ANDA SEDANG MEMBACA

28

Laporan Kejohanan Futsal Sokernet 2010.

Jorji Isnin, Mac 29, 2010
Juara: Meriam Buloh FC

Naib Juara : Limah Jong FC

Tempat ke 3 : Emerald FC

Tempat ke 4 : Mengunyah Biji Mata FC

Special : 1892 FC


Kejohanan Futsal Sokernet 2010 berlangsung dan berakhir semalam. 15 pasukan bolasepak futsal terbaik Malaysia berentap untuk merebut Piala Sulong kejohanan. Meriam Buloh FC dari Karangkraf berjaya menjadi juara untuk kejohanan 2010 ini.

SOKERNET sebagai penganjur 'virgin soldiers' merasa sangat gembira dengan kejayaan kejohanan ini. Walaupun diadakan dengan 'tiada budget' (semua kos di cover dari yuran pendaftaran) tetapi penyertaan pasukan yang bertanding yang begitu sporting ternyata memeriahkan keseluruhan pertandingan.

Mereka muda-muda dan berstamina tinggi. Mereka menunjukkan semangat bertanding secara kompetitif, fizikal tetapi dengan semangat kesukanan yang baik. Mereka juga berjaya membawa balik sehelai tshirt supercool SOKERNET. Keseluruhannya, kejohanan ini berjaya merapatkan dan saling kenal mengenal diantara pembaca Sokernet semua.

Post Mortem Team Sokernet FC

Team yang ditubuhkan sebab ada pertandingan ini berjaya membuktikan yang gaya dan penampilan serta corak permainan cantik tidak mampu melayakkan pasukan itu menjadi juara. Contohnya disini Arsenal.

Mereka kalah 0-3 pada pasukan Kaki Kerusi FC (yang rata-rata berumur 20 tahun! 16 tahun lebih muda dari aku) Kaki Kerusi FC menjaringkan gol seawal saat ke 30! Pergh! Terkejut dengan gol awal tersebut, Sokernet cuba bangkit dari tidur ternyata terlalu lewat. BAru nak gosok gigi, Kaki Kerusi FC dah tapau Sokernet cukup-cukup. Dipercayai Kaki Kerusi FC baru menunjukkan 50% performance mereka.

Perlawanan kedua Sokernet menentang Emerald FC. Kami kalah 'sedikit'... beberapa gol la. Mereka mempamerkan corak permainan 'nerd' dengan gaya pakaian mengelirukan (tracksuit purple,baju belang2 halus kaler merah, kasut hitam, tapi main ligat tak hengat! Jadi, Sokernet banyak menghabiskan masa melakukan skil sendiri seperti 'tendang tak kene', 'tanduk lelap mata' dan 'mengutip bola dalam gawang'. Emerald FC juga diminta menukar nama mereka dimasa akan datang. Nama macam nama Kondo!

Perlawanan ke tiga dan terakhir, setelah melakukan perbincangan diluar padang, Sokernet Fc memilih untuk keluar awal dari pertandingan. Ini kerana kami mahu menumpukan sepenuh masa dan tenaga menguruskan hal-hal pertandingan diluar gelanggang. Jadi kami menghantar balik kerumah penjaga gawang kami.

Perlawanan menentang Putu Piring Terbang berlangsung sengit! PPabregas yang ternyata garang menjaringkan 2 gol WALAU dikawal ketat pemain lawan! Luca menjaringkan 1 gol dan Awi Matterazi 1 gol. Mereka jaring 5 gol sebab aku kene jaga gol. Jahanam!
Sokernet ternyata garang bila dah tak layak! Perangai Chelsea!

Sokernet FC
berdiri l-r : Rochang Noor, Awi Rui, Luca
Duduk l-r : Firdaus ahmad, Jorji, PP
Tiada dalam gambar ; Gondol, penjaga gawang yang pulang awal.


ANUGERAH TEPI PADANG

1. Pengadil paling adil : Pakkordi
2. Pengadil kontroversi : Rochang Nor
3. Team paling kuat 'bunyi' luar dewan : Satria fc ngokngek
4. Pasukan bantahan : Pasukan ini ( Frank Hafis berjaya mengawal keadaan)
5. Anugerah Perdana Menteri : ICU JPM
6. Pasukan Pilihan Sokernet : Emerald FC
7. Pemain pilihan Sokernet MPV : Zakba Jekbe Bone dari Emerald FC


Sokernet mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat. Mana yang kurang, tak best, lapar takda bihun, gol kontroversi dan sebagainya harap dimaafkan. Terima kasih sebab sporting jadi pengadil. Terima kasih Pakkordi. Gadis-gadis urusetia yang setia sampai hujung pertandingan. Penghargaan tinggi kepada pundit Tg Malim Firdaus Ahmad dan Luca kerana sokongan dan pengorbanan tinggie mereka. Merekalah sebenarnya penggerak utama kejohanan ini. Nadi utama kata Tn hj Hasbullah Awang. Terima kasih semua.

"Sokernet layak mengulas aje la..main hancur " - suara sapa ntah, aku dengar tepi gelanggang.

Habis.

