ANDA SEDANG MEMBACA

33

Liverpool 1-2 Arsenal

Pipiyapong Abdillah Hamzah Isnin, Disember 14, 2009
Sari berita penting.

Satu letupan berukuran 2.1 skala Richter telah berlaku pada sebatang tiang gol di Anfield! Berita selanjutnya selepas ini.

Rafa kelihatan menutup telinga apabila melihat letupan yang berlaku di hadapannya. Dia dilaporkan lega kerana anaknya Reina yang berada berhampiran kawasan letupan itu terselamat. Cuma wajahnya saja yang muram.


Kemaskini:

Khabar dari Anfield.

Gua sekarang berada di dalam press box Stadium Anfield. Ini kali pertama Sokernet diberi keistimewaan untuk membuat liputan dengan lebih selesa bersama 53 lagi wakil media dari merata tempat. Tuan Haji Hasbullah Awang pun gua ingat tak pernah merasa. Dalam bilik ni, gua dapat seat paling depan. Kira macam bonus juga la. Sebelah gua budak ESPN Soccernet. Budak tu dari tadi asyik usha gua punya pas. Risau juga gua. Jadi gua terbalikkan pas gua. Kasi cover sikit Sokernet tu. Kalau kena saman, memang gua suruh Lucius turun naik court. Belakang gua Clark Kent, wakil dari surat khabar Daily Planet.

Mengulas tentang perlawanan, kali ini Arsene Wenger langsung tidak menyenaraikan penyerang untuk barisan permulaan. Arsenal hanya bermain dengan 3 pemain tengah menyerang di hadapan iaitu Arshavin, adik Nasri dan adik Walcott. Kalau tengok betul-betul, memang tiga tiga tu tak ada bakat jadi striker termasuklah Fabregas yang bermain di belakang mereka. Tetapi disebabkan perlawanan ini hanya bertemu kelab pertengahan liga, ia tak menjadi masalah yang besar. Tambahan pula hampir semua penyerang Arsenal sedang seronok seronok bercuti menjelang musim perayaan.

Liverpool pula bermula dengan gandingan Fernando dan Dirk di bahagian serangan dan dibantu oleh gandingan Yossi, Steven dan Leiva Pezzini di bahagian tengah. Satu gandingan yang jauh lebih lemah. Boleh dikatakan hampir setaraf gandingan Shukor Adan-Nafuzi Zain-Idris Karim.

Baiklah. Disebabkan stadium dah nak tutup dan brader incas bilik media ni dah main-main tutup lampu, gua segerakan dengan ulasan minit ke minit.

Glenn Johnson merenung bola sambil rakan sepasukannya terlena

Minit 1 - Arsenal memulakan perlawanan dengan garang. Sebaik sahaja sepak mula, Fabregas dan Arshavin terus cuba menyerang secara berduet. Ini menunjukkan betapa lemahnya pasukan lawan.

Minit 2 sampai minit 40 - Liverpool main macam celaka. Bola tak pernah nak ada atas tanah. Jadi Arsenal pun terpaksa main macam celaka. Javier nampaknya agak ganas seperti binatang. Xabi Alonso sendiri dah dua tiga kali menguap di tempat duduk penonton. Pada minit ke 11, Fernando memiliki peluang hebat namun bola dihantar dengan baik kepada Almunia, rakan sepasukannya dari skuad Sepanyol. Di satu ketika, Steven kelihatan cuba memohon penalti. Walau bagaimana pun, Howard Webb jelas lebih gagah dan sasa menafikannya. Howard Webb adalah bekas pegawai polis dan juga senior kepada Steven di Sekolah Menengah Teknik Walton.

Minit 41 - Dirk menjaringkan gol. Keeper tak ada memang laa gol. Apsal tak tunggu keeper bangun dulu? Hah jawab, jawab. Rafa buat-buat rileks. Macam tak ada apa-apa. Konon pro laa tu.

