ANDA SEDANG MEMBACA

61

Pragmatisme 3 - Idealisme 1

LuciusMaximus Rabu, April 21, 2010
Burger Ayam Spesial, Mayonis Lebih


Amboi, amboi, amboi! Mentang-mentanglah kelab Inggeris semua dah bungkus, langsung sunyi sepi cerita Champions League. Apa cer?

Tapi memang macam tu lah perangai kita. Orang kebanyakan yang kompelin Sokernet asyik cerita pasal EPL ialah orang yang sama sunyi sepi bila aku tulis pasal bolasepak bukan EPL. Tengok je pada trend komen dalam artikel bukan EPL, kalau cecah 30 pun dah kira bagus. Kalau EPL, artikel 2 ke 3 perenggan pun dah boleh cecah 60 komen dia, siap bergaduh lagi.

Malam tadi Internazionale berentap dengan FC Barcelona di San Siro. Jose Mourinho menang 3-1.

Aku memang memasang keyakinan semenjak Inter membungkuskan Chelsea bahawa anak buah The Special One ini berpotensi menjulang Champions League. Dan sebaik saja undian suku akhir dibuat, aku yakin perlawanan akhir kali ni antara Bayern Munich dan Inter.

Bercelona seperti biasa ialah pasukan yang bermain dengan corak yang kita panggil free flowing football. Pantas, menyerang dan cantik. Penuh idealisme. Tetapi pada diri Jose Mourinho ialah seorang pakar taktikal yang pragmatik, lihat apa yang The Special One buat kepada Arsenal melalui Chelsea sebelum ini.

Sebagai permulaan, jentera tengah Barcelona dikekang habis oleh Inter sepanjang 90 minit perlawanan. Esteban Cambiasso dan Thiago Motta bertindak baik untuk menguasai bahagian tengah untuk menyekat Lionel Messi dan Xavi Hernandez.

Tapi Barca lebih dulu di depan, melalui jaringan minit ke-18 Pedro Rodriguez, penyerang muda Sepanyol yang sedang dirisik-risik oleh tak lain tak bukan, Real Madrid.

Ketinggalan satu gol hanya membuatkan Inter lebih garang. Dengan Cambiasso dan Motta menguasai sepenuhnya bahagian tengah, Wesley Sneijder bebas untuk naik ke atas dan pada minit ke-30 meledakkan gol penyamaan buat Inter.

Barca cuba bangkit tapi benteng Inter bertahan dengan tekad yang jitu. Gerakan Messi tersekat oleh kapten Inter, Javier Zanetti yang dibantu Lucio, Walter Samuel dan Maicon.

Kedudukan terikat 1-1 hingga turun minum.

Separuh masa kedua bermula dan biarpun Barca menguasai permainan, Inter mendahului melalui jaringan Maicon minit ke-48. Diego Milito mememberi lorongan baik buat fullback dari Brazil itu untuk menewaskan Victor Valdes.

Tertekan Barca bermain lebih fizikal yang akhirnya memakan diri sendiri. Carles Puyol dilayangkan kad kuning pada minit ke-51 (dan digantung perlawanan berikutnya) dan 10 minit kemudian Milito yang telah memberi 2 assist untuk gol Inter setakat ini menanduk masuk gol ke-3.

Secara keseluruhan Barca menguasai 68% perlawanan tetapi kita semua tahu Mourinho lebih mementingkan keputusan dari gaya permainan. Sekali lagi ini contoh terbaik pragmatisme dalam bolasepak mengalahkan idealisme. Arsene Wenger dan para peminatnya gerenti tak puas hati.

Ada yang akan memberikan alasan pemain Barca kepenatan setelah menaiki bas. Setahu aku bukan Lionel Messi yang jadi drebar bas. Abang drebar bas ekspres kat Sabah ulang-alik 2 kali satu hari antara KK dan Tawau masih boleh balik rumah tindih bini.

Malam ini Olympique Lyonnais akan berentap dengan Bayern Munich. Khabarnya Lyon naik bas 750 kilometer ke Munich. Aku harap mereka amalkan minum Kopi Jantan.

61 Ulasan:

Jose Villas Stramaccioni berkata...

sebagai pra syarat untuk Chelsea menang CL ialah KEMBALI HIRED Mourinho ....

~

Jarr berkata...

alah bas yg dorang naik pon dah ala ala kapal terbang.tu semua alasan..tapi game taktikal Maurinho mmg sgt memberangsangkan..Messi outplayed.Jeneral tgh inter, encik cambiasso sgt bervariasi dan kental.tapi harus diingat, lagi 90 + masa tambahan kat Camp Nou boleh mendtgkan unexpected result.tapi aku harap Inter boleh pergi Final...classic.

