ANDA SEDANG MEMBACA

50

Debar Derbi Sedunia - Bila 22 Orang Arab Dan Yahudi Berebut Bola

LuciusMaximus Rabu, Januari 13, 2010
Kali pertama diberikan tugasan rumit ini, aku tidak berapa yakin. Lima kali Sokernet hantar permohonan, kena tolak. Ada sekali tu Pipiyapong pula yang hantar secara peribadi, sekali dengan surat sokongan dari Sultan Bola (sebab Pipi budak Kuala Lipis), pun kena tolak juga. Alasan Wisma Putra muka Pipi ada iras-iras Taliban.

Last sekali aku sukarelakan diri untuk pergi Wisma Putra. Direct pergi jumpa YB Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri. Masuk pejabat Datuk Seri, aku tak buang masa terus berikan hujah-hujah dan dalil kenapa aku mesti pergi. Datuk Seri muka poyo je.

“Tak boleh.”

Aku give up. Pasrah dengan kata putus Datuk Seri, aku pun minta permisi. Kena pantas ke KLIA aku cakap, balik Sabah.

Tiba-tiba Datuk Seri berubah wajah. “Kau urang Sabah ka?”

Aku dengan rilek menipu, “Ya bah, sia urang Sabah juga macam kau.”

“Astaga napa ko tia cakap awal-awal sama sia. Bah marilah sini itu borang sia kasi sign sama kau.”

“Ui buli ka?” aku tanya minta kepastian.

“Buli ba kalau kau!”

Dan hasilnya aku menjejakkan kaki ke satu-satunya negara yang tidak diiktiraf oleh kita, Israel.

Israel, sama seperti kebanyakan negara lain di dunia, mempunyai liga bolasepak mereka sendiri. Di panggil Ligat HaAl, atau nama Inggerisnya Israeli Premier League (IPL). Enam belas kelab bersaing setiap musim merebut kejuaraan liga dengan juara liga layak ke Champions League.

Tumpuan kali ini pastinya kepada perlawanan yang diberi jolokan Derbi Arab-Yahudi. Bnei Sakhnin, kelab Arab Israel yang paling berjaya bertandang ke Beiter Jerusalem, kelab Yahudi sayap kanan dan salah satu dari Ha-Reviya ha gdola (Big Four) dalam bolasepak Israel.


Bnei Sakhnin yang bermarkas di Sakhnin (sebuah penempatan Arab) ditbuhkan pada tahun 1991 hasil gabungan dua kelab, Maccabi Sakhnin dan Hapoel Sakhnin. Kali pertama bersaing di IPL dalam musim 2003/04, satu-satunya kejuaraan yang pernah dikecapi Bnei Sakhnin ialah menjuarai State Cup musim 2003/04. Ia satu rekod kerana belum pernah lagi sebelum ini mana-mana kelab Arab menjuarai sebarang kejohanan bolasepak Israel.

Berbeza pula dengan Beiter Jerusalem yang merupakan salah satu kelab elit Israel. Kelab dari ibu negara ini merupakan penghuni tetap IPL, telah menjuarai liga sebanyak 6 kali dan menjulang State Cup 7 kali. Mereka yang popular dengan jolokan The Menorah atau Lions From The Capital ibarat langit dengan bumi bezanya jika dibandingkan dengan Bnei Sakhnin.

Apa yang membuatkan pertemuan kedua kelab ini menjadi Derbi Arab-Yahudi ialah latar belakang mereka. Bnei Sakhnin sebagai kelab yang di dominasi warga Israel keturunan Arab dilihat sebagai kelab Arab nombor satu. Kejayan mereka menjulang State Cup merupakan satu kejutan dan rekod manakala stadium mereka, Doha Stadium dibina hasil sumbangan kerajaan Qatar.