Rehat - Gua sempat ke bilik persalinan. Arsene Wenger mengamuk. Gua tak jadi masuk. Denilson dengan Walcott kena lempang. Mee goreng bersembur keluar.

Minit 46 - Separuh masa kedua bermula. Tidak seperti Arsenal tadi, Liverpool passing belakang. Nampaknya mereka cuba bermain berhati-hati dengan gaya Europa.

Minit 50 - Tiba-tiba bola melintasi pintu gol Liverpool yang kelihatan tenang. Hanya ada 3 pemain Liverpool dan seorang pemain Arsenal. Ya dengan berhati-hati Glenn memasukkan bola ke dalam golnya sendiri. Kah kah kah. Pemain Arsenal tersenyum nipis melihat gelagat Glenn yang memandang langit bertanya 'Apa dosa hambamu ini?' kepada tuhan.

Minit 51 sampai minit 57 - Arsenal nampaknya semakin yakin. Javier pula masih bermain seperti budak kampung Pagar Sasak. Kad kuning satu untuk Javier. Tidak seperti Zaquan Adha, Javier menerima keputusan pengadil dengan tenang.

Minit 58 - Fabregas tenang mengawal bola disitu. Dilambungkan bola itu kepada adik Walcott. Adik Walcott tanpa membuang masa mencuit bola dan bola terus ke kaki Arshavin. Pap pap Powwww!!! Hampir retak! Ya hampir retak tiang gol pasukan tuan rumah itu, tuan tuan dan puan puan. Jose Manuel yang berbaju kuning lantas menjadi tiang. Rafa masuk jari dalam spek mata. Gosok-gosok mata.

Minit 59 sampai 94 - Arsenal tidak dapat bermain cantik kerana Liverpool lebih gemar bermain sepak ke atas. Mereka bermain sepak bola ke atas sehingga tamat perlawanan. Di hujung perlawanan kelihatan penyokong-penyokong Liverpool macam nak balik. Tapi tak balik balik. Tapi macam nak balik. Tapi nak tengok juga mana tahu Jamie sepak bola ke atas kot kot masuk terus dalam gol. Keh keh keh.

Arshavin bernyanyi riang selepas menjaringkan gol meletup kelimanya untuk Liverpool

Berakhir perlawanan ini menunjukkan Liverpool masih konsisten di kelompok Big 7 dan Arsenal hampir pasti mengejar kejuaraan liga musim ini. Sekian sahaja dari Anfield.

Oh ya sebelum mengundur diri, gua sertakan sekali klip video ini yang ditujukan khas untuk abang abang Manchester United.




Notakaki: Apsal kamera banyak kali tunjuk gambar Aquilani? Mamat tu reti main bola ke?

33 Ulasan:

Mr. Shcomey™ berkata...

haha..cepat je update time arsenal menang..kalah senyap je..

Besi Karat berkata...

Letupan tu juga mungkin menyebabkan Liverpool kekal sebagai Big 7.ehe

JalakLenteng berkata...

Liverpool's season starts this wednesday...

Muaaaaaaaaahahahhahahahahahha!!!

Arsenal dah bermain sehabis buruk dah, Tu pun Liv takleh makan... Eh, pipi... England ada sultan bola tak nak selamatkan Liverpool nih kalau kena relegate?

Muaaaaaaaaaaaaahahahhahahahha sekali lagi!!!

Go Gunners~!

ixu berkata...

Football Quantum mathematica :

MALAYSIA 2-1 THAILAND (SEA GAMES 2009)

LIVERPOOL 1-1 THAILAND (ASIA TOUR 2009)

Hence :

MALAYSIA > LIVERPOOL

Conclusion :

Deyyy Liverpool masuk sukan sea pon confirm tak lepas semis ni!ada harapan nak jadi big four BPL..haha Liverpool..'L' for Loser.

