Tahun itu adalah tahun mereka. Pada setiap hari yang mereka lalui, mereka berharap semoga piala dunia tahun ini adalah milik negara mereka. Pasti... tahun ini adalah tahun milik Sepanyol. Pasti! Itulah kegembiraan dan itulah harapan rakyat Sepanyol kerana piala dunia tahun itu berlangsung di sana. Tanpa mereka tahu, mereka sekali lagi akan kecewa.
Jauh di Amerika Selatan, skuad yang dicanang-canangkan sebagai skuad paling berbakat di dunia sedang gigih menjalankan persiapan. Tidak ada yang kurang. Mereka ada Junior, Falcao, Socrates, Zico, Serginho dan Eder. Semua serapah sudah cukup cuma belum diuji di padang rumput.
Brazil 1982 - penuh bakat
Kembali ke Eropah, di sebuah stadium yang kosong di Itali, kelibat seorang pemain yang bakal menggegarkan piala dunia tahun itu sedang gigih berlatih. Dia bukan sandaran utama tetapi sesuatu akan terjadi, sesuatu yang akan menobatkannya menjadi lagenda yang bernama Paolo Rossi.
Rossi, tengah tak sedap hati.
Jauh di Argentina, pekik tawa pemain bercampur baur dengan satu semangat, semangat mahu mempertahankan Piala Dunia 1978. Di sebalik kelibat pemain-pemain yang penuh semangat itu, terselit seorang legenda yang sedang dalam pembikinan. Piala dunia tahun itu adalah yang pertama untuknya, piala dunia yang akan mengajarkan erti perjuangan, dan hari-hari Deigo Maradona pun semakin hampir.
Maradona, kalau cikgu disiplin sekolah nampak, siap rambut dia
Di Eropah Barat, di hujung padang berdiri satu susuk pemain, memandang jauh ke langit Perancis. Dia sedang memasang azam yang kukuh. Dia mahu menjadi yang terbaik dan dia mahu menjadi yang paling hebat. Dia mahu menunjukkan kepada dunia siapa Michel Platini.
Platini, agak kacak
Sementara itu jauh di hujung benua Asia. Di sebuah negara yang masih memegang kuasa pengeksportan getah dunia, seorang lelaki menatap akhbar dengan wajah yang kecewa. Tahun itu, Kementerian Penerangan tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan bagi kos siaran langsung Piala Dunia 1982.
Mungkin kerajaan mahu berjaga-jaga ekoran kos pilihan raya umum 1982, ataupun mungkin juga perbendaharaan sudah berkurang kerana gigihnya kerajaan melaksanakan Projek Serbuan Subuh, membeli semua saham Sime Darby di pasaran saham negara penjajah (Sebenarnya Guthrie - aku salah ingat kronologi. hahaha. Tq Pelaung Pulau sebab tegur). Mungkin juga kerajaan tidak mahu adanya judi sukan.
Mungkin juga kerana Kementerian Penerangan tahu, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ada televisyen. Jauh di pinggir Sarawak dan Sabah, masih ramai rakyat yang lebih khuatir berkenaan tanaman koko dan kelapa mereka. Ada waktu penduduk itu menenangkan hati dengan meminum kepala ataupun mengulum biji koko mentah yang masih manis. Namun, tidak ada siapa pun tahu apa sebab sebenarnya.
Lelaki yang kecewa itu pantas mencapai kertas dan pen. Dia mahu berbuat sesuatu. Biarlah kerajaan dengan masalahnya. Biarlah rakyat yang lebih gemar di kebun koko dan kelapa bergelumang dengan nyamuk, tetapi dia tetap mahu siaran langsung Piala Dunia 1982. Tidak mungkin dia sekadar duduk sambil mengharap Dr. Mahadir membuat sesuatu. Tidak mungkin....
Lalu pada suatu hari yang baik, sebuah akhbar menyiarkan surat lelaki itu. Sekiranya kerajaan tidak ada wang, jadi biarlah kita rakyat Malaysia yang menyumbangkan wang. Entah daripada mana semangat itu datang, tanpa mengira kaum, agama dan parti, kesemuanya menyokong cadangan itu. Satu dana dibentuk, curahan wang datang mencurah-curah. Semuanya demi Piala Dunia 1982.
