ANDA SEDANG MEMBACA

19

Bengkel Bolasepak Bersama Subkhiddin : Teknik Tendangan Percuma Dalam Kotak Penalti Dan Implikasinya Ke Atas Emosi Budak –Budak Tadika

Lucius Maximus Jumaat, Februari 19, 2010
Oleh kerana ramai yang mempertikaikan kewajaran pengadil Martin Hansson mengiktiraf gol kemenangan Porto ke atas Arsenal, pihak Sokernet telah menghubungi pengadil Malaysia kelahiran Parit Buntar, Subkhiddin Salleh bagi mendapatkan penjelasan pakar. Subkhiddin mulanya agak keberatan kerana sedang sibuk dengan persiapan untuk ke Afrika Selatan tetapi setelah dijanjikan nasi goreng kampung telur mata 2 dan teh ‘o’ ais limau ketika ditemui usai solat Jumaat tadi, beliau akhirnya bersetuju.

Kita terus kepada lintas langsung bersama Subkhiddin yang sedang berselera menjamah nasi goreng kampung telur mata 2 (kuat makan telur Subkhiddin ni). Silakan Subkhiddin.

“Secara teknikal, tidak ada yang salah dengan tujuan, maupun tindakan wasit Martin Hansson. Ada jelas merupakan pelanggaran hukum dengan Sol Campbell backpass dan, selepas pengadil telah dianugerahkan tendangan bebas, Peraturan adalah bahawa keuntungan akan diberikan kembali kepada pasukan yang telah dianiaya. Dalam semangat undang, boleh dikatakan bahawa pasukan yang bertahan harus diberi kesempatan untuk berkumpul kembali sebelum tendangan dilakukan, tetapi tanggungjawab itu jatuh ke pemain. Fabiański bisa berpegangan pada bola atau membuangnya - seperti yang kita lihat begitu sering - dengan demikian mengambil risiko kad kuning tetapi memastikan bahawa Porto tidak akan bisa memuat tendangan bebas cepat. Adapun peranan Pemain Porto, berapa kali kami melihat Thierry Henry memuat tendangan bebas cepat selama hari di bawah Arsenal Arsene Wenger?”

Untuk pemahaman yang lebih mudah di sini Subkhiddin ada menyertakan visual berserta keterangan kerana mengikut kajian pakar akademik, budak-budak tadika lebih cepat faham jika pembelajaran mereka dibantu dengan alat visual.


1) Pemain veteran, Sol Campbell membuat hantaran backpass kepada Lukas Fabianksi. Mungkin kerana sebagai pemain veteran Sol Campbell masih terikut teknik backpass zaman dulu? Tetapi bagaimana dengan Fabianski, mungkinkah kerana jarang beraksi untuk Arsenal dan selalu bertugas mengutip bola ketika sesi latihan membuatkan beliau secara tidak sengaja terkutip bola tersebut?



2) Ruben Micael cuba merampas bola tetapi Fabianski enggan menyerahkannya macam budak-budak berebut hadiah permainan Ding Dang. Bila pengadil tiba dan memarahi Fabianksi barulah bola diberikan, macam budak kena marah dengan mak sebab berebut hadiah permainan Ding Dang.



3) Emo dengan keputusan pengadil, Fabianski membelakangi bola dan berjalan ke pintu gol sambil merengek-rengek kepada pembantu pengadil di tepian padang. Mengikut buku Panduan Bermain Bolasepak Bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Porto dibenarkan mengambil tendangan percuma sebaik saja bola diserahkan.



4) Ruben menendang bola ke arah Falcao yang meluru laju. Para pemain Arsenal yang lain masih belum bersedia kerana masih menangisi hadiah permainan Ding Dang barangkali. Hanya Sol Campbell yang sudah dewasa menyedari malapetaka yang bakal menimpa.

5) Falcao meledakkan bola ke dalam gawang Arsenal sebaik saja Fabianksi kembali berpaling. Pengadil mengiktiraf gol Porto sebelum dikerumuni oleh para pemain Arsenal dan Arsene Wenger, mungkin mencari Ding Dang yang disorokkan pengadil agaknya. Fabianski pula seperti biasa menjalankan aktiviti rutin beliau iaitu mengutip bola.