Bnei Sakhnin mendapat sokongan padu dari Pak Arab berjubah


Kejayaan Bnei Sakhnin dilihat sebagai ancaman kepada hegemoni kelab-kelab Yahudi dalam bolasepak Israel. Dan ancaman itu dilihat sebagai sangat serius terutamanya oleh Beitar Jerusalem yang dipelopori oleh golongan sayap kanan dan pendukung Zionisme.

Lagenda Argentina dan Tottenham Hotspur Ossie Ardiles pernah menggelar Beiter Jerusalem sebagai kelab paling rasis atau perkauman dalam bolasepak. Mana tidak, salah satu polisi kelab tersebut ialah menolak kemasukan mana-mana pemain keturunan Arab dalam skuad mereka.


Penyokong Beitar Jerusalem, macam Yahudi mabuk minum Brandy, meminjam dialog filem P Ramlee


Beitar Jerusalem memang terkenal sebagai kelab anti-Arab di Israel. Gelanggang mereka, Teddy Stadium digelar Gehinom yang bermaksud neraka dan setiap kali ada pemain Arab bertandang sorakan “Death to Arabs” akan kedengaran. Beitar juga mendapat sokongan padu dari pemimpin Israel, Ehud Olmert dan Benjamin Netanyahu adalah antara peminat Beitar dan sering dilihat dalam kotak VIP ketika perlawanan.

Selamat Datang Ke Gehinom

Bnei Sakhnin bertandang ke Teddy Stadium tanggal 11 Januari 2010, memenuhi jadual IPL dengan kelab Arab ini terperosok di dasar liga dengan hanya 13 mata dari 16 perlawanan. Sementara lawan mereka Beitar Jerusalem selese di kelompok 5 teratas liga, 24 mata dari 16 perlawanan.

Atmosfera Derbi Arab-Yahudi kali ini sedikit terjejas kerana beberapa faktor. Prestasi buruk Bnei Sakhnin musim ini gagal menarik penyokong Arab mereka ke stadium. Manakala Beitar Jerusalem pula tidak segah dulu, kehilangan kebanyakan bintang mereka semenjak pemilik kelab, Arkadi Gaydamak melepaskan pegangan sahamnya tahun lepas.

Perlawanan bermula sebaik sahaja selesai nyanyian lagu kebangsaan Hatikvah dan wisel ditiup pengadil. Kedua-dua pasukan bermain dengan agak berhati-hati walaupun penyokong Beitar ghairah mahu melihat pasukan mereka mengasak Bnei Sakhnin.

Jentera serangan Beitar bergantung kepada Toto Tamuz dan Idan Tal. Tetapi prestasi kedua pemain ini jelas tidak sepadan dengan nilai gaji mereka.

Ketika perlawanan kelihatan akan membuatkan penonton mati kebosanan, pertahanan Bnei Sakhnin, Mahran Abu Raiya melakukan kesilapan besar. Hantaran lintang dari pemain Beitar Avi Reikan disambut oleh Mahran Abu Raiya yang cuba untuk menendang bola keluar. Tetapi sayangnya tendangan beliau terpesong dan bola masuk ge gawang Bnei Sakhnin pada minit ke-15.

Gol sendiri Mahran Abu Raiya sekaligus mengubah rentak permainan. Terdesak, penyerang muda Bnei Sakhnin dari Togo, Arafat Djako pantas mengatur gerak tetapi tendangan beliau tersasar dari pintu gol.

Kedua-dua pasukan terus menyerang satu sama lain tetapi kedudukan gol tidak berubah hingga ke tamat separuh masa pertama. Masuk babak kedua, perlawanan bermula lebih perlahan dengan kedua-dua pasukan lebih berminat mengasari satu sama lain.

Hingga wisel penamat ditiup, tidak ada lagi gerakan menarik dari kedua pasukan. Dua kad kuning dilayangkan kepada Khaled Khalaila (Bnei Sakhnin) dan Idan Tal (Beitar Jerusalem). Haim Banoon (Bnei Sakhnin) pula dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Secara keseluruhan perlawanan membosankan oleh kerana kurangnya minat kedua-dua pasukan untuk bermain bolasepak (mereka lebih minat berperang barangkali). Para penonton juga tidak membantu, terutama sekali peminat Beitar Jerusalem yang lebih berminat melaungkan slogan “Death to Arabs” dari menyokong pasukan sendiri.

