ANDA SEDANG MEMBACA

23

Ke Nako

Abdul Sokernet Sabtu, Mei 22, 2010

Meeting Sokernet yang dipengerusikan oleh saudara Thierry Henry. Makwe baju putih ni asalnya kerani, tapi sebab lawa Lucius buat petisyen suruh dia jadi ahli lembaga pengarah atau dia berenti menulis. So..no wonder Lucius banyak travel oversea.

Kalau ikut persetujuan yang dicapai masa mesyuarat minggu lepas, para pengulas sepatutnya men declare kem negara masing masing pada 24 haribulan Mei 2010.

Pendeclaran mesti dibuat serentak pada pukul 10 pagi waktu tempatan atas satu sebab:

"Peruntukan masa berkempen yang adil dan saksama kepada semua pengulas".

Namun, macam biasalah..the rudeboy Lucius menidakkan segala ketetapan dan peraturan yang termaktub dalam sokernet. Tak sampai sejam entry Lucius Melabuhkan Tirai muncul, Jorji dan Nazri terus merangka draft entry untuk memperkenalkan kem masing masing. Arahan Sokernet supaya Lucius menarik balik entry beliau haram tak dipedulikan. Usaha sokernet memujuk pengulas pengulas macam jorji dan nazri supaya 'jangan publish' lagi juga menuju jalan buntu.

Seorang perangai Hitler, seorang perangai Sid Vicious dan seorang lagi pulak berperangai Maradona. Memang kombinasi sikap yang sukar dibendung. Maka, tiada pilihan lain, sokernet terpaksa membuka kempen bolasepak piala dunia sokernet 2010 secara backdated iaitu pada 20hb Mei 2010.

Lucius bersama Jerman, Jorji bersama England dan Nazri bersama Argentina. Pengulas pengulas lain masih belum merasmikan kem mereka. Mungkin sedang merencana strategi untuk menarik aura?, kita tunggu. Cuma pipiyapong sudah memberi hint dengan merasmikan gelaran baru beliau iaitu Pipistuta. Pipistuta ni bunyi tak sedap langsung, macam nama kanak kanak.

Apa yang jelas, Nazri dan Jorji semestinya bukan lagi rakan seperjuangan. Kalau dulu kombinasi serangan jorji-nazri di sokernet boleh dikatakan perfect 10, sekarang ianya berubah. Kelihatan Nazri akan membentuk kombinasi baru bersama pipiyapong..errr..maksud gua pipistuta. Adakah kekuatan mereka akan kekal sama?, itu juga kita tunggu.

Masa sudah tidak berapa panjang..negara feveret macam Holland, Spain, Italy, Portugal dan Brasil masih belum menerima sebarang pembelaan dari team pengulas. Bagaimana dengan Dingin?, Awi rui?, Jannah? dan obefiend?..itu pun kita kena tunggu. Worst case scenario, mereka akan ambik New Zealand atau setidaknya negara bengkrap, Greece.

Sama sama kita nantikan!

******

Sokernet ingin mengambil kesempatan mengucapkan RIP pada Ronnie James Dio yang mati pada minggu lepas. Memetik kata kata Lars Ulrich dalam surat terbuka beliau kepada Dio:

"It seemed so right to have you out on tour with the so called Big Four, since you were the main reasons that the Big Four even exist".

Ok,Big four di sini bukanlah ManU, Chelsea, Arsenal atau Spurs....tapi benda lain.

Lain lain hal,

Final world cup Brasil lawan Holland, Brasil menang 2-0.

Gua letak rm800!!

23 Ulasan:

pakkordi berkata...

Gua up lagi RM200. Mathijsen patahkan kaki Kaka dan Huntelaar hattrick di final.

eleynashikin berkata...

nantikan jerman di final world cup! menentang apa, x tau lagi..

MOFASAD berkata...

AKU SOKONG ALGERIA

iftitah berkata...

brasil, argentina.

dua dua ni gua rasa tak masuk last 16.

Toto Schillaci berkata...

italia

eleynashikin berkata...

bole masuk la brazil.. kena lepas portugal, cote d'ivoire ngan korea je..

Zinedine Zaiddin berkata...

aku rasa algeria dgn tunisia paling2 koman pn last 16 la jgak..

Unknown berkata...

hahah.sempat lagi letak harga tue.gua nak letak jugak lah. RM200 utk Spain

fikiranlicin berkata...

gua letak rm 500 yang Brazil takkan menang pun world cup ini tahun, amacam? sahut beb jangan tak sahut. Lagi satu juara tahun ini adalah Italy.

hanuman berkata...

mentang2 judi bola dh halal -.-

eleynashikin berkata...

sokong jerman, italy, cote d'ivoire ngan brazil.. salah satu, mesti masuk final..

sy x nak bet.. sy nak tgok org betting aje. nak gelakkan sape yg kalah. padan muke haha

Raiden berkata...

aku rase bagi la pengulas Libepul macam Dingin nie jadi kem Spain..team Libepul pon dah macam negara spain aku tengok..kurang2 bagi diorang merasa masuk Final dan menang Cup musim nie..hehe..MATADOR RULES!!

mizu_sama berkata...

france.henrry guna tangan masa final.kene kad merah.anelka score the only gol.assist by malouda.

iftitah berkata...

kenapa takde coverage champions league final?

Obefiend Weiland berkata...

aku tau jannah nak spain pasal dia suka Pretty Boy Torres

aku england tapi sudah kena ambik.. damn

in that case aku ambik NORTH KOREA

KIM IL SUNG!! You never walk roneryyyyyyyyy

sekian

Obefiend Weiland berkata...

honestly..... aku ambik Holland boleh?

pasal at least aku kenal player!

BWBABA

mfh berkata...

gua sokong holland.. siapa penulis kem holland?

Unknown berkata...

Huh, apa best sgt ngan Brazil?...group stage belum tentu lepas lagi...muahaha...

Aku amik Adira la....takpun ENGLAND...takpun Ayu Raudah...

Kuwe berkata...

Apa sayur sayur saja ni. Dasar pucuk ulam pegaga. Gaji lebih lebih takkan nak ulas sampai peringkat kumpulan ja ye dok?


Spain own u bebeh.

Popo berkata...

kalo host bkn kat europe..mmg harapan kt brazil jela..nmpk mcm tak kuat..tp bile worldcup balik2 brazil gak yg best..

gua up rm1.5k brazil champ ke 6..!!

mr. hafis berkata...

mana bungwahab?

[ a D D y ] berkata...

wa sokong Serbia dan Mexico..
wa letak 500 diorang sampai Quater Final..

Jarr berkata...

bungwahab dah sampai Afrika dah...dengar citer "gua" tak lepas masuk Afrika, sebab dia maki imigresen.typical "gua".....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...