Jauh sebelum Najib melaungkan 1 Malaysia, rakyat Malaysia sudah bersatu. Hampir dua juta sudah terkumpul namun ia masih jauh daripada sasaran. Pada saat penuh emosi itu akhirnya syarikat swasta tanpa diarah-arah melangsaikan selebihnya. Rakyat Malaysia tersenyum, dunia memandang kagum.
Pada 13 Jun 1982, beberapa minit sebelum perlawanan sulung Argentina menentang Belgium, pada saat semua televisyen dunia dikuasai iklan para penaja, di televisyen Malaysia terbit satu rangkaian kata-kata penuh keramat.... SIARAN LANGSUNG DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA.
Pada tahun 1982, rakyat Malaysia akhirnya mampu melihat bagaimana barisan penuh bakat Brazil tumpas pada permainan penuh disiplin milik Itali. Pada waktu yang sama harapan rakyat Malaysia bagi melihat kebangkitan Algeri berakhir dengan kontroversi. Austria dan Jerman dituduh berkonspirasi menidakkan peluang Algeria, negara kecil yang membuatkan penduduknya histeria.
Skuad Jerman Barat yang sistematik dan kolar jersi pun boleh tahan lebar
Pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia dapat melihat secara langsung perlawanan terhebat piala dunia 1982, Jerman Barat seri tiga sama dengan barisan yang dikemudi pemain penuh inspirasi Michel Platini, yang akhirnya, impian Platini lebur kerana penalti.
Pada waktu itu jugalah buat pertama kali rakyat Malaysia melihat kelibat bakal legenda dunia, Deigo Maradona yang diberikan kad merah kerana darah mudanya. Dan pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia melihat kelincahan pemegang kasut emas Piala Dunia 1982, Paolo Rossi membenamkan Jerman pada perlawanan akhir.
Namun, pemenang utama Piala Dunia 1982 adalah rakyat Malaysia.
Nota: Nak lagi lanjut, kat ruangan komen Bro Axel ada ceritanya. Dia perawi hidup kisah ini.
51 Ulasan:
Damn..Apsal sejarah ni tak di"highlight"?
Ada bukti2 bergambar untuk mengukuhkan fakta Dingin?
dari rakyat untuk rakyat!
try carik jugak, tak jumpa.
mana butang like-this weh! mana mana??
aku nak like-this ini post!!
best gila msia 8 tahun sebelum kelahiran aku.
ayah aku pernah cite pasal menda ni. tp dia pn dh lupa WC bila. good job dingin!!
kalau boleh mintak dgn publisher paper psl surat tu mmg aku salute korang..kalau wujud lg la haha
Betul ke ni? Meremang aku masa baca..
gua rasa macam tak cayer je
untuk info semua, bukan kesemua perlawanan yang ditaja oleh rakyat malaysia. tak silap aku, hanya perlawanan-perlawanan pusingan kedua dan juga melibatkan 'kumpulan maut' di mana brazil, argentina dan italy yang dipilih untuk ditayangkan ketika itu. 2 perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir pula ditaja oleh sebuah syarikat korporat.
aku berpeluang menyaksikan kesemua perlawanan-perlawanan yang ditaja oleh rakyat malaysia, tidak silap aku hanya ada 6 (betulkan jika aku silap) perlawanan yang dipilih memandangkan jumlah wang yang dikumpulkan pada peringkat awal tidak mencukupi dan pemilihan lebih berkisar pada perlawanan 'group of death' sahaja. (perlu dimaklumkan, piala dunia ketika itu menggunakan format berbeza. selepas peringkat pertama, 12 pasukan akan dipecahkan kepada 4 kumpulan di mana pemenang akan layak ke separuh akhir).
