Selamat datang ke Malang, Provinsi Jawa Timur, Indonesia. Harapan aku selama berada di sini tidak ada kejadian malang yang akan menimpa, macam gempa bumi atau gunung berapi. Bak kata orang, malang tidak berbau. Tapi di sini di kota Malang, bau dia memang lain macam.
Yang menyambut aku ialah Susilo, anak muda Malang yang bangga dengan gelaran ‘Arek Malang’ atau anak jati Malang. Dan macam kebanyakan anak muda Malang yang lain, Susilo bangga menjadi seorang Aremania.
Aremania merujuk kepada kelompok penyokong Arema Malang, kelab bolasepak yang bermarkas di Malang. Ditubuhkan pada 11 Ogos 1987, kelab yang popular dengan jolokan Singo Edan (Singa Gila) ini bukan saja kelab paling popular di Malang, malahan juga salah satu kelab popular dalam bolasepak Indonesia, atau nama tempatannya, sepakbola.
Stadion Kanjuruhan - kandang Arema dengan kapasitas 40,000
“Di sini pak, kami semua gak butuh sama klub yang lain, hanya Singo Edan dalam jiwa kami,” tegas Susilo penuh bangga, mula-mula tadi aku ingatkan dia mencarut dengan aku.
Sememangnya Arema kelab paling popular di Malang. Tapi ia bukan satu-satunya kelab sepakbola di sini.
Jauh lebih otai dari Arema ialah Persatuan Sepak Bola Malang atau ringkasnya Persema Malang. Kelab yang ditubuhkan semasa era Perserikatan (era amatur bolasepak Indonesia). Lahir pada 20 Jun 1953 kelab yang diberi jolokan Laskar Ken Arok dianggap saudara tua kepada Arema. Penyokong Persema pula digelar Ngalamania.
Stadion Gajayana - kandang Persema dengan kapasitas 30,000
Tapi biarpun ditubuhkan lebih awal Persema tidak sepopular Arema. Antara faktor penyebab ialah Persema sepanjang penubuhannya belum pernah memenangi sebarang kejuaraan peringkat tertinggi, berbanding Arema yang menjulang Piala Indonesia tahun 2005 dan 2006.
Lantas, berjalan di sekitar Malang ianya pemandangan yang normal jika kita terlihat patung atau gambar singa pada dinding bangunan dan penduduk Malang berjersi biru (Persema pula warna merah jersinya). Semangat Singo Edan ada dimana-mana. Malah Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) pernah mengiktiraf penyokong Arema sebagai kelompok penyokong terbaik Indonesia.
Patung Singo Edan ada di mana-mana saja, yang tiada ialah Harimau Malaya
Dan sejauh mana para Aremania sanggup berdiri di belakang kelab kesayangan mereka teruji sekali lagi tanggal 10 Januari 2010. Sebagaimana Rangers dan Celtic berentap dalam Derbi Old Firm, Arema dan Persema berentap dalam Derbi Malang memenuhi jadual perlawana Liga Super Indonesia.
Duel Gengsi
Beberapa hari sebelum perlawanan media Indonesia sudah mula bakar-membakar antara kedua kelab, atau klub. Pertarungan kelab abang-adik ini diberi jolokan Duel Gengsi. Arema setakat ini unggul di puncak klasemen dengan 30 mata manakalah Persema di tangga ke-4 dengan 22 mata.
Namun begitu, malang menimpa Arema apabila masalah kewangan dilaporkan melanda kelab tersebut. Beban hutang dilaporkan mencecah Rupiah 1.6 miliar (juta) yang perlu dilangsaikan sebelum akhir Januari. Kegagalan berbuat demikian mungkin membuatkan PSSI memaksa Arema bergabung saja dengan Persema, sesuatu yang ditolak keras oleh kelompok Aremania.
Lanjutan dari hal tersebut, kelompok Aremania menggembleng tenaga bersama pihak pengurusan untuk mengumpul dana buat melangsai hutang. Duel Gengsi menentang Persema dijadikan sandaran untuk mengutip dana secukupnya.
“Kami optimistis dapat menyelesaikannya sesuai kesepakatan,” kata Gunadi Handoro, Direktur Utama Arema.
