ANDA SEDANG MEMBACA

31

Bayern Munich 0 – 7 Manchester Jewnited

Obefiend Weiland Rabu, Mac 31, 2010
Result Pagi Tadi -Gila gempak korang

Memang Man United gempak la semalam. Tak sia sia mendapat sondolan “favourite” untuk saingan liga juara—juara tahun ini. Rooney pula menunjukkan kepada semua pengkritik yang memang dia pemain terbaik di seluruh sistem suria apabila menjaringkan 2 perfect hattrick.

Gawang Bayern dirobek seawall minit ke 2 lagi apabila rembatan kaki kiri Rooney menerjah gawang Jorg Butt . 3 minit kemudian sekali lagi Rooney meledak dengan volley kaki kanan. Bola hantaran lintang Park Ji Sung disambut sempurna oleh beliau. Jorg Butt hanya mampu static di dalam gawang. Tempo perlawanan amat laju dengan Man United menguasai 98.142223 peratus posesi bola. Di minit ke 20 barulah Bayern dibolosi sekali lagi. Nani menimbang bola dari tengah padang seperti Titus James sebelum mengecip bola kearah Rooney yang menyudahkan hantaran itu dengan tandukan padu maut. Rooney meraikan hatricknya dengan meniru celebration knee slide Ole Gunnar Solksjaer. Bayern jelas sekali hilang semangat selepas gol ketiga United. Jelas sekali memang United ialah team terbaik diseluruh sistem suria. Separuh masa pertama tamat dengan jaringan 3-0.

roon the loon

Separuh masa kedua bermula garang dengan Bayern menyerang secara all out. Ivica Olic merembat dari jarak 25 ela tetapi rembatan itu disambut dengan mudah oleh Van Der Sar. VDS kemudian membuat hantaran route one terus ke Rooney yang menanti di kawasan padang Bayern. Bola tinggi tadi berjaya didada beliau sebelum tendangan bicyclenya terus menerobos jaring Jorg Butt. Jorg Butt nyata tertekan dan terus menumbuk-numbuk tanah kerana stress. Sekali pandang macam gaya Samuel Kuffour meratapi kekalahan pada final 1999. Lous Van Gaal kemudian terpaksa menggantikan Butt dengan Michael Rensing. Minit ke 55 Rooney did it again apabila rembatan tonjolnya terkena kepala Philip Laham sebelum terpesong masuk kedalam gol. 7 minit kemudian Roonaldo melengkapkan perfect double hattricknya dengan gol penuh kontroversi. Paul Scholes menggelecek dari tengah padang sebelum menghantar bola kearah Fletcher di kiri padang. Fletcher menyilang bola dari posisinya kearah Rooney yang jelas menjaringkan gol dengan menumbuk bola kedalam gawang . Pengadil Frank De Bleeckere membenarkan jaringan itu dikira walaupun diprotes pemain Bayern. Jelas sekali hobi bertinju Rooney dimasa lapang berguna sekali untuk jaringan keenamnya.

Sir Alex menggantikan Rooney pada minit ke 70 dan memasukkan Ryan Giggs. Tanpa Rooney perlawanan lebih seimbang dengan Bayern akhirnya dapat membuat beberapa percubaan on target. Gol terakhir perlawanan dijaringkan Giggs pada minit ke 92. Dari sepakan Nani sudut di sebelah kiri, bola ditanduk kearah gol oleh Scholes sebelum ditolak masuk oleh Giggs! And Giggs has won it!! United is in the promised land!! What a score! What a game! United is simply unstoppable!

Lepas tu aku tengok kalendar. Happy Early April Fools guys.

31 Ulasan:

MOFASAD berkata...

bbbbbbbbooooooooooooooooooooooooooooo


hahahaha

foresttulip berkata...

game mlm tadi memang best, gol minit akhir bayern mengimbau kembali memori final 1999. rooney plak mcm injured je, camne nak lawan chelsea weekend nanti?

HafizChan berkata...

Ewah!!!

