ANDA SEDANG MEMBACA

12

Sireh pulang ke OT

Jorji Jumaat, Februari 05, 2010
Manchester United akan kembali ke puncak liga JIKA menang keatas Portsmouth di Old Trafford malam esok. Persoalannya, sesuaikah guna perkataan JIKA? Dengan prestasi Wayne Rooney dan momentum pasukan pada gear 5, bermain pula di Old Trafford, selepas menang bergaya keatas Arsenal lagi, sesuaikah digunakan perkataan JIKA?

Manchester United kembali ke puncak liga malam esok! yeah!

Portsmouth, yang dikendalikan oleh Grandaddy Grant, yang baru saja dikantoikan oleh The Sun UK kerana mengunjungi 'rumah urut' kini berada ditapak kaki liga dengan 15 mata. Perlu diingat, Avram Grant pernah membimbing pasukan airmata Chelsea ke perlawanan akhir Piala Eropah sebelum dikalahkan oleh, err.. John Terry bila dia tergelincir dan menangis.

Perlawanan Manchester United malam esok harus ditonton jika mahu menyaksikan permainan hebat, menghiburkan dan sebenar EPL. Aku meramalkan kemenangan 'biasa' Manchester United 3 - 0 Avram Grant!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sementara itu, perlawanan merebut tempat ke 2 dan 3 liga akan berlangsung diantara Chelsea menentang Arsenal di Stamford Bridge. Arsenal akan mempamerkan permainan 'konon- konon' cantik mereka sementara para penyokong pula sibuk mencipta 'chanting' atau sorakan-sorakan terbaik untuk John Terry. Aku ada membaca beberapa laman web tentang "Terry chants'. Memang lucu dan sarkastik. Gaya gurauan komedi hitam British. Tak boleh blah! Hangpa surf sendiri nooo...

Chelsea pula yakin akan mencipta kedudukan lebih baik untuk musim ini berbanding musim lepas. Tempat ke 2 memang telah menjadi TARGET mereka walau bertukar jurulatih semenjak Avram 'The granddaddy' Grant. Jika kalah, mereka akan tukar jurulatih lagi atau beli pemain baru. Itu motto The Blues.

Sokernet difahamkan Chelsea baru sahaja menambah pemain baru sebaik transfer window Januari ditutup. Vanessa Peroncel, boleh bermain di mana-mana posisi dan ini baik untuk Chelsea, kata Drogba.

Liverpool akan berentap dengan Everton, tapi lebih baik kita semua bersosial dengan kawan-kawan atau keluarga dari menonton perlawanan ini.

12 Ulasan:

Pipiyapong berkata...

Cilake. Sekali lagi clash macam ni.

pakkordi berkata...

Game semua seri kecuali liverpool menang 12-0.

deusXmachina® berkata...

m.u 7 portsmouth 1

HafizChan berkata...

Liverpool akan berentap dengan Everton, tapi lebih baik kita semua bersosial dengan kawan-kawan atau keluarga dari menonton perlawanan ini.


Dalam maksud ayat niiih

atok berkata...

"terry2 where`s your wife?"
"ashley@ watch your wife"
hahhhahahahhahahahhaa

iampali berkata...

konpem lauks ni..

Grey.Gory berkata...

pergh, ini lagi kaw kaw

"chelsea chelsea, wherever you maybe, don't leave your wife with John Terry"

kahkahkahkahkah

ayobkelubi berkata...

liverpool diam-diam pun kena gak...sian betul

PakCu berkata...

predict..mu 3 vs pompey 0

chlsea 2-Arsenal 1
tp pakcu still mengharapkan arsenal 2 chelsea 1 hehehe

GGMU !

Alke berkata...

"Liverpool akan berentap dengan Everton, tapi lebih baik kita semua bersosial dengan kawan-kawan atau keluarga dari menonton perlawanan ini." - akan menjadi status fesbuk aku malam ini, wakakakaka!!

BanDeLa berkata...

Sokernet difahamkan Chelsea baru sahaja menambah pemain baru sebaik transfer window Januari ditutup. Vanessa Peroncel, boleh bermain di mana-mana posisi dan ini baik untuk Chelsea, kata Drogba.

bro gua nak letak nie kat status fb bole x...
hehehee

Cendol Pulut berkata...

tapi aku dapat mimpu yg chelsea mnang besar ngan arsenal sok.. so check it out sok... sama2 kita tgk~ huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...