Ini Gerd Muller Nombor 13 Der Bomber
Tapi pakcik otai Muller kita adalah pemenang Piala Euro 1972 dan Piala Dunia 1974. Dia juga pemenang kasut emas Piala Dunia 1970, menjuarai Bundesliga bersama Bayern Munich sebanyak 4 kali dan Champions League 3 kali.
Dalam karier bolasepaknya pakcik otai ini telah menyumbatkan 489 gol di peringkat kelab. Dalam persada antarabangsa, telah menjaringkan 68 gol dari 62 perlawanan, purata 1.1 gol setiap perlawanan.
Sekaligus melayakkan beliau menerima jolokan ‘Bomber der Nation’ atau ringkasnya, Der Bomber. Dah boleh kira setaraf dengan Mokhtar Dahari.
Gerd Muller dilahirkan tanggal 28 Zulkaedah 1364 Hijrah di Nordlingen, Jerman. Ketika muda bermain untuk kelab tempatan TSV 1861 Nordlingen sebelum diserap masuk ke Bayern Munich pada 1964, tahun orang putih.
Der Bomber kali pertama menggegar arena bolasepak dunia pada tahun 1970 ketika Piala Dunia di Mexico. Dalam kejohanan tahun 1970 ini Gerd Muller menyumbat 10 biji gol untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan (1 vs Morocco, 3 vs Bulgaria, 3 vs Peru, 1 vs England dan 2 vs Itali). Tetapi laluan Jerman tersekat di separuh akhir apabila tewas kepada Itali 3-4 dalam perlawanan yang digelar Game of The Century. Jerman pulang dengan hanya mendapat tempat ke-3.
Tapi bak kata orang apalah Jerman kalau tidak resilien. Pada tahun 1972 ketika kejohanan Euro di Belgium, Der Bomber membantu skuad Jerman menjulang Piala Euro selepas menewaskan Soviet Union 3-0. Kejayaan ini menjadi pemangkin dua tahun kemudiannya apabila Piala Dunia 1974 diadakan di Jerman.
Bermain di negara sendiri, Jerman adalah faveret untuk menjuarai Piala Dunia 1974. Setelah menyumbatkan 3 gol sebelumnya (menentang Australia, Yugoslavia dan Poland), Gerd Muller berjaya membantu Jerman layak ke perlawanan akhir menentang pasukan Total Football, Belanda. Jerman menang 2-1 dengan Der Bomber muncul penjaring gol kemenangan. Ia juga merupakan gol terakhir beliau buat Jerman kerana sebaik saja menjulang Piala Dunia beliau mengumumkan persaraan dari arena bolasepak antarabangsa.
Ger Muller tersenarai dalam FIFA 100 sebagai antara pemain bolasepak terhebat dunia. Selepas bersara beliau menceburkan diri buat seketika dalam kancah minuman botol sehinggalah kelab lama beliau Bayern Munich menyelamatkan Der Bomber dari terus menjadi Der Botol.
Kini Gerd Muller berkhidmat sebagai jurulatih skuad simpanan Bayern Munich. Sokernet difahamkan pejabat beliau hanya 50 kaki saja jauhnya dari pejabat bekas pemain bolasepak Malaysia, Lim Teong Kim yang merupakan jurulatih skuad remaja Bayern Munich. Sokernet syak mereka sekali-sekala lepak bersama minum air botol.
Sebagai mengenang kehebatan penyerang Jerman ini, adidas mengeluarkan rangkaian pakaian dan kasut diinspirasikan dari Der Bomber sendiri. Harganya boleh tahan mahal, setakat penulis-penulis Sokernet memang tak termampu nak beli. Harap ada pembaca di luar sana yang prihatin dan sudi memberi sumbangan.
Aku pakai saiz M. Kalau kasut UK 8.
David Winner, seorang penulis bolasepak pernah bercerita tentang Der Bomber.
“Müller pendek, jongkok, yang tampak kikuk dan tidak terutama segera, ia tidak pernah berpadanan dengan idea konvensional pemain bola hebat, tapi ia mematikan akselerasi jarak pendek, permainan hawa yang luar biasa, dan naluri mencetak gol luar biasa. kaki pendek itu memberinya aneh pusat graviti rendah, sehingga ia boleh berubah dengan cepat dan dengan keseimbangan sempurna dalam ruang dan pada kelajuan yang akan menyebabkan pemain lain untuk jatuh. Dia juga mempunyai bakat yang mencetak gol dalam situasi tidak.”
Aku main terjemah guna Google Translate.
Gerd Muller. Der Bomber. Selayaknya menerima tumbukan padu bertubi-tubi ke udara!
Nota: Siapakah yang membantu menyelamatkan Greece dari bengkrap? Jerman. Tak perlu guna klip video pun.
