ANDA SEDANG MEMBACA

36

Penulis Tamu Minggu Ini - Ahmad Kamal Abu Bakar

Abdul Sokernet Jumaat, Februari 12, 2010
Air Liur Spurs

OK. Q datang.

"Who scored, bro?" dia tanya sambil duduk atas kerusi, keluarkan kotak rokok dari poket seluar. Muka serius.

Aku senyum lega.

Aku jawab ringkas. "Kuyt."

Dia angguk kepala.

"Nasib baik you datang," aku kata, "these drunken Spurs fans are spitting in my coffee."

Dia toleh ke tepi. Ke arah meja-meja bising.

"I'll tell them to go watch their own fucking game," dia bisik.

Aku senyum lagi, hirup air dengan penuh kebahagiaan.

Kita undur semula, 20 minit sebelum itu.

Aku duduk seorang diri. Santai, hirup kopi perlahan-lahan, toleh kiri kanan, atas bawah, depan. Skrin besar depan aku tak kuat sangat suaranya. Liverpool sedang berentap dengan Bolton Wanderers. Tak apa. Oleh sebab hanya aku seorang yang tonton, pihak pengurusan pub (yang didalangi oleh seorang penyokong fanatik Newcastle United dan seorang lagi penyokong fanatik Manchester United) rasa tak perlu kuatkan suara TV. Pasaran niche, dalam istilah ekonomi.

Bukan macam skrin TV belakang aku. Lain cerita. Spurs lawan Birmingham. Bunyi suara pengulas tenggelamkan suara semua benda dalam dunia. Susah untuk aku tumpukan perhatian. Bising ibarat bunyi pekerja-pekerja kontrak yang sedang bina Menara Babel. Memekak dalam bahasa yang berbeza. Ini tempat penyokong Spurs berkumpul setiap kali ada perlawanan. Mereka ada sudut sendiri. White Hart Lane mereka sendiri. Satu-satunya tempat yang aku pernah tengok menghimpunkan semua penyokong-penyokong Spurs di Kuala Lumpur.

All 17 of them.

Tak apalah. They look like nice people. Tua, jersi tucked-in dalam jeans stonewash carrot cut, pakai cermin mata. Ada Melayu, ada Cina, ada India. Masing-masing pakai jersi Spurs dalam pelbagai warna, penaja dan jenama. Sambil tengok bola, mereka makan cupcakes. To me, they're pretty much a harmless bunch. Biarkanlah. Kalau menang, mereka minum lagi. Kalau kalah, mereka balik. Menang atau kalah, mereka akan ambil gambar kenangan. Boleh pos di Facebook.

Ye lah. Ada 17 orang je. Dan mereka hanya datang bila ada game. Tak ganggu sangat keseimbangan kosmos aku.

Back to me. So there I was. Sitting alone. Watching a pretty dull game. Apa-apa pun, Liverpool harus menang. Pengurus Pub bisik pada aku sebaik perlawanan bermula tadi. "Three, four nil, easy. Don't worry. It's frigging Bolton, mate!"

Aku angguk kepala tapi sebenarnya aku tak berapa pasti. The team's in a pretty bad shape this season. Kalah berturut-turut. Kalah main beach ball. Seri tak habis-habis. Kecederaan berpanjangan. Referi berat sebelah. Tak ada penyerang yang boleh diharap selain Torres. Midfield kosong. Defense selalu lalai.

Tapi, ini Liverpool. Sejak aku kecil, sejak aku belajar sepak bola, memang aku suka Liverpool. Apa-apa pun, aku akan sentiasa beri sokongan. Orang nak kata apa, katalah.

Minit ke-37, Dirk Kuyt jaringkan gol pertama. Aku senyum, tepuk tangan, hirup air. Tak kisahlah walau hanya aku seorang yang tepuk tangan.

Faux pas. Ibarat aku jerit Hidup Hamas! di tengah-tengah Tel Aviv.

"Brader!"

Aku dengar suara asing teriak panggil aku, tapi aku tak pasti. Aku toleh belakang.

"You Liverpool supporter?"

Dari gaya muka, memang dah mabuk orang yang tanya aku soalan ini. Tangan pegang gelas wiski, mulut meracau-racau, air liur tersembur sana sini. Separuh dari 17 orang penyokong Spurs alih pandangan ke arah aku. Mereka pun dua kali lima. Mabuk. Okey, bukan semua. Ada satu pasangan Melayu yang hanya minum Coke. Pakai jersi sepasang. Romantiknya. Kalaulah gelfren aku pun macam ini. Temankan aku tengok bola sambil pakai jersi sepasang. Tapi, mustahil. Gelfren aku kata dia sokong Chelsea tapi dia ada simpan jersi Manchester United dalam almari. Biasalah, perempuan. Suka benda-benda yang popular.

