ANDA SEDANG MEMBACA

101

Harapan Terakhir Umat Manusia

Industri filem dan drama banyak memaparkan kisah-kisah perjuangan umat manusia menentang kuasa jahat. Kisah macam Chronicles of Narnia, Solomon Kane, Blade, Spawn, Lord Of The Ring, Gaban mahu pun Ultraman.

Motif perjuangan mereka semua sama, menegakkan kebenaran dan menentang kejahatan. Amar makruf nahi mungkar. Macam slogan Pekida, tapi tanpa elemen Abang Long.

Kuasa-kuasa jahat ini pula muncul dalam bermacam bentuk. Macam raksaksa Gorgon, pontianak, Lucifer, Sauron, Freemason dan Manchester United. Pendek kata sebarang organisasi bawah tanah yang mempunyai hubung kait dengan syaitan. Atau setan.

“Tarik Gaban ke ruang angkasa setan!”

Bahaya. Tengok apa jadi pada Liverpool di Old Trafford, kononnya Theatre of Dreams tapi sebenarnya ‘ruang angkasa setan’.

Tidak dapat dinafikan umat manusia kini di zaman kegelapan. Perpecahan sesama kita selama ini digunakan oleh kuasa jahat untuk mengambil kesempatan ke atas umat manusia. Perlahan-lahan, Manchester United telah bersedia untuk memastikan kuasa jahat terus berkuasa buat musim ke-4 berturut-turut.

Persoalannya, siapakah yang mampu menghalang kelab setan ini? Pahlawan zaman silam bernama Liverpool? Sandarkan pada kenangan. Anak-anak muda idealis yang bertenaga yakni Arsenal? Masih mentah macam Pipiyapong.

Harapan terakhir kita semua terletak di bawah kibaran panji berwarna biru dengan lambang seekor singa. Macam Aslan dalam Chronicles of Narnia, singa yang berjuang menentang kejahatan demi kebenaran. Amar makruf nahi mungkar.


Aslan


Menghitung Mata

Arsenal (3 home, 4 away)
27/03 - Birmingham (a)
03/04 - Wolverhampton (h)
10/04 - Tottenham (a)
18/04 - Wigan (a)
24/04 - Manchester City (h)
01/05 - Blackburn (a)
09/05 – Fulham (h)

Hanya 2 manusia saja dalam dunia ini yang kata laluan Arsenal untuk menjadi juara adalah mudah. Sol Campbell dan Pipiyapong.

Mari kita lihat. Aku yakin Arsenal boleh dapat 3 mata penuh dari Wolverhampton (h), Wigan (a) dan Fulham (h). 3X3=9, sedikit matematik bagus untuk geng bas sekolah Arsenal.

Birmingham (a) dan Blackburn (a) mungkin mengundang sedikit masalah buat Arsenal. Kedua-dua pasukan mempunyai rekod yang baik di tempat sendiri, kalah 2 kali sahaja setakat ini. Dan Manchester City (h) bakal memberi saingan sengit kerana Tevez & Co mahu merebut slot Champions League. Seri kesemua tiga perlawanan, 3X1=3 wahai adik-adik Arsenal.

Ranjau berduri buat Arsenal ialah dalam North London Derby, menentang Tottenham (a). Kalau bermain di Emirates aku tanpa ragu-ragu memberi 3 mata penuh untuk Arsenal. Tapi ini di White Hart Lane di waktu Spurs sedang memuncak dengan prospek merebut slot Champions League buat mereka. Arsenal kalah, 0 mata.

Maka 12 mata buat Arsenal dari baki 7 perlawanan. 12+67=79 mata buat abang Sol Campbell dan adik Pipi.

Manchester United (3 home, 4 away)
27/03 - Bolton (a)
03/04 - Chelsea (h)
11/04 - Blackburn (a)
17/04 - Manchester City (a)
25/04 - Tottenham (h)
01/05 - Sunderland (a)
09/05 – Stoke (h)

Ada 3 ekor setan yang sudah beli pelekat cermin kereta bertulis “Manchester United – Premier League Champions 2009/2010”. Dua ekor bermata bulat, Jorji dan Nazri manakala seekor lagi sepet, yakni Park Ji Sung. Macam setan.