GGMU

orang_es berkata...

mlm ni chelsea lawan mana? eh lupa la, chelsea mana main dh liga juara2 ni. nama pn liga juara2, chelsea bukannye juara pn mwahaahahaha....

farwalis berkata...

tunggu 2nd leg!! *kata fans-fans MU.

yaaa..kami tunggu

It4Ch1 berkata...

tang mana datang rooney pakai nombo 20 pun haha

neway, nice

Jarr berkata...

kalau ole gunnar ngan sheringham ada mesti boleh menang lagi banyak....hmmm.

SFB berkata...

wah wah.. dgr MU kalah je laju btol update. selalu dlm tgh hari sket baru kuar.. haha

Alke berkata...

biasak la kalah, man utd memang ade goyang dengan the giant from bavarian.takpela, tengokla nanti second leg, naseb baek menang, naseb tak baek, join chelski la jawabnye

GGMU

RyuJi berkata...

besok kite dapat update pasal bdak budak kurang kalsium pulak..

Tanpa Nama berkata...

Ter-baekk!
:DD

Besi Karat berkata...

Happy early fool to chelsea gak.
keh keh

Cesc Luzeza berkata...

the fool day..kuikuikui..
tp cite ni memng auta gila..tp ilusi lu superb beb,,di luar batasan dan khayalan,,hahahaa..

Dewajiwa berkata...

heheh.
tak sabar nak puji-memuji skuad cemerlang berdarah biru esok. mesti gemilang punyalah. ucapan syabas (in advance) untuk The Blues.

GGMU.

Shank berkata...

Rooney

BanDeLa berkata...

wow ulaskan tuk team man utd la plak..
teruskan usaha kerna chelsex da out dari persaingan juara2x eropah...kehkehkehkeh

talkIZcheap! berkata...

yo, obe... ko sudah dikira masuk kem mana ni? kem chelsea lagikah? atau kem mengutuk semua team yg ada? haha... obe, obe...

tektik berkata...

talkizcheap!: nampak tak obe tulis apa tajuk post ni? manchester JEWnited. aku rasa la, obe dah masuk kem yahudi.

talkIZcheap! berkata...

aah... tak perasan, mungkin juga... huhu

kareem berkata...

kehkehkeh..byk btul mase bdak kem chelsea ni yek..Yela,org dok sronok tgk champions league,die dok ngarang blog...bagus2..ade rahmat di sebalik kekalahan chelsea

mambangmabuk berkata...

haha..tapaw..roon 2 bayern 1..

Raiden berkata...

gendang gendut tali kecapi

kenyang perut suka hati

senyum sinis Chelsea di tepi

kemenangan hari Sabtu sudah pasti


jom berpantun!! kehkeh :)

Jarr berkata...

Pergi Pelita makan kari...
Aku rasa seri....



sekian 2 rangkap.

Raiden berkata...

anak raja beli gule-gule
apela Jarr, pendek gile!!

Shed Ultras berkata...

pergi Itali jalan kaki,
berjalan2 terjumpa ancelotti,
aku rase chelsea menang penalti...

3 rangkap boleh ke?..

adinda anna liyana berkata...

somehow, i love ur comment jarr tho i know ur a big fan of liverfool. kot. hee.

inggerisnya teddy bear, melayu nye beruang,
hey! pantang alex ferguson menyerah klh sblm berjuang!

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu ,
Kain Pak Malau Mak Limah yang lipat
kt Old trafford kami sapu!

fikiranlicin berkata...

suka tengok team2 kurang soul ni gadoh2.

julu berkata...

ewah2..
sume dh mula berpantun..

Jarr berkata...

Nak bercinta hati dah serik,
Anna Liyana, jom teh tarik...


sekian 2 rangkap lagi.

raiden...panjang panjang leceh.

adinda anna liyana berkata...

pergi ke sawah kita membajak
bajak bersama abg ballack
thansks jarr sbb ajak
tak sampai hati i nk tolak

=)

Jarr berkata...

Cantik sungguh padang kat Anfield ni,
rasa tk sabar nak jejak kaki...
Gua dah nak gerak ngan Anna Liyana ni..
lu semua jangan la dengki..

wheeeeeeeeeeeeeeeee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...