MUKADIMAH
TSG 1899 Hoffenheim adalah sebuah kelab bolasepak Jerman yang berpengkalan di Hoffenheim, sebuah pekan kecil dengan 3,272 penduduk. Sekilas pandang mereka yang kurang arif dengan bolasepak Jerman akan merumuskan TSG 1899 Hoffenheim hanyalah sebuah kelab amatur yang bermain di dasar piramid liga bolasepak Jerman.
Realitinya musim lepas TSG 1899 Hoffenheim menduduki tempat ke-7 Bundesliga. Kelab dari pekan kecil bersaing dalam liga besar dengan kelab-kelab dari bandar besar seperti Bayern Munich, Borussia Dortmund atau Werder Bremen.
Cerita bolasepak yang sebegini memang sukar untuk berlaku di Malaysia kerana struktur liga dan bolasepak kita yang kurang siuman. Tapi kalau ianya dirombak dan diliberalisasikan mungkin kita bakal melihat Ba’kelalan FC berentap dengan Shah Alam Red Giants dalam saingan Piala FA.
Pokok pangkalnya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kelab bolasepak boleh ditubuhkan di mana saja, dari kota metropolitan hinggalah ke ceruk kampung. Yang penting perlu ada semangat dan usaha. Tidak lupa juga sokongan dari pihak bertanggungjawab iaitu persatuan bolasepak. Tapi bab ini, FAM memang fail.
Mengenang kembali nostalgia lalu membawa aku kembali ke tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Di zaman bolasepak berstatus semi pro, di zaman rakyat Malaysia masih berduyun-duyun ke stadium sebelum FAM melingkupkannya, lahir sebuah kelab amatur dari sebuah pekan koboi.
KELAB KECIL DARI PEKAN KOBOI
Tronoh Football Club. Sejak 1992.
Dua puluh tahun yang lampau mungkin ramai tidak kenal dengan Tronoh. Sebuah pekan kecil dalam daerah Kinta di negeri Perak. Dahulunya gah kerana perlombongan bijih timah tapi selepas jatuhnya harga timah di pasaran dunia, Tronoh berubah menjadi pekan koboi yang sunyi (cuma kebelakangan ini ia hidup kembali). Namun begitu itu tidak menghalang penduduk Tronoh dari menubuhkan kelab bolasepak mereka sendiri.
Asalnya Tronoh sudah pun mempunyai kelab bolasepak mereka sekitar tahun 1960-an. Bermula dengan nama asal Tronoh Young Tigers (kemudiannya diciplak oleh FAM!) kelab tersebut bertahan hingga ke tahun 1985 apabila ianya bertukar pula menjadi Kelab Bolasepak Belia Tronoh (KBBT), mungkin mengikut trend semangat Gerakan Belia 4B pada zaman tersebut. KBBT bertahan sehingga ke tahun 1990 sebelum ianya patah kaki. Aku saspek ada kena mengena dengan politik sebab bolasepak Malaysia memang macam begitu. Kena pula memang zaman UMNO lawan Semangat 46 masa itu.
Namun, ibarat kelab Inggeris Aldershot Town FC (The Rising Phoenix) yang hidup kembali pada tahun 1992, Tronoh meraikan kebangkitan semula kelab bolasepak kesayangannya pada tahun yang sama dengan nama Tronoh FC. Kebangkitan semula ini mengikut sumber-sumber tertentu menjadi ilham untuk M Nasir menerbitkan album Phoenix Bangkit hampir 10 tahun kemudian.
Serius.
DARI TRONOH KE LIVERPOOL
Kebangkitan semula Tronoh FC bertitik tolak dari kesungguhan individu bernama Mohd Isa atau lebih terkenal dengan nama glamernya, Abang Icut. Kisahnya seorang anak muda Tronoh merantau jauh ke Liverpool, menimba ilmu di University of Liverpool sana. Pulang ke tanah air, anak muda ini menubuhkan kelab bolasepak hasil dari inspirasi dan minat beliau kepada Liverpool FC. Maka lahirlah Tronoh FC. Since 1992 (Liverpool FC dan sardin Ayam Brands pula sejak 1892, damn!).
