Aku sebenarnya sokong Turki, Senegal dan Mesir. Tapi apa kejadah semua team yang aku sokong tu tak masuk.
Ok, aku pun minat Belanda dan Sepanyol, tapi pengulas lain dan ambik. Boleh je kalau nak ambil sama, tapi aku ada sejarah sebagai seorang Sleeping Partner yang hebat semasa buat assigment di U. Aku tau tulis nama dalam group pastu aku tido. Akhir sem, sedar-sedar je aku dah dapat C.
Jadi bagi mengelakkan gejala tidak sihat itu kembali menghantui aku dalam assigment sokernet kali ini, aku pilih team asing-asing. Team yang aku memang ada sejarah minat. Pertamanya aku minat Ghana. Nama Ghana kalau sebut, semangat aku jadik lain macam. Macam kalau aku sebut nama Ayatul Husna.
Ayatul Husna sedang naik kapcai. Aku kenal dia kat filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2. Layan jugak filem tu.
Selain Ghana aku juga nak amik Nigeria. Ok, Nigeria aku memang minat time USA 1994. Jersinya sangat rare. Pastu individu skillnya, ngeeee.... Wong Sai Kong pun tabik.
Ok, sekarang dah jelas, aku pilih Ghana dan Nigeria. Oleh kerana, antara banyak-banyak pengulas, pengetahuan bola aku yang paling tidak boleh pakai, jadi untuk assigment kali ini aku kena buat kajian lapangan. Aku akan pergi ke Ghana dan selepas itu singgah ke Nigeria. Aku dah buat proposal dan hantar ke board Sokernet. Dalam proposal itu aku ada letak jugak, aku nak jual AK 47 dan helikopter Chinook kat pemberontak Afrika. Selepas tu buat usahawan kecil dan sederhana jual batu berlian.
Tapi memandang bajet tak ada, proposal aku ditolak walaupun aku dah cakap aku nak jual AK 47 dan helikopter Chinook. Usahawan kecil batu permata pun tak boleh jalan. Jadi aku terpaksa buat kajian lapangan di Cyber Jaya, di Lim Kok Wing dan juga di UIA. Khabarnya tempat2 tu banyak mamat Afrika. Tidak kisahlah Afrika belah mana, janji dia tak jual jam dan dompet kat aku.
Hidup Ghana dan Nigeria. Yeeeeaahahaha.
18 Ulasan:
Hahahaha..kita satu kem!!
Aku sokong ghana!!
err...france xde sape amik ke?
Aritu team Piala Thomas Nigeria pun geng2 yang jual jam, kalau tak silaplah...
hahahha..jual jam ngan dompet 2 xleh blah:P
ohh! Ghana ada Sulley Muntari..
woit dingin! mari kita berperang!....
Oi England!
halamak cam baju kemaja pun ada..ahaha
KCB mmg terbaik
hmm teringat aku pasukan top yg x dapat masuk euro 2008
kem greece la rare. Negara bengkrap ni semangat dia lain.
Bagus. Dasar tak pandang barat.
proposal ditolak mgkin atas sebab-sebab keselamatan kot?? ye la, mana tahu ko terlencong ke Algeria?? huhu...
haha USA 94 aku consider WC ngan pakaian beragam, USA sendiri, jersey agak bercorak corak..Jorge Campos mexico, sedia maklum, baju keeper mcm nak gi Picad.Pilihan Dingin tepat...:p
jersi yg pelik!
lecturer ak org nigeria.ko nak no tepon die x? keh3
Zaman Piala Dunia 1994 femes dengan jersi corak awan larat, siap ada kolar macam baju kemeja. Tu belum masuk jersi kolar ikat bertali macam Hummel
Dingin, ko singgah nilai, ramai gak. Tapi, Afrika ni awal2 je, diorang ni kalau dah perasan bagus sgt, tak leh pegi jauh. Aku teringat tul game Nigeria lwn Italy, USA 94. Memang ada harapan menang, italy dah tak leh pegi, Mamat2 Nigeria nie boleh lak memain, konon2 nak bangankan Italy. Silap la, depa ada Roberto Baggio..terus sangap, bungkus kat 2nd round. senang cite, lack of discipline
takder sapa nak ambik Abang Drogba punya team ker ? .... Ivory Kote
wa join lu lah dingin..
jiwa underdog lu memang smart.
wa sokong serbia ngan mexico..
tapi xde kem..
wa join kem lu..
bed crew ahaha Cote D'Ivoire, sy suke jugek!
Catat Ulasan