tidak salah aku, pada peringkat separuh akhir, dana sudah susut dan pelancaran untuk memenuhkan dana dimulakan semula, dan di peringkat ini, salah satu syarikat rokok telah bersetuju untuk menampung dana tersebut dan rakyat malaysia sudah tidak perlu lagi menghimpunkan duit untuk menyaksikan pertandingan piala dunia lagi. memang ketika itu, piala dunia hanya boleh diikuti dengan berita=berita di akhbar sahaja dan konsep menyaksikan perlawanan secara langsung begitu asing. hanya perlawanan antarabangsa yang melibatkan pasukan negara yang bermain di stadium merdeka yang disiarkan ketika itu. selepas piala dunia 1982 itu barulah perlawanan=perlawanan bolasepak antarabangsa dapat diikuti hasil dari tajaan syarikat korporat terutamanya syarikat pengeluar rokok.
tidak salah aku, idea 'penajaan rakyat malaysia' ini dimulakan oleh seorang wartawan akhbar NST. Mungkin beliau tentang idea ini di ruangan komen beliau (ketika itu idea untuk menyiarkan ruang komentar dari pembaca belum lagi dipraktikkan) dan akhirnya akhbar tersebut menjadi pelopor untuk mengumpul dan menguruskan dana tersebut.
walaubagaimana pun, sungguh mengharukan apabila sebelum tayangan dimulakan, RTM menayangkan slide yang mengatakan ... "SIARAN LANGSUNG INI DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA"
dan aku adalah antara yang bertuah menyaksikan hasilnya ...
malaysia ketika itu tidak semewah sekarang. pada 1982, malaysia ketika itu masih sebuah negara berasaskan pertanian, mahathir baru mula menggerakkan negara menjadi sebuah negara perindustrian yang kita ada seperti sekarang.
pegh! BOLEH MASUK BUKU SEJARAH DAH NI.
aaaa...!! berdegup2 jantung aku masa baca entri
ni..
1982 tak lahir lagi huhu
btw, kan ada iklan2 kat TV yg highlight (sikit) pasal ni.. legenda bola sepak negara...
TQ Dingin
TQ axel
pergh..rasa cam nak nangis
sekarang da ada astro arena...:D
Secara peribadi, aku menganggap brazil ketika itu adalah pasukan terhebat dari segi teknikal. lebih hebat lagi dari brazil yang menjadi juara 2002. Sayangnya Itali mempunyai pasukan yang bagus dan Paolo Rossi amat berbisa di malam pertembungan antara Brazil dan Itali. Akhirnya Brazil tewas kepada kekentalan dan semangat melawan Itali. Sehingga sekarang, aku meletakkan perlawanan ini sebagai yang terbaik di dalam sejarah Piala Dunia setakat ini.
ESPANA 1982 sememangnya Piala Dunia terbaik ketika itu. Bayangkan ketika peringkat kedua, satu kumpulan meletakkan Brazil, Argentina dan Itali. Dan dalam satu kumpulan lagi, Germany, England dan Spain. Dan France dan Poland menepati ramalan untuk memenangi kumpulan mereka.
Dan perlawanan France menentang Germany sama hebat dengan perlawanan Brazil vs Iatli, penuh drama yang melibatkan pemain-pemain terbaik dunia. Poland yang bermain di Piala Dunia tersemut juga bukan pasukan biasa, diperkuatkan dengan Boniek dan kelincahan Lato.
Dan perlawanan akhir, sememangnya hebat. Saksikan ulangan perlawanan di tv untuk merasakan keghairahan pemain-pemain untuk merebut piala penuh keunggulan itu.
1982 ..
tmpt gua diserang penyakit taun & Kolera.
nanges beb aku baca atikel nih...
syabas rakyat malaysia!
sykt rokok tu mesti dunhill
brader dingin... pinjam artikel
Aku syg Malaysia!
Demm.. Terbaik..
projek serbuan subuh tu nak rampas GUTHRIE laaa.bukan sime darby..hahah
Serius aku suke!!!
Terbaik~
Bro Kunang - ambiklah sementara Sokernet masih free nih
Bro Axel - terbaiklah pengalaman.
Pelaung - ya, haha. tq betulkan. Maklumlah cite Sime darby tengah top sekarang. Guthrie pun dah takde.
nampak sgt dingin ngan axel ni dah tua...keh3...
Cool,dingin.Satu-satunya cerita sejarah yang paling aku appreciate dari nko.