Ini betul punya cerita, bukan tipu. Apa barang dari Jemapoh ke Manchester?
Tronoh FC pada awal penubuhannya dibarisi oleh anak-anak muda Tronoh dan juga dari kampung-kampung sekitar seperti Kampung Merbau, Kampung Kurnia dan Kampung Serkai Jadi. Antara nama-nama yang pernah membarisi kesebelasan berbisa Tronoh FC ialah:
1. Abang Icut @ Mohd Isa (Presiden)
2. Pak Asim
3. Bedan Cekco
4. Ajit Seputeh
5. E Daud
6. Shah
7. Atan Mamak
8. Rostam
9. Buntat (GK1)
10. Kindek Daud (kelasmet aku zaman sekolah rendah, dahsyat mamat ni)
11. Hasni Daud
12. Puad
13. Leman
14. Apiz Ngah Dari (GK2)
15. Aloy Umah Muarah
16. Yoi Posmen
17. Ijai Manap
18. Nizam Sahak
19. Lan Putek
20. Lobo
21. Tolu
22. Lan
23. Powei
24. Omar Bali
Macam biasa, semua guna nama glamer.
Dalam beberapa siri perlawanan persahabatan yang tidak perlu sampai ke Slovakia, Tronoh FC berjaya mencatat keputusan memberangsangkan. Menang ke atas Sungai Dua (3-0), Sungai Merab Bangi (menang 3-1), Pulau Pangkor (menang 3-1) sambil beli satay ikan dan juga Cameron Highland (menang 2-0) sambil beli sayur. Banyak lagi perlawanan diatur dengan kelab-kelab sekitar Lembah Kinta pada hampir setiap hujung minggu.
Tronoh FC juga turut menyertai liga bolasepak Batu Gajah, bersaing dengan kelab-kelab lain sekitar Kinta Barat. Pada tahun 2000 mereka berjaya menduduki tempat ke-3 liga dan seterusnya menjuarai liga pada tahun 2001. Tronoh FC pada masa itu mendapat tajaan dari Naza, syarikat yang sama menaja Lotus Racing hari ini. Untuk sebuah kelab kecil dari sebuah pekan koboi, ini pencapaian yang besar. Peh.
Bergambar selepas mengumumkan tajaan Naza bernilai jutaan ringgit. Pokok pisang dan basikal di belakang bukan milik aku
HUJAN DI TENGAH HARI
Namun ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Setiap kelab bolasepak pasti akan berdepan dengan laluan sukar dalam sejarah mereka dan begitulah juga Tronoh FC. Pada tahun 2004 kerana tiadanya kesepakatan antara pemain dan pentadbiran kelab, Tronoh FC telah berpecah dua.
Mendapat ilham dari nama-nama kelab Jerman barangkali (macam Hannover 96 atau Schalke 04), perpecahan Tronoh FC melahirkan Tronoh 92 (kelab asal Tronoh FC) dan Tronoh 04 (kelab baru). Insiden perpecahan ini lebih kurang macam Manchester United dan FC United of Manchester punya insiden.
Kedua-dua buah kelab kemudiannya membawa haluan masing-masing dalam menjulang nama Tronoh dalam persada bolasepak negeri Perak.
Pada tahun 2009, Tronoh 04 yang bersaing dalam Liga Bolasepak Ipoh muncul juara Divisyen 3.
Manakala Tronoh 92 pula pada tahun yang sama melakukan kejutan dengan mengubah nama kelab kepada Qairisma FC. Agak menyedihkan juga kerana hilangnya perkataan Tronoh pada nama kelab tersebut dan secara peribadi aku juga kurang setuju dengan nama Qairisma FC sebab sudah macam nama Sinar Dimaja Maisarah FC, kelab nama merapu yang pernah bersaing dalam Liga Perdana dulu.