Kemenangan 1-0 meletakkan Beitar Jerusalem di tangga ke-5 liga (27 mata) tetapi masih ketinggalan jauh dibelakang pendahulu Maccabi Haifa (48 mata). Bnei Sakhnin pula terperosok di tangga ke-15 liga dan berada dalam zon penyingkiran bersama satu lagi kelab Arab, Maccabi Ahi Nazareth.

Nota kaki: Arab dengan Yahudi kalau duduk dalam satu padang bola pun mereka lagi suka bergaduh.

YB Datuk Seri Anifah Aman - Dilaporkan masih belum berminat mengikut jejak Bung Mokhtar Radin

50 Ulasan:

aFiQ berkata...

Intro yg ckup padu la bro~
“Buli ba kalau kau!”

paaN berkata...

cam cilake intro

MOFASAD berkata...

bahaha!!!

deus X machina berkata...

terbaik lucy!!!!
kalo ade liga israel kt astro best gak
erk888

erk888.blogspot.com

bungwahab berkata...

artikel super poyo macam biasa.takde apa2 info cuma diolah untuk nampak lawak dan terserlah memang tak lawak.lucius dari ko buang masa tulis artikel macamni baik buat kerja dari buang masa ko.dah la pakai internet kat opis tak berkat duit gaji ko asyik merapu buat kerja lain.

Jorji berkata...

kenapa bah kau berubah? kenapa bahhh??

buli bah! tersukan!

Dari Jalan Kopi berkata...

macam haram.... kahkahkah.

HafizChan berkata...

Dilaporkan masih belum berminat mengikut jejak Bung Mokhtar Radin...

Artis mana pulak la ikut jejak zizi izeti

pakkordi berkata...

Muzzeltov!!

Kamarul XY berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kamarul XY berkata...

Komen super poyo bungwahab macam biasa.takde apa2 info cuma diolah untuk nampak provokasi dan terserlah memang tak provokasi. bungwahab, dari ko buang masa baca artikel macamni baik buat kerja dari buang masa ko.dah la pakai internet kat opis tak berkat duit gaji ko asyik komen merapu hasil kerja orang lain.

Unknown berkata...

thanks for info... bungwahab dok israel kot.... tu pasal dah tau semua...

gascoigne berkata...

Bungwahab=Lucious sendiri....

bungwahab berkata...

kamarul xy..
jangan jadi super duper poyo.
macam ko ter provoke je.dari ko buang masa komen org punya komen baik ko komen artikel yg ko baca.

talkIZcheap! berkata...

celaka pny Kelab Israel!! memang rasis!! kata aku sambil menutup sebelah mata terhadap penyokong kelab bola sepak lain di dunia yg jgk rasis (spt, err... Barcelona sbg contoh...huhu :p)

"buli ba kalo ko" :D

Dewajiwa berkata...

tak yah ulas lah liga nih. bukan dapat manfaat pun.

jamsarisabian berkata...

bung bengap nye x sudah2..ahahahhaa..

Obefiend Weiland berkata...

cakap sabah kau sudah bagus bah

bila mau kawin sama sumandak? batah sudah aku menunggu

deus X machina berkata...

entah2 bung mokhtar menyamar jd bung wahab
erk888

erk888.blogspot.com

Union Equatoriale berkata...

dewajiwa kenapa tak dapat manfaat lak? kelab arab pun ada dalam liga israel mcm lucy cakap. kalau ada orang lain bawa sikap perkauman dalam bolasepak tu perangai buruk dia kita kat sini tak payah nak libatkan benda yang sama kot

Point of View berkata...

tak abis bergaduh je korang ni, macam arab dengan yahudi jugak

Redz da Tsar berkata...