Bolton (a) dan Stoke (h) macam menyerahkan kekasih/tunang/isteri sendiri di atas tilam empuk kepada John Terry. Taubat menang. Begitu juga aku rasa dengan Blackburn (a) dan Sunderland (a) sekalipun mereka cuma kalah 2 kali di tempat sendiri setakat ini, sebab Manchester United bukan Arsenal. Campur semua, ada 12 mata penuh.

Tapi Manchester City (a) dan Tottenham (h) mungkin agak sukar buat Manchester United. Berkemungkinan keputusan seri dalam Manchester Derby, melainkan pengadil memberi masa tambahan 6 minit atau lebih sehinggalah Michael Owen skor macam tempoh hari. Tottenham pula aku rasa bakal bertandang ke ‘ruang angkasa setan’ dengan niat untuk berkongsi mata, seri lebih baik buat mereka kerana mustahil Spurs boleh menjinakkan setan di sarangnya. Hanya 2 mata dari 2 perlawanan.

Macam mana dengan Chelsea (h)? Sudah gaharu cendana pula.

Akhirnya 14 mata buat Manchester United, 83 mata secara keseluruhan. Macam setan.

Liverpool

Sandarkan Pada Kenangan.

Chelsea (4 home, 4 away)
24/03 - Portsmouth (a)
27/03 - Aston Villa (h)
03/04 - Manchester United (a)
13/04 - Bolton (h)
17/04 - Tottenham (a)
25/04 - Stoke (h)
01/05 – Liverpool (a)
09/05 – Wigan Athletic (h)

Lapan perlawanan, 3 mata setiap satu. Untuk adik-adik Arsenal, 8X3=24 mata, 24+65=89 mata.

Chelsea – 89
Manchester United – 83
Arsenal - 79

89 mata=English Premier League Champions 2009/2010.

Tak puas hati? Boleh sembang di halaman komen.

101 Ulasan:

Jarr berkata...

matematik yg jelas dan mantap..
aku caya...:)

Pet Shop Boys berkata...

Macam nilah gaya penulisan yang kreatif...berinformasi, kelakar dan penuh dengan pop reference....bukan macam penulis Man U yang takde idea nak provoke asyik nak kondem Liverpool je tak habis-habis....

Sejak dulu lagi penulis Man U kalau nak perhatian kena kutuk Liverpool...sampai bila benda ni harus berlaku?

Lucy menulis baik sebab ayahnya dulu supporter Liverpool ok. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi....itu semua gene tu ok...

HafizChan berkata...

Luci kau ada consult Siti Sifir tak? Manalah tau kot2 salah kira ke.

Jarr berkata...

tapi bab "tarik gaban ke ruang angkasa setan" tu mmg gua terbahak bahak..teringat zaman bebudak, bila part tu je muka dah cuak,sebab gaban nak kena dah time tuh..demn.hahaahahaha...

Dewajiwa berkata...

konfiden nampak dapat 3 mata setiap satu match.
macam lawan Blackburn ari tu ke punya konfiden?
apapun, macam biasa Lucius, good one!

talkIZcheap! berkata...

ni mesti pakai formula 'teori permainan' Prof Eppes dalam siri Numb3rs nie... tapi Prof Eppes pon kadang-kadang silap jugak dalam pemboleh ubah dia...

Lucy, apa khabar Carlo? Sihat lagi? masih di Bridge lagi ke dia tu?? huhu...

p/s: mana jual stiker “Manchester United – Premier League Champions 2009/2010” tu??

SFB berkata...

utk Liverpool xde calculation gk ke lucy? sian diorg. hehe

gua berkata...

kau lagi setan! badigol!

pakkordi berkata...

Gua kesan ada bibit2 percintaan dgn LFC dan gua takkan terpedaya. 1st May, Chelsea kena tendang kat anfield.

Wanturd™ berkata...

tak dapat ar chelsea nak 24.ngn man u konpem sangkut. apetah lagi dengan aston villa. ingat tak ternganga dengan spurs season lepas? hehe

Unknown berkata...

ancelot di zon penyingkiran...

drizzt berkata...

knape la tak kira markah utk libasfool tu .. kecik ati diorg .. takan semer bende nk kena sandar pada kenangan kot .. tolong la kira lucy oi.. kakakaka

ps: gua nak gak sticker tu .. mane nak cari?

