Malam tadi aku menonton semula perlawanan antara Fulham dan Manchester United. Bukan harap Manchester United menang pulak bila tengok perlawanan ulangan, saja je sebab hari tu tak berapa nak fokus.
Aku tengok semula selepas aku bersms 3 serangkai bersama seorang pundit Tg. Malim dan Shebby tentang isu permainan Manchester United sekarang ini. Pundit Tg. Malim bersetuju dengan pandangan punditan Shebby bahawa Pak Alex sepatutnya meletakkan F. Da Silva bermain bek kanan menggantikan Fletcher. Sepatutnya Fletcher tak perlu jadi bek, dia main aje midfield sebab F. Da Silva ada dalam senarai pemain simpanan. Kenapa letak pemain midfield jadi bek dan pemain bek dibangku simpanan?
Buat pertama kali aku agak bersetuju dengan Shebby sebab selalunya bila Shebby bercakap kat TV, aku 'mute' kan aje suara.
Aku rasa game tu, Obertan patut masuk untuk jadi wing kiri. Sebab, sampai habis game Rooney duduk luar kotak belah kiri. Kalau Obertan ada dah tentu Rooney boleh berada dalam kotak penalti. Dengan Fletcher dan Obertan, kemungkinan berlakunya hantaran-hantaran ke dalam kotak penalti akan berlaku dan percubaan ke arah gol juga akan banyak. PENETRATIONS!
Bahagian pertahanan memang masalah bila semua hero-hero back four yang hebat telah tiada dan cedera. Brucey, Pallister, Jaap Stam, Vidic, Ferdinand, Heinze, Irwin dan Peter Schmeichel sebagai penjaga gawang. Beckham dengan cross yang tepat. Tengah Roy Keane akan memaki siapa main yang lembab atau buat silap dan C.Ronaldo akan melemahkan semangat pertahanan dan keeper lawan dengan larian, skills, rambut, tendangan percuma ala roket dan trademark silang kaki. Jika disenaraikan Eric Cantona...
Manchester United sekarang ketandusan pemain berkaliber yang mampu 'meningkatkan suhu permainan'. Jika dulu, dalam Big 4, Manchester United nampak paling terhebat dan luarbiasa. Untouchable. Sekarang tidak lagi. Nampak 'ordinary among the Big 4'. Chelsea, Arsenal dan Liverpool tetap maintain sebagai sebuah pasukan 'ordinary' dalam Big 4.
Manchester United perlukan seorang superstar. Seorang kaki maki. Seorang keeper yang, kalau menjerit memaki defendernya, penyerang lawan pun takut mendengarnya. Seorang striker yang berada dalam posisi striker. Seorang defender.. defender ok, cuma perlu sehat aje. Kalau cedera, inilah jadinya. Seorang C.Ronaldo. Seorang Cantona yang angkuh. Manchester United perlukan semangat krismas.
Walaubagaimanapun, Manchester United adalah dan tetap juara England.
ANDA SEDANG MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
19 Ulasan:
memang juara england!!!!
Kalau Manchester United juara All England, gua tak teragak-agak suruh Arsene Wenger tukar Arsenal pakai jersi jenama Sidek.
Setaraf dgn hafiz hashim la.
haku sokong pp..haha
Juara tetap juara...
GGMU
ordinary dalam big 4...? apa big 4...? double kan nombor tuh...BIG 8..!!
baik punya ulasan
go man utd!
steady la devils..
GGMU
balik2 terkenang sejarah lame..nampak sgt skang tak power..hilang ronaldo,terkial-kial kau..kahkahkah
Boleh ke Man U beat AC Milan nanti? jangan cerita pasal Liga ah...tu dah mmg jadi hak Chelsea season ni.
setuju!
penuh harapan artikel ni.....
aku mmg rase malam tu kena main 4-4-2 instead of 3-5-2, evra main wing sgt jarang dtg mmbantu bek line, ape lagi belah kanan Fulham ade Duff, yg mengkucar-kacirkan bek France tmpoh ari, huhu...
tp, aku rase Fergie main selamat dgn tdk menurunkan Da Silva selaku starting eleven, kang kalo injured jgk kang, lg xder saper nk main bek, bdk tu fragile sgt lagi kot...
bila rooney main wing kiri, dia pulak kena cover defence kiri bila evra yang buat overlapping tak sempat balik ke post asal.
bila flecther main bek kanan, dia dah tak se mobil biasa, ruang dah terhad, kalau main midfield dia boleh cover depan back four, back four tak ada la pressure sangat, bila kat bek kanan, asyik clash dgn valencia, dah le mamat valencia tu asek main sebelah line tepi aje, jarang sgt masuk ikut tgh, valencia dgn fletcher kena minta nasihat uncle gary neville, macam mana dia berintegrasi dengan beckham kat belah kanan dulu...
manchester perlukan seorang gangster seperti cantona, sebuah lori hantu spt nistelrooy, dan lipas kudung spt ronaldo...
ya, manchester ketandusan lagenda sekarang. kalau rooney still maen mcm nie, MU mmg xde harapan.
GGMU
payah la kalau nak hidup kalau asyik ber kalau.
kalau rafael main bek kanan, fletcher main thh, obertan kiri, rooney striker tgh, tu kalau.
apa kata... kalau kalau la man u x jual ronaldo, menang kot man u mlm tu.
kalau nk ayat best lagi, kalau man u score 4 bijik mlm tu, memang menang lah sbb fulham score 3 je.
lupakan lah kalau tu...
hahahahaha
2 point lagi..
Catat Ulasan