Kalau disuruh pilih antara Adriana Lima dan Marion Caunter, aku pilih dua-dua sekali.
Tidak ada kena mengena sebenarnya dengan rangkuman Copa Libertadores hari ini.
Lima perlawanan berlangsung dua hari sudah dalam penentuan pasukan yang layak ke Round of 16. Macam biasa, kelab dari Brazil dan Argentina memenangi semua perlawanan mereka.
Estudiantes 2 – 0 Bolivar (Kumpulan 3)
Estudiantes, juara Copa Libertadores 2009 menyambut kunjungan kelab Bolivia, Bolivar di stadium sementara mereka, Estadio Jose Luis Meiszner.
Estudiantes yang seri tanpa jaringan dengan pasukan yang sama ketika bertandang ke Bolivia 2 minggu sudah pantas melakukan serangan sebaik permainan bermula.
Bekas flop Manchester United, Juan Sebastion Veron beraksi cemerlang di bahagian tengah dalam menggerakkan jentera serangan Estudiantes. Namun pertahanan Bolivar kental sepanjang separuh masa pertama.
Tuah menyebelahi Estudiantes minit ke-50 bila gerakan satu-dua Veron dan Jose Sosa membolehkan Sosa meledak gawang Bolivar. Gold kedua pula datang pada minit ke-78 melalui Mauro Boselli, pemenang kasut emas Copa Libertadores 2009.
Kemenangan 2-0 meletakkan Estudiantes selesa di kedudukan ke-2 dalam Kumpulan 3. Menang dengan Juan Aurich tanggal 30 Mac nanti bakal menjamin laluan Estudiantes ke Round of 16. Bolivar pula secara rasmi sudah terkeluar.
Libertad 1 – 1 Universitario (Kumpulan 4)
Kelab Peru, Universitario bertandang ke Estadio Defensores del Chaco di Asuncion, Paraguay untuk bertemu dengan Libertad.
Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam perlawanan di Lima, Peru sebelum ini tetapi keduanya berkongsi mata mendahului Kumpulan 4.
Victor Ayala terlebih dulu meletakkan Libertad di depan melalui jaringan beliau pada minit ke-55. Ketika perlawanan dilihat bakal memihak kepada Libertad, Universitario berjaya mengikat kedudukan hasil jaringan Luis Ramirez minit ke-86.
Keputusan seri sekali lagi meletakkan kedua pasukan sebagai pendahulu Kumpulan 4 dengan Libertad di atas hasil perbezaan gol. Ini memberi tekanan kepada Lanus yang perlu menang ke atas Blooming dalam satu lagi perlawanan Kumpulan 4.
Lanus 1 – 0 Blooming
Jaringan penalti Santiago Salcedo pada minit ke-17 memberi nafas lega kepada kelab Argentina, Lanus yang menerima kunjungan kelab Bolivia, Blooming di Estadio Ciudad de Lanus.
Lanus yang agak sengsara dalam Primera Division Argentina jelas tidak berupaya mengalahkan Blooming jika tidak kerana penalti yang diberikan.
Kemenangan Lanus sekali lagi memberi nafas buat mereka mengejar Libertad dan Universitario dalam Kumpulan 4 manakala Blooming sudah pasti terkeluar dari saingan Round of 16.
Tidak pasti piala apakah yang dimenangi oleh Cruzeiro, yang pasti awek sebelah tu mantap
Cruzeiro 2 – 0 Deportivo Italia (Kumpulan 7)
Naib juara Copa Libertadores 2009, Cruzeiro menerima kunjungan kelab Venezuela, Deportivo Italia di Estadio Governador Magalhaes Pinto.
Kedua-dua kelab mempunyai sejarah yang hampir sama iaitu ditubuhkan oleh imigran Itali di Amerika Selatan. Tetapi persamaan mereka tamat di situ.
Sebagai kelab Brazil, Cruzeiro jelas lebih unggul berbanding lawan mereka dari Venezuela.
Pemain tengah Fabinho meletakkan tuan rumah di depan seawal minit ke-6 sebelum Pedro Ken memastikan 3 mata penuh buat Cruzeiro hasil jaringan minit ke-70.
Velez Sarsfield terus selesa mendahului Kumpulan 7. Mereka bakal bertemu Colo-Colo esok pagi sesudah subuh (waktu Malaysia).
Universidad Catolica 1 – 1 Caracas FC (Kumpulan 8)
Dua pasukan terbawah Kumpulan 8 bertembung dalam usaha meneruskan peluang mereka layak ke Round of 16.