Unknown berkata...

entry utk sejukkan ati...

Adam Ruslan berkata...

Blackburn mengundang mesalah untuk Arsenal?

Depa kena tibai 6-2 kat Emirates sebelum ni apa.

Mengundang mesalah untuk Chelsea je kot. Ramai sangat pakcik veteran, semput.

tsubasa berkata...

saingan BPL taun ni mmg hebaq2. tp ape cite ngn futsal sokernet?? sonyap jo..

mrlrie berkata...

game chelsea semua dapat 3 poen... pasal team opponent letak keeper main striker... huhuhuhu

Jarr berkata...

jap offtopik.

Jay Z nak inject funds kat arsenal ni apa citer?pipi dah mainstream join hip hop skang...

tu hari P.Diddy ngan crystal palace..ni jay-z plak...pasni beyonce injek duit kat Scunthorpe utd..Winona Ryder injek duit kat worchester city.dengg.

farwalis berkata...

pengaruh setan semakin berkuasa. sedarlah umat manusia...

gua berkata...

team celakasi kaler biru team paling celaka sekal!

LuciusMaximus berkata...

Gua, lu tak main Counterstrike lagi dah ke?

Oh Me berkata...

Jangan risaulah..Arsenal akan menang Liga.

Sebab Man U berebut liga, Rooney dah semput tak boleh main World Cup...akibat kerakusan Man U dalam arena domestik England kerugian peluang di World Cup...Lihatlah betapa angkuhnya Man U ni....

tu sebab England ta boleh pergi jauh dalam World Cup, tak macam Italy, German, Holland dan Argentina..

Unknown berkata...

kalo x dapat 24 point lu nk wat coverage ape lak?liga vietnam?

Mr. Daria berkata...

Ramalan longlai yg tidak akan berjaya. Percayalah!
Semoga berjaya Chelsea

Shank berkata...

League Table on 9/05/2010 -
Bookie Mathematical Theory

Liverpool ---- 72
Man City ---- 70
Man Utd -- 69
ARsenal -------67

Form ( 7 Games Terakhir)
Liverpool - WWWWWWW - 21 points
MAn City - WWDWLWD - 14 points
Man Utd - LLLLLLL - (21pts)
Arsenal - LLLLLLL - (21pts)

---
Champion League - Lyon
Europe League ---------LIVERPOOL
BPL____________________LIVERPOOL
FA Cup ------------Aston Villa
Leagua cup - Unknown Club

I Am Legend berkata...

kehkehkeh, gua tak tau nak gelak pasal lawak ko lucy, atau pasal keemoan penyokong yang komen kat sini

Point of View berkata...

mat judi/todi dah muncul balik... kat mana ko nyorok selama ni shankly?

Shank berkata...

P.O.V ..
baru balik dr mesyuarat ahli tingkap Bookie² sedunia psl WcUp2010.

Open table lepas W CUp .

Benitez ------ realmadrid
Ancoletti ------- Juventus
Mourinho ---------Man City

Sir Alex Fuckgeson dijangkakan akn continue contract smpai mati - 2010/2011 - last season

arsenal ..mcm biasa pi mai pi mai tang tu

Vacancy ,
liverpool , chelsea , Portsmouth , West Ham

Point of View berkata...

mmg bebal le madrid kalau dia ambik fara benitez

gua rasa ancelotti stay kat chelsea

Shank berkata...

rafa ok utk Euro Tour ,
valencia x2 final
Liverpool x2 final .

odd berkata...

boleh daftar kelas matematik ngan lucius tak?
saya nye math lomah longlai

Pet Shop Boys berkata...

kalau the special one masuk man city, Lucy mesti tak sokong Chelsea lagi kan?

feroz_sulaiman berkata...

satu dunia tau blackburn tu kelab lauk kailan ikan masin...disebabkan chelsea x mampu menang ngan diorang, trus declare kelab tu boleh mengundang masalah buat arsenal??? ngehehehe

ashraf sahdan berkata...

bungwahab mana bungwahab? bungwahab lah harapan terakhir umat manusia...

Encik Bebo berkata...

24 mata?harapan cap terubuk masin!

ChesterChaz berkata...

harapan terakhir umat manusia tak lain x bukan adalahh.......

