ANDA SEDANG MEMBACA

21

Liverpool May 1970

dingin Ahad, Januari 24, 2010
Sejak aku ada krisis keyakinan untuk buat entri pasal Liverpool, aku cuba beralih ke local team. Mana tahu boleh ubat hati. Tapi local team aku pun lebih kurang jugak perangainya. Perangai segan nak menang. Local team aku adalah Sarawak, okey. Sarawak main pun buat aku sesak nafas jek. Geram betul aku. Adakah patut, main bola tak nak pergi kat tempat air bertakung? (main lepas hujan) Itu tak apa lagi. Lepas tu penonton boo, boleh dia terus pergi kat bench, tak nak main. Gila ke apa? (Nama pemain itu terpaksa dirahsiakan)

Dalam sesak2 nafas itu, aku pun main FB (facebook). Aku hiburkan hati aku dengan baca status2 FB Dr. Rozmey. Agak luar biasa jugak dia punya ayat. Terkekeh2 aku gelak. Dalam masa yang sama aku terinpirasi sebab Dr. Rozmey dia punya keyakinan lain macam. Antara status FB Dr Rozemy yang terkini.

23 jan : penglibatan ddr dlm dunia filem adalah kebijaksanaan ddr dlm meluncur laju laluan terowong masa dlm mendekati penguna: DDR pasti mampu lebih dekat dihati rakyat malaysia....DDR 1 malaysia.


Apa macam, luar biasa tak dia punya ayat?



Tapi nak dijadikan cerita, aku terima emel daripada Rafa. Dia bertanya apsal tak update pasal Liverpool. Aku cakap, aku sedang berduka. Aku cakap direct kat Rafa, dia patut berhenti jadi manager. Rafa tak balas emel aku. Kecik ati kot.

Tup tup, esok malamnya ada orang ketuk pintu rumah aku. Waktu tu aku tengah main FB. Aku bukak pintu, Aik, Sammy Lee. Dia cakap Rafa hantar dia. Aku tanya apsal? Dia tak jawab terus. Dia duduk dulu, ambik nafas.


Sammy Lee.

“Bagaimana kalau kita pecat Shankly,” kata Sammy Lee sambil matanya pandang ke arah skrin laptop aku. Kebetulan time tu aku tengah bukak FB Dr Rozmey.

“Pecat Shankly? Nak pecat apa? Dia dah mati,” balas aku. Tak puas hati aku ditanya soalan bodoh macam tu. Datang jauh2, semata-mata nak tanya soalan macam tu.

“Pada May 1970, Liverpool sudah kalah 11 kali dalam liga. Sudah terkeluar daripada League Cup in Round 3 selepas kalah pada Manchester City. Juga dimalukan oleh kelab division dua, Watford dalam piala FA. Lebih perit, Liverpool kalah kepada kelab Setubal dalam piala Eropah. Liverpool berada dalam kedudukan lima terbawah dalam carta liga. Dan kamu tahu, waktu itu siapa pengurusnya? Billy Shankly!” terang Sammy Lee dengan tegas dan panjang ebar. Sambi itu dahinya berkerut-kerut tengok FB Dr Rozmey. Entah apa yang pelik sangatnya, aku pun tak tau.

“Setubal?” itu pertanyaan aku. 1st time aku dengar nama kelab itu.

“Itu kelab Portugis yang menjajah Melaka pada tahun 1511. Setubal itu nama tempat di Portugis,” jawab Sammy Lee.

Aku kerut dahi. Boleh tahan juga ilmu tawarikh Sammy Lee ni. Sampai ke sejarah Melaya dia hafal.

“Jadi, perlukah kita pecat Shankly ataupun beri dia masa?” soal Sammy Lee lagi.

“Tapi, sebelum tu Shankly dah bawak Liverpool dari division dua naik ke liga utama. Sedangkan Rafa mewarisi Liverpool yang dapat nombor lima dalam liga,” kata aku, tegas sambil melihat baju t shirt yang dipakai oleh Sammy Lee, 'Aku sayang emak aku'. Mesti beli kat Danau Kota. Sempat lagi.

“Kalau kail panjang sejengkal. Luatan dalam jangan diduga. Pada 1970, Shankly sudah empat tahun tidak membawa apa-apa silver plate ke Liverpool. Empat tahun beb. Dia memang dah bawa Liverpool masuk liga utama dan menang piala FA dan juara liga. Tapi itu dah empat tahun lepas. Sekarang, adakah kita perlu pecat Shankly ataupun kita beri Shankly masa,” tanya Sammy Lee semakin tegas.

Aku pulak dok garu-garu kepala. Ini soalan memerangkap ni. Yang aku tahu pada 1972 dan 1973 Liverpool menang balik liga. Jadi kalau aku kata tak pecat, mesti terus dia cakap, Rafa pun juga tak boleh dipecat. Tak boleh jadi.

“Kalau begitu, Houliar dan Saouness pun, tak payah lah kita pecat. Patutnya beri mereka masa,” jawab aku dengan mata yang tajam.

“Souness tak menang apa-apa. Haoulier, tak pernah jadi pencabar di liga. Walupun pernah dapat no.2 kat liga, tapi ketinggalan 30 mata. Berbanding tahun lepas, Liverpool hanya ketinggalan 4 mata. Jadi jawab dulu soalan saya tadi, adakah kita perlu pecat Shankly ataupun beri dia masa?” Sammy Lee kembali kepada soalan memerangkapnya.

