ANDA SEDANG MEMBACA

26

Lauk Kailan Ikan Masin

LuciusMaximus Isnin, April 12, 2010
“Satu dunia tau blackburn tu kelab lauk kailan ikan masin” – seorang pembaca Sokernet

Menjadi seorang peramal bolasepak bukan tugas mudah. Shebby Singh boleh katakan tiap-tiap minggu ramalannya salah. Pipiyapong pula boleh katakan setiap kali perlawanan Arsenal ramalannya terbalik. Pembaca tegar, Shankly, punya ramalan memang langsung tak boleh pakai. Aku pula hampir-hampir mengena Sabtu lepas dengan ramalan Chelsea menang 2-0, tapi Howard Webb dia punya masa tambahan mak ai boleh masak meggi, sampai Chelsea tak sengaja menang 3-0.

Tapi bak kata Jang sekalian, bola itu bulat sifatnya. Susah kita nak menduga benda bulat-bulat ni. Tak percaya tanya keeper Kedah.

Tapi itu tidak menafikan kita dari terus menduga dan meramal keputusan berdasarkan pemboleh ubah sedia ada.

Aku dah bilang Blackburn Rovers di tempat sendiri lain macam sikit. Tapi ada yang cakap aku kata macam tu sebab Chelsea seri dengan Blackburn di Ewood Park. Memang pun, aku gunakan perlawanan tersebut sebagai kayu pengukur keupayaan Blackburn. Dan juga mengambil kira bahawa bekas juara EPL satu kali ini hanya tewas 2 kali setakat ini di tempat sendiri.

Chelsea dan Liverpool seri di Ewood Park, Aston Villa kena lauk. Jadi kalau Manchester United pun seri apa nak hairan?

Cuma dalam pos Harapan Terakhir Umat Manusia, aku letakkan Arsenal yang seri dengan Blackburn tapi Manchester United mungkin menang. Namun itu ditulis sebelum Wayne Rooney patah kaki. Dengan menolak pemboleh ubah tak bersandar Rooney keluar dari persamaan ini, secara otomatis peluang Manchester menang merosot kepada seri.

Adakah Arsenal akan seri dengan Blackburn? Aku tidak jamin tapi aku ramalkan sebagai ya. Sebelum ini aku telah letakkan Arsenal seri dengan Birmingham City dan menang ke atas Wolverhampton Wanderers, keputusan perlawanan mengakui 100% ramalanku benar belaka.

Malam ni aku ingat nak makan lauk kailan ikan masin kot.

“Tu diaaaa pialo godang!” – seorang Jang merangkap pengulas Sokernet

Tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan kerana berjaya menewaskan Kedah dan menjulang Piala FA. Mat Hassan malam tu memang smart. Wan Jamak tak berapa kena, mungkin lepas ni boleh amalkan pemakaian baju Pagoda buat menyerap peluh.

Tapi kalau setakat 2 Piala Malaysia, 2 Piala FA dan 1 Liga Super, masih terlalu jauh untuk menyaingi Selangor, Perak dan Kedah. Pun begitu boleh dikira terbaik jika dibandingkan dengan Red Warriors yang tak pernah menang apa-apa.

Tapi kalau lauk kalian ikan masin, Kelantan punya memang terbaik.

Puncak klasemen dan Wembley!

Walaupun sibuk dengan komitmen Piala FA dan program lawatan sambil belajar ke Wembley hingga tidak dapat bermain perlawanan EPL minggu ini, The Blues masih di puncak klasemen.

Manchester United?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.












Agak-agak sini ada lauk kailan ikan masin tak?

26 Ulasan:

Unknown berkata...

hehe,kalo ramalan benar senang la keje shankly,leh gua join bet skali

Jarr berkata...

kalau nak tau, tu la "boot room" man u sebelum game....chewing gum pon banyak jual situ...

Shank berkata...

pembetulan fakta -

aku baca opis hours jer ..okey!!

aku baru jer buka ..mari join the club .. just for fun

Ramalan Bookie

talkIZcheap! berkata...

bakar, bakar!! jgn tak bakar...(bila lagi, kan??)

LuciusMaximus berkata...

Thanks Shankly, awek nama Reiychka Amya Anela Eyre tu memang damn!

Jorji berkata...

Secara matematik, Devils yakin masih ada sedikit peluang.