Kelab Chile, Universidad Catolica menerima lawatan kelab Venezuela, Caracas FC di Estadio San Carlos de Apoquindo.
Jaime Bustamante meletakkan pelawat di depan terlebih dulu pada minit ke-50 sebelum Catolica mengikat kedudukan melalui Juan Morales 8 minit sebelum wisel penamat.
Keputusan seri tidak mengubah kedudukan kedua pasukan dalam Kumpulan 8. Jika Flamengo menang ke atas Universidad de Chile pada 7 April, Catolica dan Caracas bolehlah melupakan Round of 16.
Berita Lain
Harry Redknapp pastinya suka tengok Copa Libertadores juga. Atas sebab itu beliau membuat keputusan bernas dengan berbelanja sekitar £15 juta untuk membeli pemain tengah Internacional, Sandro Ranieri Guimaraes Cordeiro.
Sandro adalah produk akademi bolasepak Internacional, pernah menjadi kapten skuad bawah 20 tahun Brazil dan kini disenarai pendek untuk skuad Piala Dunia.
Aku yakin, dengan perpindahan Sandro ke Spurs membawa makna bukan saja musim ini Liverpool tidak masuk Top 4, tapi musim depan pun sama juga.
Sandarkan pada… ah malas aku mahu cakap.
Berita Yang Buat Park Ji Sung Tidak Tidur Malam
Chelsea belasah Portsmouth 5-0.
46 Ulasan:
trime kasih utk updates Copa Libertadores.
Marion sihat bro?
tapi awek sebelah cup tuh...humangg haaaiii..
Adriana tu mata dia..pergh
awek berseluar kaler petronas tu menggangu bacaan artikel ku buat kali ini.......tapi seluar dia mmg cantik........
Veron bekas flop United dan...
sbb awek tu mantap tu yg fotographer asalnye nk amik gambar piala je, tp tersadung sket terambil gambar awek tu (Alasan dia pada Editor dia la bile kene tanya napa gambar senget)
hahahah
perghhhhhh
talkizcheap, hehehehe
awek tu yg sedapnye
terima kasih kepada lucy kerana gambar awek itu akan menghantui aku buat selama - lamanya. haha
asian Champ league xde ke..
gamba osaka, armed force, suwon, etc.
bekas flop united n chelsea haha
JS Park sama ada tido atau tak tido atau ketika menjaringkan gol sama aje..ttp tutup mata. apatah lagi dgn lucy..lagi la dia pejam aje.
GGMU
memang mantap itu awek...perfecto!
mak aih...haha
kemantapan awek seluar ketat nie membuatkan aku terlupa dengan lawak bodoh Calamity James semalam..haha..
KTBFFH!!
Veron post-Old Trafford dan mamat hampeh ni dijual kepada "kelab-asal-nampak-je-terus-beli" pada ketika itu.
Chelsea.
Sekarang,Man City pulak macam tu.
macam nilah artikel yang berwibawa dan mantap....
seorang penulis sukan seharusnya juga expert dan mahir dalam arena sukan negara lain....
Peminat Man U boleh tulis pasal bola Latin?
tak boleh....sebab mereka obsess dengan David Beckham mereka sahaja...Mereka hanya hafal tarikh rooney melanggan pelacur.
Nilah contoh penulis yang mantap, boleh menulis dngan baik dan pandai post gambar ponggong yang cantik.
mmmm...
aku x pernah plak hafal rooney langgan pelacur ble...
nazri and jorji... ko de hafal x??..
konpius aku dgn statement pet shop ni...
beckam??... aku obsess kat yorke n andy cole.. :)
kami nak bungwahab..
aku rasa artikel ni mcm x perlu sebenarnya.
utk sapa2 yang komplen pasal kenapa Sokernet ckp mereka Laman Web Rasmi Bola Sepak Dunia tapi hanya tulis EPL saja, aku rasa mereka boleh aje tengok dunia jam 10 kalo nk tgk berita2 cmni
sbbnya sepanjang-panjang artikel ni, aku hanya berminat bila terbaca nama Veron, dan Harry Redknap kat bawah tu. Yang lain, aku skip, baca tak baca, tak ikhlas lansung.
sangat kuno utk ckp fans Man Utd hanya obses dgn David Beckham saja, jangat ingat awak aje yg tengok bola.
aku rse penulis2x Sokernet tak payah la kesah dgn komen2x orang yg nak football news dari benua lain. Tak ada orang kesah pon.
kalau tulis news dr benua lain pun xsalah, skurang2 kita dpt kongsi2 info. xde la ternganga bila dengar nama kelab Velez Sarsfield, colo-colo, etc
mntap sgt..jgn fab dah la yekk..haha
portsmouth je pun...bukan top 3 punye team...hehe
park tido siang,malam x tido
bulat2..jahanam..