Namun begitu kerana senario bolasepak Malaysia dan pentadbiran FAM yang tidak menyuburkan (tapi lebih menjuburkan) pertumbuhan kelab-kelab bolasepak berasaskan kedudukan geografi atau komuniti setempat, sukar untuk menilai masa depan Tronoh 92 (atau nama barunya Qairisma FC), Tronoh 04 atau pun kemungkinan Tronoh FC bangkit buat kali kedua.
SINOPSIS
Kisah Tronoh FC ini sebenarnya hampir luput juga dari ingatan aku jika tidak kerana usaha oleh Nor Hisham Haji Abdul Rahman atau nama glamernya Buntat, bekas benteng terakhir dan penjaga gawang Tronoh FC.
Hasil inisiatif beliau wujud sebuah blog mengenai Tronoh FC, biar pun ringkas tapi sekurang-kurangnya berjaya mendokumentasikan sejarah bolasepak Tronoh.
Buntat adalah senior aku di sekolah rendah dulu. Kali pertama bergiat secara profesional ketika berumur 10 tahun dengan mewakili SRK Tronoh dalam kejohanan bolasepak antara sekolah bawah umur 12 tahun. Masa itu Wayne Rooney pun hisap botol lagi.
Bersama SRK Tronoh, Buntat menjuarai kejohanan bolasepak sekolah-sekolah daerah Kinta pada tahun 1989. Sekali lagi sebuah sekolah kampung muncul juara mengatasi sekolah-sekolah besar dari bandaraya. Mungkin mengambil semangat Tronoh FC barangkali.
Karier Buntat terus berkembang dan beliau muncul penjaga gol nombor satu daerah Kinta dari tahun 1994 hingga 1995. Pernah beberapa kali mengikuti program pemilihan pasukan negeri dan muncul antara 10 penjaga gol terbaik untuk dipilih mewakili Perak FA dalam saingan Liga Malaysia. Beliau juga turut serta dalam kursus dan klinik bolasepak bersama Karl Heinz Weigang dan Rashid Hassan.
Memang pencinta bolasepak sejati Buntat ni.
Artikel ini ditulis berdasarkan artikel Buntat dalam blog beliau, Tronoh 92. Aku olah sedikit untuk mengikut corak penulisan Sokernet macam biasa.
Untuk bacaan lanjut, para pembaca juga bolehlah layari laman web berikut:
Tronoh 04
Qairisma FC
Akhir kata, apa cerita Kuala Lipis dengan Kuala Pilah? Tak ada kelab bolasepak ke? Atau kelab catur je? Tahulah baru menang tapi jangan asyik Arsenal dengan Manchester United je. Tempat asal-usul pun kena ingat juga. Hehe!
P/S: Sebenarnya aku pasrah juga tulis pasal Tronoh FC yang asal penubuhannya ada sangkut paut dengan Liverpool FC
64 Ulasan:
Tronoh, juga dikenali sebagai Tronto bagi sesetengah - tempat tumpah darah zaman universiti nih..
Isk, isk.. rindu plak...
kah kah...balas pp...nama kole lipis dalam pertaruhan ni...
pergh satu pendedahan exclusive nih...
apa kata lucius ko idupkan balik tronoh fc nih
waaaaaaahh.....aku dah email kat FAM...suh skuad HM kat slovakia balik lawan ngan TRONOH 04......
tunggu reply je nih.....
aku suka article ni...fact yg diselitkan heavy humour dan sarcasm...good piece Lucius. :)
tak sangka ada kelab macam ni, siap dpt sponsor naza lagi tuh
sebenarnya boleh je kan kalau nak buat kelab bola kat mesia ni, kesungguhan peminat mmg ada tapi masalahnyer support dari fam tu yang kureng
cayalah tronoh fc, biler pulak kot nak ada banting united ke
Lucius Maximus, bagus kau paste article macam ni.. Menarik jugak sekali sekala baca sejarah tempatan haha..
pasni aku nak balik kampung build up balik Seberang Takir United.satu team bolasepak,satu team beach soccer..minta sponsor yussuf taiyub ke or keropok lekor 007.
