ANDA SEDANG MEMBACA

65

Futsallers! Merebut Piala Europa edisi futsal.

Jorji Ahad, Februari 28, 2010
Update 24 Feb 2010 (10 malam) - Pipi

Dah ada 200 team mendaftar. Pihak sokernet macam mana pun terpaksa tapis supaya piala pusingan senang nak cari balik bila tahun depan nak buat lagi.


Mengenai yuran, ada kemungkinan hal ehwal yuran dibuat begini,

Bayar yuran RM100 - Dapat main
Bayar yuran RM150 - Dapat main + t-shirt Sokernet.

T-shirt Sokernet tu mungkin ikut header blog Sokernet ni atau gambar kepala Thierry Henry tengah berlagak.



Update 23 Feb 2010 (6 petang)

BORANG


(Borang ni boleh guna untuk buat strategi awal)


Update 23 feb 2010


- 3 Pasukan telah mendaftar untuk masuk bertanding.
- Pasukan PP dibarisi oleh pemain yang kesemuanya pernah mewakili estet dan menggelarkan diri mereka The Galactikus. Mereka yakin juara...katernyerrrr.
- Rumors kata Lucius akan bergabung dengan Bungwahab. Twin striker, pemusnah benteng pertahanan lawan.... jika lawan itu team gadis.
- Jangan fikir lama-lama sangat. Banyak berfikir ni gaya Arsene Wenger, sudahnya tak menang Piala jugak. Daftar sekarang!

........................................................................................

Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, SOKERNET akan mengadakan pertandingan Futsal bagi merapatkan lagi hubungan tukang komen dan penulis serta melihat sendiri skil penulis dan pengomen Sokernet,adakah mereka handal mengawal bola atau hanya pandai menulis aje. Dengan kata lain, ayat aje lebih, kaki pengka, sepak tak kene, tanduk lelap mata!

Oklah, pertandingan ini untuk suka-suka aje. Mengisi masa lapang, Menyambut seruan 1Malaysia. Belia benci dadah dan menjadi juara seterusnya kaya beberapa ringgit. Asik main futsal lawan team taman aje, apa kata kita tengok pulak kemampuan kita mengawal perasaan dan permainan dalam pertandingan tertinggi ini.

Tarikh cadangan : 28hb Mac 2010 (Ahad)
Tempat cadangan : Sport Planet Ampang.
Waktu cadangan : 9.00am - 2.00pm
2 court. 12 pasukan.
Yuran cadangan : RM100 untuk satu pasukan.
Lelaki atau perempuan atau campur-campur. Ikut suka.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 19hb Mac 2010

Format pertandingan dan bentuk hadiah akan ditentukan oleh panel yang telah dipilih oleh Sokernet.

Cerita banyak tak guna,daftarkan pasukan anda dengan menghantar email ke :

sokernetmail@gmail.com

Sokernet telah berjaya mendapatkan Fazura dan Marion Counter untuk menghadirkan diri menyokong pertandingan ini. Edleen Ismail dan team Sportscenter dalam Bahasa Malaysia dan ESPN juga akan membuat liputan. Syarikat Carigali Petronas bersetuju menyumbang tenaga kerja untuk menjayakan program ini (kredit untuk Pundit Tg. Malim dan Luca)

"Setakat lawan bola kat PS2 apa kelas! berani futsal la!" - Wayne Rooney
"main tak cantik takpa, asal kasut cantik" - Almunia
"Kalau tiket kapal terbang murah ada, aku datang!" - Matlan Marjan

.........................................................

Berita ini akan duduk atas sampai hujung minggu ini sebab EPL minggu lepas tak best la.

65 Ulasan:

NikLas berkata...

apa baran main campur2 laki pompuan..
man man la... be gentle beb

iKHwAn berkata...

Kenapa EPL x best minggu lepas?? SBb MU ko kene liwat 3 gol ke bak kata Obefiend c otak blue cam terry n cole tu..

buja berkata...

ni post serius ke?

fikiranlicin berkata...

ni nak main betul2 or just suka2? kalau betul2 wa bawak Vinnie Jones dan mustapaha hadji.

Mr feckry berkata...

betul ke? kalau betul team Zizou gua mau turun.

Rembo berkata...

cilakak. apahal short notice ni!!!

FdausAmad berkata...