Paling best Malaysia ada harapan Top 7 klo join BPL..cayalah FAM

korn_not berkata...

sedare2 sokernet.. jangan risau, brader pipi dijangka akan terus mengulas untuk baki 23 perlawanan tanpa kalah Arsenal.. encik2 liverpool tahniah kerana masih bersaing di kelompok big 7... hehehe Man U & Chelsea usehe lagi..

langkasuke berkata...

lawan tak pakai striker pun boleh menang.. gile handal arsenal.. liverpool??.. kehkehkeh

jumari jipan berkata...

video spring kau bagi.. cilakak pp..

saba berkata...

Ulasan macam celake.. nasib baik aku meluat Liverfool. Err.. Pak Alex kata tekiu pasai lagu Spring tu..

print berkata...

abang shankly, komen la.... tak pun bukak lagi sejarah banyak2.... rekod pertemuan Liverpool vs Arsenal dari tahun 1900 sampai sekarang...

hahahahahahahahahaha!!!!!

Nizam berkata...

ah butoh la.gang MANK UTD,ARSENGAL,CHELSHIT mmg mcm ni.middle finger!!!!

SFB berkata...

hahaha panas fan liverpool....

gagap berkata...

haha...lu memang taik idung masinla pipi...bagi lagu boganvila kat abang MU...bagila lagu Lily Allen tajuk **** you tu..sedap jugak telinga gua dengar..huh

hafizshinchan berkata...

Wahahaha

Aku sebagai wakil MU dah call uncle alex semalam. Dia cakap dia sengaja kasik kalah kat Aston Villa, sebab fans Man Utd semua dah cam start riak. Asyik menang je. So kalah la...Bak kata Dingin, kejar dunia akhirat :p

Btw ni semua ajaran uncle rafa...merendah diri dengan kalah, katanya.

MOFASAD berkata...

selamanya gua sokong liverpool!

evra berkata...

nizam, rilek bro... lu tgu la nanti abg shankly bukak sejarah, at least korang menang SEJARAH!!!

Panass....panass...

speedrider berkata...

kah kah kah kahhhhhhhhhhhhhhhhhh

MaOi berkata...

kah kah kah.. mana supporter liverpool ni.. senyap je..

gagap berkata...

ade lagi ke fan liverpool...gua rasa semua dah pesong ke MU.

Daud berkata...

Pemain Arsenal tersenyum nipis melihat gelagat Glenn yang memandang langit bertanya 'Apa dosa hambamu ini?' kepada tuhan.

Dosanya sbb suka main bola atas..
klu time main duk tengok atas je sbb smua bola paras2 klcc,nak tunggu bola jatuh pun sempat pekene tea tarik..
Last2 tgk atas mengenang nasib.

Tp ni la game arsenal paling teruk,passing xbetul,sangkut je,flow game sangkut2..paling hancur sejak 1886.Tp aku xfaham,mcm ne boleh menang.
Teruk sgt ke liverpool ni?hahaha..memang teruk kot.

aslina berkata...

yippie...hahaha~~!! saja nak hepi2 kat sini =)

pak alex tau ke senikata lagu spring tu? pherghh~~!!

ChesterChaz berkata...

haha.. tu la pasal.. mane fans2 Liferfool ni weh.. jangan laa senyap jer.. mana semangat youll never walk alone tuh.. sian kat encek linda Rafar tu.. sokongan anda amat diperlukan.. hahaha..

trimas atas lagu bourgenvilla tuh.. sebgai penyokong tegar MAN UTD aku masih nyanyi lagu tuh.. hahaha..

GGMU

Susuhunanan berkata...

kenape kalo arsenal atau liverpool yg kalah laju jek korg ulas?chelsea & MU kalah,pengulas menikus ek?bias btol korg ni..haha

mizu_sama berkata...

update satu hal,dgn minit ke minit lagi.dan siap ada video.pp mmg rajin menulih kalo arsenal menang.hahaha.kalo kalah menikus la yerk?

pakkordi berkata...