FAM support mmg hampeh...tahyul semata mata.
heh. mnarek2.. dgr cite pasal kawan2 time skolah dulu. lame x balik tronoh.. adeh..
aku tau dulu puchong rangers agak femes...
tapi seriously, mmg good post! good job lucius! kasik tarik sikit pembaca sokernet nih ke bumi tercinta..
tronoh tempat aku belajor. pergh...tak pernah tau psl tronoh fc ni. sebab aku tak ambik pusing sgt bola kat malaysia melainkan tengok orang main futsal atau sepak2 bola petang2 hari. gitulah adanya.
gua dah call ketua pemuda kampung gua...minggu depan aku balik kampung nk bincang pasal nk tubuh team bola....nk balik cari sponsor....n yg penting skali..nk cari sapa yg nk main bola...
good article lucius!
ya rabbi lucius
buntat ni senior ko?. kawan sejabatan aku!. mmg dia ni true footballer tapi malang nasibnya,team yg diwakili dia adalah team yg tewas di tangan team aku tahun lepas ke kejohanan zon tengah. hehehehehe
jarr..
org seberang takir???
xnk import org chabang tiga ke masuk team ko..
hak2..
lucius...aku akan sentiasa ingat artikel ko yang ini
http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/01/bicara-bola.html
budak2 Kg gua main bola sambil bawak plastik. dalam plastik ada "tempoyak".
bleh tahan jugak la tronoh fc ni nye power. frenly dgn team utp pun mng 3-2. bkan calang2. haha
artikel hebat.tak sangka kisah dr tronoh ke liverpool lebih true dr kisah dongeng gemanceh ke manchester.
gua harap pipi dan nazri lebih peka terhadap bola sepak tempatan.
senyap je.jorji yang kecoh tak kan tak de sejarah bolasepak korang?
aku dulu duk sitiawan.sana pun ada team bola.petang2 lawan kat padang astaka.tiap2 petang aku support.tapi sana ada rasist sikit.nak2 kalau lawan team sungai manik.hahaha
Pipi cuma senyum nipis.
great artikel lucius!!
kat tempat ak ad kelab bolasepak Parit..tiap taun ad je piala liga antara zon Bota ngan Kg Gajah..bole la ajak Tronoh wat friendly nanti..hehe..
menarik, dari tronoh ke liverpool! Kalau dibukukan atau dijadikan filem pun hebat, lagi penuh semangat bolasepak dari cerita jemapoh ke manchester.
semangat bolasepak macam ni yang kita kena ada, bukan yang dianjingkan oleh ahli politik, yang kena kontrol dengan kerajaan atau parti politik, yang ada dato atau tan sri dengan kepentingan peribadi...
aku setuju dengan lucius, kalaulah fam jujur dalam menyuburkan (bukan menjuburkan) kelab bolasepak banyak yang bercambah di malaysia ni. buat macam tronoh fc, jadi wakil pekan, bandar atau bandaraya macam kat england sana.
kita tiap minggu tengok bolasepak epl tapi tak pernah nak belajar cara mereka, tu silap kita.
dari buang duit ke slovakia lagi elok duit tu digunakan untuk tolong kelab bolasepak bercambah di malaysia. biar rakyat marhaen ada peluang bersukan, main bola di padang.
bolasepak maju, rakyat sihat, gejala rempit dan jenayah pun kurang!
I Am Legend
Seremban Antlers FC (adik beradik Kashima Antlers FC)
"P/S: Sebenarnya aku pasrah juga tulis pasal Tronoh FC yang asal penubuhannya ada sangkut paut dengan Liverpool FC"
ehem ehem....akhirnya Lucius mengaku ga kdia dulu support LIverpool ..hak hak...
gua tertarik dengan kaler yang digunakan pada logo kelab, macam ac milan sikit...
Jengka AFC
@ayob kelubi Kalau lu ada jumpa Buntat kirim salam kat dia. Aku selalu kena buli dengan Buntat dulu, tapi biasalah Jonh Terry masa mula join Chelsea pun kena basuh kasut gak. Bagi aku dia tetap keeper terbaik aku pernah saksikan, setaraf dengan Peter Schmeichel atau Oliver Kahn. Local hero beb!