Loh... Mana gambar ko kat Israel Lucy? Nak jugak aku tengok~

bungwahab berkata...

dewa jiwa..
sokong cakap ko.memang takde manafaat.dah nama israel pasal bola pun patut boikot jer yahudi ni.
ni nak tunjuk pandai konon liga israel pun tahu konon hebat tapi merepek macam yahudi mabuk jer.

Unknown berkata...

Bungwahab=anti-hero=The Joker dalam Batman

"I love bungwahab!"..Quote dari Lucy

Aku pon nak register masuk Fan club Bung Wahab. Bukak dalam Fesbuk ok gak..

Bung! Bung! We want Bung! We want Bung!

jamsarisabian berkata...

Bung-Ngog..Ahahhaha..Bongok mung Bung..haha..

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

apa bah ni.. macam manguluk urang sabah jak artikel ni.. nda' buli lah kalau kau..

Cob Nobbler berkata...

shalom lucius,muzeltof!

shooter berkata...

aku heran btul. Liga israel haram ni ko leh minat nak ulas.Tp liga malaysia yang dah start tu takdok sape nak ulas lagi..Berapa teamnya,siapa teamnya,apa2 la pasal liga super tuh..
Kate nk bg sokongan kt liga kita tp nape liga israel leh wat,liga indon leh wat tp liga super xdak sapa mau ulas lagi?nape?nape hah?

wahyun berkata...

bang aji wahab nda ulas tim DPMM kali.

bungwahab berkata...

dah ramai pandai cakap hebrew.shalom ler muzeltof ler dah takde bahasa lain ke.artikel ni dah membawa dakyah2 yahudi ke sokernet secara halus.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Bungwahab ni sekali gua lempang kang berpusing juga kang. Gua nak buat kerja sekolah pun tak senang...

namakasiklainkalibolehtak berkata...

part melempang bungwahab tu memang gua setuju.

Point of View berkata...

heheh kan dah kena sound dengan otai gunners. takpe kalau nak lempang pembaca sokernet pun ramai nak tumpang sekaki

kareem berkata...

PP, lu skolah lg ker?

ape cer lvpool kalah?kehkehkehkeh

Shank berkata...

Keputusan FA Cup, megesahkan status Liverpool sbg pasukan yg sedang ill dan tenat. masalh cuaca,ribut salji,kegawatn eko dunia,kemerdekan palestin, nuklear iran, terrorist ,pembunuhan,
rompakan,telah mempengaruhi minda dan mentaliti liverpool-prestasi merundum,poor and stupid. Gempa bumi yg melanda haiti juga dilihat menggangu prestasi liverpool mlm tadi.

Liverpool telah menukar status kpd contender team spnjg musim ini. dgn major cup sdah terkeluar dr persaingan , liverpool skdr melengkap jadual perlawnn dgn masing² mengejar
matlamat peribadi utk ke africa.Liverpool akan bersaingan utk kekal dlm top four (as much as can)Cabaran the Reds dlm europe league juga in doubt.

EN.Rafa juga kabarnya akan membeli akbar the sun stp hari utk meninjau ninjau vacancy availabel .
sementara itu , dlm perkembangan yg tdk berkaitan , musuh musuh liverpool khususnya yg di puncak perdana adalh individu yg paling sedih dgn situasi ini ( tdk di ketahui knp)

hardcore , deathmetal and heavymetal shj akan kekal bsama the reds. Reds kulit bawang or hangat² tahi ayam sprt dijangkakan akan beralih ke kelab spt stoke , portsmouth or mayb ke KL Plus.

pakkordi berkata...

Buruk2 pun team lu gak shankly.

Muzzeltof to liverpool walaupun sponsornya tak kosher.

YNWA.

gascoigne berkata...

Aku dah cakap...Liverpool kena sumpahan gol last minit...


