ANDA SEDANG MEMBACA

8

1Brazil - Rakyat Didahulukan, Beer Diutamakan

Lucius Maximus Khamis, Mei 27, 2010 ,
Com Skol, tudo fico redondo (Dengan Skol, semuanya bundar)

Brasilia, 26 Mei – Brazil telah memotong kadar duti beer sempena Piala Dunia 2010 setelah pembuat beer tempatan memberi amaran mereka tidak mampu memenuhi permintaan sekalipun setelah kadar produksi dilipat gandakan.

Levi import beer dalam tin akan dikurangkan dari 16 peratus kepada hanya 2 peratus, menurut sumber rasmi kerajaan.

“Pihak industri memaklumkan dalam surat kepada Dewan Perdagangan Luar bahawa mereka tidak dapat memenuhi permintaan yang dijangka meningkat”, kata Anamelia Seyffarth, wakil dewan, ketika dihubungi Sokernet sebentar tadi.

Brazil adalah pasaran beer ke-4 terbesar dunia. Sebanyak 88 juta tong dihasilkan suku pertama 2010 dengan kadar tonggakan beer sebanyak 53.3 liter per kapita.

Presiden Luiz Inacio Lula da Silva dalam satu kenyataan rasmi menyebut “keputusan ini adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat selaras dengan gagasan 1Brazil iaitu rakyat didahulukan, beer diutamakan”.

Tambahnya lagi, “kerajaan Brazil tidak perlu menunggu pilihanraya kecil untuk melaksanakan dasar-dasar proaktif, kami tidak perlu buat jambatan, buat sekolah atau turap jalanraya 3 ke 4 kali untuk memenangi hati rakyat”.

Selaras dengan keputusan kerajaan, pihak swasta di Brazil juga mengambil langkah proaktif untuk kepentingan pekerja bank. Bank-bank Brazil telah meluluskan permohonan balik awal untuk para pekerja bank pada hari perlawanan melibatkan Brazil. Sokernet difahamkan mereka bakal menonton siaran langsung di TV bersama beer ‘mesra rakyat’.

Berita lanjut.

8 Ulasan:

pakkordi berkata...

Root Beer Float. Double Scoop!

Viva La zuLL berkata...

Amacam ngan 1Malaysia WorldCup 2010? ada bran? hahhahaha

http://ohserius.blogspot.com

E berkata...

adoooiii hahahaha

E berkata...

@viva la zull - kamu kena baca entri Obe semalam. ngeeeehhh peace v

BTW, aku suke the 2nd last paragraph.. fuh!

HafizChan berkata...

Bundar jugak kan!

Queen berkata...

nak jugak..sama order dgn pak kordi...teringat kisah di A&W dulu..ade pelancong yang order set A&W tapi tak nak air sebab dia ingatkan beer....aku terpaksalah explainkat bagi pihak staff tu yang root beer is only a name....actually itu soft drink...tak tau pe nasibnya selepas tu..

eh..komen dah lari dari tajuk... =)

Kuwe berkata...

Acara pesta kocak kocak botol, sembur buih beer akan menyusul setiap kali jaringan gol. Penjualan botol meningkat luar biasa pada perlawanan kedua.

Abdul Sokernet berkata...

Sebab tu awal awal lagi gua suruh sokong Brasil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...