Kempen ‘Save Arema’ dilancarkan malam sebelum Duel Gengsi. Kelompok Aremania diberitakan bakal membeli 2 papan iklan di Stadion Kanjuruhan ketika Duel Gengsi nanti. Selebihnya pula disapu bersih oleh perusahaan dan toko-toko sekitar Malang.
“Kami harus menang untuk membalas kebaikan hati dan dukungan Aremania,” kata Robert Alberts, pengurus Arema. Namun keyakinan penuh Arema tetap disangkal oleh Subangkit, pengurus Persema.
“Baru bisa dipastikan menjelang permainan. Silakan dilihat saja nanti.”
“Meskipun kami sudah mengantongi kekuatan Arema sebagai tim terkuat saat ini, kami tetap harus berjuang maksimal untuk menorehkan sejarah manis dengan memenangkan pertandingan dari tangan tim Singo Edan. Kami juga akan fokus pada latihan teknik, strategi dan kerja sama antarlini karena lawan yang kami hadapi nanti adalah tim yang sangat solid dan memiliki banyak kelebihan secara individual maupun kolektivitas pemainnya,” tegas Subangkit.
Aku mula menggaru kepala, macam nonton sinetron pun ada. Nasib Susilo disebelah untuk menjadi penterjemah.
Ancaman Arema bakal datang dari gandingan pemain Singapura, Noh Alam Shah dan Muhammad Ridhuan. Sementara gelandangan M Fachruddin bakal mengarkiteksi gebrakan Arema dengan jendral pertahanan Pierre Njanka dari Cameroon mengawal kebobolan. Aku pun dah macam sinetron.
Persema juga tidak kurang hebat. Kapten pasukan Bima Sakti bakal mengepalai serangan dengan dibantu pemain sayap M Karim dan Siswanto. Teguh di depan ialah penyerang Jaya Teguh Angga dan pemain Brazil, Jairon Feleciano.
Kedua-dua pasukan pernah bertemu sebanyak 6 kali setakat ini, semuanya dimenangi oleh Singo Edan. Maka tidak hairanlah jika Arema berniat mahu mengekalkan rekod bersih mereka sementara Persema berhajat menoreh sejarah manis Arema.
Singo Edan – Laskar Ken Arok
Sore hari minggu 10 Januari 2010, Stadion Kanjuruhan, kandang keramat Arema mula penuh. Empat puluh ribu yang hadir adalah Aremania manakala cuma 550 berdarah Ngalamania. Menyambut kehadiran aku, Susilo dan puluhan ribu peminat sepakbola yang lain ialah 1050 personel pengaman pertandingan. Sebahagian besar darinya ialah Pak Polisi.
Stadion Kanjuruhan, bukan Stadium Shah Alam
Tidak ketinggalan, 42 papan iklan mengitari lapangan dan 17 lagi tertempel di tembok stadium, jualan papan iklan tertinggi dalam sejarah liga Indonesia. Dua dari papan iklan itu milik Aremania, dibayar khusus untuk membantu menyelamatkan kelab kesayangan dari krisis kewangan.
Aku dan Susilo duduk bersama di tribun bahagian timur Stadion Kanjuruhan. Tribun (atau juga curva, stand dan kop) bahagian timur ini merupakan salah satu kawasan penyokong fanatik Aremania. Di setiap tribun akan ada dirigen atau capo yang mengokestra sokongan peminat.
Dirigen yang diinspirasikan dari konsep Capo di Itali
Perlawanan bermula sebaik wasit pertandingan (pengadil) Jimmy Napitupulu meniup peluit (wisel).
Arema terlebih dulu menguji gawang Persema pada minit ke-12. Umpanan lambung Pierre Njanka disambut baik Noh Alam Shah yang menanduk deras melampaui penjaga gol Komang Putra tetapi malang bola membentur badan pemain pertahanan Persema, Robbie Gaspar.
Laskar Ken Arok bagaimana pun mengatur gerak balas. Giliran Siswanto memberi umpanan lambung yang disambut oleh Jairon Feliciano yang kemudian pantas menjebol gawang Singo Edan, kesan dari kesilapan pemain pertahanan Purwaka Yudi.