"Yes I am," aku jawab dengan sopan.

Dia kerutkan dahi. Tengok aku atas bawah. Aku pakai jeans dengan kemeja hitam, macam biasa. Aku tenung logo Spurs yang terpampang jelas pada baju yang dia pakai.

"Are you sure?" dia tanya lagi. Aku dengar suara sumbang belakang aku mencelah. "Hey Bai, come sit back here lah. Why you wanna watch that stupid game? Liverpool's out already."

Takpe. Abaikan.

"Most of the Malay boys I know support Man U," dia tambah, tak hiraukan panggilan rakan-rakan.

Memanglah. Benda yang popular dan tengah top, memang orang Melayu senang suka. Kalau tak, macam mana Harian Metro boleh laku?

"Well not me," aku jawab.

"You sure? Liverpool?"

"Yes," aku jawab soalan dia dengan yakin bercampur sedikit geram, "since 1981."

Aku fikir dalam hati, kalau dia tak percaya jugak, terpaksalah aku buka baju. Tunjukkan tatu Liverpool yang terpampang garang pada dada aku.

Tapi, aku tak buat. Sebab aku tak ada tatu Liverpool pada dada. Tak ada tatu apa-apa pun. Kalau aku buka baju pun, dia hanya akan nampak perut six-pack aku.

Itu pun aku tak buat, sebab aku tak ada six-pack. Dulu ada, tapi aku dah habiskan.

Bila dia dah cukup yakin yang aku seorang penyokong The Reds, dia duduk sebelah aku. Tanpa segan silu. Tak apalah. Ini tempat awam. Bukannya rumah aku. Aku tutup mulut cawan kopi Lavazza (memang sedap!) aku dengan coaster Heineken. Memang hakikat, kopi tak sedap kalau bercampur dengan air liur orang lain.

"What is wrong with Rafael Benitez, bro?"

Aku kerutkan dahi, tanggal cermin mata, letak atas bar.

"What's wrong with him?" aku tanya balik. Seronok jadi Socratic dengan orang mabuk. Dia tanya soalan, kita jawab dengan soalan.

Dia membebel panjang. Aku tak dengar sangat sebab mata aku sibuk tengok game depan mata. Aku dengar dia sebut bad management, tak sabar, Peter Crouch, Robbie Keane, kalah, kalah, seri, beach ball, itu ini. Selang-seli dengan hilai ketawa.

"That's a going away present for Rafa," dia tambah lagi, merujuk pada gol pertama Liverpool tadi, "ha-ha-ha."

Aku senyum. Malas nak provoke. Mentang-mentang aku solo. Kalau The Boys ada dengan aku, dah jadi cerita lain dah ni. Tapi tak jugak rasanya. We've gone soft these days. Semua sibuk dengan hal ehwal kerjaya/keluarga/punk masing-masing. Aku jarang sangat jumpa mereka. Sekarang, aku lebih banyak melepak dengan kawan-kawan baru di pub. Pengurus pub panggil kami The Committee. Dengan kata lain, pelanggan tetap. Aku memang suka duduk makan burger dengan minum kopi. Burger paling sedap dalam KL. Kopi yang lebih sedap dari kopi Old Town.

Tiba-tiba bumi bergegar sekejap. Spurs skor. Dia bangun tinggalkan aku untuk melompat-lompat dengan 16 orang kawannya yang lain. Aku pandang belakang, tonton ulang tayang jaringan Jermain Defoe hasil hantaran cantik dari Peter Crouch. Aku tepuk tangan.

"We scored!" dia jerit sambil pandang aku.

"Yeah," aku jawab, "great goal."

Dengan lega, aku capai telefon. Pelan-pelan taip mesej teks. "Drink?" Aku hantar pada salah seorang Committee. Itu kata laluan untuk bantuan. Bantuan untuk duduk temankan minum. Kadang-kadang, memang sepi kalau duduk minum seorang diri. Minum di pub ibarat main frisbee. Kalau main seorang diri, orang akan anggap kita sepi. Atau gila. Jadi kalau sepi, aku hantar "Drink?" It's that simple.

