ANDA SEDANG MEMBACA

31

Melabuhkan Tirai

LuciusMaximus Khamis, Mei 20, 2010 , ,
Setelah berbulan lamanya, bakar-membakar dan caci-mencaci antara satu sama lain, akhirnya kita tiba jua ke penghujung musim. Liga-liga bolasepak utama Eropah kebanyakannya sudah pun menutup tirai. Cuma tinggal Jose Mourinho saja yang masih belum memenuhi egonya dengan memenangi Champions League bersama Inter.

Sebagai penutup tirai musim ini, kita ulas kembali liga-liga bolasepak utama Eropah sepanjang musim 2009/10 ini.

Premier League
1. Chelsea
2. Manchester United
3. Arsenal

Musim 2009/10 memperlihatkan saingan liga yang agak luar biasa di England. Malah persaingan ini dilaporkan semakin panas dengan kewujudan Sokernet yang turut membantu membakar setiap pasukan yang bertanding.

Manchester United turun dengan matlamat untuk mencipta rekod menjuarai liga 4 musim berturutan. Chelsea pula membawa masuk Carlo Ancelotti sebagai pengurus baru dengan harapan untuk merampas kembali takhta liga. Di Emirates, Arsenal pula penuh yakin anak-anak muda mereka kali ini sudah cukup matang untuk bergelar juara.

Liverpool pula seperti biasa. ‘This Could Be Our Year’ versi ke-1,892.

Bagaimanapun ramalan Big Four meleset apabila muncul kebangkitan kuasa baru dalam susuk Tottenham Hotspur dan Manchester City, yang banyak berbelanja besar untuk memperkuatkan skuad mereka. Ia diburukkan lagi dengan prestasi Liverpool yang merudum jatuh musim ini.

Menjelang penghujung musim, saingan yang agak terbuka bertukar menjadi perlumbaan antara 2 kelab, Chelsea dan Manchester United. Arsenal yang bermula garang pada awal musim ketinggalan agak jauh malahan prestasi mereka agak goyah di babak akhir saingan. Arsene Wenger sekali lagi menyalahkan faktor kecederaan pemain.

Persaingan tempat ke-4 dan slot Champions League terakhir juga menjadi tarikan utama bila Spurs, Man City dan Aston Villa bersaing sesama mereka. Pengurus Liverpool, Rafa Benitez juga tidak mahu ketinggalan untuk tumpang sekaki dengan menjanjikan tempat ke-4 buat Liverpool. Beliau mengotekan janjinya kemudian dengan menduduki tempat ke-7 liga.

Di penghujung liga, Chelsea muncul juara dengan kelebihan hanya satu mata berbanding Manchester United. Arsenal menduduki tangga ke-3 seperti kebiasaan manakal Spurs muncul pendatang baru Champions League.

Liverpool hanya tinggal sejarah, di bawah Man City dan Aston Villa.

Tim faveret:
Chelsea muncul juara liga (dan juga FA Cup) dalam musim pertama di bawah Carlo Ancelotti. Mereka juga turut mencipta rekod baru dengan meledakkan 103 gol semusim dalam saingan liga. Didier Drogba muncul pemenang kasut emas dengan 29 gol, menewaskan mamat tumbukan padu ke udara.

Bundesliga
1. Bayern Munich
2. Schalke 04
3. Werder Bremen

Liga bolasepak terbaik dunia pada tanggapan peribadi aku tapi sayangnya kerana di Malaysia kita lebih mengikuti EPL, maka kurang laporan mengenainya di Sokernet.

Bayern Munich muncul juara Bundesliga (kejuaraan ke-21 mereka) dalam musim pertama di bawah pengurus Belanda, Louis van Gaal.

Saingan yang pada awalnya agak sengit berkesudahan dengan Schalke 04 di tangga ke-2 liga dengan 5 mata di belakang Bayern Munich. Werder Bremen mengisi slot Champions League terakhir di tangga ke-3.

Tim faveret:
Borussia Dortmund kembali memberikan saingan terbaik mereka setelah mencatatkan prestasi buruk musim lepas. Buat beberapa ketika di awal saingan liga, Dortmund dilihat sebagai salah satu calon kejuaraan liga tetapi persembahan mereka merosot di penghujung saingan liga. Bagaimanapun tangga ke-6 liga dilihat sebagai pencapaian yang agak baik dengan peluang beraksi di Europa League musim depan.

Primera Division
1. FC Barcelona
2. Real Madrid
3. Valencia

Macam di England, saingan La Liga musim ini memperlihatkan perlumbaan antara dua kelab. Real Madrid yang berbelanja mengalahkan Cik Kiah shopping raya sekali lagi kecewa apabila mahkota La Liga tetap milik FC Barcelona.

Valencia menduduki tangga ke-3 liga tapi mereka ketinggalan 28 mata di belakang Barcelona yang jelas menunjukkan betapa La Liga sudah berubah menjadi seakan duopoly seperti Scottish Premier League. Slot Champions League terakhir untuk Sepanyol diisi oleh Sevilla.

