Pembelian Man United oleh FAM dijangka bakal memuaskan hati majlis tertinggi FAM yang hampir kesemuanya peminat Man United. Ia juga bakal menyenangkan hati kesemua peminat The Glory Hunters di Malaysia. Rata-rata peminat Man United yang kami temui mengalu-alukan pembelian kelab kegeramaran mereka. Salah seorang diantara mereka , Encik Shahreza Sharifudn (26) berkata;
“Ramai rakan saya mengutuk kerana saya tak support langsung team bola di Malaysia. Diorang kata buat apa sokong kelab bukan tempatan. Jika pembelian ini berjaya saya tak akan malu lagi mengaku saya penyokong hardcore Man U”
Pembelian Man United dikatakan bakal menaikkan imej FAM yang sering dipersalahkan kerana gagal menaikkan taraf bolasepak tempatan. Menurut laporan audit, FAM telah membelanjakan beratus-ratus juta didalam pelbagai skim dan program semenjak tiga dekad yang lalu. Ini termasuk projek bailout dan membayar gaji pemain persatuan kelab negeri yang muflis. Bosan asyik menghabiskan duit tanpa ada end product, pembelian Man United ialah langkah drastik FAM untuk “membeli kejayaan” sama seperti model yang digunakan kelab seperti Chelsea, Man City dan Real Madrid.Seorang ahli jawatan kuasa tinggi yang enggan dikenal pasti berkata;
“Pihak FAM sudah bosan melawan cacian yang dilempar peminat bola sepak Malaysia. Mereka asyik menyalahkan FAM bila pasukan negara kita gagal. Maka kami rasa lebih baik membeli dan mengurus kelab luar negara kerana khidmat kami di Malaysia langsung tidak dihargai. Disamping itu lepas ni boleh lah kami ada alasan ke England setiap minggu. Kalau dulu kami pergi waktu bulan Ramadhan sahaja menemani tuanku Presiden!”
Pembelian ini juga bakal membawa perubahan besar kepada kelab Manchester United. Kami difahamkan MU akan direbrand menjadi Football Association of Manchester. Logo baru United bakal menggabungkan elemen asal logo FAM dan United seperti yang dilihat dibawah.
18 Ulasan:
Go go agogo lah lepas ni.
gua bajet baju MU pon da macam selangor..
xpon tukar terus warna kuning..
walawei..
kalo fam konform da tukar setan p harimau bai...kuikuikuikui...
Bila dah confirm pembelian ni nanti, mesti tiap-tiap minggu pihak holywar-efairy.blogspot.com/ tulis pasal logo-logo, simbol-simbol, hidden messages yang ada di Persatuan Bolasepak Manchester. Expertnya diorang dalam bidang symbology ni boleh mengatasi Robert Langdon. Bravo!
jadi red tiger ka lepas ni?
hoh baru start kerja dh typo bnyk..haha
... catatan mengenai Chelsea?
Woit font tu kasi standard la, georgia! Hehe
http://www.facebook.com/pages/Presiden-FAM-sila-letak-Jawatan/237249269407?ref=ts&v=info
dengan pembelian kelab manchester nihh...harga minyak akan naik tak? nak cover hutang dorang lagi...
ishh... xP
teringat ayat Ms Jannah dalam artikel 'Apara Liverpool'.. typos byk, confirm En. Obefiend... =D
macamana gua boleh tak tahu ha?
:P
agak berani pendekatan abang obefiend...hah...haha...haha....hah..!
cayalah!
Cilakak punya obefiend
erk888
@LUCIUS
tu la tuh.. aku tak tau font apa korang pakai. terbiasa dengan verdana
laugh all you can...enjoy while you can...when the times come....we'll see who has the last laugh. tapi, aku pun tumpang ketawa gak, lawak menyakitkan hati yang gampang!!!
Catat Ulasan