TEAM HARIMAU MUDA A..

Popo berkata...

ni kelas matematik tahap tadika kemas ke

Point of View berkata...

feroz, satu dunia boleh tau blackburn kalah 2 kali je kat ewood park takat ni, dgn spurs dan man city

chelsea, liverpool, stoke, sunderland semua draw kat ewood park. villa n fulham lak kena tapau

blackburn at home W8 D5 L2, away W1 D3 L11. derang punya away record je yang tak best sbb tu down, kalau tak top 8 season ni

gua setuju blackburn lauk kailan ikan masin, tapi kalau away game. home game gua rasa dia leh fight arsenal

lu budak arsenal kot, budak2 dia tak reti sgt efek main tampat sendiri ngan tempat lawan..

ngehehehe

Trekker berkata...

Liverpool ---- 72
Man City ---- 70
Man Utd -- 69
ARsenal -------67

keh keh keh..shank shank. Gua bajet lu sekolah tak habis UPSR lagi ni. keh keh. lu mmg menceriakan hari gua.

GGMU

aranhellstorm berkata...

shankly: harap2 menjadi la teori maths ko tu..by the way kalau season depan seat manager liverpool vacant, agak2 ko o'neill ok ke jadi pengganti?

lucy: seret gaban la bukan tarik...heh

Point of View berkata...

encik bebo lu tak tulis psl arsenal lagi dah ke kat blog satu lagi? kata expert tahap wenger

Raiden berkata...

Arsenal dengan MU kejar liga dengan CL, las2 satu haprak pon tak dapat..

Barca dengan Chelsea akan bergabung membendung gejala freemason..

Hadiah akhir season :

Chelsea-Double FA & EPL
MU- piala Darling
Barca-CL
Madrid-La Liga
Arsenal-penyapu(nak bersihkan sawang kat kabinet)
Liverpool-same dengan Arsenal + bola pantai

KTBFFH!!

Union Equatoriale berkata...

aku saspek game sunderland pun man utd leh terkena

ujung2 season ni, lain mcm dia punyer result woooo

Sofea berkata...

amboi pandai sungguh kira matematik nie abg luci.. chelsea kira menang semua.. team lain ada menang ada kalah..

ngan blackburn pun seri.. ada hati.. kira balik formula ko tue.. buat banyakkan sikit latihan.. jangan tengok kartun "wonder pets" banyak sangat.

tektik berkata...

alololo comeinya angan - angan chelsea nak menang semua perlawanan baki. good luck! (you lot are going to need lots of them)

pet shop (backstreet)boys : musim ni memang liverpool jadi bahan. bahan peninggalan sejarah. kah kah kah nanti liverpool dah masuk big 4 mungkin kutukan akan berkurang. mungkin.

janggout berkata...

aku yakin si singa menang takhta musim ni. uol jgn risau la. haha

Jarr berkata...

Gua tgh berkira kira balik nak komplot sengaja kalah tak nanti lawan chelsea..tgk pada keyakinan matematik Lucius, buat gua rasa nak kensel je komplot ni..silap silap dari 24, jadi 21 je kot..ehhe.

deus X machina berkata...

ala2 uncle lucy max
ini propaganda ala2 utusan nih
hahahaah

gula-gula berkata...

chelsea dah tua..season ni panjang sgt kata mereka..hahaha..nyanyok abis..

Cob Nobbler berkata...

macam mana nak amal maaruf nahi mungkar beb..
ahli jemaah pun penuh skandal seks..
aiseh..betulkan akidah jemaah dulu..

kah kah kah!

Toto Schillaci berkata...

sokernet dah jadi blog sekularisme

adinda anna liyana berkata...

eh2...bikin hati panas jer..da la mmg kt luar tgh panas terik...

chelshit juara?ape busuk sgt prediction korg ni?
pd 14/2,paper NST telah mengeluarkn ramalan 'how it finish'dan ramalan sang juara seharusnya Man Utd...

on paper man utd dgn chelsea da lari 1 dr prediction yg dorg buat. MU klh gn everton tp dorg ramal mng. Begitu juga dgn chelc..patut mng gn city tp klh. Cuma arsenal shj yg menepati ramalan more than they expect. dorg predict seri je dgn stoke tp mng..

so, buatlah kiraan semula..spai 6 mata MU beza dgn chelshit..pelik sgt!

sekian.

