong liverpool
Aku bersimpati dengan Dingin. Mungkin lepas ni boleh apply jadi penulis kem Birmingham City.
kawan aku cakap (MU Fans)..FA Cup jer pun..xda hal lah (dgn nada sendu sengau)..hohoho
YNWA!!!
Dingin, jomlah wat kem Valencia. Heh
jumpa Padilah Kamsah sama, pakar motibasi terhebat tu. hahaha
nnt kita diharamkan guna kipas sbb kipas meja pun ada iras iras logo mata dajjal.
semua cup penting. mmg pedih tersingkir dari FA Cup. No such thing as 'ala, FA Cup je pun' atau ' ala carling cup je pun'.
GGMU.
Cukup suka dengan ayat ni:
"Namun kemenangan atas Wolves dan Villa dengan kemenangan yang sangat 'Man U' (gol masa kecederaan)"
Ref bagi 5 minit masa lawan Leeds pun alex bising. Nak 10 minit kalau boleh.
gegeh la rooney layan sehati berdansa...mesti dia banyak sumbang undian sms...haha...
arght xder mkne MU tuh..MU hampeh..
Catat Ulasan