ANDA SEDANG MEMBACA

23

MySokernet Xtra Time - Ashley Cole

LuciusMaximus Selasa, Februari 23, 2010
Umum tahu pemburuan menjadi juara EPL bukanlah satu tugas mudah. Banyak halangan yang perlu ditempuhi, tidak lupa juga ujian-ujian yang mendatang tiba baik di atas padang mahu pun di luar padang. Inilah yang membezakan di antara juara-juara EPL seperti Arsenal, Blackburn Rovers, Chelsea dan Manchester United berbanding kelab bawahan seperti Derby County, Watford, Oldham Athletic dan tidak lupa Liverpool.

Masih segar dari hiruk-pikuk skandal John Terry, Ashley Cole pula muncul menghiasi dada Harian Metro versi UK dengan pendedahan terbaru. Pendedahan yang bermula dengan Cole mendedahkan susuk tubuhnya dalam satu MMS kepada anak gadis sunti kini telah berlanjutan hingga tidak dapat dibendung lagi.

Pendek kata, inilah antara ujian yang perlu ditempuhi sebuah kelab berstatus juara EPL seperti Chelsea.

“Seks itu berlanjutan hingga 3 ke 4 jam. Saya sangat terpegun dengan betapa mesra dan gersangnya beliau”. Kata penjawat awam, Ann Corbitt ketika ditemui pihak Sokernet waktu sarapan pagi tadi untuk mengulas hubungan intim beliau bersama Ashley Cole.

Menurut Cik Ann lagi, mereka melakukan hubungan seks tanpa sebarang perlindungan kerana Cole tidak terangsang jika menggunakan kondom. Cik Ann adalah seorang penjawat awam di Majlis Bandaraya Seattle.

Pihak Sokernet bagaimanapun gagal mendapatkan komen dari Majlis Bandaraya Seattle jika sebarang tindakan tatatertib akan dikenakan kepada Cik Ann.

Bagaimanapun melalui sumber dalaman di pengurusan Chelsea, dipercayai tindakan disiplin bakal dikenakan ke atas Ashley Cole. Ini kerana insiden sorok pisang beliau bersama Cik Ann Corbitt berlaku ketika lawatan pra-musim di Seattle tahun lepas.

Ashley Cole dikatakan telah menggunakan bas para pemain untuk membawa pulang Cik Ann dan menyeludup penjawat awam tersebut masuk ke bilik hotel yang dibayar oleh pihak kelab. Kenapa seorang pemain yang dibayar puluhan ribu GBP seminggu tidak mampu menyediakan sebuah teksi dan bilik untuk Cik Ann bagaimanapun gagal dikupas oleh pihak Sokernet.

Atas sebab ini dan juga amaran yang telah dikeluarkan Roman Abramovich bahawa mana-mana pemain yang mencalar imej kelab bakal dikenakan tindakan disiplin, maka Ashley Cole telah dipanggil untuk menghadap lembaga pengarah minggu ini.

Berkemungkinan hukuman maksima yang boleh dikenakan ialah Ashley Cole ditunjukkan pintu keluar dari Stamford Bridge.

Sekiranya ini berlaku berkemungkinan Ashley Cole memilih untuk berpindah ke Liverpool. Sememangnya barisan pertahanan kelab bawahan ini agak pincang dan memerlukan khidmat full-back berkaliber seperti Cole, tetapi risikan Sokernet mendedahkan perpindahan Cole ke Liverpool mungkin berpunca dari seorang individu khusus.

Vicki Gough.

Cik Vicki bukanlah seorang pemain tetapi seorang sekretari di Liverpool FC. Kem Chelsea di Sokernet agak berbangga juga kerana pemain Chelsea bukan saja mampu merobek gawang Liverpool tetapi juga sekretari mereka. Boleh tahan.

“Kami melakukan hubungan seks pada malam sebelum perlawanan beliau,” jelas Cik Vicki ketika ditemui Sokernet waktu makan tengah hari tadi. Pertanyaan lanjut jika ianya berlaku sebelum perlawanan antara Chelsea dan Liverpool bagaimanapun tidak dijawab oleh Cik Vicki.

Usaha Sokernet untuk mendapatkan maklumbalas Encik Ahmad Kamal Abu Bakar juga tidak berjaya. Encik Ahmad Kamal bukan pemain ataupun sekretari Liverpool FC.

Tertekan dengan berita bagaimana suami kulit hitam beliau boleh meniduri perempuan-perempuan biasa yang tidak segiur dirinya, isteri Ashley Cole iaitu Cheryl memilih terbang ke Los Angeles untuk rawatan terapi. Sokernet percaya terapi yang dimaksudkan di sini ialah membeli-belah. Perempuan kalau frust memang dia suka shopping.

Namun begitu sebelum berlepas Cheryl sempat menghantar SMS kepada Ashley yang berbunyi, “Baby tak sangka Abang sanggup bermain kayu entah berapa puluh belakang Baby. Sudahlah, Baby nak membawa diri ke LA, lupakan Baby. P/S – Dalam peti ais ada ikan terubuk masin, pandai-pandailah goreng sendiri.”