Kalau ada geng, taklah sepi lagi. Tapi dalam The Committee, hanya tiga orang saja yang minat bola. Aku, Kapten Bart dan Q. Semua penyokong Liverpool. Q ada tatu LFC pada lengan. Memang nampak brutal. Kepala botak licin, badan sasa, tak suka penyokong pasukan lain buat kecoh. Mestilah, ini tempat kami. Kami duduk sini tiap-tiap hari. Siap boleh hutang lagi. Kapten Bart selalu sibuk, pandu kapal terbang sana sini. Jarang dapat tengok bola dengan aku. Jadi aku ajak Q.

Perfect.

Tak sampai 20 minit, Q sampai. Tak payah banyak cerita, dia duduk sebelah aku. Minumannya pun terus terhidang atas bar.

"Who scored, bro?"

"Kuyt," aku jawab.

Dia pandang belakang kami. Aku tunggu soalan kedua.

"Apahal diorang ni kecoh sangat ni?" Q tukar bahasa. Dengan orang lain, dia berbahasa Inggeris atau kadang-kadang, bahasa ibundanya, Tamil. Dengan aku, dia cakap Melayu.

"Biasalah," aku jawab. "Habis tempias masuk dalam kopi aku."

"Melampau betul," dia sambut sambil capai gelas minuman. Kami sambung tengok skrin TV depan kami. Tumpu perhatian. Sekali-sekala, keluarkan komen.

"So you Liverpool?" si Spurs mabuk tadi duduk semula sebelah aku.

Aku baru nak ulang jawapan, tapi Q sudah tenung tajam.

Tenungan yang tak cakap banyak. Mudah. Dua biji mata kemerahan yang seolah-olah bertutur.

"Watch your own fucking game."

Aku tersengih sayu.

Tak kisah kalau nak perlekehkan pasukan lain, tapi jangan ganggu bila mereka tonton game. Aku pun tak suka pasukan lain, tapi bila mereka main, aku duduk diam. Aku tengok dengan sopan*. Tak ada masa nak kacau orang. Kalau gol cantik, aku tepuk tangan. It's fucking football, dudes.

(*Kecuali sekitar 2008, bila Liverpool lawan Chelsea. Aku tengok dengan Amir O'Riot di Bangsar. Chelsea kalah 0-2. Aku kacau semua penyokong Chelsea. Aku gelakkan mereka sampai berguling-guling atas lantai. Well, that was different. Sebab Chelsea memang cilaka. Dan sebab aku memang tonton game sendiri.)

Dan seolah-olah satu keajaiban, dengan perlahan-lahan Si Spurs Mabuk kembali duduk bersama rakan-rakannya. Tiada lagi soalan-soalan yang tak perlu dijawab, tiada lagi kegusaran, tiada lagi air liur yang hinggap dalam cawan kopi aku.

Kan senang?

Maka aku dan Q terus duduk dalam aman damai tonton perlawanan. Ibarat Vladimir dan Estragon. Duduk bosan menanti kedatangan Godot.

Godot, bukan Grodot. Kalau Grodot, lain cerita. Tanya Jorji kalau tak faham.

Dan Godot datang juga akhirnya. Bila Liverpool jaringkan gol kedua, okey silap, Bolton jaringkan gol sendiri; dan bila Birmingham jaringkan gol penyamaan.

Little White Hart Lane senyap sunyi. Bunyi riuh rendah segera tenggelam. Pemabuk-pemabuk segera jadi sober.

Maka hati aku berdetik dengan sopan. "Padan muka kau Spurs."

Sekian. Ingat pesanan ini.

Watch your own fucking game. The world will be a better place.

Oh. Akhir sekali, aku duduk pub minum kopi? Kau gila? Cerita ini disunting mengikut kesesuaian dengan jiwa Mat Belia pengelola-pengelola dan pembaca-pembaca Sokernet.



Ahmad Kamal Abu Bakar



36 Ulasan:

Ajeossi berkata...

moral di sini, don't drink n drive..
hahaha..

gascoigne berkata...

hahaha..terbaik AKAB!

"Gelfren aku kata dia sokong Chelsea tapi dia ada simpan jersi Manchester United dalam almari. Biasalah, perempuan. Suka benda-benda yang popular."

AKAB support Liverpool yeah!!!

Lelaki Autumn berkata...

bila AKAB sudah menulis kembali. ini yang kita mahukan..

Trekker berkata...

biasalah org YAWN..bangga minum 'kopi'.

GGMU

Dewajiwa berkata...

haha.
faken awesome storyline. marbeleshhh

pakkordi berkata...

Sakai memang tak reti nak hargai apa-apa pun.

Zinedine Zaiddin berkata...

Penulisan yg baik..leh tulis novel ni. hahaha

HafizChan berkata...

Macam baca novel ahadiat akashah...