Tim faveret:
Atletico Madrid mencatatkan antara keputusan terburuk La Liga mereka apabila hanya mampu menduduki tempat ke-9 liga musim ini. Mereka kalah 17 perlawanan liga sekalipun dilihat antara kelab yang mempunyai barisan pemain terbaik di Sepanyol. Nasib mereka berjaya menumpaskan Liverpool dalam saingan separuh akhir Europa League dan seterusnya bergelar juara Europa yang pertama.

Serie A
1. Internazionale
2. AS Roma
3. AC Milan

Inter terus mengekalkan dominasi Serie A mereka buat musim ke-5 berturut-turut. Apa yang dimulakan oleh Roberto Mancini diteruskan oleh Jose Mourinho ketika Juventus dan Milan dilihat seperti menempuhi era kemerosotan.

Saingan kepada Inter dan Mourinho dilihat datang dari lelaki yang pernah diganti oleh Mourinho di Chelsea dulu, Claudio Ranieri. Beliau memimpin Roma untuk memberikan saingan hingga ke penghujung musim tetapi akhirnya terpaksa berpuas hati dengan hanya 2 mata di belakang juara liga tersebut.

Sampdoria membuat kejutan dengan mengisi slot terakhir Champions League sedangkan Juventus mengikut jejak Liverpool, tangga ke-7 liga.

Tim faveret:
Inter kekal kuasa bolasepak nombor satu Itali dengan merangkul kejuaraan liga ke-18 mereka. Ia diserikan lagi dengan kejayaan Double bila mereka menumpaskan Roma dalam Coppa Italia. Kini The Special One mengimpikan trofi Champions League untuk melengkapkan kejuaraan Treble buat Inter dan diri beliau sendiri.

Ligue 1
1. Olympique Marseille
2. Olympique Lyon
3. AJ Auxerre

Marseille menamatkan kemarau 18 tahun tanpa kejuaraan liga dengan memenangi Ligue 1 mengatasi Lyon dengan kelebihan 6 mata. Mungkin Liverpool boleh belajar dari Marseille cara-cara menamatkan kemarau kejuaraan liga ini.

Auxerre berjaya mengisi slot Champions League terakhir buat Perancis manakala juara musim lepas, Bordeaux hanya mampu menduduki tangga ke-6 di bawah Lille dan Montpellier.

Tim faveret:
Marseille kembali ke takhta liga selepas 18 tahun lamanya, sekaligus menyamai rekod 10 kejuaraan liga bersama AS St Etienne sebagai kelab yang paling banyak menjuarai liga di Perancis. Tapi sampai sekarang aku masih terkilan anak kelahiran Marseille, Zinedine Zidane tidak pernah pun bermain untuk Marseille.

Kem Jerman Membuka Gelanggang

Piala Dunia tinggal sekarton rokok lagi jauhnya. Aku macam biasa terus setia bersama Jerman selagi Malaysia belum melayakkan diri ke Piala Dunia dan dengan ini membuka kem Jerman di Sokernet secara rasmi. Mana-mana pengulas yang mahu satu kem dialu-alukan begitu juga para pembaca Sokernet sekalian.

Siapa yang undi Sepanyol kat sebelah, boleh blah!

Aku juga secara rasmi mengisytiharkan Sarah Brandner sebagai maskot dan simbol perjuangan kem Jerman di Sokernet.


Babe, Beer dan Bola, Trisakti 3B yang mengharukan

31 Ulasan:

Pet Shop Boys berkata...

First!! woo hooooooooo

Cob Nobbler berkata...

mana pipiyapong?lu kem argentina..gua tau..
bila nak buat?gua nak daftar ni..dah redi dengan wang pendaftaran dah ni..

SocketWorld berkata...

Sarah Brandner?
dia ada facebook tak?
Aku nak Add as a friend lah..
hahhahahahaha.

eJAI berkata...

aku ingat zidane lahir kat algeria..

Alexia Aqram berkata...

ni blog sokernet atau blog lucius ni?

memanjang lucy je post. yg len mana?

kanena macibai.

Fairuz berkata...

argentina argentina..

Unknown berkata...

gua sokong Italy.italy akan pertahankan piala..

Jarr berkata...

Walaupun gua admire Adolf Hitler, tapi wa harap Italy boleh pergi at least quarter final.Nama nak pertahan juara, gua tak nampak jalannya...Mungkin semangat Mussolini boleh memberi sedikit semangat diktator utk Italia.Tapi General Totti takde, gua rasa mcm Italy ayam jer tahun ni..lagi satu gua rindu nak tgk Senegal main..mana pergi Khalilou Fadiga, Camara, Bouba Diop dan Sharbinee Alawee.

Gua tak suka nak ckp ni, tapi gua nampak mcm German vs Brazil je final nanti...bosan.Kalau betul German gi final, gua pakai baju Fuhrer sebulan...kalau Italia, gua pakai baju Mussolini..amacam?

