Nama aku bukan Sampon la.
Eh, bukan semua nama orang Thai, Sampon ke.
Nama aku pipiyapong.Terima kasih Raja Bola. (Patutnya Malaysia angkat gambar Sultan Bola macam Thai buat. Baru semangat lain macam)
Seperti tidak biasa, Malaysia mengalahkan Thailand. Puas hati aku tengok Thailand kalah. Memang bagus Thailand kalah, sebab pemain derang tak berapa nak hensem. Pemain kita jugak yang hensem2. Kalo tak, takkanlah Rita Rudaini tu nak kat Aidil. ya, dak.
Pahang.
Sebelum masuk kumpulan Senario, aku main dulu dengan team Pahang. Senario dan Pahang sama je lawaknya - Azizul a.k.a Mazlan pet pet
Sebelum masuk kumpulan Senario, aku main dulu dengan team Pahang. Senario dan Pahang sama je lawaknya - Azizul a.k.a Mazlan pet pet
Tahniah Pahang sebab berjaya kekal di liga atas ni. Tapi bagi pendapat aku, mainlah kat liga mana pun kat Malaysia ni. Letaklah nama liga super ke, liga perdana ke, team Malaysia tetap tak boleh nak beat kelab Bank Pertanian Thailand kat piala AFC. Nak kalahkan Al Ahly apatah lagi. Syedney United lagilah jauh nak dikalahkan.
Jadi, tak ada apa sangat nak dibangga kekal kat liga atas. Semua orang dah tau dah korang tak kuat. Korang cuma kuat kat FAM jek.
"Steady-steady macam drogba," kata pemain no. 7.
"Kangkang kasi lebih. baru steady macam Drogba," tambah pemain no. 4.
"Hoi! Semua nak jadi Drogba, gol keeper kita mana?" kata brader yang pakai selipar Croc palsu.Liverpool.
Tak ke mana dunia dikejar
Lawan Arsenal, seperti kebanyakkan penyokong Liverpool berpangkat biasa. Memanglah nak harapkan kemenangan. Tapi Liverpool sejak akhir2 ni main macam tak nak menang. Mengapa ek?Ada jugak aku bangkitkan soalan ini kepada Rafa. Rafa pastu shoot emel kat aku. Dia mulakan emelnya dengan kalimah 'Semoga emel ini dibaca dalam keadaan ceria'.
Makin tensen adalah. Pastu dia cakap. memang strategi dia nak Liverpool main macam tak nak menang. Sebab dia perhatikan sejak kebelakangan ini peminat Liverpool dan mula bongkak dan lupa kepada Tuhan dengan kemenangan dan kehebatan Liverpool. Jadi hanya dengan cara itu peminat Liverpool kembali ke jalan yang sebenar.
Di pesan jugak, kalau nak kira tensen, tensen lagi Thai. setidak-tidaknya Liverpool tersingkir masih boleh masuk erope league, Thai tersenigkir terus balik kampung. Kalau nak kira sedih jugak, sedih lagi Timor Leste, jadi bersyukurlah dengan kedudukan ketujuh. Dia tambah lagi, dia bukan sahaja mahu membimbing peminat Liverpool ke arah kejayaan di dunia, malah ke akhirat.
Di pesan jugak, kalau nak kira tensen, tensen lagi Thai. setidak-tidaknya Liverpool tersingkir masih boleh masuk erope league, Thai tersenigkir terus balik kampung. Kalau nak kira sedih jugak, sedih lagi Timor Leste, jadi bersyukurlah dengan kedudukan ketujuh. Dia tambah lagi, dia bukan sahaja mahu membimbing peminat Liverpool ke arah kejayaan di dunia, malah ke akhirat.
Aku baca emel itu, aku dah kerut dahi dah. Biar betul Rafa ni. Kemudian pada signature emelnya dia tulis 'In Rafa We Trust'. Ceh, sendiri bikin emel sendiri tulis macam tu. Pastu Rafa predict, Liverpool beri 3-0 je kat Arsenal.
Adebayor waktu masih disayang Arsenal. Habis madu, sepah dibuang.
Adebayor waktu masih disayang Arsenal. Habis madu, sepah dibuang.
25 Ulasan:
haha, gila padat dengan semua isu semasa.
dream team 1 : 1000
Reina
Johnson Carragher Agger Aurelio
Lucas(aqualani) Mascherano
Kuyt Gerrard Benayoun (riera)
Torres
ramalan bookie - 3- 0
Tak sangka Malaysia ada team bola dowh...seriusli.
Kali ni tolong la menang Liverpool. Kesian gak aku nengok Kop ni. Member-member aku yang duk support Kop, lanie tetiba ada minat lain cam nengok bola tampar pantai. Team jantan lak tu. Maybe ada player yang muka jambu cam Torres kot :p
Datang kerja pom muka monyok je...
Isk2 tolong la Liverpool menang.
asal tarikh post entri ni Ahad, Disember 12, 2010?? gle hebat korang. haha
disyaki ini adalah taktikal pengeliruan oleh uncle alex...tu tarikh camgitu
seperti yang kita semua tau, Thailand tak suka jumpa Malaysia. bukan sebab takut dengan team tak konsisten kita tapi takutkan pada badi. ya, badi rekod (sejarah lagi) buruk setiap kali jumpa Malaysia tetap mengikuti Thailand walau di mana event sekalipun.
keh keh keh.
membimbing ke akhirat sekali tu Rafa.
semoga Arsenal boleh tolong sikit Team Kesian nie.
good luck kem Liverpool.
GGMU.