P/s : Sesapa dan mana-mana blog yang ada buat review, sila link. Banyak gambar-gambar lain di fesbuk SOKERNET dan lain-lain juga.


28 Ulasan:

Jarr berkata...

whoaa...tahniah la semua.
semoga ada kejohanan tahun kedua plak..
gua tgk jorji ngan pipi mcm banyak kehilangan glukose...

FdausAmad berkata...

Mujur lu tak masuk skali scorecard Group A.

mr. hafis berkata...

point no 4 apasal kasi report jugak. malu la gua.

Jorji berkata...

jarr : kau datang ke? tak nampak pun :)

ashraf sahdan berkata...

takpe, team kami tak kecik hati walaupun sokernet tak cerita kalah berapa gol..keh3..-keeper Emerald.

ni ulasan lebih kurang :

http://akudiadanbintang.blogspot.com/2010/03/kami-sengaja-kalah-semi-final.html

Jarr berkata...

jorji:aku tak hadir arr bro.ada hal yg tak dapat dielakkan.insyaallah next time.

p.o.n.g pon gagal hadir ye?

City Laundry Cafe berkata...

cilakak jarr...aku igt ko gi tgk...ulas cam en hasbul je......aku pun gagal hadir....pak alex tak kasi aku pegi...suh standby jadi water boy....
tp aku dah tanam cita2 murni...kalau buat skali lagi..mmg aku nk join....walaupun aku sorang je yg main....

farwalis berkata...

tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan apatah lagi kepada gang-gang sokernet.
kepada gadis urusetia juga. penat tu ulang-alik bagi result, tulis kat papan whiteboard.

tak lupa juga terima kasih untuk siapa yang beli herbal power thoyyib functional coffee dan pemanas air.

semuanyalah bagus! tahniah!

farwalis berkata...

errr..aku mintak halal aku ambil herbal power thoyyib functional coffee dua peket bawak balik.

sedaplahhh

fikiranlicin berkata...

aku datang. tengok dari jauh. macamana mau kontek team yang juara tu? gua rasa mau try itu team la. Macam tu main gua jadi keeper je la. Yakin menang .

haey baik berkata...

gua mint gler kat team emerald yg kacak

ashraf sahdan berkata...

woi woi MVP la..MPV tu apa benda?

crazy_labelle berkata...

patut buat fanclub...
nnti bole korek2 income drp
jual t-shirt, yuran keahlian, etc2..

LuciusMaximus berkata...

Dia menang MPV Proton Exora kot sebab jadi Most Valuable Player?

pakkordi berkata...

Wisel lu rasa julap la jorji.

Jorji berkata...

hehe. haram!

MVP la! kesilapan disitu. Apapun keputusan pengadil adalah muktamad.

mixi berkata...

kami berjaya mengaburi mata rakyat. - (tracksuit purple,baju belang2 halus kaler merah, kasut hitam)

tsubasa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Rembo berkata...

sekarang lu tau kan kenapa team sokernet kalah??

sori la ji, gua tak settle down lagi kat sini. kat boleh lari.

azrul berkata...

perlawanan paling sengit - putu piring terbang (6) vs (4)Sokernet ...patut dpt anugerah gak nih

Raiden berkata...

takde highlight ke dalam footytube??

macam best je, gua nak download r..

Azri Rotten berkata...

hehehe relax ar shebby pun pandai mengulas je.

Unknown berkata...

3. Team paling kuat 'bunyi' luar dewan : Satria fc ngokngek. (biasela abe, geng kereta kuat. lepas ni, name team tukar: Satria Baja Hitam)

p/s 1: kami telah pun mula berlatih secara gigih untuk tournament sokernet seterusnya, as we speak. Bila kot?

p/s 2:Sayang tidak dapat bertemu dengan team sokernet yang main macam arsenal. (perangai arsenal!)

p/s 3: Kalau tak menang piala sokernet pun takpa, janji dapat kalahkan team sokernet. (perangai liverpool!)

Apa-apa pun terima kaseh sokernet kerana mengadakan pertandingan futsal yang terbaek! Semua ok, tiada komplen.


dari manager team satria fc ngokngek yang datang lambat.

tsubasa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
tsubasa berkata...

sokernet sbb xde luci, obe, dingin ngn padeli *agknye.. sbb tu kalah. huhuhuu..

terima kasih & tahniah kerana berjaya anjur event cm ni. semasa event bengang sebab kereta member kene pecah. kereta kene pecah, duit rm30 kene sonlap. nasib baik dompet ic, lesen segala dia xamik. terpaksa la mmber balik awal hantar kerete repair. kurang sorg player.. gua bengang tul yg wat kije terkutuk tu.

Jorji berkata...

pasal kete kene pecah memang potong stim.

mije : boleh je arrange bila2.team sokernet bersedia aje berjumpa team satria neo dipadang atau di trek....atau di pelit

pakkordi berkata...

Malang tak berbau cuma stokin bau kepam aje banyak dalam stadium tu hari.

Teknik jangan letak beg kat seat patut di amal kan. Perangai perompak memang macam setan.

julu berkata...

pong.. jarr..
jom wat team men taon depan.. keh2...
cita2 mesti ade walaupun lama lg.. ehek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...