ANDA SEDANG MEMBACA

29

Rebiu: Chelsea 1 – 0 Bolton Wanderers

LuciusMaximus Rabu, April 14, 2010 ,
Chelsea dipaksa bekerja keras malam tadi oleh Bolton Wanderers, yang sebelum ini disebut oleh Pak Alex Ferguson sebagai ‘an easy game’.

Harus diingat Bolton turun dengan mencari mata buat menyelamatkan diri mereka dari zon penyingkiran. Tapi apakan daya bekas pemain mereka sendiri menjadi pemusnah impian The Trotters.

“Itu bukan permainan yang mudah, kami tahu kerana Bolton datang ke Stamford Bridge untuk bermain permainan mereka. Mereka bermain bagus dan menekan beberapa selama 90 minit dengan banyak bola panjang. Itu pertandingan yang sulit bagi kami tapi Chelsea melakukan pekerjaan yang baik, kami menang, hal yang paling penting, dan memiliki banyak peluang untuk mencetak dan meningkatkan keputusan kami,” jelas Carlo Ancelotti dalam laporannya kepada Sokernet.

Kemenangan ke atas Bolton, sekalipun tipis, meletakkan Chelsea selesa di puncak klasemen. Sebelum ini pun memang dah di puncak klasemen. Tapi dengan kemenangan ini makin selesa pula rasanya.

Entah bila pasukan yang suka ‘melepaskan tumbukan padu ke udara’ mahu naik ke puncak klasemen, aku pun tak tahu. Mungkin masih demam Piala FA saiz godang agaknya.

Lagi beberapa perlawanan penting berlangsung malam ini.

Wigan Athletic bertemu Portsmouth yang sudah sah layak ke perlawanan akhir Piala FA dan ke Championship League musim depan. The Latics pula perlu menang untuk menyelamatkan diri dari zon penyingkiran.

Arsenal pula bertandang ke White Hart Lane malam ini dalam North London Derby. Robin van Persie berkemungkinan kembali bermain malam ini menentang Spurs yang kehilangan Ledley King, Jermaine Jenas, Aaron Lennon dan Wilson Palacios.

Kemenangan penting buat Arsenal bagi terus menghidupkan peluang menyaingi Chelsea dalam perebutan EPL. Manakala Spurs pula pastinya berharap mendapat 3 mata penuh buat menyaingi Manchester City untuk slot Champions League yang terakhir.

Kenapa aku mengulas prebiu perlawanan Arsenal aku pun tak tahu. Oi, Pipiyapong mana?! Mana?!

Apa sekalipun, aku meletakkan Spurs sebagai faveret untuk menang malam ini. Satu sebab Harry Redknapp memang cool. Dua sebab nak gelapkan masa depan Arsenal. Tiga sebab nak hancur leburkan harapan Liverpool.

Spurs menang, 3 – 1.

Satu lagi perlawanan menemukan Aston Villa dan Everton. Kedua-dua pasukan ini masih mempunyai harapan untuk merebut tempat ke-4 liga dan pastinya perlawanan malam ini menjanjikan persaingan yang sihat.

Ya, masih berpeluang. Sebab itu Sokernet meletakkan Everton dalam undian tempat ke-4 di samping Villa, Spurs dan Manchester City.

Takkan nak letak Birmingham City, Stoke City atau Blackburn Rovers kot?

29 Ulasan:

talkIZcheap! berkata...

kadang-kadang aku confuse jugak, apa perkataan asal yg ditrasnlasikan oleh ko dlm artikel tu...huhu

'mencetak'??

LuciusMaximus berkata...

Printing

ibj berkata...

reaksi linesman game chelsea bolton mmg terbaik, penuh perasaan

talkIZcheap! berkata...

"printing and increase our result"?

hurm...

aishah aurelia berkata...

biarlah liverpool di tangga ke sebelas di bawah city, villa, spurs, mahupun everton.
asalkan di musim hadapan liverpool akan diberi peluang untuk bersaing di europa league demi mempertahankan kejuaraan.
amacam?

Jarr berkata...

i assumed artikel ni rebiu chelsea bolton..then bukan nak ckp pasal liverpool kan?kejakian biarlah berasas..jangan ikut sedap bontot jer..

aku dah sms bungwahab.

aimantakkisah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aimantakkisah berkata...

owen coyle call aku malam tadi lepas game, dia kata: aku sungguh kaget melihat kehebatan drogba bermain volleyball pagi tadi, world class! aku ingat dia mabuk ka apa sebab aku miss game tu

pakkordi berkata...

Pipiyapong sebok nak pasang pendakap gigi. Nak jadi terminator katanya di facebook.

Zinedine Zaiddin berkata...

Van Persie kembali beraksi..abih la ayam London kena ratah~

Unknown berkata...

xde la easy sgt game smlm. cet. kate easy game

kareem berkata...

fuhh..lame gua tak tgk budak robin ni...arap2 beliau jadi supersub...pastu MU leh tggl jauh2

moze berkata...