Tapi takpe...yg penting MAN U hutang balik banyak huhuhu...

YNWA

Kamarul XY berkata...

bungwahab..
jangan jadi super duper poyo.
macam ko ter provoke je.dari ko buang masa komen aku punya komen baik ko komen artikel yg ko baca.

Tabok berkata...

buat artikel bung wahab laaaaaa!!!

linda radzi berkata...

bungwahab seorang yang berjaya..
seorang yang telah berjaya membuatkan orang yang masuk ke dalam blog ini hanya untuk mencari beliau.
seorang yang telah berjaya membuatkan orang berpaling dan melupakan seketika untuk memberi komen terhadap entri yang telah di-post.
sebaliknya banyak memberi komen terhadap beliau..
tidak terkecuali juga saya..
bungwahab rules!
bungwahab sememangnya sangat diperlukan dan diperlukan di maya ini.

mizu_sama berkata...

byk info aku dapat dari artikel nih.tq lucius.

Kamarul XY berkata...

Lucius maximus seorang yang berjaya..
seorang yang telah berjaya membuatkan orang yang masuk ke dalam blog ini hanya untuk mencari membaca post beliau beliau.
seorang yang telah berjaya membuatkan bungwahab berpaling dan melupakan seketika untuk memberi komen bernas terhadap entri yang telah di-post.
sebaliknya banyak memberi komen negatif terhadap beliau..
lucius maximus rules!
lucius maximus sememangnya sangat diperlukan dan diperlukan di maya ini.

bungwahab berkata...

pipiyapong dah nak lempang aku pulak.takut le aku nak komen lepas ni.tak nak komen apa2 dah.minta maaf tersilap kata, ada rezeki kita berkomen lagi.

Kamarul XY berkata...

bungapakejadahentah,
komen tu biarlah bernas..
jangan sebab asal nama lucy je jadi penulis, ko nak hentam..
nak minta maaf tu biar tahu kesilapan diri, jangan sebab takut kena lempang, lutut dah goyang, kencing dalam seluar..
tak apa, aku dah maafkan ko..
jangan buat lagi, nanti masuk neraka..

jamsarisabian berkata...

so bile nk lempang bung laju2 amik lajak reramai nih..aku kre kt area aku nih je ade la dlm 357 org volunteer nk lempang beliau..lu gtaw je pipi ktne..kte trn rmi2..ahahahaha..

btw game liverpool ngn reading mlm td mmg da nmpk xde mse dpnnye team liverpool 2 ble dye kuar kn stevie G ngn torres..x nmpk lak inured mrke 2 tp x taw la kn..hnye mrke je yg taw..ape2 pown..congrats ntk reading..they deserved that win..hehehe..

talkIZcheap! berkata...

xder salahnye berbahasa Hebrew... bahasa itu indah, yg xindah cuma bahasa kesat, dan tak reti bahasa jer... :p

Jgn dicemuh sgt bangsa Yahudi... byk Nabi dari kalangan bangsa Yahudi... dh hina2 Yahudi sgt ni, nanti xpasal2 dlm xsengaja terhina nabi-nabi sendiri plak... bkn sumer yahudi jahat, yahudi zionis jer yg paling jahat... cam org Islam jgk... bkn sumer org Islam baik, ade gak yg jadik terorist/penyamun/perogol...

so, fkir2kanlar...

p/s: mesti ade org marah aku libatkan agama plak kt sini... huhu :p

linda radzi berkata...

kita dah semakin jauh menyimpang ni..
syabas kepada bungwahab raden..

Najiro berkata...

Table Liga Malaysia Bila lagi?
Dah start kan?

Aslina berkata...

hahaha...
bungwahab ngan lucy memang tak ngam ke? ngahaha...

Wanturd™ berkata...

masing2 bebas nak komen. +ve atau -ve, itu pandangan masing2. serangan peribadi, biar la dorang selesai kan secara peribadi. yang len x perlu la tumpang sekaki..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...