Walaubagaimanapun, Manchester United tidak pernah berharap kepada pasukan lain untuk menang keatas Chelsea supaya manchester United jadi juara.

r.k berkata...

j or ji berkata... <-- tak pernah mengharap ?
hahahahahahahahahah
haaaaahahahahaha .

Shed Ultras berkata...

mungkin di situ tempatnya berbatov mengasah bakat 'seni'nya yg terpendam.

Raiden berkata...

boleh jadi nujum pak belalang..

Raiden berkata...

jarr, lu okey ke?? dengar cite masuk spital??

Jarr berkata...

raiden - ha'ah gua baru masuk opis arini setelah 10 hari under observation campo 3 hari kat spital..alhamdulillah semua ok.thanks :)

dueng berkata...

mengata dulang paku serpih, mengata orang fan ManU yang lebih.

one man team? very correct. macheda the wonder kid? make me wonder ada la.

talkIZcheap! berkata...

owh... tadi aku tak baca abis, trus komen jer, akakaka..

woi, woi!! Kelantan pernah menang la wey Liga Perdana 2 dgn brapa byk dah koleksi Piala Emas Raja-Raja... get your facts right!! Jgn jadik macam Shankly... (aku join jugak bungwahab ni karang...huhu)

LuciusMaximus berkata...

3 Most Important Domestic Football Competitions

England - EPL, FA Cup & League Cup

Germany - Bundesliga, DFB-Pokal & DFB-Supercup

Spain - La Liga, Copa del Rey & Supercopa de Espana

Italy - Serie A, Coppa Italia & Supercoppa Italiana

France - Ligue 1, Coupe de France & Coupe de la Ligue

Malaysia - Liga Super, Piala Malaysia & Piala FA

Liga Perdana, Piala Emas Raja-Raja, Sumbangsih, Piala Bardhan ke apa ke benda ke semua yang lain tu tak dipandang...

Terima kasih.

adijaya berkata...

salam perkenalan buat semua, saya orang baru di sini. sebenarnya saya dah lama baca blog ni, tapi tak pernah login. setakat baca je. bagi saya, ni la blog sukan terbaik tanah air. saya rate 5 bintang buat para penulis yg tak kenal penat lelah update entry. ni la serba sedikit biodata diri saya (maklum la org baru, mana tau takut ada yg nak orientasi mcm jarr dulu) hehe..
team yg di minati: arsenal
team yg paling tak suka: man utd
team malaysia yg diminati: kedah
team malaysia yg tak suka: takde (semua best)
penulis sokernet yg best: lucius (dia kreatif)
komentator yg best: jarr
sekian, semoga saya bisa join di blog sukan terbaik malaysia.

Jarr berkata...

nama aku dipetik...
adijaya, jom makan jeruk betik tesco selayang..

adijaya berkata...

sedikit tambahan utk info di atas: league cup di england (carling cup) sama level ngan coupe de la ligue di france. cuma 2 negara ni je yg ada tambahan cup selain FA cup mereka sendiri. pemenang boleh masuk europa league.

sementara itu, community shield, DFB supercup, supercopa espana, supercoppa italia dan piala sumbangsih juga sama level. perlawanan yg mempertemukan juara liga utama dengan pemenang piala FA mereka pada musim yg sama. pemenang takleh masuk mana-mana kejohanan eropah.

talkIZcheap! berkata...

Piala emas raja-raja tu competition utk pemain-pemain muda malaysia, so, cam kira kelantan ada young talent yg paling byk la kiranya, ala-ala Barcelona la kirenye pasal akademi kuat, wakakak...

*tak kira, menang tetap menang...

Unknown berkata...

Bro Jarr,

Kau pun ado potik nama den, meh den belanjo makan kek Doraisamy..heheh

Zinedine Zaiddin berkata...

Blackburn ramai orang kuat agama...tu yg team shaiton x larat nk main tuh..hahaha

kareem berkata...

Piala emas raja-raja under persatuan bolasepak melayu msia bro...xde nye had umur...player tua pun main situ..cthnye..norizam ali hassan..

tsubasa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
tsubasa berkata...

Piala Sokernet bile nk masuk dlm list?? =)

FeRoZ SuLaiMaN berkata...

Thanks Lucius, awek nama Reiychka Amya Anela Eyre tu memang damn!

aku add teruih!! hahaha

Mohd Zikri berkata...

gua bace comment Harapan Terakhir Umat Manusia, pergh kelakar gile. cayalah sokernet and fans.

talkIZcheap! berkata...

btul tu kareem, tp majoritinye player muda, kan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...