Sokernet mengucapkan ribuan terima kasih kepada Subkhiddin hasil penjelasan panjang lebar beliau. Artikel yang serupa boleh dibaca dalam bahasa Inggeris di sini, kami syak Graham Poll telah mencuri idea Subkhiddin.

Berikut turut disertakan visual Ding Dang yang sebenar.

Ding Dang

19 Ulasan:

SocketWorld berkata...

Dari pemahaman 'prof Wenger':
team lain mmg X wajar kalau amik free kick cepat2....
lagi2 menentang Arsenal...
Arsenal x pe, dikecualikan...
Hahahaha.

j or ji berkata...

Aku tersenyum puashati setiap kali aku tengok ulangannya di TV juga disini. Entah kenapa aku suka lihat kesilapan budak sekolah(yg diakui sendiri oleh Fabregas)

Aku dapati Arsene juga semakin melampau mengarutnya. Cuba berselindung disebalik kegagalannya mengemudi Arsenal dengan baik.

Mat Sentul pun lagi baik la dari Arsene.

HafizChan berkata...

Usai solat Jumaat tadik, aku juga ada tercari-cari nasi goreng bertelur mata dua...

talkIZcheap! berkata...

korang guna nama Subkhiddin ni, adekah dgn kebenaran beliau? bukan ape, kang kena saman plak korang2 nie, aku tahu korang pon takde berduit sgt, keh keh keh =D

Tp siuut jer google trenslet tu, tak leh celaka lagi ke ayat dia? huah huah!!

NikLas berkata...

mana gambar ref bg bola kat pemain porto????
yg ada hanya ref block campbell, siap body contact lg. ni lah org panggil ref kayu..terpacak je

Lucius Maximus berkata...

Takpe, aku dengan Subkhiddin dulu selalu lepak petang sama-sama sambil makan Ding Dang

talkIZcheap! berkata...

ah harhar!! Hope you're right, Lucy, for your own sake, huhu

beliabencibungwahab berkata...

ludy mmg trbhaek dlm kelasnyeee..pakar dlm memanaskan emosi phk msh..hahaha..ini boleh mndtgkn amarah nih..haaaaahahaha..nice work aaaaarrrhhh..haha..

Obefiend Weiland berkata...

i see Lucy trolling........ they hatin......

/flame shield bro..........

pakkordi berkata...

Arsewho, terima sajalah dengan kaki buntut menonggeng dan kaki terkangkang.

MaOi berkata...

keeper arsenal tu patutnya jalan ke belakang sambil mata memandang bola.. "face the ball" kata coach bola masa aku sekolah rendah dulu.. ini tak.. jalan menonong je ke depan.. player lain pun jalan melenggang kangkung je.. cuba la cepat2 lari gi kotak penalti..

so kesimpulannya.. silap sendiri la..

beliabencibungwahab berkata...

pada pndgn gua dr segi undg2 sivil nye goal 2 dblhkn..tp dr segi moral n ihsan ssme insan pttnye ref x ptt r bg Ruben amik spkn prcme pnts 2 sbb logik ar dlm kotak kowt..at least bg la dfndr ssn wall dlu..dr segi moral laa kn..n pndgn prbd gua la kn..hehe..

kareem berkata...

nape agaknye ref tu segera bg bola kt porto?mcm in porto's favour plak..Lg satu, nape ref pegi block campbell?

pasnih, leh ar sepak cepat2 free kick dlm kotak ye tuan-tuan..

Alke berkata...

gilak! bisa gilak Wenger baca entri2 di sokernet. kesian lak aku ngan Arsene ni. tolong la fan gunners, bagitau la Arsene, budak2 sekolah tak bley menang liga. kekekekeke

deus X machina berkata...

Caya lah Lucius

Grey.Gory berkata...

tapi abang lucius, gua musykil.


doraemon tiru ding dang ke, atau sebaliknya?

encik remy berkata...

hahahhaaa!!!super gampang!!!style la lucius....=p

talkIZcheap! berkata...

it's all fair in war, love and football...

Popo berkata...

takpela..2nd leg kan ade..ni cite ni sume nk dpt publisiti murahan je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...