Alke berkata...

hidup lagi si AKAB ni...btw. moral of the story, spurs belum sama level dengan the big four (lpool boleh masuk balik la), so jgn ngada2 nak buat gathering kat pub ke, kat public ke...hehehehehe...senang cite, tak layak duduk semeja dengan mana2 fan the big four..kekekeke

MDM FARAH FAIZURA berkata...

AKAB kalau jadik pengulas kat sokernet ni. Baru sedap!

Abdul Sokernet berkata...

Dingin, bukan gua tak nak tolong. Gua dah ejas dah itu hari. Dia tak nak.

pakkordi berkata...

Dingin, goyah ka? Jgn goyah bro. Sokong kena ikhlas dari hati. Jadikan Che Guevara sebagai teladan. YNWA.

Berbo berkata...

ohh liverpool tak popular

MDM FARAH FAIZURA berkata...

hahaha. gua jadikan Jaka Sembung sebagai teladan gua.

Bukan goyah cuma kasi balance. Gua kategori featherweight. AKAB kategori heavyweight. Hahaha

am3r berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
anakabah berkata...

Maaf kalau tersinggung. Ini latihan saja. Lama tak tulis "main-main."

Selamat Tahun Baru Cina!

Oh Me berkata...

Macam baca novel Ahadiat Akashah? oh please....jangan hina fan Liverpool ok

Hafiz Butetchai berkata...

"sebab aku tak ada six-pack. Dulu ada, tapi aku dah habiskan."

hehe. klasik. glad to hear from you again, abang kamal.

Satan In Heaven berkata...

AKAB....... Akhirnya....... Terima kasih

SundayPeople berkata...

kat mana area selangor ni tempat tengok bola yang seat nya macam seat kat stadium??

HafizChan berkata...

oh me...saya tidak menghina-lah...saya memang terpesona dengan lenggok bahasa saudara AKAB.

Ahmad Belia berkata...

bende ni mikon? menulis kat sokernet ni dah kira macam menulis kat bacaria. sell out nii..
huhuhhu

FIRZA berkata...

kepuasan membaca bagaikan melihat fasha sandha topless.....

r.k berkata...

its okeh ma kalau nak tengok game orang lain . jangan banyak cakap sudah . gua datang tengok bola , bukan nak prektis jadi pengulas sukan .
AWESOME STORYLINE BEB!
makan burger dekat port minum kopi , dalam pub . haha . teruja-teruja .

jhjkhknh berkata...

lyn bola, semankuk kacang, 4 pine stout.

Dizzturbed berkata...

gua pun dulu slalu tgk bola kat pub p.klang...skrg idok la lg..anyway, keep up the good work AKAB..YNWA!!!
btw, to all ManUre scums, gua tau lu semua closet fans LFC sebab slalu komen psl LFC dlm fesbuk etc wpun xde kaitan dgn game lu semua..x pun lu semua paranoid dgn nama LFC, atau ada masalah psychology, ataupun mmg smulajadi dengki..haha!

Aishah Nur Hakim berkata...

komen firza tak menahan

bungwahab berkata...

watch your own fucking game - nasihat yg baik untuk org2 macam lucius.

tutuh chelsea tutuh

Heysátan berkata...

OK.This is fucking great.The world will be a better place, and...Liverpool Football Club is not tragic but magic.

The Kop

anakabah berkata...

Malam tadi aku pergi lawat pub. Dinding Spurs telah diconteng dengan Fuck you Spurs. Aku ambik kain padam.

Cerita ini bukan ditulis untuk tujuan membenci, tapi untuk berkasih sayang.

Happy Belated Vagina Day!

dueng berkata...

wahahhaa. salute! aku rasa jadi ultra fan tak salah cuma jangan sampai pecah belah, tak berbaloi pun gaduh2 sampai putus saudara sebab bola. passion is one thing but keeping it under control and not to fuck with your friend face just because he support different team is another. believe me, you'll regret it.

football is like election; the ecstasy is seconds, the pain is life long. make the right choice and be cool.

YNWA.

anakabah berkata...

Whaddaya mean militants spiritual leader? Bukan aku yang conteng. Aku tolong padamkan.

Spiritual leader? There's nothing spiritual about me.

pakkordi berkata...

Gua rasa penggunaan perkataan F semakin berleluasa. Gunakan secukup rasa dah lah. Bahasa kita, budaya kita.

FreeMen berkata...

its nice to have true kopites. haha.

aku xde la seawal 1982 minat EPL.

hanya bermula sekitar 1993.

baru nak baligh.

Unknown berkata...

Dalam lubang puki mak kau kot?

Unknown berkata...

Dalam lubang puki mak kau kot?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...