ANDA SEDANG MEMBACA

36

Liverpool vs Arsenal versi sains fiksyen

MDM FARAH FAIZURA Isnin, Disember 14, 2009

Pendahuluan
Seperti yang aku tulis sebelum ini, game2 Liverpool semua main macam tak nak menang. Selepas diselidik, barulah aku tahu yang Rafa memang sengaja buat macam tu sebab mahu penyokong Liverpool kembali ke jalan yang benar. (tidak lagi angkuh dengan kehebatan Liverpool)

Selepas lima kekalahan, dan masuk ke liga eropah, akhirnya Rafa berpuas hati dengan peminat Liverpool yang sudah semakin tinggi kesabaran dan banyak pahalanya kerana asyik berdiam diri. Jadi perlawanan menentang Arsenal, Rafa cakap dia nak Liverpool main macam nak menang balik.

1st half ok, dan 2nd half Torres cakap nak skor 5 bijik. Tapi pada waktu rehat tu, ada sesuatu yang terjadi kat bilik persalinan. Sesuatu yang buatkan aku pun diam.

Di bilik persalinan.
Malam itu aku ada situ, selepas tidak boleh menolak jemputan Rafa. Rafa dah booking tiket siap2 untuk aku. Malam itu aku duduk di tepi Gerrad sambil bercerita berkenaan cerita Nur Kasih, Alif Firdaus dan Tiger Wood.

Rafa pula sedang tersenyum sambil mengusap-usap kepala Sammy Lee yang sudah berkerut dahi. Rafa cakap, “Bagus malam ini kita kalahkan Arsenal.”

Carragher dan Johnson bertepuk tangan lalu menari moon walk. Dossena pula sedang layan novel New Moon, tapi dia tetap tersenyum. Rafa kemudian berjalan dengan tangan diletak ke belakang. Kemenangan sudah terbias dalam kepala.

Namun, langkah Rafa terhenti. Rafa mengerut wajah dengan kulit yang sudah putih. Aku waktu itu sedang sms dengan isteri di Malaysia mengangkat kening dan merenung Rafa. Rafa tiba-tiba terangkat dari lantai tetapi tidak jelas sebab Rafa terawang-awang. Jelas ada sesuatu yang mengangkatnya. Rafa terkapai-kapai dan kemudiannya, perlahan-lahan ada suatu lembaga yang terzahir di sebelah Rafa. Lembaga yang tadinya halimunan, kini sudah jelas. Lembaga itu membuat aku dan semua pemain Liverpool menahan nafas. Lembaga itu adalah predator!


Lembaga inilah yang mencekik Rafa

Predator.
“Aku nak Liverpool kalah malam ini,” kata predator dengan loghat Texas.

“Mengapa?” soal Rafa yang sudah terduduk selepas dicekak lehernya.

“Sebab saudara aku main malam ini,” kata Predator itu sambil menjeling ke arah aku dan menunjukkan gadjet mahalnya. Nampak macam i pod. Celaka punya predator.

“Siapa pula saudara kau?” soal Rafa dengan tangan yang masih menusap-usap leher.

“Ini,” kata Predator sambil menunjukkan gambar.



“Sagna?” Rafa menaikkan suaranya sebelum menyambung, “Dia bukan saudara kau. Lagipun sebelum ini, bukankah Arsenal juga sudah kalah kepada Chelsea, Man U dan Citeh? Apa salahnya Arsenal kalah pada Liverpool?”

“Kat Chelsea, Man U, dan Citeh pun aku ada saudara, jadi tak kisah sangat,” jawab predator sambil mengeluarkan tiga keping lagi gambar.



Rafa menahan nafas lalu berkata, “Liverpool pun ada saudara kau. Tu sana.” Rafa menunjukkan ke arah Mascherano. Mascherano mengerut dahi. Predator menjeling tajam lalu berkata, “Muka boleh tahan, tapi kalau rambutnya panjang sikit, mungkin boleh jadi saudara.”

Suasana sepi. Predator yang buat muka steady terus mengacukan pistolnya ke kepala Rafa. Rafa yang tadi pucat tiba-tiba bangkit lalu berkata, “Tak boleh. Liverpool tak boleh kalah! Aku rela mati daripada Liverpool kalah!”