Macam puaka.
Jaringan awal Persema membuatkan 40,000 Aremania yang memadati stadium langsung mematung menyaksikan pukulan tersebut. Lima ratus lima puluh Ngalamania pula melompat sakan tak ingat dunia.
Kaget akibat kebobolan awal akibat serangan pasukan tamu, tuan rumah Arema. Serangan berantai dilancarkan ke pertahanan Persema. Hasilnya pada minit ke-20 Muhammad Ridhuan berjaya memberi hantaran yang ditanduk Ahmad Bustomi kepada Noh Alam Shah. Penyerang Singapura itu menyelesaikan si kulit bundar (nama timangan untuk bola dalam arena sepakbola Indonesia) melalui salto (lipat gunting) ke dalam gawang Persema.
Tergamam dengan gol cantik, barisan Laskar Ken Arok mula kucar-kacir. Sementara Singo Edan terus menggila ibarat singa di Afrika yang mempunyai penyakit mental.
Minit ke-32, Singo Edan di depan. Gelandangan M Fachruddin berjaya menerobos pertahanan Persema dan melepaskan tembakan yang tak bisa dijangkau Komang Putra. Gol ke-2 Arema disambut dengan gegar gempita Stadion Kanjuruhan. Susilo disebelah melompat sakan dan Aremania kembali menyanyi riang.
Selesa di depan, Arema melambatkan rentak. Kedudukan 2-1 kekal bertahan hingga turun minum (istilah Indonesia untuk waktu rehat).
Aku dan Susilo juga bergegas mengambil kesempatan ini untuk turun minum di gerai stadium di bawah.
Usai turun minum, perlawanan kembali bersambung tetapi melambat. Arema lebih banyak menguasai si kulit bundar manakala Persema kelihatan seakan tertekan bermain di kandang lawan.
Peluang nampak jelas buat Arema pada minit ke-69 tapi sayang tendangan Ahmad Bustomi sedikit tersasar. Persema juga mempunyai peluang keemasan pada minit ke-77 tapi tendangan deras Brima Pepito ditepis oleh kiper Arema, Markus Horison.
Jimmy Napitupulu (baju kuning)
Ketika perlawanan kelihatan bakal berkesudahan 2-1, Arema sekali lagi mengatur gerak. M Fachruddin, Muhammad Ridhuan dan Noh Alam Shah berada segaris depan gawang lawan untuk kerjasama yang menarik (apa yang penting? Kerjasama!). Hasilnya gol ketiga Arema melalui Noh Alam Shah pada minit ke-83. Buat kali ketiga juga Komang Putra mengutip si kulit bundar dari dalam gawang.
Kejayaan menjaringkan gol ke-3 membuatkan Aremania di Stadion Kanjuruhan bersorak gembira. Persema cuba untuk merapatkan jurang tapi kedudukan gol kekal hingga ke wisel penamat. Sekali lagi Arema mengungguli derbi Malang.
Tiga kartu kuning dilayangkan wasit Jimmy Napitupulu, dua untuk Persema dan satu buat Arema.
Pengurus Arema, Robert Alberts berpuas hati dengan kemenangan yang menjamin kedudukan Arema di puncak klasemen.
“Saya salut dan bangga dengan mereka,” ujarnya.
Perhitungan awal juga menunjukkan sejumlah Rupiah 1 miliar berjaya dipungut hasil jualan tiket. Pihak pengurusan Arema memaklumkan bahawa semua hasil pungutan akan digunakan untuk membayar beban hutang.
“Ya, moga Arema selamat hendaknya dari dibubar PSSI dan sukses selalu dalam olahraga sepak bola,” doa Susilo dan puluhan ribu Aremania yang lain.
Aku mengharapkan yang sama. Semoga Singo Edan terus hidup di kota Malang.
Nota kaki: Sokernet mengalu-alukan kedatangan Obefiend sebagai pengulas Sokernet dan kem Chelsea, sebab aku pun sibuk dengan tugasan antarabangsa. Lepas ni nak pergi Israel pula, tu pun kalau dapat kelulusan khas Wisma Putra.