*****
Sokernet ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah buat keluarga dan memanjatkan doa buat bapak Gesang Martohartono (lahir 1 Oktober 1917 Surakarta – tutup usia 20 Mei 2010 Surakarta).
“…Mata airmu dari Solo, Terkurung Gunung Seribu, Air mengalir sampai jauh, Akhirnya ke laut…” (Bengawan Solo)
31 Ulasan:
1st
2nd
gua pun m.u gak lucy, kenal apa gerd muller....keh keh
2nd
alaaaa!!! deus!
ok 3rd!
lu pun nak sandarkan pada kenangan gak ke lucy?
Jerman team robot.
jerman byk legendary footballers ok..
3G!! Go Go Germany!
entry yg bagus. =))
-YNWA
satu penafian fakta .
German 70-an squad hebat sbb ada 2 org manusia paling prodigy beckenbauer & sepp maier !!
Lim Teong Kim dah balik mesia kan, Mubin Mokhtar yg ganti dia develop team youth sana skang.
hebat jugak coach2 malaysia ni. apa kata persatuan kenasepak malaysia?
Bagi aku, German golden years ialah zaman Lotthar Mathaeus, Andreas Brehme, Juergen Klinsmann, Juergen Kohler, Bodo IIlgner, Rudi Voeller dan seangkatan dengannye (ramai lagi)...main macam killing machine..slow but murderous..tanya Gary Lineker and Chris Wadddle. Tapi zaman sangap German, zaman Lotthar Matthaeus main sweeper dan bergaduh ngan Klinsmann.
Zaman Rudi Voller kena ludah ngan Rijkaard?hahahaha...
Aku rasa Mubin dpt coach youth Bayern sebab dia pemain bolasepak pertama berjaya sepak bola sampai keluar stadium masa zaman semi pro..korang ade?:p
Hmm Der Bomber ke, ingatkan sapa la. Tengok dah design adidas tu, murah murah dekat Danau Kota. Damn!
"German takkan menang world cup bersama Ballack"
Ciss, gua ingatkan David Winner tu ditemu bual wartawan indonesia!
ballack x main,german mng world cup tahon ni
german buleh menang kalau loew arahkan team German macam Vfl Wolfsburg main season 2008/09 ... menyerang dari saat 0.001 hinggalah 90' ++++
@shankly
Ini Idola Isnin - Gerd Muller. Khusus nak cerita pasal Gerd Muller saja. Beckenbauer dan Sepp Maier nanti bila masuk giliran diorang baru aku cerita.
Apa lu tak baca tajuk ke? Judi banyak sangat lu ni!
Wow! alke sebut 1,1 nama legendary footballers of germany \*_*/
3G! Go Go Germany!
Ghana jangan nak tiru pulak..
Aku pun geng Ghana jugak dengan dingin sempena rima bunyi "Hayatul Husna" KCB
siapa yg kenal Ballack? cuma peminat Chelsea...
tak pernah menang apa2 pon, walaupun byk kali masuk final.... (Kecuali England FA cup)
walaupun sy minat Chelsea. tp sy x minat Ballack.. simply... x tau kenapa.. dan dlm team Germany, hanya Ballack sorang je bermain di EPL.. dia sorang aje! tak tau la nak kata black sheep ke atau the best in Germany ke apa.
Cerita pasal german ni, teringat pulak dengan jurulatih pasukan Perak dari Jerman dulu, Karl Heinz Weigang. Aper citer ek dia tu?
gua Baresi rilek je. Tak penah menang world kap tapi tetap lagenda.
Sape Gesang Martohartono? sorila kalau x kenai...
Gerd Muller dalam Bayern Munich skang ni pun smart gak die main...fuhhh..
brade lucy memang otai la kalau minat gesang martohartono
cik e, ballack pindah ke chelsea on free transfer. dia sendiri yg pilih chelsea & chelsea pun terima ballack.
dia main di england bukan sebab black sheep atau sebab dia the best in germany. kebanyakan pemain jerman memang main di negara sendiri sebab level bundesliga yang tinggi. tapi ballack lain sikit sebab selepas kontrak habis dengan bayern munich, dia sendiri yang decide nak main di negara lain.
kebanyakan player germany lain tak nampak sebab nak pindah liga negara lain sebab bundesliga sendiri lebih bagus dari other leagues
oohh! thanks for the info buenaventura durruti ;) ok, ok. peminat ballack ke? sorry ;)
ballack penah sound kalu nak jerman mng piala dunia..player jerman kene kuar dr bundesliga.. player2 skuad piala dunia 90 spt andreas behme, matthaeus, rudi voller klinsmann..sumer men kt serie A zmn tuh..
Catat Ulasan