Pihak Sokernet hanya mampu membayangkan kekecewaan seorang gadis giur seperti Cheryl dan alangkah sedapnya kalau dapat makan nasi putih dengan terubuk masin malam nanti.

Dalam hal yang lain pula, kem Chelsea di Sokernet juga tidak terlepas dari ujian dan dugaan mereka tersendiri. Budak baru di pejabat, Obefiend Weiland diberitakan agak emo dengan segelintir penyokong Arsenal yang emo.

Sebagai langkah penyelesaian sementara, pengurusan Sokernet telah memutuskan untuk menghantar beliau ke luar negara sekalipun peraturan kompeni ada menggariskan mana-mana kakitangan yang belum disahkan dalam jawatan tidak boleh diberi tugasan luar negara.

Tapi Sokernet prihatin.

Oleh itu Obefiend telah diberikan tugas ke Los Angeles untuk bertemu Cheryl Cole. Mungkin dua insan yang lara ini mampu mengubati hati satu sama lain.

Pihak Sokernet mengucapkan selamat berjaya kepada Obefiend dengan pesanan, jangan lupa rakam video!

Ini bukan Obefiend

23 Ulasan:

mizu_sama berkata...

Ashley cole nie tak habis2 buat hal..hak tuih tull

pakkordi berkata...

Mereka2 di Liverpool memang mantap, baik yang laki, wanita dan mungkin pondan.

eddie dewanaga berkata...

pesanan utk Obe...

3gp bro... 3gp!!

Jorji berkata...

Ashley Cole kuat main!

Aslina berkata...

wow!! cheryl cole!!!

Point of View berkata...

ikan terubuk masin..

cam gampang! hehe

kitt berkata...

haha..memang2..p/s terubuk masin tu xleh belah..rahsia rumahtangga cole

Tanpa Nama berkata...

memang serba biru~ hahaha

Jarr berkata...

nonsense...player chelsea dah jadik sinonim ngan skandal murahan gini..tak terkecuali kelab lain gak,cuma expose lebeh kat chelsea since dorang skang duk atas.bukan nak bias,tapi dari dulu pon gitu,kalau kelab lain duk atas selain Meenachi Utd,mesti byk kontroversi.dengan harapan camp dorang distracted.walopon aku Liverpool dan korang nak ckp apa pon ckpla pasal liverpool,aku respek cara Maurinho dulu,sebelum media or kroni2 Meenachi Utd nak cimpok camp dorang,dia main psikologi ngan rivals dia..so tekanan bukan kat player,tapi kat dia.dia plak jenis takde hal ngan pressure.skang tgk arr sendiri...tonggang langgang player kena tembak ngan skandal skandal bangang..pasni lu dgr la plak player chelsea sontot kambeng biri biri jiran dorang kat ladang..bangang.no offense haa...:D

Unknown berkata...

tak sabar tunggu ulasan OW

farwalis berkata...

kamera jangan goyang haaa brader. tak syok kalau tgok goyang-goyang ni

bungwahab berkata...

macam biasa bangang punya artikel.
tutuh chelsea tutuh!

talkIZcheap! berkata...

ni sumer salah Abrahamovic sdiri, beli lagi player2 yg gersang, dah tu gersang dalaman, gersang EPL juga, huah huah!!

Abrahamovic mmg lead by example, die sdiri pon berskandal jgk, kakakakaka!!

p/s: agaknya Mourinho ngn Scolari tak tahan ade player cenggitu, tu yg blah awal tu kot?

Tanpa Nama berkata...

lawak2 di akhir ulasan tersebut..sangat sokong

Raiden berkata...

haha respek la lucy artikel lu!!

Raiden berkata...

jarr ak sokong kata2 ko..Mou memang cover citer player2 die dengan establish diri die jadi media attack..cmtu baru player die leh fokus men atas padang..cube tgok takde pon kuar citer player2 Inter kat paper, sume Jose je..

fikiranlicin berkata...

mak ai...hebat chelsex ni.

kareem berkata...

OW mesti merajuk xnak tulis lagi kan.Konon pegi tugasan luar negara...hahahaha

Raiden berkata...

'Inilah yang membezakan di antara juara-juara EPL seperti Arsenal, Blackburn Rovers, Chelsea dan Manchester United'

haha ayat nie terbaik

Raiden berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jarr berkata...

Cheryl Cole officially separating with Ashley cole....ada can!wahahahaha....

Trekker berkata...

terbaek artikel ni. den suka bab terubuk masin tu.

p/s:- pecat saje Obienfield tu. Bukannya bagus sgt pun. Lu kena cari penulis yg setaraf dgn lu lucy, kalau tak mmg memalukan kem Chelsea yg sememangnya tak malu.

apa apa pun, GGMU

iampali berkata...

aku suka gamba tu. penuh seni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...