SocketWorld berkata...

"Abang drebar bas ekspres kat Sabah ulang-alik 2 kali satu hari antara KK dan Tawau masih boleh balik rumah tindih bini."

-wah! hebat ko ngendap ye.

HafizChan berkata...

Dr Rozmey dah sponsor air untuk Bayern Munich rasanya.

Pet Shop Boys berkata...

Barca tak biasa lawan team Italy yg defend dia kental dan juga famous dengan aksi lakonannya...


Tapi mmg, penat beb naik basc 1000 km. Dah le bas tu takde karaoke, mesti lagi bosan....

ace farhan berkata...

kenapa mesti ada drebar tindih bini?
keh3.

Dewajiwa berkata...

Forza Inter! (sepatutnya aku shout Glory Glory MU. aihh).
untuk ECL musim nih aku memang optimis Inter boleh pergi jauh. silap silap bleh menang terus cup. diorang lebih tersusun kali ini. tak menggelabah bila ketinggalan.

ulasan yang menghiburkan.

tsubasa berkata...

mmg lain mcm penangan mourinho ni.. bole jd champion taun ni. 1season lg, myb lepas tu mourinho join manyo la plak.. huhuu..

Alke berkata...

walaupun result sangat memberangsangkan, tapi masih ade 90 minit di Camp Nou. Tapi, bila mengenangkan kekentalan Chelski semasa di terajui oleh Special One, aku rase Barcelona akan mengalami masalah. Ingat, Chelsea dulu tak sekuat Inter sekarang walaupun manager same. Dulu striker Drogba, asyik jatuh dan mintak ampun, skang nie Samuel Eto'o, dah ade pengalaman main game besar, final champions league dah main. Dulu Chelski hanya ade pemain gah dalam paper dan di EPL, tapi Inter ade ramai player yang bisa bermain big match dengan tenang....Inter memang kuat tahun nie...adakah kembalinya kegemilangan Serie A?

Jorji berkata...

aku baru ingat nak ulas N9 lawan Perak, tapi kalah pulak Jang 2-1. terus aku tumpukan perhatian kepada kerja.
Aku harap alasan naik bas jauh dan lama juga bukan punca kekalahan Jang malam tadi,dan juga Liverpool malam esok.

MAurinho is bigger than messi. Setakat Pep Guirdola tu bukan lawan dia.

adinda anna liyana berkata...

mana perginya pujaan korang, lionel messi???

messy ke smlm sampai xleh nk score?
kalo barca klh xd plak korang nk bahan lebih2..kalo messi tak score xde plak yg nk slhkn dia..

cuba kalo MU klh, cuba kalau rooney tak main..da berpuluh komen agaknya...

Raiden berkata...

Jose memang pandai main psiko..sebelum match semua tunggu2 apa formasi die pakai, 4-4-2?? 4-3-3??

tup2 die letak formasi 4-2-3-1...ternganga pep yang baru setaun jagung nak lawan mastermind macam Special One..Milito memang pembelian paling berbaloi-baloi pernah Jose buat, peciter Ibracadabra??

Alexia Aqram berkata...

aku tak paham kenapa barca nak jugak main 'close-combat', walhal semua orang tahu inter memang terer 'close-combat'. dengan 'body-attack' yang inter ada, bukan saja barcelona jadi lunyai, chelsea pun jadi samdol bila rentap dgn inter.

lihatlah gol2 inter, semuanya bola unpredictable. bola tetiba datang secara 'long-range', set piece depan gol sikit2. dan pooommm. gol.

tapi, inter tak bley yakin sangat bila jumpa kat nou camp nanti. sebijak-bijak maurinho, dia tak bley nak cari pawang mana untuk habiskan jin2 kat nou camp. nou camp lain macam beb...

talkIZcheap! berkata...

It will be irony (and agony) for Real if Inter and Bayern make it to the final, considering both team's key player are Sneijder and Robben respectively...hehe :p

heck, I hate if Bayern to win it, not because they knock United out, but because they knock Fiorentina by an off-side goal (Klose's goal) -another irony there...

But for football sake, let Inter meet Bayern in final and Inter to win it!!

well, Lyon is not bad too...

on the lighter note, apo kono ni jang?? ng3h!!

-Gomo Kelate Gomo!-

Mohd Zikri berkata...