Thanks,you enlighten me!cool dingin!Ternyata suara rakyat adalah suara yang kuat dan tak mungkin ditewaskan!
Sekarang warga Malaysia ada ASTRO..Beyond la apa semua..mana nak sedar semua ni.
cool..
1Malaysia..wah..haha
Time tu Liverpool kuat lagi...huhu....
sorry offtopik....okay, first, kredit utk bro dingin dan bro axel sbb menceritakan aku pasal nih...serius aku tak tahu, dan ayah aku pun rasanya tak tahu...:)
Teruskan lagi ngan entri2 macam nih, takde la nnt org kata sokernet nih blog MENGARUT, sbb byk sgt entry mengarut drp penulis kem MU, Chelsea dan ntah apa2 lagi
perghh
aku baru bc entry ni..
terkejut beruk...
seyes ayah aku xpenah crite..
xtaw la die lupa nk crite kat aku..
rugi x iduplg masa tu.. hee
kalo semangat mcm tu ade lg skrg..
bola sepak malaysia mesti maju jugak..
ni skit2 nk harapkan sponsor..
sponsor xde... training xde..
training xde... hancur la baiii...
erkk..
pinjam entry ni gak ek..
aku nk sruh org len tahu gak..
at least aku leh ingat.. :D
malaysia BOLEH
meremang bulu romaku.....
Bro dingin nak pinjam gakk artikel ni.aku rasa semua rakyat malaysia perlu baca artike.Artikel di kategori sebagai aktikel wajib baca...terharu.. daripada http://kelantanfamilychatroll.blogspot.com/
Mak ngan bapak aku telah mengesahkan cerita ini.. Sah betul !!! Demm.. Long live rakyat Malaysia..
agak2 skang leh wat camtu gak tak??
hehehe.. nanti kena ade button Like laa...boleh kumpul 1 juta 'like' artikel nih
kudos to all malaysian 82 ... ble lagi nk dpt semangat tu.. semangat 46 pun da tkde dah.. Xp
pehh sah dingin nie memang otaii sampai tau bab2 historic nie..cayolah Malaysia!!
SUSPEK N RESPEK...zaman kegemilangan bola sepak Malaysia ni....
syabas..artikel kenangan ni..takkan hilang sejarah..nnti watla sebgai arkib sokernet ya..
aku baru nak pandai berjalan time neh ngan main pasir..nak eja bola pon belum tau..tahniah dingin, semangat mcm ni dah payah nak dpt.Sejarah ni, dada rasa sendat je baca artikel ni..heheh.
en.dingin.. sy xlahir lagi ms 1982.. abah plak xsuka tgk bola.. trharu gle dgn fakta ni.. pinjam entry ek! tq~
the best article ever by sokernet!
syahdu sangat time baca tadi, walaupun masa tu aku belum lahir. rasa tersangat bangga jadi rakyat malaysia.
very very proud to be malaysian.
Bro Axel..
terbaekkkk.time tu daku baru lahir kut.bulan 7.isk isk,tahun yg sungguh power.xpernah tau plak kes nieh.sgt mengharukan,kalau laa semangat tu ada lagi sampai harinie.
Bro Dingin..
thanx for the artikel,yeap,nilah artikel sokernet yg sgt baik setelah sekian lama.terharu beb,serius..
Kareem..
Dingin ngn Axel bukan tua,Otai dowh,ni gelaran yg patut.. thanx to them,we at elast know a bit of forgotten history.Damn those who dont know how to documentate thing like this.grrrrrr
GILA...mmg gila....post yg best sama cam post TRONOH....terkentut kentut aku baca...SYABASSSSSSSSS!!!!!!!!!!
pong... mjur ko x cirit birit kan.. heee
gua baru setahun, entah dah pandai berjalan ke belum ntah.. gua mau pinjam artikel ni ye dingin?
dingin da best..
mmg benari.
bro..pinjam artikel...
aku menggemari entry nih..
pinjam entry nih jugak.. akan ku post bg rakyat2 Malaysia zaman skrg tahu.. Thankz Dingin..
sham 86
bro..pinjam entry ni..
terharu beb..
Catat Ulasan