Ya, liverpool memang main tak lawa. Gua terima kekalahan ni. Nasib baik bini gua lawa.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Sewaktu Arsenal menyamakan kedudukan, saya terpaksa masuk ke tandas untuk buang air besar. Si Manis yang datang bersama adik lelakinya untuk 'melayan' perlawanan Super Sunday sambil makan ais krim di apartmen saya malam tadi terpaksa saya tinggalkan di ruang tamu.

Malang bagi saya, saya menghadapi masalah untuk membuang air besar kerana tinja saya telah keras akibat kekurangan minum air. Maka bermulakah kesengsaraan saya meneran tinja di dalam tandas.

Sedang saya di dalam kesengsaraan yang agak lama (lebih kurang 10 minit), tiba-tiba Si Manis dan adiknya di ruang tamu bersorak kegembiraan.

Saya kaget bercampur risau.

Saya tau yang Si Manis agak suka mengapi-apikan saya dengan menyokong pasukan lawan kepada pasukan kegemaran saya.

Dia suka tengok muka saya waktu bengang sebab dia kata saya nampak kacak sewaktu bengang.

Saya yang risau dan berpeluh jantan di dalam tandas terus bersuara : " Siapa yang buat gol tu?"

Si Manis : " Arshavin sumbat gol sayang! "

Saya cuba mendapatkan pengesahan darinya : " Awak biar betul, saya sengsara dalam tandas ni, jangan la buat saya terus sengsara..."

Si Manis : "Betul la sayang... Arsahvin sumbat gol. Superb betul gol dia!"

"Betul la bang, akak tak tipu!" tambah adik Si Manis.

Mendegar sahaja jawapan Si Manis dan adiknya dari ruang tamu; dengan semena-mena tinja yang keras itu dengan mudah keluar dari tubuh saya.

Kelegaan yang tidak dapat diterangkan dengan kata-kata telah menyelubungi saya pada waktu itu.

saya terkesima....

Dan terima kasih kepada Arshavin atas gol yang telah memberikan kelegaan kepada saya.

Oh, tak lupa TERIMA KASIH kepada Liverpool kerana memenangkan Arsenal.

Kalau tidak, saya mungkin terpaksa ke klinik untuk mendapatkan ubat untuk masalah tinja keras saya malam tadi.

FeRoZ SuLaiMaN berkata...

gua cari komen abang shankly nih...mana pegi?

x yah la antar striker...bukan lawan kelab kuat pon..kelab pertengahan liga je pown!!!

Sekolah sukan Arsenal lagi kuat daripada Pak guard2 muzium sejarah anfield!!!

free berkata...

mujur arshavin dapat peluang untuk satu shoot,kalau bagi peluang untuk empat shoot, mau empat bijik dari arshavin macam last season.glen johnson kasik jadi striker la bai, gler nak score je mamat tuh.

dewajiwa berkata...

KEH KEH KEH.
tak dapat nak tolong dah Liverpool nie. Kem Arsengal jangan terlebih suka pulak. beringat sebelum kena. tengok je MU dengan Chelsea merudum drastik minggu lepas. menang sebab dibantu gol sendiri tu bukanlah asas untuk happy terlampau. respek sikit kat Liverpool yang masih bermain penuh jiwa.

apapun, minggu lepas memang minggu tak terjangka.
GGMU.

stepper motor berkata...

abang shankly si bapuk gay tu mmg senyap je la..nak buek camno...team gay dia dh kalah...

Popo berkata...

apsal ek kem celsi dgn manyu sepi je bile tak menang?pastu kecoh2 bahan tim lain yg kalah..cam la korg tu menang pon..

MaOi berkata...

sebab liverpool kelab paling lazat nak dibahankan season ni.. tak kisah la man u kalah ke, chelsea kalah ke.. janji liverpool kena bahan.. keh keh keh

amANI berkata...

Susah-susah Arshavin score 4 bijik season lepas, seri je. Kali ni, score sebijik je terus menang.

Haih.. nak merendah diri pon tak kena.

Izzat berkata...

Glenn Johnson: Kami(Liverpool) anti-menang! -sumber:News of the Ewok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...