Tapi, macam tak adil je kalau Inter dpt naik flight time Barca - Inter kat Nou Camp nnti. Rasa2 flight delayed lagi tak time tu?
Apa2 pon go Inter!! and..

Keep the blues flag flying high

SFB berkata...

setakat ni utk Champions League, x penah ada team yg berjaya defend. So utk Barca, kalu dpt defend Cup ni, mmg masuk buku sejarah.

anyway aku hope Inter menang season ni. Taktikal + Spirit player mmg terbaek.

Bayern kalu menang mmg lucky. Lawan Fiorentina aku tgk mcm nk out dah. Tapi bleh score last2 minute. Lawan MU? pun ada element luck juga.

Prediction final: Inter Milan vs Bayern Munich

kareem berkata...

tipu ar lucy, gua naik bas dari penang ke JB letih bai walaupun bukan drebar..

Yg penting N9 kalah kat perak...kahkahkah...tala pompuan lepas menang aritu mana tak letih..kehkeh

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

final barca vs lyon...
tak caye tengok la nanti...

Jarr berkata...

anna liyana, jom waikiki ttdi arini?

adinda anna liyana berkata...

hi jarr...kinda miss you n ur komen...
quite bz..musim bola + musim EXAM..kena balance kn..nasib tak bljr balance sheet kalo tak confirm, x lps..hehe..

waikiki ye?boleh2..fetch me..

~i wonder how the comment will be if barca win~

hanya mampu tersenyum sinis...

-MsGoodNite- berkata...

tgk 2nd game nanti la camne plak...

Raiden berkata...

Jose nie memang selalu tak sebulu dengan kelab lama die, kalo x silap aku die pernah jadi pembantu penterjemah kat Barca dulu, so kurang2 die tau selok belok asas permainan diorang..Chelsea, Porto dah kena, skang gliran Barca lak..

Pemain Barca pon satu, komplen psal penalti, dah lupe ke pasal Ovrebo tau lepas??..rase nak panggil Amuk lak suh nyanyi lagu Hukum Karma..

Blues for Life

Jarr berkata...

anna liyana - haaa...all the best utk exam anda..lepaskan exam,anytime can fetch you out.:)

balance kan mana yg patut.

maybe long distance punye journey boleh dijadikan alasan (10%)..the rest masih lagi refers to percaturan manager masing masing.barca must learn from the mistakes.

kalau tak, kat Camp Nou, menang 1-0 pon tak guno.silap silap seri...paling silap,kalah terus.kan kan kan?

MOFASAD berkata...

aku cuba capai komen netri ini sampai 30

MOFASAD berkata...

25

MOFASAD berkata...

26

MOFASAD berkata...

27

MOFASAD berkata...

28

MOFASAD berkata...

sikit lagi!!!!!

MOFASAD berkata...

30!!


sudah!!!


capai jugak!


hehehe

Jarr berkata...

langsung spam....wakakakakakkakakakakakaakkaka.

SFB berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hanuman berkata...

taun ni inter mng sbb special one mmg special..pakar taktikal dan pandai main psiko...lyon xde harapan kot klu jmpa bayern...ribery+robben=lyon lingkup mcm man u gak

p/s owh lupa...1st match N9 lpas mng piala FA mng ke kalah ek?

~Keep the Blues Flag Flying High~
~Gomo Klate Gomo~

ayobkelubi berkata...

jap, gua nak tumpang tanya. militio sebelum inter milan, dia dari kelab mana eh?. sekian.

it will be an interesting fight back and nou camp.

tapi

aku bajet pun mmg inter boleh pergi sejak dari last 16 round tu lagik..

inter milan vs bayern munich.

Jarr berkata...

ayob - dia dari genoa.

gula-gula berkata...

dah 35 komen, kira ok la kan mcm ko ckp luci..haha

deus X machina berkata...

tu la keje budak2 liverpool
wat spam jek

aimantakkisah berkata...

aik lucy, sudah tukar team ka? chelsea mana cerita?

Apa2pun aku suka mourinho menang, aku suka dia, dia stylo. dia kata barca takleh jadikan isu naik bas sebagai excuse, dia kata if we were to travel by coach, i can use for team building... haha smart mamat ni...

dan aku nampak entry ni udah macam soccernet report aja bunyik dia... semua fakta.

p/s2: hahahaaa, bakar lagii....;)

pakkordi berkata...

Game semalam ialah satu intro gempak kepada satu cerita ending yg pilu untuk peminat Inter. Renung2kan dan selamat minum kopi jantan.

Zinedine Zaiddin berkata...