Asalnya nk buang je sepah Adebayor kat Liverfool,
tp diorg xde duit la pulak.
maklumlah, sepah-sepah pun harga 25 mil beb.
harga tersebut dapat dicapai setelah Mark Hughes menjumpai brochure Adebayor disini : http://www.oleole.com/media/main/podcasts/arsecast/ADE_BROCHURE.pdf
aku sokong selangor
Kalau pemain Malaysia angkat gambar sultan bola,bukan semangat lain macam,tapi dompet kembung lain macam.
Jangan main dengan Azizul Kamaluddin. Legend Pahang tue.. Pergi Darul Makmur naik EX5 jer...
Tapi sekarang main kat Shahzan... Hurmph
Hah betul tu. Umur dah nak masuk 38 pun fit lagi Azizul tu. Kadang-kadang pergi training bawa V100 sambil kena balut.
haha. Sultan Bola thai tu dh mati kot ?. itu sbb die bg tribute angkat gambar tgh padang cmtu ?..
emel dari Rafa tu memang sempoi..kdg2 tindakan dia memg susah nak faham tapi akhirnya bawak kebaikan di dunia dan akhirat.bila lah ferguson nak wat camtu gak?
nak tnye sket, ape yg liverpool boleh bimbing nko ke akhirat?jawab skit...
malaysia? aku mmg x prnh ambil serius & tahu match2 team malaysia ni sjak thn 1998. ms tue FAM bubarkn team malaysia yg dinilai agak kuat (level asean) gara2 kalah mengejut kpd laos 1-0 & x msuk semi. b4 that malaysia jd runner-up kpd thailand dlm asean cup (ms tu tiger cup namanye) & match tsbut mmg agak best.
thailand? w/pun 4 the 1st time in many years x dpt msuk semi sukan sea, aku rs that wont giv them a problem.
pahang? aku prnh minat tgk phg main masa zaman dollah salleh, zainal abidin hasan, khairul azaman, dll yg sewaktu dgn depa ni.
timur leste? aku takde rs apa2 pun bila malaysia kalahkan team ni, even 11-0.
liverpool? ramai je kenalan2 aku yg jd fan liverpool nih. tp aku mmg x mnaruh apa2 hrpn pd team ni.
owh ye sblm lupa, prediction weekend ni utk epl (match pilihan) liverpool 2-3 arsenal. man u 2-2 aston villa.
hahahahaa
aku suka thailand kalah tapi malaysia punya pemain ni cepat lupa diri..jgn kalah dgn laos waktu semi final sudah
pasal pahang tu aku rasa FAM yg diterajui orang kuat Pahang yang selamatkan diorang dari masuk ke liga perdana...
timor leste = no komen..haha
liverpool punya kes..aku pun ada email rafa suruh dia letak jawatan tapi dia tak nak...haih
malam ni liv lawan arsengal
saper menang ekk?
legend mamat azizul ni, setia menabur bakti ngn team sendiri sampai gantung boot ibarat paolo maldini, alessandro del pierro dan raul gonzalez..papepun, the gunners boys 8 - 1 liverswimmingpool (ihsan own goal pakcik gallas)
Menteri mahu bola sepak raih emas
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mahu skuad bola sepak bawah 23 negara menamatkan penantian 20 tahun pingat emas pada Sukan SEA XXV, Laos yang sedang berlangsung.
p/s: memang skrip lame jugak. lepaih ni kalo kalah menteri ni la yang mengamuk dulu, post mortem la, pelaburan membazir la,hape la..dia tak pikir ke kalau cakap nak emas akan beri tekanan pada semua pihak, memang dasar bengap..tukar skrip baru la pak menteri..kalo aku jadi menteri dan reporter mintak ulas pasal menang tempohari, aku dengan steadynya akan jawab - saya belum boleh komen lagi, masih ada aksi separuh akhir, mintak pemain main bersungguh sungguh macam biasa - senang kan?dasar bengap!
biasak r pak menteri mesti kena ckp die target emas... kang xpasal2 kena bantai ckp xpercaya kt atlet n management sdiri, bleh kacau chance PRU nanti tu...
pada aku lar, situasi ni paling bagus utk bg contoh kpd kekuatan mental yg perlu ada bg seorg atlet, juz becoz menteri ckp nk menang emas, adakah atlet patut pressure? adekah itu positive pressure atau negative pressure? adekah dlm diri seorg atlet itu tiada niat dan keinginan yg membara utk menang emas utk pasukan, negara, keluarga dan yg paling penting sekali, utk diri mereka sdiri??
How they cope with pressure ialah apa yg menonjolkan kekuatan mental diorg, bkn whatever everyone else said... pressure still there either we like it or not, either someone put it on us or not,either someone said something or not, dan ini bkn shj benar bg sukan, benar juga bg stp aspek kehidupan... so, Live with it!!
-hope skuad bola sukan SEA bleh buat yg terbaik!!
ah..pe citer manu kalah kt old krepot?
pe citer chelsea draw?
pe citer man city sambung blk draw streak?
pe citer spurs kalah kt home?
kahkahkahkah
sang pemimpi.. minggu unpredictable la..
tu yang tenanti-nanti liverpool-arsenal ni..
baru nampak fight sikit liga.. nak kasi peluang liverpool kejar balik..
kita tunggu cerita match Arsenal-Liverpool.
kalau ada yang kalah, mesti ada cerita best. heheh.
Woi Dingin! Buat post 2010. Macam tau tau je nak kalah.
menang 3-1 juga team Malaysia lawan Laos.
jumpa di Final pulak team badi.
Catat Ulasan