Jarr berkata...

org ckp bola tu bulat kan?FA england pon mengarut kan?tetiba FA main gila,deduct point 19 team sampai tahap relegate,portsmouth naik jadi champion...demn.

LuciusMaximus berkata...

hi anna liyana,

jom kita pergi makan aiskrim, saya belanja...

Jorji berkata...

Anna Liyana, Ramalanmu benar belaka.

MU jadi juara.

Raiden berkata...

Kahkah

lucy dah buat perangai die..

ymn berkata...

@anNa|Liyana , ada org baca paper NST ker??
wow interesting ..

adinda anna liyana berkata...

1st of all, i bkn ahli kumpulan umbrella...peace.

mmg elok sgt la mkn aiskrim time2 cmni..sejuk sket..

it's look like i kena phm perangai lucy skrg..
raiden, perangai apa yg dia da buat?

adinda anna liyana berkata...

NST is one of the best newspaper yg report psl EPL..every saturday, ad sisipan psl epl tp skrg da xd..it was good to read + to laugh..

wuts da matter by reading NST?

ymn berkata...

1 - NSt more to Man Utd.
100 analysis - 100 more to Man utd.

ymn berkata...

actually ther another reason.
hehehee ..

Miss Reader berkata...

the Star punya lagi best , the sun pun...tapi sapa baca NST ek? peace

adinda anna liyana berkata...

hahahahaha...perasaan anda jer tu...i x nmpk sebarang biasness pun..

hey people, wuts wrong with NST?

Raiden berkata...

Semua paper kat malaysia nie bayes to MU..

Harakah je tak kot..hehe..

Buenaventura Durruti berkata...

Nothing is wrong with NST, cuma penulisan bolasepak tidak hebat tahap dewa macam Sokernet

Percayakah anda bahawa semua pengulas Sokernet ada PHD bolasepak?

Raiden berkata...

ymn, pe another reason??

Jarr berkata...

apsal herald tribune ngan wall street journal takde pon?

Buenaventura Durruti berkata...

Honestly, aku lagi suka Sun, yang Malaysia punya

Unknown berkata...

Baca blog team masingmasing dah lah ,
Mengarut jer semua nie .
To all United fans .
Aku recommend , www.therepublikofmancunia.com
The best unofficial website of Man Utd .

LUHG !

I Am Legend berkata...

abang zali, baca blog team kegemaran memang best, semuanya indah belaka. mcm kalau kau org umno baca utusan atau org pas yang baca harakah...

tapi kalau rasa nk jd mamat bola yang banyak ilmu, bacalah blog bola yang neutral atau yang masukkan semua team. tu baru betul beb

Pet Shop Boys berkata...

Blog ni penulis yang best Lucy dan Pipi je....
yang lain tak akademik, lebih pada kebencian semata-mata...

Lucy menulis best sebab ayah dia dulu Liverpool fan. genetik baik.

Pipi menulis baik sebab dia dengar lagu Nirvana.

Tanpa Nama berkata...

macam celaka! harharhar

Miss Reader berkata...

petshop - ko kalau nak akademik pegi la kat universiti bai...hantar conference paper kalau brani..emo ngalah pompuan pms..ahahaha

ibj berkata...

chelsea nk juara? dengan defend yang rapuh plus iva injured. srry my fren. tak lama lagi, van der sar nk kna serang osteoporosis, harap2 kucak main

Aril Cantona berkata...

Sudah la lucius maximus.Harapan terakhir umat manusia konon.Amar makruf nahi mungkar tapi buat keje lagho menilik tu perhal?

Kesimpulannya,walaupun kami setan dan kuasa jahat,tapi kami jujur dengan diri sendiri.Kami tak guna perkataan "kebaikan" untuk berselindung di sebalik niat gila kuasa.Kami gila kuasa,kami gila juara,memang nafsu kami begitu hahaha!

Aril Cantona berkata...

not arrogant,just better!

pakkordi berkata...

Anna sengkang liyana, nama macam alamat rumah.