“Kalau begitu, aku bunuh semua orang kat stadium ini,” kata predator sambil menunjukkan skrin di tangannya. Jelas daripada skrin itu, ribuan predator sedang duduk di celah-celah penonton. Salah seekor predator duduk di sebelah Arsene Wenger dan memegang pisau, sedia menetak betis Arsene wanger.


Predator (tak nampak) sedang siap sedia menetak betis arsene wanger

“Kalah ataupun tidak?” gertak predator lagi. Pisau diacukan ke betis Sammy Lee.

Rafa diam. Skrin yang terpampang Arsene Wenger ditenung. Rafa kemudiannya memandang aku dan berkata, “Kau tak kisahkan kalau kena kutuk lagi?”

Aku kontrol suara aku yang sudah tersekat kat kerongkong lalu berkata, “Takpe, aku boleh buat caption kat gambar Timor Leste lagi. Lagipun Pipiyapong dah lama tak tulis panjang2. Biarlah lepas ni dia tulis panjang2.”

Rafa mengangguk perlahan lalu memandang pemain Liverpool dan berkata, “Demi nyawa orang kat stadium, malam ini kita terpaksa berkorban. Jadi Johnson, lepas ni kau own goal, dan kau buat2 tensen dan tak boleh nak kontrol Ashavin. Torres dan gerrard, aku nak kau berdua, buat2 bodoh kat defend arsenal.”

“Tak kisah. Kita akan bounce back,” sahut Carragher kuat.

“Saya pun tak kisah, demi humanity. Tapi kita nak kalah berapa?” soal Gerrard.

“Kalah 9-1 pun dah ok,” kata Rafa.

“Baik, kami cuba!” sahut Lucas pantas.

Aku pulak sudah menahan air mata daripada menitik. Terharu melihat ketabahan Rafa dan pemain lain terutamanya Lucas yang beria-ia betul nak kalah. Celaka betul.

2nd half.
Pada saat Johson own goal, aku diam dan aku pandang predator kat sebelah arsene yang angkat ibu jari. (aku guna google infra red). Apabila asrshavin skor, predator masukkan balik pistol dan pisau mereka ke dalam sarung.

Habis game, aku pandang ke langit Anfiled, aku nampak jaluran asap spaceship predator, yang berbentuk kata-kata, YNWA. Aku memejamkan mata.


36 Ulasan:

mizu_sama berkata...

hahahaha.x nk kutuk.nice artikel.hahahahaha

johnson tue aku tgk mcm predator jugak la.patut la own goal.hahaha

kitt berkata...

hhaha...sci-fi abes..

Ajeossi berkata...

hahaha..
x bole blah gmba drogba..

pakkordi berkata...

Artikel ni memang lawak. Macam game play liverpool jugak. Keyakinan aku terhadap benitez dah almost zero, macam battery powerbookG4 aku.

Tahun depan aje lah kengkawan-YNWA

pengkao berkata...

hahaha akal mcm celaka.
tp klau tambah video bunkface-situasi baru lengkap citer.

gascoigne berkata...

ye Liverpool main tak serius. Dah makin fobia tengok LIverpool main.

tapi takpe....disaat saat genting ini penting untuk loyal fan to stick with their team.

Tapi takpe...kalah dengan Arsenal team kuat. Buat macam Man U kalah dengan Aston Villa. Kalah tempat sendiri plak tu. Kah kah kah kah.

YNWA

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Ini artikel paling setan sekali dalam Sokernet.

FreeMen berkata...

haha. patut la kalah.

ada ke patut dia nak tikam betis wenger?

ish ish ish.

Unknown berkata...

hahaha..............
Johnson bertepuk lalu menari moon walk selepas menjarngkan own Goal.
amik kau

angeldream berkata...

dulu rambut pipi pun mcm predator. tapi kerinting kerinting panjang..

:angeldream:

pOr berkata...

wakakaka..hebat2.. cayalah.. YNWA .. KOP poreber bebeh

Trekker berkata...

in Fara Wahida we trust!!!!

GGMU

eddie dewanaga berkata...

10 bintang buat encik dingin...

gua caya sama lu, mlm ni kita tengok tv2. live games bolasepak sukan sea.

print berkata...

well, drogba ngan sagna mmg sesuai untuk next movie Alien vs Predator... touch up sikit jer, tak yah mekap lebih-lebih!!!

THE BLUES STILL GOT THE BLUES!!!!

encik abu berkata...

man u kalah ngan aston villa pon, villa no berapa liga? liverpool no berapa liga?

