Sebelum apa-apa, aku ingin menyampaikan rasa simpati kepada Shay Given dan Thomas Sorensen yang terkehel bahu dalam tugas menjaga gawang masing-masing. Ini adalah gambaran jelas betapa ganasnya persaingan EPL di hujung musim ini. Semoga mereka cepat sembuh hendaknya.
Perlawanan malam tadi meminjam kata orang putih, ialah ‘text book display’. Tujuh gol berbalas kosong. Yang kosong itu bukan setakat gol, malah cubaan tepat ke sasaran sepanjang 90 minit juga kosong.
Untuk merumuskan keseluruhan, The Blues cemerlang tanpa kelibat John Terry. Ferreira, Alex dan Ivanovic kental. Ashley Cole ‘overlapping’ macam tak cukup padang. Lampard datang semangat ‘Super Frank’. Ballack macam kereta kebal. The Drog dan Bilal menghuru-harakan pertahanan lawan. Malouda cemerlang walaupun terlepas beberapa peluang terbaik. Salomon Kalou, pergh! Para pemain simpanan: Joe Cole terbaik dalam meneruskan kesinambungan Kalou malam tadi, Hutchinson dan Sturridge memberikan sinar cerah buat masa depan.
Meminjam kata Nazri, Chelsea telah ‘terklasemen’. Kemenangan Barisan Nasional di Hulu Selangor jelas satu petanda awal.
(Arsenal secara sahih telah melabuh tirai dengan seri tanpa jaringan bersama Manchester City. Pipiyapong telah pun kami hantar untuk ‘riki port baik punya’ kat Afrika Selatan)
Dengan hanya baki 2 perlawanan, Chelsea mendahului dengan 1 mata. Manchester United masih perlu menentang Sunderland dan Stoke City. Chelsea perlu berdepan dengan Liverpool dan Wigan Athletic.
Kata kunci di situ ialah, Liverpool. Di Anfield.
Bualan di jalanan sekarang ialah jika Chelsea menang ke atas Liverpool maka hasilnya ialah Chelsea juara atau jika sebaliknya, ia milik Manchester United, ceteris paribus.
Ceteris paribus di hujung ayat itu kerana anggapan ramai ialah, Manchester United pasti menang ke atas Sunderland dan Stoke manakala Chelsea ke atas Wigan.
Tapi dalam musim yang cacamarba ini, semuanya boleh berlaku. Chelsea dan Manchester United mempunyai sejumlah 13 kekalahan setakat ini, kepada kelab seperti Burnley dan Wigan Athletic. Dan persaingan tempat ke-4 masih terbuka antara Tottenham Hotspur, Aston Villa, Manchester City dan Liverpool.
Jadi, yang terbaik ialah untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada setiap perlawanan. Bermula dengan Liverpool hujung minggu ini.
KTBFFH!
kemaskini:
Ultraman Ace dan Ultraman Taro melindungi Sorensen dari raksaksa ganas, Salomon Kalou
28 Ulasan:
first
2nd lah..
Puas hati ko erk lucius? Tapi tapi, aku ingat nak mintak pandangan ko pasal isu ini
sori ya, sorensen cedera siku ye, bukan bahu
aku optimis ngn optimus prime yg liverpool chelsea bole mkn pnye..hahahaha..
third..
walaupun aku hooligan dan aku support Liverpool, tapi aku berbelah bahagi dengan kebolehupayaan Liverpool mengalahkan Chelsea.
Walaupun gol gerrad semalam sangat cantik dan tak padan dengan kengkangnya.
dalam kata yang mudah, Chelsea dalam perjalanan yang mudah untuk jadi Jore Liga.
Pity Zaid Ibrahim tho.
Apa-apa pun Cheers!
betul enjoy lu lucy , samapi gaya penulisan pub dah tak macam lucy .
KTBFFH ! ala , stoke je pun . kan .....
hi Lucy.
