ANDA SEDANG MEMBACA

31

77 Peminat Chelsea masuk Arsenal

Obefiend Weiland Ahad, Februari 28, 2010
PERMATANG PAUH 28Feb. - Seramai 77 ahli Kelab Penyokong Chelsea Malaysia (KPCM ) di kawasan Penanti menyertai Kelab Peminat Arsenal Malaysia (KEPAM) selepas mengisytiharkan berhenti meyokong Chelsea.

Borang keahlian KEPAM diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden KEPAM, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan KEPAM Pulau Pinang.

KEPAM terbaik

Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan KEPAM negeri, Datuk Pipiyapong Abdillah; Ketua KEPAM Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda KEPAM negeri, Norman Zahalan.

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Chelsea cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan Carlo Ancelloti selepas dibelasah seperti babi kepanasan oleh Manchester City semalam.

''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan di Chelsea. Selain daripada itu masalah perilaku seksual pemain Chelsea seperti John Terry dan Ashley Cole membuatkan kami semakin sangsi dengan kesucian perjuangan mereka untuk merebut semula gelaran juara liga. Pemain Arsenal kami lihat semuanya suci seperti kain lampin. Mungkin kerana mereka masih lagi bayi-bayi Arsene" katanya pada majlis menonton beramai-ramai di restoran mamak perlawanan Arsenal menentang Stoke di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.

Bekas Bendahari KPCM cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam Chelsea disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai bersetubuh.

31 Ulasan:

talkIZcheap! berkata...

LOL!! cam haram...

epinmiera berkata...

hahahahaha macam siall..mental la dak2 chelsea pasni dh kena bahan~

shan keli berkata...

obefiend sudah maju.mesti lucy bangga ngan ko.keep up the good work.

Hazwan Arif berkata...

hahahah...adess

MuArk berkata...

hahaha..ntah pape peminat chelsea tuh..bajet suci..haha..kaman ar..tak leh blah langsum kuar sbb tuh..hahahaha...nakal lah org melayu zaman skang nie..ade jugak mcm nie..cam haram!..hahahahahahahahaha..(suka guling2)..

gula-gula berkata...

hahahaha..macam real siot logo arsenal ko lekat..hahaha

Alke berkata...

woi obi, memang ko gila babi la!! kakakakakaka...semalam malam yang indah!! bini aku kata, aku tidur dalam iman...senyum sokmo sampai pagi..kekekeke.....

iKHwAn berkata...

hari yg sgguh indah wat obi.. mgkin msh mencari d mn silapnyanya chelSEX smlm.. sudah terang lg kan bersetubuh... opss.. bersuluh.. hehe

yusuf mujahidin ™ berkata...

haha...terbaekk

orang_es berkata...

dengar2 obe dah taknak mengulas pasal bola lg lps ni, nk concentrate ke business. nk jd mcm dr.romzey katanya.

http://www.obexlim.com/

Popo berkata...

tak lawak pon cite ni..
tapi yg lawak cite smlm kene tibai kat home..hahahah

jaya jr berkata...

hahaha..terbaek lol

al-rashid berkata...

macam haram!

Holden Caulfield berkata...

kah kah kah tak boleh blah..

weh,ashley cole bila nak lompat parti?isytihar jadi wakil bebas?

j or ji berkata...

markah penuh! hahaha.

yui berkata...

hanya mampu tergelak
sambil menepuk2 perut ku yang bulat

Jannah berkata...

Your photoshop skillz is da bomb yo!

rachwan berkata...

good at works, look real

bujang bahagia berkata...

ak rase kte patut bg semngt kt fan chelsea time ni....mesti fan dier tgah EMO ni...klo bdak sekolah,xksahla sngt, ni tua2 pn EMO gk....huhu...

eJAI berkata...

makin emo dorang skang...meracau-racau lak tuh...haha

NikLas berkata...

hahahah... sakit hati mu x terubat dengan artikel sebegini. diluar nampak tenang, dalam hati hanya obi mikel yg tahu.

FeRoZ SuLaiMaN berkata...

labels: obefiend weiland..."pengarang sokernet paling loser" di alam semesta hingga akhir zaman (tm)

Obefiend Weiland berkata...

yeah i know bro

ayob berkata...

let's go fucking mental.

COYG!

Emmet Muhamad berkata...

celakaaaa

Zamir Rashid berkata...

Gelak smpi kuar air mata kejap...

Budak Nakal berkata...

haha...parody sial. haha..

aku sokong chelsea xde emo2 pn. tapi td aku usha pasal thread arse kena troll, giler sume emo bhai.

lek2 la. korang ni x tau sarcastic, baik x yah baca apa OW (lulz, nama baru ko kat sini ke obe?) tulis.

x sngka ko dah jd guest writer chelsex lak kat sini. ceh..melepas aku. huahuahua

-neo-

HafizChan berkata...

jahat tauw
i nangis keluar air mata baca entri ni
lawak...lawak sangat.

ahmad berkata...

hidup arsenal...
walaupun dibarisi pemain muda, namun tetap menyengat

rizal berkata...

hahahhaha... lawak2.

sPastic MeNtal berkata...

x bleh blah..ingat kluar parti je ada....
rupanya kluar sokong kelab pun bleh yek......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...