39 Ulasan:
Lantas, berjalan di sekitar Malang ianya pemandangan yang normal jika kita terlihat patung atau gambar singa pada dinding bangunan dan penduduk Malang berjersi biru (Persema pula warna merah jersinya). Semangat Singo Edan ada dimana-mana.
jarang kita tengok benda ni kat Malaysia, sebab orang Malaysia sombong taknak sokong liga tempatan..
Ana tahu, lepas ana komen ni, orang akan cakap dah main Malaysia main takbest...
terbaek ni jo...!
lu dh kembali ke ESPN Indonesia.....
Wahah... Kaget benar aku membacanya... Sudah ada Liga Indon punya ulasan... Liga Malayanya mana sih?
Erks, Lucy, ko gi Israel buat apa? Laporan biografi (Youssi) Benny ka?
kerja ko lucius mencilok info dari wiki,blog2 lain lepas tu jadikan artikel merepek kat sokernet.nak kata lawak org bengap jer gelak baca artikel macam ni.kalau dah takde idea menulis baik duduk diam2 je lucius.menyemak je org tengok.
http://www.youtube.com/watch?v=hc7GCn5FMVg
stadium penuh dowh!
Kalau bagok dok kat town malang ni gerenti bontot dia tak bercalar.
hahaha...arema malang..
woit,persib bandung vs persija jakarta tak cover ke nanti lucy?
sebagai fan hardcore persib,gua harus percaya stadium siliwangi yang tak bau wangi langsung(bau kretek je) adalah stadium keramat..!!
tapi gua tak pernah sampai malang lagi la,cukup area bandung ngan jakarta je.ada masa aku gi usha game kat sini.tapi gua tetap persib,viking!!!
Lucy, ko suruh bungwahab pegi israel la, suruh kena tembak dengan zionis, pastu kena baling batu ngan palestin, memokak ko dalam ni, dio tak buek apo pun....
welkam obe ..
jalan jauh nampak lucy .. nak claim tiket lebih ke ape ?
kelas la entry ni lucius. aku rasa macam macam four four two...... tapi versi melayu!
bungwahab bungwahab..haih..
http://mansorbinputeh.blogspot.com/2010/01/english-football-fans-are-just-victims.html
http://fantasy.malaysiansuperleague.my
meriah kan liga malaysia lagi.
haha terbaek!!!
tak ku sangka akan ada ulasan game indon kat sokernet, congrats!
kepada bung wahab,
mmglah artikel ni ada cedok dari sumber lain (wiki, berita, blog) tapi sumber rujukan je pun. bukan cilok, cilok maknanya kita tiru bulat-bulat dan claim artikel sendiri.
mana2 artikel pun kena cari sumber info lain gak.
aku rasa la kalau takde benda ni tak ramai dari kita yg tau kot derby malang hari ahad lepas, tak tau result lagi. dan ramai jugak la yang tak tau pasal arema dengan persema nih kot.
setakat bukak wiki mmg semua boleh, tapi tak semua pun wiki ada cerita bai. aku rasa artikel ni terbaek coz lucy berjaya olah sumber info wiki, berita semasa dan artikel-artikel sepakbola indon lain untuk jadi satu bahan cerita menarik..
wlopon aku saspek ni fiksyen je, tak tau la kalo lucy betul2 pegi indon
bungwahab ape dye taw..ckp pndi wat x reti..idop segan mati x mau..2 la dye si bungwahab nih..
Tabung Sokernet habis lu bantai travelling je ye lucy.Lodging ngan hotel belum kira lagi tu.