Jose Mourinho pergi Liverpool musim depan.

siggplus berkata...

pandai jugak abang lucy ni berangan

Encik Bebo berkata...

point of view, gua tak pernah cakap pun gua expert tahap wenger.lu mental eh?hahaha!!!mind your own business la bro.oh,next time get your spelling right,silly.hahaha!!!

best gila dapat kutuk orang.

mfh berkata...

pakkordi : jose mourinho special one bai.. mana padan nak manage kelab biasa-biasa macam liverpool.. UCL pun tak tentu dpt main next season.. teruskan la berangan..

bungwahab berkata...

artikel bodoh yg ditulis dibawah pengaruh dadah.

tektik berkata...

berat tuduhan tu...

Raiden berkata...

bungwahab dah mai..jaga2 la korang dengan makian 'berhemah' die..

moze berkata...

Lucy Bro..er sis..wateva,

Ko lupa nak buat 'tambah' utk game UCL for MU ngan ARSEnal or FAC utk Chelsex. If 'tambah' game2 ni, teruk gak Chelsex.. coz kena lwn Villa 2x...

Ke ko saje buat2 lupa..

Cheers..

iKHwAn berkata...

hahaha.. lawak n klako.. tp bukan artikel ni.. yg aku keh keh keh tu komen bung wahab..

adinda anna liyana berkata...

kasar komen anda pakkordi..suka2 jer ckp nama i cm alamat rumah...

anda suka menabur arang diatas bara kn?
btw, i still love nst..fullstop.

julu berkata...

anna liyana..
leh berkenalan???.. keh2..

bungwahab berkata...

tolong kira untuk season depan plak.
chelsea 38 x 3=114 mata=EPL champions 2010/2011

lepas tu tak payah kira dah tiap2 season chelsea 114 mata dan jadi champion sampai lucy monopous.

Zinedine Zaiddin berkata...

Terbaekk la komen bungwahab..muahahahahaha!!!

ChesterChaz berkata...

hah.. kan bungwahab da kuar kan kiraan matematik tambahan tuh.. kiraan menggunakan kalkulator saintifik tuh.. hahaha

mambangmabuk berkata...

bungwahab..lu idola gua..hahahahah..

ayobkelubi berkata...

apasal dalam harakah takde prediction ni ek?. keh keh keh..

yolah..amik semua cup tu.. liverpool mmg suka sandarkan pada kenangan. keh keh keh..

fikiranlicin berkata...

gua rasa matematika dan ramalan dalam ni semua macam tak kena ja. Macam ala2 baca kod pada slip magnum4d atau Toto saja. Haram syok sendiri..

YNWA!

Sang Hangin berkata...

Gila tak sedar diri menang semua game. haha.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

main taruk je budak Sabahan ni.
aku rasa la... beza 1/2 point je yg menentukan juara... tp mungkin mata terikat, hanya perbezaan gol menentukan Champion

talkIZcheap! berkata...

memangla main taruk... what did you guys expect?? kah kah!!

Lucy tengah frust menonggeng, team dah disqualified UCL (lagi), Man Utd dh potong mata... sekarang ni dah takde modal 'kurang satu perlawanan' lagi dah... so ni kira cara terapi dia utk lupakan kesedihan team dia, huhuhu...

ilek2 sudah, tunggu Utd vs Chelsea, perlawanan penentuan kejuaraan Liga, beb....

Chelsea menang, kebarangkalian tinggi la Chelsea menang Liga, Utd menang, Utd la mgkin dpt, kalo seri, peluang baik utk the Gunners...

and Anna, no need to Emo cam Aishah, haw haw haw!!

BanDeLa berkata...

lucy..4d no apa ko ramal..nak beli kat gelap n rasmi nie..kehkehkeh..

Unknown berkata...

BOLA ITU BULAT... Wakkakaaka

Unknown berkata...

ni mesti main fifa2010 level amateur baru leh dapat point camtu,real world...hahaha

kareem berkata...

Paper mantop gua rase the star ari jumaat sbb ade shebby..

gua rase juara kali ni beza mata 0.5 je ngan no 2...

jerr berkata...

ahahah...good calculation arr lucy...aslan wotakz ngko...hahahahahah...now,harap chelsea leh menang dgn bolton,bia gap point jadik 4...fuuuhh...at the end,chelsea,arsenal,man u...(4th place x sedih siot nak ulas...bangkaiii....)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...