Aku diam. Aku biarkan soalan itu terbang. Aku toleh pada Sammy Lee pastu cakap, “Aku tak suka Rafa. Tak ada orang yang lebih besar daripada Liverpool. Rafa pun sama. Tapi aku beri dia peluang sampai akhir musim ini. Itu saja. Kalau akhir musim ni, tak dapat big 4, dengan kau-kau aku terajang!”

Sammy lee buat muka takut. Walaupun pada hakikatnya, aku tak lah berani nak terajang2 orang pasal bola. Apa kebodohnya nak terajang orang pasal bola? Tak mendatangkan faedah langsung. Pastu aku sambung balik main FB, baca statusDr Rozmey. sengih2. Sammy Lee pula aku biar terkulat-kulat sambil ikut meninjau-ninjau FB Dr Rozmey. Aku tau dia pun sednag tahan sengih2. Nak add la tu.

21 Ulasan:

bukan nama sebenar berkata...

sebab entry ni ngan kau la terus aku bukak fb search dr.rozmey untuk add dia tau....

huhuhh...

tak penah2 aku nak add celebrity...

Mr. Shcomey™ berkata...

adeh..sakit jiwa aku gelak bace post nie.

wani berkata...

Hahaha sama la. Habis baca post ni terus search Dr Rozmey. Okay, ni ada soalan bodoh sikit, apa beza DDR dengan ddr? Adakah Dr Rozmey sengaja mempermainkan keyakinan kita (a.k.a saya seorang) dengan mencampurkan-adukkan huruf besar dan huruf kecik?

Contoh:
"22jan : kehidupan adalah anugerah dan ujian: akhirnya kita temui Allah jua; DDR lakukan terbaik utk ddr dan umat semasa hayat DDR di bumi;;;;kenara tujuan DDR hadir disini bukan main-main; apa yg ddr lakukan disini ,..itulah yg DDR bawa pulang bila kembali:JikA semua warga FB /hPM fahami tugasan ini....biz /harian anda penuhi dgn kejujuran dan kerjakuat....masa amat suntuk...PERgi tak kEmbali".

Priceless.

Pembetulan: bedebah punya ddr/DDR. Dia bukan tulis as Dr Rozmey. dia tulis dR Rozmey.

farwalis berkata...

aku nak add DDR..ddr pun aku add!

R.K berkata...

dah macam agen cia dah sammy lee .. hah

julu berkata...

rooney mengganas..
cepat kem MU.. post entry.. haha
GGMU

mangifera berkata...

bagi chance la kat rafa, patience is virtue. lagi pulak, liverpool takdak duit...tak rugi pun kalau simpan rafa. tengok la apa jadi hujung musim ni. hehehhee.

Zaid Akhtar berkata...

musim masih panjang. tiga teratas pun kadang-kdang tak konsisten. silap-silap boleh dapat Top 3.

al-rashid berkata...

wakaka..
sungguh dingin..!

rizal berkata...

Move over Rafa, here comes Dr Rozmey! hehe ape kata Dr Rozmey Beli liverpool. duit dh byk hasil usaha bengkel2 kendaliannya. kedatangan DDR ke Anfield dpt mengembalikan keyakinan dlm diri para pemain liverpool.

p/s: Terengganu 4 Selangor 0 !!!!

Mineral berkata...

Dr rozmey sponsor la shirt liverfool. bleh tukar carlsberg tu jd Jus mate 5 kat jersey tuh

SocketWorld berkata...

mineral: season depan liverpool dah tukar sponsor lah.. jus mate 5 nak sponsor Selangor or T Team pun blum tentu..

pakkordi berkata...

Liverpool main tarak strategy. Hilangpunca macam vlog pp. Gua kasi sampai bulan 4. Kalau tak top 4, aku beli jersi liverpool palsu aje lepas ni. YNWA.

Grey.Gory berkata...

oi, ddr tu menatang ape? dr. dre ke?
satu lagi, dye ni betol betol punye doktor ke?
ke dr. tu stands for democratik?
macam dr. congo, demokratik congo?
harap pihak sokernet ambik berat pasal isu isu sensitif begini.

nama nami berkata...

setubal kelab jose mourinho mase die main mula2 dulu laa..aiseyy..hahaha!

azlan berkata...

kesian kem liverpool. dah gila. buat entry mengarut & meroyan.

rizal berkata...

xpe la.. pelan2 kayuh. jgn smpai kena jual player dh la. nanti terpaksa lak liverpool beli khalid jamlus, atau shamsuri mustafa.

aishah aurelia berkata...

ini beukan mengarut atau meroyan..
ini artikel penuh kesedaran dan rendah diri..
di samping kepercayaan dan juga kesetiaan..
walau berada dalam saat dan sudut sukar, tetap berada berhampiran..

saya sendiri walaupun begitu tetap menyimpan keyakinan bahawa musim ini liverpool tetap akan akan mengakhiri musim di kedudukan top 4.
dan juga bermain di UCL musim depan sebagai juara europa league..
saya tidak akan sekali-kali menerima hakikat bahawa liverpool akan bermain di coca cola musim hadapan.. teruk sangatkah liverpool?

p/s - air mata saya mengalir bersama tangisan seorang budak liverpool dalam tv saat reading menang di anfield..

pakkordi berkata...

aishah... rilek ahh.

aishah aurelia berkata...

dalam hati ada taman, bang..

Heysátan berkata...

seriously ni entri terbaik...brilliant n u r genius...THE KOP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...