Tinggal sikit woii buat modal main futsal..
dgr cite 2 org budak arsenal kena voodoo time lawan everton itu hari..
test
wah sungguh menarik sekali ulasan mengenai derby Malang ini..
bagi yang tidak tahu, mungkin sekarang sudah mengetahui akannya nilai permusuhan setempat walau di negara mana sekalipun.
di negara kita? derby lembah klang? ada ke? paling bangkai pun derby pantai timur kot.. kelate vs ganu.. ada juga meriahnya di situ..
akan tetapi,
mengapa apakah tiada jua ulasan mengenai pasukan yang paling kuat di dunia dan akhirat - manu, chelsea, arsenal (Big 3) yang pada kiraan kalendar saya mereka baharu sahaja melengkapkan jadual permainan liga masing-masing tanpa gagal?
panel penulis sedang sibuk barangkali..
malu dengan keputusan penuh masa pasukan masing-masing juga mungkin..
atau juga menunggu keputusan penuh masa perlawanan yang membabitkan pasukan liverpool?
sebab di atas yang terakhir itu, walaupun tidak tepat, mungkin menghampiri darjah ketepatannya..
mungkin atas sebab itulah maka tiadalah perlu akan di sini kehadiran penulis panel pasukan-tahap-rendah liverpool.
Bungwahab tengah kecewa tu sebab ayah tersayang, BungMokhtar dapat bini muda.. :)
Hi Linda Radzi!
hi lucius maxjbbskjnf(susah nak eja),
kagum akan tatagaya penulisan dan juga pengetahuan castrol footbal crazy anda.
walau pada perkiraan saya bungwahab raden itu sangatlah jaki terhadap anda.
akan tetapi janganlah pula ditegah bungwahab raden itu,
kerana blog-blog sperti ini teramat wajib mempunyai dan memiliki individu berpemikiran radikal serta berfahaman kiri bucu atas pintu gol pasukan tuan rumah laksana bungwahab raden.
teruskan aja ya Bung Lucius. hahaha
malam ni derby lembah klang woit - selangor vs kl..hahahaha!
ptt la bung hasad dengki gle babi x sudah2..awek pown mnt kt lucy..bung sape la yg mnt..ahahhahaha..caya la lucy..TERBHAAEEKKK..hahaha..
belia...
jangan jadi bodoh.letak nama pompuan lepas tu puji diri sendiri.letak nama beliabenci pastu back up diri sendiri.tak payah nak disguise le tengok ayat2 pun dah tahu.
keh3.nanti aku register 10 nama awek lepastu puji diri aku.
ingn aku nyatakan bhwsnye AKU (beliabencibungwahab) ngn LUCY (lucius maximus) adalah BUKAN org yg sme..diulangi..BUKAN org yg sme..so kpd BUNG..lu nk wat..lu wat..ADE AKU KESAH..ahahahhaa...
aduss... buat cik Linda, aku rase kita kene give a break jgk lar kt pengulas2 kita nie...
ari tu diorg rancak ngn citer EPL, pembaca nk cerita2 luar EPL plak... dan dan ada citer derbi Malang nie, diorg disuruh buat citer EPL balik plak, huhu... mgkin sbb EPL byk game kene pospon kot... lgpon penat jgk asek citer Man utd, Chelsea, Arsenal ngn L'Pool jer kot??
erk?! kenapa derby pantai timur dikatakan 'bangkai'?? huhu *terasa* T.T
kpd Bungwahab, no offense la, aku xsuka gaduh2 sebenarnye, tp dh kerap sgt, macam yg aku nmpak, kerja bung plak asek duk menempek kt artikel Lucy dan kutuk2 bliau... err, kalo xsuka, baik-baik jgn baca terus... Bung hepi, Lucy hepi, sumer org pon hepi... :D
talkizcheap...
jangan jadi bangang.dah nama ruangan komen aku komen lah.kalau tak suka suruh lucy tutup ruangan komen.kalau ko tak suka baca komen orang jangan baca terus komen org la bodoh.sumer org pun hepi.
talkizcheap -
haha nak break apa lagi..
cukuplah match BPL dua kali seminggu je, hari-hari lain, break-lah..
maksud saya, perlawanan terkini, ulaslah sikit, buatlah post-match review sikit..
tapi kalau sudah menjangkau tarikh hari ini, memang dah basi la perlawanan tu..
bukan apa, cuma nanti terserlah pula sikap seperti sesetengah orang yang berkomen kata - bila team sendiri menang, sampai tiga empat entri masuk. itu belum kira entri pasal meludah-ludah team yang kalah lagi. kena pula yang kalah tu liverpool. saya tak maksudkan bila kalah, tiada entri yang masuk.. ada juga.