Goonersville, takyah jauh2, arsenal pernah menang ke dengan Top 2??
pet shop ni mesti orang yang ilmiah pasal bola
gua berenti baca artikel sampai part gambar awek tu. cilaka
saya pOn berenti baca sampai kat pOmpuan tu.. cilaka gak! terlalu mantap~
saya setuju dgn niklas.
sekian terima kasih.
aku obses dgn Veron, terutamanya selepas artikel ni dan lepas Maradona masukkan dia balik dlm skuad argie...
selepas mourinho blah,chelsea kembali seperti biasa..hehe
"Sandarkan pada… ah malas aku mahu cakap."
~terbaek...!!
nak komen yang awek tu btol2 mantap boleh?
mamat bernama joe
kau baru baca sokernet ke? fyi, lucy dah buat perjanjian syaitan kalau chelsea terkeluar UCL, dia akan tulis pasal libertadores. so ni kira dia menunaikan janji la..
plus, lucy antara pengulas sokernet yg paling byk mengulas bolasepak luar england. kalau kau rasa artikel mcm ni tak perlu kau boleh diam2 & skip sendiri, tak payah bagi tau pembaca lain. ramai lagi dari kami yg minat bolasepak itali, germany, spain mahu pun amerika selatan..
joe, otak lu memang sempit. Lu nak jadi rakan sebantal BungWabah ke ?
ni yg gua panas nih, panggil abg gua bungwabah lak, repot kat abah gua nama bungmokhtar baru lu tau!!
next task utk sokernet --
kami mau info kelab² africa pulak ..
sudan , senegal , Repblic dominic , cuba , Zimbabwe , Benin , Botswana , Burundi ,Eritrea
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_African_countries_and_territories
amek kau .. keh keh keh
korang mmg menceriakan pagi aku la...terima kasih :)
takde2x, aku takde mood nak bakar korang ke sapa2x pembaca sokernet kat sini, cuma bila aku baca tajuk tu:
Rangkuman Copa Libertadores (kerana ini laman web rasmi bolasepak dunia) Dan Berita-Berita Lain)
**macam terpakse sgt nak tulis hanya sbb penah kene kritik dulu2x. tp btol jgk ye, aku dh lupa Lucy punye perjanjian syaitan dgn libertadores.
tak payah la nk compare minat2x liga lain, aku pon minat juga, sejak ivan zamorano balik ke colo-colo, info pasal liga chili pon aku carik sendiri.
ingatkah korang zamorano yg penah pakai jersi nombor 8+1? hahahaha....
kpd yang nk personal attack sampai ckp otak aku pemikiran sempit ke apa, maap la bro, aku rse x payah aku response. senang2x je ckp pasal panjang lebar otak orang.
shankly lu maksudkan yang ni ke?
http://en.wikipedia.org/wiki/Category:Football_(soccer)_clubs_by_country
nampak sgt jarang guna wikipedia haha!
Shankly berkata...
next task utk sokernet --
kami mau info kelab² africa pulak ..
sudan , senegal , Repblic dominic , cuba , Zimbabwe , Benin , Botswana , Burundi ,Eritrea
astaghfirullah shankly, kau mabuk carlsberg lagi ke?? sejak bila pulak republic dominica dgn cuba tu letaknya kat afrika?! kalau mcm tu malaysia ni memang sah-sah negara eropah agaknya!!
pada sesiapa yang komplen dengan post ni, sudah-sudah ler tu...
biarlah sekali sekala Lucy nak tulis pasal bola negara lain. dia memang peminat bola tegar.
Bukan macam fan Man U yg hanya teruja pasal bola sepak Man U je. Kembanglah sikit minda tu. Ilmu tu takde batasan .
Takkan sebab tak suka veron maka gambar Veron tak boleh letak kat situ?
Sabar-sabarlah fan Man u ye, esok2 adalah berita pasal MAn u kat sini...
Asyik gambar dan cerita Man u je pun bosan jugak kan?
sebut2 pasal awek kat atas tu... sapa yg agak2 kuat iman.. masuk le ni..
http://footballfashion.wordpress.com/category/babes/
merecik beb. gerenti
lucy man of his words la..dignity tu,kata mesti kota,nama puninfo bola donia
hello bro .. aku main petik jer .. itu pun nak kecoh
aku tertidur baca post ni. baik baca post di atas..hehe
Catat Ulasan