Unknown berkata...

"Rafa Benitez juga tidak mahu ketinggalan untuk tumpang sekaki dengan menjanjikan tempat ke-4 buat Liverpool. Beliau mengotekan janjinya kemudian dengan menduduki tempat ke-7 liga."

kenapa x meng"kote"kan janjinya je... si Shankly dh bersunat lum ni?? haha

iftitah berkata...

ze-german? letak gambar awek oktoberfest la baru best.

tapi aku rasa juara nanti the flying dutchmen, bukannya german.

adijaya berkata...

akhirnya, setelah sekian lama menunggu.. baru la ada rangkuman penutup musim. lucy memang best giler. penulis lain tolong lah buat preview team world cup. nak tahu juga update terbaru. sejak aku duk follow sokernet, memang tak baca kat tempat lain dah. nak cari info, klik terus masuk sini.

pastu, sokernet taknak bukak betting ke untuk world cup nanti? lesen dah lulus, kita try la. hehe. sorry kalau sensitif. isu judi ni byk yg marah. tapi kalau penyokong bola tegar, rasanya setiap org pernah 'judi bola' at least sekali. try ingat betul-betul. teh ais segelas pun kira judi juga tu. :)

Berto berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Shed Ultras berkata...

Allez les Bleus!!!...je jour pour love united...

aduh..Benzema kne drop plak...

sape suh pg madrid lgsung tanpa nyamuk kat bench..kalu diam kat Lyon msti gua da pggil lu..-Domenech

julu berkata...

jarr.. Sharbinee Alawee ek.. terbaik..

aku support spain, tp mcm x best bnyk player Barca.. haha..

brazil akan ke final..

paiseh berkata...

gua saport lu luci!!
ala2 sokong jerman biar sampai jadi Markus Warnecke~

Tanpa Nama berkata...

aku dah beli jersi germany dua2 kaler dah, tp siam punya la, sbulan lebih dok pakai jerni ni ja.

Raiden berkata...

jersi htam smart la Germany..Fuhrer Ballack takde, takpe kita ada Ozil!! Ballack versi no 8 konfem tak sial lagi macam no 13..kan2??

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

nederland oranje leeuwen...

Shank berkata...

_nmpk sgt jealous ngan liverpool. semua ayat ending & compare ngan liverpool. iow , Liverpool jd benchmark _penanda aras .syabas..

_gua suka sgt sgt sgt..ayat Encek Carragher .."Tak SUka ngan Liverpool boleh blah..
torres kah , mascerona kah, even gerrard sekali klu nak quit .. no problem .

_personal gua pilih ITALY.
_bisnis bookie gua pilih barzil, spain and italy in semi final.

tuan director berkata...

penuh dramatik
worldcup tak sokong mana2

iKHwAn berkata...

jerman??? hahahaha..

Jarr berkata...

jerman takde kredibiliti utk menang world cup tahun ni..the best chance they had, 2002.Ronjongos musnahkan impian dorang 2 biji..pastu dorang jadi feveret last 8 or last 4 jer..walaupun aku minat Italy (take note: bukan sebab WC2006), tapi aku tak rasa dorang bleh pertahan kejuaraan tahun ni..

firasat lemah aku mengatakan 10 pasukan top ranking fifa akan mampu utk compete world cup tahun ni..tapi semua top 10 ranking FIFA masuk ke?aku jahil skit bab ni...

SAUJANA HIJAU berkata...

meskipon maldini dah bertahun-tahun bersara..
aku tetap support italia..
hahaha..

strategi bertahan memang best,sebab aku main bola pun bes gila bertahan.boleh tunjal-tunjal kaki si striker.

Pet Shop Boys berkata...

Bundesliga best sebab boleh minum beer dalam stadium! Cheers!

eleynashikin berkata...

nantikan star german Olic beraksi dan si kacak Klose *_*

talkIZcheap! berkata...

Olic bukan main Crotia ke? dan Crotia tak layak la plak...

Spain ngn Brazil adalah Hot faveret... tp biasanya faveret tak menang WC...

Itali ada outside chance aku rasa, Lippi berjaya menyusun balik Itali yg agak merosot pada Euro 2008

England pada firasat aku, perlu ada luck yg cukup kuat untuk mara jauh, terutamanya takde injury pada first eleven, dan jmpa lawan cikai2 untuk 2nd round...

Aku harapkan kejutan dari Maradona, kui3...

apa2 pun, sapot lah South Korea, mereka ada Park Ji Sung!! :p

FreeMen berkata...

saya sokong Spain. tapi ada org x suka. terpaksalah saya sokong New Zealand. haha.

mizu_sama berkata...

france

Tanpa Nama berkata...

Luci...gua Chelsea sama ngan lu. Skali national team pun sama. haru. Deutchland!!!

Unknown berkata...

kasi tambah star kat baju germany thn nie...

TUKANGSERU berkata...

CHelsea=Germany...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...