Petronas Carigali tarik diri di saat akhir,

Sponsor sponsor ni nak kena cepuk dengan ahli politik?

jor gua nak main team lu..simpanan!

gascoigne berkata...

Ok wa turun....

Alke berkata...

err...jorji, lu biar betul...nanti wa ajak ex-EPL star turun nanti....

a8jnme berkata...

satu team brapa org ni,10?..kang jadik satu team 20org, maunye rotate mcm team basketball

j or ji berkata...

1.laaa...pernah aku memain? aku nampak macam bergurau ke? ada aku bergurau bila aku kata Manchester United akan jadi juara EPL dan Eropah tahun ni?

berlatihla sekarang,jangan nanti tak keluar peluh aku.

2. Satu team 8 orang kot. 3 simpanan. semua atas 18 tahun. hanya seorang yang pernah main negeri/daerah.

3. Ajak la Vinnie Jones atau Franco Baresi, WAGS atau apa aje.

Sir Marcello berkata...

saya suka men futsel~ tp lebih berbakat jd manager...

dan mengapa "matlan marjan" terselit di penghujung ayat???

print berkata...

aku ajak robert shankely ngan ian rush......

deus X machina berkata...

nak import titus james leh???
keh keh keh

mat gebang berkata...

hadiah nye ape bai??
bgtw la..br smgt nk trn..hoho

ayobkelubi berkata...

"game minggu lepas tak berapa best lah"

ayat macam haram, tak boleh punya statement selamatkan diri dari kena bahan!. hahahahahahhaa

FreeMen berkata...

hahahaha. matlan marjan beb.

nasr berkata...

wallawei.. Ray Parlour rajin gak turun Malaysia. gua bru plan nk ajk dia main satu team. hehee.

ape kate tournament tu wat ikut fan. cth team fan MU captain pasukan jorji, team fan chelsea captain pasukan Lucius Maximus dan Obefiend Weiland, Arsenal captain pp. pastu tu main ikut la team fan masing2. bru la 1Malaysia. amcm??

Pipiyapong berkata...

Gua akan umumkan team gua dalam masa terdekat ni.

pakkordi berkata...

Gua akan mari dgn team 35tahun keatas tapi hati cekal. Luorang turun pakai seluar bola. Jangan ada yang pakai seluar pendek lepak pantai dgn baju bunga2 pulak.

mizu_sama berkata...

aiseh,best nih..tapi aku mana ada team.team mana tak cukup org bg tau aku

deus X machina berkata...

tertiba gua teringat seluar bunga jorji dalam blog lkny
keh keh keh

talkIZcheap! berkata...

kui3... jauh sgt (alasan...)

nazrihashim berkata...

gua takde team...pipi..gua rasa kita ada kimia..baik lu amik gua jadik striker.

eJAI berkata...

gua pun nk join team PP leh ke?simpanan pun simpanan la..

nasr berkata...

gua berdarah gunners. pp lu berminat tak ngn gua??

Saed Ramadhan berkata...

apsal sunyi tak der entry pasal MU nie?? jadi cerita pasal futsal plak.. bosan r..

mizu_sama berkata...

buat pertanding PS2 tak boleh ke?gua takde team futsal,joy stick gua ada la

kareem berkata...

Mane boleh mizu..Lu xnampak rooney dah sound tu

mizu_sama berkata...

kareem,aku team ngan ko lah futsal.amacam?

BanDeLa berkata...

gua sama macam matlan marjan.......

mr. hafis berkata...

gua akan tiba di sana.

TENGKU berkata...

"Berita ini akan duduk atas sampai hujung minggu ini sebab EPL minggu lepas tak best la"..mmg r sbb team kau kalah...wakakaka

Mr. Shcomey™ berkata...

28mac da final exam aku ni.nak g tengok pon takleh.huhuu

Kamarul XY berkata...

bung wahab ada tak ?

a8jnme berkata...

wahaha...bung wahab united,main nak penuh perasaan, tp x score2...

FeRoZ SuLaiMaN berkata...

epl minggu lepas x best sbb ada team kalah ngan everton 3-1

bani berkata...

sapa kurang orang aku nak join. aku takdak team.
-bani

tembakaujiwa berkata...

pp xde ribiu lak arsenal menang..bese cepat jer...haha

ajybzakaria berkata...

takkn 12 team je..mane ckup heh..rmi jerk nk maen ni...

bungwahab berkata...

apa kejadah main futsal dengan gadis, tu standard pp je tu.nak menggatal buat main netball la wehh.

kareem berkata...

mizu, bole je kite 2 org.Amacam?