Aku dah buat laporan pagi tadi ke MACC tentang Robert Huth. hehehe.
MACC respons = tujuh gol, takkan nak suspicious lagi?
:P
Next week, Chelsea main dulu sebelum Man U. Bermakna kali ini mungkin (mungkin ya) Chelsea bermain dengan pressure yang sedap-sedap Abang Kus. Tak tinggi, tak kurang. Kalau ada pun, mungkin pressure bermain di tempat lawan. Tapi apedehal..
Sunderland telah menang melawan Hull semalam dan akan menerima kunjungan Man U di Stadium of Light minggu depan. Untuk rekod, Sunderland ni liat sikit Man U nak kalahkan (Oktober 2009, Old Trafford). Jadi mungkin (sekali lagi, mungkin ya), Sunderland boleh buat sesuatu yang... Sedap-sedap Abang Kus juga.
KTBFFH!
"Dan persaingan tempat ke-4 masih terbuka antara Tottenham Hotspur, Aston Villa, Manchester City dan Liverpool."
eee
kenapa liverpool termasuk sekali. yucks.
tak mungkin ok. harhar
:p
11 -:P
liverpool tdk pikir pasai chelsea lagi noo
Liverpool tgh mengudratkan 4 tulang kerat utk
semifinal Europe League ..alah 2nd class cup yg mcm depa selalu habaq tu ..kan kan kan kan ..
so x mo citer lagi utk game super sunday nie.
klu lu tanya guwa .. guwa jwb mcm SEJARAHkata..
liverpool in Europe is like wine and banquet
another SEJARAH will be di_history_kan
on 12 may 2010.
Aku gelak guling2 baca caption gambar
Kalau kat Sabah bahu tu sekali termasuk siku
14 :P
"Kalau kat Sabah bahu tu sekali termasuk siku"
kehkehkehkeh....buruk siku = buruk bahu la kan...kehkehkehkeh
gambar takleh blah! haw3
caption ngan gambar memang kena!! kahkah terbaik lucy..
tak nak buat post Italian Blues lagi ke, Lucy?? Tinkerman dah kantoi (sekali lagi) ngan Special One nampaknye..kena harap Calciopolli lagi kot nak stop Inter..
ultraman pun ada..
good2..~
nice
caption yg sungguh celake..
haha
lawak juga caption itu...
:D
i know all chelc fans is flying high right now...masing2 da berkobar-kobar nk tgk club dorg mencium piala tu..well, tho ad 2 game je lg..tp i'd say, peluang chelc lg besar tuk mng..(bkn sng nk tulis ayat ni)...
yela, kalo nk kira bpe kali je chelc mng epl, boleh kira pakai sebelah tgn jer..MU kena guna jari kaki skali nk kira...
:)
anna...xcukup tu jari kaki u...mehla kira skali ngan jari kaki i...auuww...
hahaha..eh, i sempurna fizikal en.karim...
terima kasihlah..
Aku nak sangat Liverpool menang minggu ni...
tukar club la sekejap buat sementara waktu sbg tanda sokongan kepada Liverpool.
glory! glory! MU
Hi anna :)
oh ye, anggaplah perlawanan nanti satu perlawanan yg sengit mcm final match.Bukan apa, Liverpool skang takde striker,nak harapkan Ngog??keh keh keh...
Midfield main peranan besar game nanti.Jangan main terjah kaki ye kawan kawan?Nak pakai world cup nanti.:p
hi jarr..
kalau begitu, nmpk gayanya, katakan saja epl cup goes tu chelshit.
belum tau anna..
liverpool bukan team yg suka buat buat kalah..
chelsea takleh amik mudah lawan liverpool..
kalau over confident, dorang mungkin akan menyesal sepanjang musim..nama Liverpool nak bagi laluan mudah, jgn harap.
we wont do any favours for chelsea.dun worry.
i love you jarr...
Catat Ulasan