Aku rasa kebanyakan pembaca pun ada cerita tersendiri tentang bolasepak tempat asal-usul mereka. Mungkin kalau rajin boleh tulis cantik-cantik dan hantar pada Sokernet. Kalau terpilih nanti dapat jersi retro Tronoh FC :P
Tambahan, aku tak pernah sokong Liverpool, walaupun arwah ayah aku peminat Liverpool tegar dulu.
Yang aku pasrah ialah kelab tempat asal-usul aku penubuhannya ada sangkut-paut dengan Liverpool, dari banyak-banyak kelab lain yang ada dalam dunia ni :)
great article, aku suka ada pendedahan macam ni, tak la asyik nak terkongkong dengan epl atau ucl je.
aku rasa kita semua pun ada cerita bolasepak yang macam ni. mungkin zaman sekolah dulu, lawan budak daerah sebelah. jadi juara zon daerah...
yang penting muhasabah diri kot, kembalikan passion dalam bola tempatan mcm lucy cakap
FC Arau, Perlis (kembar FC Aarau, Switzerland)
Lucius, kalau kau tak keberatan aku nak minta kebenaran kau utk siarkan article kau yg kat tronoh tranquillity tu kat newspaper tempat kwn kwn aku kerja...aku rasa dah sampai masa kita kena jadi critical dalam memberi cadangan or pendapat kat badan bolasepak..but its up to you bro..kalau kau ok,aku fwd kat dorang (credit to you of coz)..kalau kau tak ok,then i have to respect your rights. :) peace bro.
aku sokong ko jarr.....kalau nk tunggu org lain yg kritik..tatau la bila....at least org kat laur sana tau masih ada yg sayang bolasepak malaysia nih....
p/s: lucius...ko mmg genius cam alex ferguson la....kagum aku!!!
P.o.n.g - kau jangan buat malu bleh??ade ke genius mcm SAF.
Lucius genius mcm Bill Shankly ok.bukan mcm Rafa gendut...haha.
ade bau2 liverpool ke? oo.. nk habaq mai sket.. semalam game Liverpool cam hampes.. kalah lg.. nga lille..
satu cerita yang meruntun hati saya..
passion, azam, kejujuran, kehambaan.
orang seperti buntat ni lah yang sepatutnya menggantikan presiden fam..
seriusnya, hampir saja saya sedih bila baca cerita ini..
dan kalau nak di-relate pulak dgn senario bola sepak arus perdana, adoi lagi la saya sedih.
dah tak tau nak buat apa dah..
nak hamun seranah apa segala dah tak larat dah..
hmm tapi,
hebat sangat ke liverpool tu sampai dapat mempengaruhi dan menjadi inspirasi kepada seseorang? dan mungkin berjuta orang..
apa sangat la setakat kelab yang sedang bergelumang noda di tengah meja liga tu..
jawapannya anda semua mesti tahu.. agagaga
saya sendiri pun akan berasa semangat lain macam bila pakai jersi pasukan itu masa main bola..
kalau saya seorang lelaki, mungkin saya akan buat seperti yang abang icut buat tu..
inspirasi liverpool.
real lady's la coruna (lady futsal team tajaan real betis dan deportivo la coruna)
ok saya tipu! team itu tak wujud pun.. hahaha
aishah: Why Liverpool is great? here is the answer: http://www.youtube.com/watch?v=WfP2ABaKZIY
mangifera:why liverpool lose to lille?
