ANDA SEDANG MEMBACA

33

Arsenal dan Perkara Asas

Pipiyapong Abdillah Hamzah Jumaat, Februari 19, 2010
Fabianski adalah penjaga gol yang bagus, cekap, kacak dan bergaya. Malangnya dia terlupa perkara asas menjaga gol iaitu menangkap bola yang dihantar pemain sendiri.

Sol Campbell adalah pemain pertahanan yang mantap, bertubuh sasa dan rupawan. Malangnya dia terlupa perkara asas menjadi pemain pertahanan apabila ter-passing keeper sendiri walaupun sebenarnya tidak berniat begitu.

Martin Hansson adalah ahli bomba dan pengadil yang cekap dan bermata redup. Beliau berpengalaman menjadi pengadil sejak tingkatan 3. Malangnya dia terlupa perkara asas menjadi pengadil iaitu di manakah kedudukan pengadil ketika indirect free kick dan erti keadilan.

Pembaca dan pengulas sokernet rata-ratanya bijaksana dan mempunyai otak yang bergeliga walaupun tidak semuanya kacak. Malangnya mereka terlupa dan hilang ingatan mengenai perkara asas mengenai perlawanan round of 16 Champions League yang dimainkan sebanyak dua kali dan Arsenal sah juara.


Akhir kata, second leg nanti Arsenal menang 9-0. Gua tak main main ni.

***

Oh ya, kepada pengulas baru kita dari kem Chelsea, ada satu perkara i nak kasi tahu, ok. 6 tahun lepas, Thierry Henry mengambil sepakan percuma dengan berbudi bahasa dan bersopan santun. Jadi jangan samakan dengan perlawanan Porto-Arsenal tempoh hari yang mana pemainnya tak beradab. Sepak free kick belakang pengadil adalah biadap, otak udang dan Bungwahab.

Tapi sebenarnya yang paling celaka sekali, siapa sini penyokong Porto? Lucius Maximus?

33 Ulasan:

julu berkata...

kah2..
pp..
jgn emo.. lu nk jd mcm fans liverpool ka emo smacam....
kitorg bkn fans Porto, tp kalo Porto vs Arsenal mmg kitorg support Porto.. keh2..

Tanpa Nama berkata...

hahaha.pipi emo tu..siap bagi warning..haha~

Nazri berkata...

Amacam? Pipi sekali lagi kasi prediction. Dalam gandaan 3.

Fans Arsenal sepatutnya mula rasa risau sekarang.

pakkordi berkata...

Gua suka sifat El Che macam ni. Cuma gua tak setuju part Sol Campbell hensem.

HafizChan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
HafizChan berkata...

ini memang kena settle dengan nasi lemak Liverpool ni.

(kat atas tu aku tulis nasi ayam...silap da)

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Tengok. Gua dah cakap. Mudah hilang ingatan. Nasi lemak dengan nasik ayam pun salah.

Luca DK berkata...

keh..keh.. keh...

pipi..pipi.. hati kau keras..

kareem berkata...

terbaek ar PP jawapan ko pada 2 pengulas chelsex tuh...kahkahkah

kitt berkata...

pipi warning2 siap ber "I" lagi..lemah lembut tapi penuh ketegasan..

ayob berkata...

"PENGULAS BARU kita dari kem chelsea." hehehe.. ingat tu obe pesan old timer.

bardark78' berkata...

suh mamat nie trainning ngan keeper t.team tu...keh..keh..

deus X machina berkata...

9-0


ok semua take note....pipi wat ramalan 9-0

Aslina berkata...

pp...kerja skolah dah siap blom? pinjam... cuti aritu lupa nak setel la bro...

Azri Rotten berkata...

hahaha word "bungwahab" dah mcm mencarut. hine sial.

Obefiend Weiland berkata...

aku pengulas Hapoel Tel Aviv la mulai hari ni

shalom!

Tanpa Nama berkata...

baca ulasan pp sambil mkn kuaci.

pp
pp
pp

fabianski dah join venture dgn arshvin jual burger dpn batu caves. cukup2 la tu pp.

Adam Ruslan berkata...

Nampak sangat Fabianski kurang fit untuk match.
1. Kutip backpass.
2. Kasik bola secepat mungkin kat ref.
3. Bejalan mengadap gol instead of mengundur mengadap bola.

Tapi seken half, dia tetap save 3-4 rembatan yang 'patut' dia bolos macam first half.

Jadi, Arsenal yang akan menang kat Emirates nanti. Sekian.

Jorji berkata...

kene buat seminar ni.. :)

the bkon berkata...

'Pembaca dan pengulas sokernet rata-ratanya bijaksana dan mempunyai otak yang bergeliga walaupun tidak semuanya kacak'.
statement ni TERBAIK.

Shed Ultras berkata...

porto... berwarna biru adalah sifat semulajadi penyokong chelsea menyukai warna2 biru nih bak kate luci...spt subaru impreza WRX..team fiat yamaha..dan x terkecuali porto serta blackburn..hahaha :0

bungwahab berkata...

PP=LOSER

deus X machina berkata...

Jangan lupa...liveblogging M.U vs Everton
8.30 malam ini di erk888.blogspot.com

Remy 10 berkata...

hahaha...apabila emosi menguasai diri...
ramalan gua arsenal 0-9 porto...porto layak ke quarter final dgn aggregat 10-1...glory glory porto fc.....

Remy 10 berkata...

ops sori....11-1...hahahaaa!!!!!

bungwahab berkata...

otak udang=fabianski=sol campbell=pp

Alke berkata...

PP kembali, dengan borak saje..kekekeke.. ko jangan pipi, setiap ramalan ko akan terbalik...ingat tu pp

talkIZcheap! berkata...

aku tetap rasa yang aku termasuk dalam kalangan pembaca sokernet yang kacak...

mizu_sama berkata...

pp..henry ambik freekick ketika keeper sedang seting wall..berbudi perkerti ke henry?

City Laundry Cafe berkata...

wahai orang kampung....PP dah buat prediction!!!!!
abih la arsenal....PP..ko kena ber'tunggang' jawab kalau apa2 terjadi pada arsenal next game....nape la yg ko gatal gi buat prediction nihhhhhhhhhhhh!!!!

p/s: aku kisah mende....M.U gak yg best.....

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

Gua de bc gak yg Henry siap mintak kebenaran kt ref ms nk wat freekick tu n ref tu sendiri benarkan.. so mmg btul lah die jauh lg sopan banding pemain porto tu.. Menang x bermaruah..

r.k berkata...

emo wah !! haha

Zack berkata...

go pp..gua sokong lu..abaikan comment2 depa seme nih..teruskan niat suci anda martabat Arsenal di mata2 depa yg jeleskan The Gunners...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...