Jangan ada yg salah amik kopi JANda pulak.

JANtan dgn JANda dh dekat2 sama dh bunyik tu..hahaha

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

jgn lupe... lyon yg singkirkan galacticos real madrid....
setakat robben/ribery tu ape la sgt...
diorang dah jumpe ronaldo+kaka+higuain+raul...
better watch out bayern...
and 2nd leg game kat nou camp, aku rase inter takleh maen cam mlm tadi...
atmosfera nou camp laen macam...
final barca vs lyon...

r.k berkata...

match semalam memang best
main tactical saja masing-masing dan corak defend pasukan dari itali memang menjadi .
barca banyak peluang semalam.. tapi takde yang nak shot .. takkan penat sampai x larat nak shot kot!
longgar lutut ye bang .. haha
tak silap ghua untuk semua competition, kekalahan kedua barca tahun ni lah kan . sebelum ni menang ngan seri je kan .. kalah satu kali ngan Ruben Kazan .

berkata...

Kesian. Aku derma satu komen, biar cepat genap 50. Hahaha.

Ariffin Janal berkata...

yessss ! komen lebih dari 30 ! tahniah lucius~

tsubasa berkata...

ak rs inter leh mng laa.. kat nou camp nt myb barca mng tp inter still pg. silap2 draw je. jgn lupe inter ada eto yg da score 2 kali mse kat final champion league. da la score, mng plak tu. kire berpengalaman tu.. inter+mourinho+eto+++

Ajeossi berkata...

hantu tindih kot~

Just Muhammad berkata...

yay! inter menang.

geram bai kat barca time final uefa last year..

jgn dilupa wahai rakan2..

manchester united pernah menang 2-0 dgn inter last year

yay again..

ALEX > MOU

*wink*

moze berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
moze berkata...

Game ni sepatutnye game UCL final tahun ni (Since MU dah out).
Kedua2 manager mmg main taktikal habis.. Tp Pep silap mainkn Ibra. Patutnya bg Pedro jd lone striker n Messi roaming kat blkg dia. Mgkin d Nou camp nnti Pep menebus kesilapan dia dgn main taktik cam lwn Real.
Tp aku still expect MU...eh tersilap..Inter akan g final. Lwn Lyon. Inter akan defend gila baban kat Nou Camp cam Hiddink's Chelski last season kat Nou Camp.
Lyon ble pegi coz..if they can beat Real @ Bernabom..they can beat anybody. (Except kalo bas driver yg bwk diorg tuh saje bwk smpai mabok jln semua player Lyon..hehe)

jebat derhaka berkata...

gua rasa inter lyon final derr...pg nant babarian menang 2-1,bila main di lyon ,lyon menang 1-0.lastly final inter lyon...but lyon dlm ucl abis high pun semifinal,ton ni hope2 final kot...

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

yeah...
gua sokong lyon pegi final...
jumper barca atau inter...
tp better barca la... sebab gua nk tgk messi di final...
walaupun gua red devils, dan gua ingat keperitan m.u final ucl season lepas, tapi gua support messi sebab he is the miracle n come from outer space!

jebat derhaka berkata...

gua hope inter jumpa lyon bai,messi pun idol gua.tp inter byk argentine derr.utk motivet for WC2010....

Gua! berkata...

lucy amat meminati mourinho.itu kenyataan.mana2 supporters chelsea tetap terkenangkang mourinho, the special one.manager yang penuh dengan idea taktikal.

Kamarul XY berkata...

aimantakkisahpon,

Ko diamlah.. menyampah lak aku kat ko...

Lucy : Tolong cover Coppa Italia Finale. Roma Vs Inter. Serie A pun Roma ngan Inter ni..Dua2 lak mantan pengurus Chelsea nih.. Demm..

Jarr berkata...

jebat derhaka - gua syak lu ni adnan sempit ni..kalau bukan adnan,mesti lu bobbi.derr...derr...derr.... :p

Oh Me berkata...

jap nak tanya sape yg expert...Inter tak pernah menang Champs League kan?

John Lanun berkata...

Forza Italia !!!

aimantakkisah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aimantakkisah berkata...

kamarul, rileks la bro... apehal nak gadoh2 ni?

Jarr berkata...

oh me - ada, tapi zaman European Cup.Season 63/63 ngan 64/65...ni yg meroyan nak menang CL ni...

talkIZcheap! berkata...

@r.k: rasanya barca dh penah kalah dlm La Liga... kalo tak mesti jadik front page punya rekod tanpa kalah dlm liga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...