Ahmad Hamidi - sebab skang ni team kesayangan saya tgh sengal dan tak bagus..tapi mereka akan bounce back...not this season for sure.
tapi lawan lille to mmg hampehh arrr...langsung aku gi kerja jln kaki arini tanda protes..haish.
ahmad hamidi: LFC tgh crisis teruk this season. as a fan, cuma boleh berharap sesuatu yang baik akan jadi dan terus menyokong. setuju dgn jarr, we will bounce back, as always we do.
cik aishah aurelia,
setiap kelab tu mempunyai pengaruh tersendiri. kalau ikut cerita tronoh fc, pengasasnya belajar di liverpool dan bila balik tronoh terus menubuhkan kelab hasil ilham dari liverpool fc.
mungkin kalau dia belajar kat moscow dia balik buat kelab yang ada pengaruh cska moscow kot.
aku tak nak melekehkan mana2 kelab dari segi impak, sejarah & pengaruh mereka. dari mexico ke jepun, dari finland ke afrika selatan setiap kelab bola ada sejarah, cerita, pengaruh dan peminat mereka...
cuma nak lekeh tu untuk gelak2 bolehlah kasi seronok haha!
dulu...
dari pahang ada De Tas
dari Trengganu ada Sg Tong FC
dari Selangor ada Belia Sinaran juga Hong Chin FC
dari Perak ada Kelab India Kinta (KIA FC)
itu belum zaman bank-bank kuat bersukan...
Mokhtar Dahari main Kwong Yik Bank
Zainal Abidin Hassan main Public Bank
Ong Yu Tiang Hong Kong Bank (masa belum merge jadi HSBC)
mmg true spirit bola
kalau tak salah aku Kilang Simen CIMA kat perlis tu pun antara yg terkuat gak....mana ilang yek???
masih ternanti2 crita kuala lipis dan kuala pilah, ke derang sokong arsenal dgn man u jer?
cikgu aziz proton ialah lelaki yang bertanggungjawab menaikkan bolasepak tronoh. hasil bimbingan dia srk tronoh muncul antara pasukan terkuat daerah kinta. dari situ tronoh fc dapat barisan pemain pelapis sampai nama tronoh dijulang tinggi
aku ingat lagi srk tronoh @ tronoh fc main, orang kampung semua turun padang sambil duduk atas motor atau basikal tepi padang tengok game smp linesman pun susah nak lalu..
faiz, KIA FC tu ader lagi
FAM pelingkup...ghulupppppppp!!!!
ak rase usaha lucius memang patut dipuji..
tak salah sokong kelab2 luar tapi jangan lupa citer2 dalam negeri sendiri..artikel dalam sokernet dulu mengenai team KL ponn bess gak..hmm ak lupe sape tulis..
aku dah baca artikel dari trankuiliti tronoh tulisan lucius.sila rujuk di sini :
http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/01/bicara-bola.html
dan menariknya, ada juga komen yang membina yang memikirkan tentang soal kewangan yang mungkin menjadi halangan besar.
aku rasa, artikel itu seharusnya lucius kemaskinikan untuk disiarkan ke mana-mana media yang sedia ada. sememangnya idea sebegini harus dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai.
dan tentang soal kewangan tadi, aku mahu memberi cadangan. seperti yang telah diterangkan oleh lucius dalam artikel tersebut, kita tidak semestinya harus melibatkan syarikat-syarikat korporat nasional bagi membiayai kewangan satu-satu pasukan, tetapi boleh juga melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa.
di samping itu, kelab-kelab liga tempatan boleh juga mendapatkan sokongan-sokongan dari pasukan-pasukan liga luar negara. contohnya begini; TRONOH FC yang dibiayai oleh syarikat telekomunikasi VODAFONE adalah sebuah kelab yang menjadi FEDDER CLUB untuk pasukan liga perancis BORDEAUX. jadi Bordeaux boleh meminjamkan pemain-pemain dari kelab itu untuk bermain di liga tempatan. dan FAM boleh membenarkan 5 pemain import dari BASE CLUB untuk bermain untuk TRONOH FC.
dengan itu, kita bukan sahaja mendapat sumber kewangan dari luar negara, tetapi juga sokongan dari kelab luar negara. bayangkan jika hal ini terjadi, seolah-olah liga tempatan sudah menjadi satu liga antarabangsa yang melibatkan penyertaan tidak langsung dari kelab-kelab dari seluruh dunia.