Congrats ar Lucy...kompem ar Chelsea menang BPL.

Persatuan rep & linesimen FA England dah add Ancelotti dlm list pengurus kesayangan diorg. Kompem takkan ade offside or penalti yg Chelsea akan concede...

hehe....Pak Alex plak dlm hatelist rep ngan linesimen England... so pape offside ke penalti MU rec'd, kompem tak dpt ar beb!

Tu la..Pak Alex asek komplen jer...

Tp pape pon aku tetap sokong MU..

GGMU

afterc berkata...

"Wigan Athletic bertemu Portsmouth yang sudah sah layak ke perlawanan akhir Piala FA dan ke Championship League musim depan."

Portsmouth layak ke championship league ke? rasanya europa league la..

blitz berkata...

betul la tu.. portsmouth kan dh confirm relegate gi championship league..

aimantakkisah berkata...

moze, sambil2 putus harapan tawon ni manyoo dah nak tlepas peluang catat rekod menang title 4 tahun berturut2 tu, elok2 sama solat hajat mintak tottenham dan liverpool mengganas masa lawan chelsea nanti ye tak? mathematically we still have a change though slim one...fingers crossed!!

adijaya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
adijaya berkata...

LONDON - arsenal dengan ini secara rasmi telah menutup musim 2009/10 tanpa memiliki apa-apa piala pun. dengan hati yg sebak, penyokong the gunners merelakan perburuan gelar EPL kepada 2 pasukan sahaja. dengan liverpool yg masih berjuang di kancah europa league, musim ini menyaksikan arsenal adalah team pertama dari top 4 yg menutup musim dengan tangan kosong. memandangkan man utd telah mengambil carling cup lebih awal, hanya itu satu-satu nya piala mereka musim ini. dan menurut sebahagian besar penyokong yg ditemui di white hart lane, mereka berpendapat selagi almunia menjadi keeper utama, selama itulah piala takkan hadir di emirates.

aimantakkisah berkata...

tottenham prove to be the title decider this season. After this game, they will play chelski and manyoo in their next two games. dan aku jangka weekend ni depa mengganas lagi dgn skuad volleyball singa biru tapi lepas tu depa semput, kalah dengan team setan, muahaa...

shankly tak nak kasi pandangan bookie sapa juara tahun ni?

kareem berkata...

hehe...lepak adijaya...

secara matematiknya,masih ada harapan utk arsenal.para bookie pun memang meramalkan arsenal drop point lwn spurs...

tp gua mmg suka la sama itu robin. Betul2 ada instinct striker..Bendi kene byk blaja dr die..

adijaya berkata...

kareem, aku ingat yg persie shoot last minit tu bleh gol, bola cantik je. tapi save plak dah. duk ingat nak 2-2 je tadi.

Acaii Jawe berkata...

5 tahun lepas : Alaaa takpe arsenal tak menang trophy tahun ni..sebab player2 arsenal muda2 lagi..masih dalam rebulding team..tengoklah 2-3 tahun lagi mesti mantap dan sapu bersih piala2 kat EPL dan eropah..yang penting arsenal main cantik..

Sekarang setelah 5 tahun berlalu takde piala apa2 : Takpelah arsenal muda2 lagi, ada peluang cerah masa depan..yang penting main cantik..ramai player2 muda berbakat berbanding team chelsea dan manutd..masa depan cerah..

10 tahun lagi di divisyen 1 tanpa piala gak takpelah, arsenal pasukan muda lagi beb..tengoklah 5 tahun lagi mesti player2 dia matang..yang penting kitorang main cantik..

Shank berkata...

update - unbelievable

arsenal drop 3 - possibility 83 points
Hotspurs + 3 - possibility 65 points

kareem berkata...

shankly..mmg arsenal nak kasi lvpool dok bwh je..keh3

adijaya berkata...

afterc berkata...

"Wigan Athletic bertemu Portsmouth yang sudah sah layak ke perlawanan akhir Piala FA dan ke Championship League musim depan."

"Portsmouth layak ke championship league ke? rasanya europa league la.."

jawapan kepada afterc: championship tu divisyen bawah EPL, yg newcastle duk main skarang ni. takde kaitan dengan champions league pun. jadi kalau nak bagi komen tu, biar la berasas. jangan duk main hentam pengarang je. banyak aku duk tengok yg bagi komen ni, pakai main tulis je. semoga sedikit bermanafaat.

Red Doss berkata...

mana mamat villa?x nak bg komen ke :p

blitz berkata...

adijaya : itu lah pasal.. ni sbb duk tgk EPL je.. tk penah nak amik tahu cerita luar EPL.. tu yg jadi gitu..

Emmet Muhamad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ayobkelubi berkata...

cilakak lu lucius. hahahahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...