ANDA SEDANG MEMBACA

15

Hola!

LuciusMaximus Jumaat, Mac 19, 2010
Bienvenido a America del Sur!


Nampaknya sekarang aku kena pergi stadium pakai baju kalis peluru. Topeng gas kira optional tapi untuk kebaikan bersama kena bawa buat back up.

Perjalanan Copa Libertadores agak terkebelakang berbanding Champions League.

Buat masa ini semua 32 kelab sedang berentap dalam saingan kumpulan, ada 8 kumpulan, 4 kelab setiap kumpulan dan juara setiap kumpulan layak ke Round of 16 disertai oleh 6 pasukan terbaik tempat kedua dalam setiap kumpulan di mana 14 kelab yang layak ini bakal berentap dalam saingan kalah mati bersama 2 kelab Mexico yang mendapat bye kerana insiden selsema babi tahun lepas.

Tak faham? Boleh skip artikel ni.

Oleh kerana ini adalah kejohanan bolasepak anjuran CONMEBOL, maka jadual perlawanan boleh tahan berteraburnya.

Antara perlawanan yang terkini ialah dari Kumpulan 1 melibatkan Corinthians (Brazil) yang bertandang ke Cerro Porteno, sebuah kelab Paraguay. Corinthians hanya menang tipis melalui jaringan tunggal El Gordo Ronaldo, bekas pemain Inter (hampeh!). Sebagai balasan Policia Paraguaya menyumbatkan 35 orang alcoholizados del Corinthians ke dalam lokap atas dakwaan mabuk terlampau.

Satu lagi perlawanan Kumpulan 1 pula ialah antara Independiente Medellin (Colombia) yang menyambut kedatangan Racing (Uruguay). Perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan, berita baik buat Racing barangkali kerana terlepas dari ugutan bunuh Senores de la droga de Colombia.

Kumpulan 2 pula menyaksikan pertembungan antara kelab Mexico, Monterrey yang meraikan kunjungan kelab Colombia, Once Caldas. Walaupun Mexico ialah ahli CONCACAF bukan CONMEBOL, kelab mereka tetap dijemput atas nama semangat Amerika Latin. Ya ini satu lagi keluarbiasaan Copa Libertadores. Perlawanan berkesudahan seri 2-sama.

Sementara itu dari kumpulan yang sama, kelab nombor 1 Brazil iaitu Sao Paulo melanyak Nacional dari Paraguay dengan 3 berbalas kosong. Dagoberto, Leo Lima dan Washington menjaringkan gol-gol Sao Paulo. Sao Paulo ialah kelab yang pernah mengalahkan Liverpool pada perlawanan akhir FIFA World Club Championship tahun 2005.

Fakta terakhir ini saja aku masukkan sebab nak kutuk Liverpool.

Perlawanan seterusnya ialah pada 23 Mac melibatkan Estudiantes lawan Bolivar (Kumpulan 3) dan Libertad lawan Universitario (Kumpulan 4). Boca Juniors tidak terlibat musim ini bagi sesiapa yang belum maklum.

Okaylah, aku nak pergi teman Marion Caunter beli bikini bertali jap.

15 Ulasan:

mikhaelahmad berkata...

ayat las macam cilaka. hahaha

Trekker berkata...

x habis lagi ke cover malu (sbb chelsea kalah) lucy?

I Am Legend berkata...

azlan..

kan dier dah janji kalau chelsea kalah dia nak cover copa libertadores..

ok la jugak kurang2 kita pun dpt news copa libertadores, takde la mamat cm lu tau GGMU dgn YNWA je

Jarr berkata...

sempat lagi selit bahan Liverpool lu nih...:D

HafizChan berkata...

Jaga2 tembikai susu tuuh!

deus X machina berkata...

oh tembikai susu....

Cob Nobbler berkata...

tembikai susu kalau makan tengah-tengah pantai copa cabana panas2 ni memang best...

City Laundry Cafe berkata...

huhuhu.....tak pe la....jgn si Lucius bawak balik keju je nanti....tinggal la skit susu utk kami oiiiiiiiii......

Unknown berkata...

caya la lucy, u r the man of ur word...

talkIZcheap! berkata...

"Fakta terakhir ini saja aku masukkan sebab nak kutuk Liverpool."

satu-satunya hiburan yang tinggal bagi peminat Chelsea...huhu

siggplus berkata...

sekurang-kurangnya pernah masuk fifa world club championship

chelsea pernah? heh

Ajeossi berkata...

"bikini bertali"...

xboley bla..

Raiden berkata...

Marion..tembikai susu..memang sinonim..

mfh berkata...

masuk fifa world club championship tapi tak pernah menang.. samalah dengan main dalam EPL tp tak pernah menang.. jadi team pelengkap jadual je..

Faisal Zakaria berkata...

post ini rasa bagai tidak lengkap apabila tidak disudahi dengan gambar marion caunter. mohon kerjasama dan edit dengan sekeping gambar marion caunter dan honey dew beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...