membandingkan liga tempatan FAM dan liga hoki kebangsaan PHM, jelas melihatkan satu perbezaan ketara. seharusnya FAM melihat dan mempraktikkan apa yang diamalkan oleh PHM dan memperbaiki model tersebut dengan pendekatan yang lebih universal.
jadi, aku meminta lucius untuk mengemaskinikan apa yang telah ditulisnya itu berdasarkan situasi terkini dan diharapkan dapat disiarkan dalam mana-mana media yang ada. mungkin harus diperbaiki sedikit penulisan beliau lebih-lebih lagi isu yang melibatkan sultan dan ahli-ahli jawatankuasa FAM bagi menarik perhatian ramai pihak untuk menyokong isi artikel tersebut.
aku rasa ramai peminat sokernet yang mampu membantu lucius bagi membolehkan artikel tersebut mendapat perhatian dari seluruh rakyat malaysia. mana tahu, ini akan menjadi titik mula bagi kita melibat perubahan besar bagi pencapaian yang lebih baik untuk bolasepak negara.
jar, azel dan lain-lain yang bersemangat nak siarkan artikel atau emel artikel ke FAM.
Sebenarnya artikel tu dah lama kena emel ke FAM, bukan aku saja yang buat malah pembaca yang lain pun pernah.
Aku juga tak halan siapa-siapa nak ulang cetak atau siar dalam akhbar. Malahan Sinar Harian pernah terbitkan artikel berdasarkan apa yang aku tulis sebelum ini.
Atas nama bolasepak, Tronoh FC dan John Terry, terpulang pada kamu semua kalau nak sunting, ulang cetak, terbit, emel atau buat apa saja dengan artikel tersebut. Aku tak halang.
http://sokernet.blogspot.com/2009/11/jangan-kata-aku-tidak-sumbang-apa-apa.html
Apsal semua orang start emo ni? Pergi berlatih untuk 28 March ni geng. Firdaus Ahmad, malam kang gua bank-in itu sen.
bukan emo..ni la semangat yg kita nak..
jgn semangat tahi ayam dah..
lucius..
stakat ko emel kat FAM x guna wei..
diorg ni bodoh sombong..
poyo gila ko punya cerita lucius.org mcm ko ni ler yg sebabkan bolasepak malaysia tak maju.perasan macam bagus jer tapi tong kosong.pasal bola pun tak tahu apa cakap macam pernah menang worldcup.
sampah punya artikel.
dah datang dah....
Bungwahab is Back!!! jom buat parti kawan2!!
tulis artikel guna ler otak jangan guna jubur.
bungwahab datang lagi!!!
bungwahab,gua sokong lu!!!haha
welcome back bungwahab!!
yess yess..pengkianat bangsa dah mai..yahoooo!!
mana hapdet nehh...
bungwahab...kat dubur ko ada tumbuh jari ke?
pipi, lucy, nazri, dingin, jannah dan penulis yang lain di sokernet ni semua sekurang-kurangnya dikenali, berjaya dlm bidang penulisan mereka, dipetik dlm media, dpt ramai kenalan dan dgn blog ini bergabung buat aktiviti berfaedah mcm kejohanan futsal sokernet...
bungwahab, apa yang ko dapat?
Anda silap kalau cakap FAM yang paling bodoh sombong, yang paling terpaling bodoh sombong adalah Bungwahab, diikuti oleh FAM..
dah dah.. abaikan bungwahab.. yg jadi masalah skrang ni.. mana entri baru??
biler hujung minggu jer senyap jer sokkernet nie..macam malaikat lalu..
memasing sibuk raiden...nak wat camne..nak jaga periuk nasik lagi,nak mengulor lagi,nak memerah idea lagi,tu tak campo yg kena gi cc sambil tunggu budak abis main game lagi..komitmen dorang ni cukup besar..sabar ye...:D
Salam 1Malaysia..
Cerita yang membuatkan aku bersemangat, berfikir dan memikir serta terfikir.Teruskan usaha Sokernet memartabatkan sukan bolasepak tanah air
(Bring Back the national team which is beat the South Korea dan Czech Republic..)
FAM=Fauzul Amir Musa heheheheeh
Catat Ulasan