Tanpa Nama berkata...

gascoigne~ aston villa tak kuat? aston villa dah big4 bai, beser je manU kalah ngn team big4..

gascoigne~kalah tempat sendiri pulak tu? 2x5 je ngn the Kop, sendiri mau ingat ha..

eh the kop layak untuk big7 ke? birm yang tangga ke8 pun sama 24 points ngn the Kop hehe

GGMU

ChesterChaz berkata...

adehlaaaa.. penuh dengan seni karya kali nih.. teruskan dengan kisah2 sci-fi lagik yerr.. hahaha

MOFASAD berkata...

gambar dogba 2 cun... entri pn cun.. haha

mfh berkata...

Gascoine : lu lupa ke? ke lu memang tak tahu?

24 August 2009 : Liverpool 1 - Aston Villa 3..

udah la tu.. duk diam2..

BloggerJalanan berkata...

ehhh....

liverpool bkn ad gk ke sedare predator?...

glen johnson nk cmpk mne?

mfh berkata...

glen johnson sedare tiri.. tak dikira..

Unknown berkata...

Glenn Johnson Predator gak..
tp yg jenis makan kawan.
ade ke patut, dia involved dlm kedua2 gol Arsenal.
dia lupa kot yg dia main utk LiverFool.

stepper motor berkata...

hahaha...cam sial lawaknye...sure shankly si gay tu pun terbahak2 sama tp apakan daya liverfool kalah so kenela maintain konon2 macho padahal bapuk..hahahahaha....nice article...hilang tension n stress kt ofis ni...

jumari jipan berkata...

kah.. kah.. kah.. adeyh.. sial

HafizChan berkata...

Aku rasa nak lempang je ngkau sebab artikel ni super-lawak
Ahahahah.
Sci-Fi habes, bulehlah propose kat ucop haslam buat filem

Terbaik bro. lawak dowh!!!

sufian berkata...

bro,ucop aslam susah sket wat citer sci fi nih...
aziz seman yng power wat citer mcm nih haha
terbaek bro..

gg man utd

aku.yang.koya berkata...

tergelak aku baca entry nih... kekekekeke...
ok la tuh alasan sebab apa liverpool kalah...

Rembo berkata...

cakap je lu kagum dengan 'predator-predator' tu.

aku.yang.koya berkata...

salah satu sumber yang boleh dipercayai mengatakan Steven Spielberg berminat untuk mengarahkan filem "15 minutes that shook the world 2". Jikalau "15 minutes that shook the world" mengisahkan tentang apa yang berlaku semasa rehat half time 2005 Final Champions League kat Instanbul manakala filem "15 minutes that shook the world 2" akan berkisarkan kepada peristiwa yg berlaku semasa rehat half time perlawanan antara Liverpool dan Arsenal berdasarkan tulisan En Dingin.

r.k berkata...

baik artikel kali ini dingin.
mengembalikan reputasi spoof dan humor sokernet.

cibai-lah itu predator?
haha
^^

"BLUE BLOOD FOREVER"

Amjat berkata...

Antara sagna dgn johnson,aku rase johnson nmpak lagi cam predator...kahkahkah

Adam Ruslan berkata...

Nak tambah bagi sedap:

Sebenarnya Predator telah menjelma dalam bentuk Glen Johnson selepas separuh masa pertama dan berjaya menjaringkan gol sendiri serta memudahkan Arshavin menjaringkan gol kemenangan.

Ini alasan paling konkrit pernah diutarakan untuk semua orang percaya sebab sebenar Liverpool kalah. Terbaik!

Berto berkata...

aku pon rase mcm Johnson tu jelmaan predator, cuma hensem skit..mcm sasi the don pon ade

crazy_labelle berkata...

wahaha... lawak...

Heysátan berkata...

"MAJLIS PEMBERIAN HADIAH KRISMAS BERLANGSUNG AWAL"

- Alasan yg paling lwk yg pena aku denga, ibarat mcm budak darjah 3 tertinggal keje skola yg patut disiapkn tetapi memberi alasan "saya dh siap cikgu tp sy x bwk sebab sy bagi pinjam dekat amirul dan amirul x dtg pulak arini" ini blm msk bab sci-fi tu lg...ibarat dh la baru darjah 3 dan msh blm bersunat...ade hati nk simpan misai...grow up redneck...grow up

THE KOP

syfq amr berkata...

..YNWA - you never win anything..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...