ANDA SEDANG MEMBACA

13

Biru Mata Hitam Ku

LuciusMaximus Rabu, Mei 05, 2010
Pergh. Sekali-sekala layan karaoke nyanyi lagu ni, memang hujanlah dibuatnya.

Tapi ini blog bolasepak, bukan blog Akademi Fantasia. Jadi kita akan bercerita mengenai bola secara amnya dan Chelsea secara khususnya.

Haji Hasbullah Awang kata, masa depan sebuah kelab bolasepak itu terletak pada bahu skuad pelapis mereka. Jika betul seperti yang didakwa, maka masa depan Chelsea jelas berada dalam keadaan yang baik.

Malam tadi skuad muda-mudi Chelsea berjaya menundukkan skuad anak ikan Aston Villa 2-1 (3-2 secara agregat) di Stamford Bridge untuk menjulang FA Youth Cup buat kali ke-3.

FA Youth Cup ialah pertandingan mirip seperti FA Cup tetapi dibuka untuk skuad bawah 18 tahun. Walaupun tidak gempak seperti FA Cup yang sebenar, ianya adalah batu loncatan untuk bakat-bakat muda yang bakal menggegar arena bolasepak profesional dalam tempoh 4 atau 5 tahun akan datang.

Pentingnya FA Youth Cup sebagai penunjuk potensi masa depan sebuah kelab sangat jelas dan nyata. Manchester United menang piala ini pada tahun 1992, dibarisi oleh pemain seperti Ryan Giggs, Gary Neville, Nicky Butt dan David Beckham. Bagaimana beberapa tahun kemudiannya Red Devils mendominasi England dengan nama-nama tersebut, tak perlulah aku ulang cerita di sini. Lain-lain nama yang pernah menjulang piala ini antaranya ialah Frank Lampard, Theo Walcott, Steven Gerrard dan Wayne Rooney.

Marko Mitrovic, Jeffrey Bruma, Conor Clifford, Aziz Deen-Conteh, Josh McEachran dan Jacopo Sala mungkin antara nama-nama yang bakal menggegar Stamford Bridge satu hari nanti.

Persaingan Merebut Slot Terakhir Champions League, Dan Liverpool Tidak Ada Dalam Senarai!

Hanya satu mata memisahkan Tottenham Hotspur di tempat ke-4 dan Manchester City di tempat ke-5. Perlawanan malam ini di City of Manchester Stadium amat penting buat kedua pasukan bagi merebut slot Champions League terakhir musim depan.

Aku rasa kita perlu tengok perlawanan ini walaupun kena berjaga malam. Pertama untuk meraikan ketibaan ahli baru Big Four dan kedua untuk meraikan kejatuhan Kelab Sejarah Kuno Liverpool (kita tambah perkataan ‘kuno’ setelah penyokong Chelsea menyanyikan “You’re ancient history” di Anfield minggu lepas).

Apa pun aku harap Spurs menang, 3-1. Manchester City macam berlagak sangat, tak best.

p/s: Ramai yang undi Frank Rijkaard, betul-betul nak dia atau saja nak pelingkup Liverpool lagi?

p/s lagi: Pengulas kem-kem lain semua dah pergi Afrika Selatan rasanya, standby awal untuk Piala Dunia.

13 Ulasan:

Jorji berkata...

gua masih ada.sedang draf post kemenangan musim ini dan ulasan sepanjang musim.

Jarr berkata...

gua suka statement yakin dari jorji diatas...haw haw haw...

http://www.liverpoolfc.tv/eseason/Features/Players-salute--18681.php3

YNWA.

Besi Karat berkata...

Aku juga berharap spurs menang.harap2 eidur gudjohnsen akan menyerlah.

boxsystem berkata...

Spurs FTW!

Boleh tak berharap Spurs dapat tempat ke-3?

Terlalu optimistik ke?

LuciusMaximus berkata...

Boleh, aku yakin Fulham boleh tapau Arsenal. Spurs perlu pastikan menang baki 2 perlawanan ini je.

Jap lagi aku call Roy Hodgson, don't cha worry!

Zinedine Zaiddin berkata...

Harap2 Arsenal tak kalah baki perlawanan. Macam gampang, dengan Blackburn pun kena 2-1.

Bab kalah 3-2 dengan Wigan masih x dapat dilupakan, rasa mcm nak menyumpah seranah aje....grrrr

Jarr berkata...

Wigan tu bahaya jugak eh..banyak kejutan gak team ni..
harap harap chelsea tak amik mudah game ni...

janggout berkata...

game last chelsea nt mereka kena berjaga-jaga. risau lak aku dengan wigan ni. mungkin ancelotti ada strategi gempak?

KTBFFH

LuciusMaximus berkata...

Kita kena cari gol awal, sebaik-baiknya 2 gol. Jangan berharap satu gol nanti jadi kes Blackburn Rovers hari tu, hujung-hujung kena equalise.

Aku bajet Man U pun akan mengganas dengan Stoke. Aku yakin Red Devils dan The Blues akan all out macam itu peluang terakhir untuk main bolasepak sebelum dunia ni kiamat.

aimantakkisah berkata...

nampaknya fan liverpool menyokong penuh chelsea juara... benarlah konspirasi teori selepas gerrard hadiahkan goal pada the drog...

Mzk berkata...

Slack chelsea bila dah leading 4, 5 mata tetiba kalah ngan team biasa2 plak..

talkIZcheap! berkata...

gile lar keyakinan memuncak J or Ji.. salute aku! huhu...

Pet Shop Boys berkata...

"Apa pun aku harap Spurs menang, 3-1. Manchester City macam berlagak sangat, tak best."

Muahaha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...