mentang-mentanglah last match BPL liverpool menang, yang lain seri je, terus buat-buat lupa. lebih kurang camtu la bunyiknya.. kalau salah tolong betulkan. hehe
tentang isu perkataan bangkai tu, jangan silap paham.
maksud saya itulah derby yang meriah sikit kalau nak dibandingkan dengan derby-derby lain.
mungkin tak berapa meriah di media massa, tapi meriah dari segi sambutan peminat-peminatnya.
bungwahab best!
agagagaga
linda radzi memuji dan suka pada bungwahab ? Mungkin Bungwahab adalah linda radzi. Mungkin bungwabah dalam diam suka dan cinta pada Lucius. Bungwahab, Lucius adalah lelaki dan tidak minat pada anda. Anda carilah lelaki lain. :)
hahaha... jgn marah, nanti kena jual... jika begitu pandangan bung, mgkin juga bung xboleh marah-marah bila org lain pon komen bung punya komen... xgitu?? huhu :p
mengenai p'kataan 'bangkai' tu, just utk clearification, kot2 ade maksud lain jer... :p
utk tiada apdet bila Liverpool menang, err.. kita kena tny pengulas kem Liverpool lar, ye tak? diorg sendiri yg xambik kesempatan bila team diorg menang, dan eam lain sekadar seri atau kalah, utk bakar-bakar... (mungkin pengalaman lalu menjadi pengajaran?? kan ke Liverpool kuat berpegang pada sejarah? <-- err, aku xmaksudkan secara negatif sbenarnye nie...)
penulis team liverpool memang sudah diketahui umum sangatlah slow..
menang ke, kalah ke, memang belum tentu lagi penulis kem liverpool akan post entri dorang ikut dan je kalau nak post..
lain pula halnya dengan rangkaian penulis kem lain.. mereka memang aktif pun..
hanya sekadar bertanya..
menimbulkan tanda tanya pabila mereka tiba-tiba menghilang..
kalau nak kata sibuk, ada gak post-post entri atau komen..
tentang kem liverpool tu, tak perlu pengulas pun takpe rasanya..
kerana penulis kem-kem lain memang senantiasa berada di dalam tahap kesiagaan yang tertinggi untuk menulis entri bagi pihak kem liverpool..
haa tunggu je la bila liverpool tak dapat point.
sekadar teringat satu tajuk entri di blog ini suatu ketika dahulu
'gulung tikar: laos ikut jejak liverpool'
then manu gulung tikar, team mana yang nak ikut?
bung si bodo sombong x sudah..kehadiran anda amatlah x dialu-alukan..dulangi..TAK DIALU-ALUKAN..so..berambus je abes cite..ahhaha..
harhar!! btul tu Linda... tp logik r nature fan United utk xsuke Liverpool...mmg dh musuh lama... team lain yg memusuhi Liverpool, aku no komen r, kui3...
tp hakikatnya mmg kem sdiri xkan kutuk team sdiri... kutuk pon dlm kiasan basa-basi shj (agaknyer) huhu...
p/s: mgkin Liverpool senang nk kena bahan kot?? Tp aku rase, kt blog ni Arsenal pon kuat jgk kena...
Arsenal power..Xcaye tanye cik linda radzi
haha ye lah dah memang adat dunia..
dah team tengah tak power, result pun suam-suam cagu je, dok je la diam-diam..
kalau menyalak gak, memang kena bahan laa..
cuba kalau situasi sekarang bertukar tempat antara manu dan liverpool, keadaannya pasti sama juga..
mesti ramai fans liverpool yang masuk sini dan bahan manu yang bukan-bukan..
tang arsenal kuat kena bahan kat sini tu bukan kerana team arsenal yang tak power team arsenal memang power gak.
arsenal kena bahan sebab penulis kem arsenal tu dasyat gak kalau bahan team orang..
tu yang penulis team lain tu memang tunggu masa je tu..
agaknya la kan..
yg tu aku stuju, cik Linda! huhu... :p
salam satu jiwa AREMA INDONESIA !!!
http://www.facebook.com/pages/Aremania-Madiun/286301286859?ref=search
Catat Ulasan