Tp ade ke ladies join ni..mcm xde jek gayenyer..Kalo ade, takut gak aku nak main..

gascoigne berkata...

kalau PP bawak awek Klang budak kelas dia baru gua turun huhuh...

Lucius Maximus berkata...

Team: Sabahawks

Player:
1) Khairul Azman (GK)
2) Matlan Marjan (abang)
3) Zainizam Marjan (adik)
4) Robert Gaspar
5) Hassan Sani
6) Bobby Gonzales
7) James Wong
8) Joey Ryan Gundok

p/s: kami akan turun kalau dapat tiket Air Asia murah

Lucius Maximus berkata...

Tambahan - Scott Ollerenshaw akan turun juga kalau ada orang ganti jaga court futsal dia

oni berkata...

gua akan hantar team serius. kalau ni semua tipu belaka gua akan saman. gua ada in-house lawyer.

HafizChan berkata...

Team aku Hasbullah Awang, Sharkawi Jirim, Shebby Singh, Zainal Abidin Rawop...jaga-jaga semua.

Kamarul XY berkata...

aku main ngan team Lucy..

afterc berkata...

x faham apakebende entri ni..bagi link borang ke adobe.com. ntah..

mizu_sama berkata...

ok.cantik kareem.aku team ngan kau.bungwahab,ko pun join la team kita org.haha

ladies?ladies x de la aku rasa.propraganda jer tuh.

Pipiyapong berkata...

Afterc,
Borang tu kalau klik, lu kena tunggu lama sikit. Sabar tu separuh daripada iman. Kang gua tendang kang berkira.

fikiranlicin berkata...

pipi gua rela hati join team lu. transport gua support, ambik dan antar balik umah...emel gua.

mizu_sama berkata...

pipi,time futsal nnt lu tendang je laju2.time tuh orang tak perasan sgt.lu kan jenis dendam simpan lama-lama.haha

taufiq berkata...

pipi,klu nak beli tshirt sokernet je bole x?..

nasr berkata...

tshirt sokernet tu dpt 8 helai ke per team?? hehehee..

Pipiyapong berkata...

Ya 8 helai satu team. Memang tarak untung punya ni. Season depan gua ingat Sokernet memang tak buat liputan kat oversea.

Pipiyapong berkata...

Nak beli tshirt sokernet saja? Main bola tak nak? Penampar nak? Nanti gua try usha pasaran gelap.

a8jnme berkata...

tu la, ada bukak booth jualan t-shirt ke? or oder online ke? at least supporter pg bleh pakai.

taufiq berkata...

setuju..beli tshirt tu kire amek bahagian jgk la kan..

Popo berkata...

pompom girl takde ke?
bajet sokernet byk lg kan..bole punye..baru smgt sket nk skor byk2..

kareem berkata...

haram btul..sampai la ni xbgtau ape hadiah..xkan piala pusingan je kot...Xblk modal la wei

nama saya aslina berkata...

adeihh...28 mac? jadual pack dowh masa tuh... tengok la macam mana... tapi aku takde team pun... kalo2 aku datang bagi sokongan je bleh dapat tak t-shirt sokernet?

j or ji berkata...

ASLINA dan yang lain,
Sokernet perlukan sukarelawan.

Sukarelawan dapat tee free.

datang!

Shankly berkata...

aku rasa ..
ni dah melampau tahap thaksin sinawart.
klu wat futsal tournament gua rasa majoriti un-sokernet yg dtg .
should be organiser wat friendly+gathering
and then $$$ bleh tong²
tshirt bleh wat tempahan and ambil masa hari kejadian (28 march)
dah familar + friendly baru lah wat tournamnet.

gua punya team(tmpt kerja punya team) haram jadah tau bab² bloger+sokernet .. tak der makne nya angkut diorg--

j or ji berkata...

shankly : sila kemukakan cadangan anda di sokernetmail@gmail.com.


futsal sokernet memang friendly dan hanya utk sokernet punya pembaca,awalau hanya seorang dalam pasukan itu.
tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...