ANDA SEDANG MEMBACA

16

Pemblogan Langsung Separuh Masa Kedua

LuciusMaximus Isnin, Mei 10, 2010
45 Chelsea memulakan separuh masa kedua selepas berpelukan dalam aksi penuh 'man-love'.

46 Cis terlupa bancuh kopi! Ada cubaan terkena palang yang aku terlepas. Cilakak!

48 Kad kuning untuk N'Zogbia selepas menjatuhkan A Cole.

50 Untuk musim depan aku cadangkan Kalou mencuba fesyen rambut baru.

51 Erikson di Stamford Bridge, apa barang? Capello pun ada juga. Ni macam petanda awal.

53 GOL! Kalou untuk gol ke-3 Chelsea. 1-2 yang terbaik bersama Lampard disudahkan oleh mamat Ivory Coast ini. Okay boleh kekalkan fesyen rambut tu musim depan.

56 GOL! Anelka menyambut baik bola lambung dari Ivanovic untuk 1st timer yang menghukum Wigan. Old Trafford apa cerita?

Higginbotham dilaporkan membantu menyumbat gol buat Manchester United sebentar tadi, sekian laporan Reem Shahwa.

58 Nampaknya musim EPL sudah tamat. Ancelotti memasukkan J Cole dan Belletti. Sembilan peminat Chelsea beratur untuk perkataan CHAMPIONS.

60 Ah Drogba dan kasut emas. Hampir-hampir menyumbat gol dalam gawang.

62 GOL! Tuah Drogba nampak di kepala. Lampard membantu Drogba selepas insiden perebutan penalti mereka separuh masa pertama tadi. 100 gol untuk Chelsea!

67 PENALTI!

68 GOL! Drogba menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan kasut emas milik beliau musim ini.

Untuk 10 minit berikutnya aku bergayut dengan awek Manchester United yang sudah mahu tidur berjersikan Manchester United saiz S. Dem!

Marion melaporkan Scholes sudah menerima kad kuning di Old Trafford. Tak mau main dah cakap je la tak mau main, jangan dok cantas kaki orang!

Maya Karin SMS, Rooney telah dikeluarkan. Cuba lagi tahun depan Rudeboy tumbukan padu ke udara! Takat tumbuk ke udara semua orang boleh, kan?

79 GOL! Belletti dengan through pass kepada J Cole ke dalam kotak. Tetapi rembatan J Cole ditampan oleh Kirkland hanya untuk bola muntah menjadi milik Drogba. Hat-trick untuk The Drog yang disempurnakan dengan keraian menggunakan tiang penjuru sebagai gitar bass. Malouda dan Drogba dilaporkan bakal menubuhkan kugiran ala Coldplay, dengan Malouda sebagai pemain dram dan Droba pemain bass. Terry berkemungkinan vokalis. Pemain gitar masih dicari.

Lisa Wong dari Old Trafford melaporkan Park Ji Sung sudah menyumbat gol. Tapi cara Manchester United meraikan jaringan macam tak semangat je.

84 Ancelotti bangun dan melambai kepada penonton di Stamford Bridge. Carlo is The King kata mereka. More than Special.

85 Petr Cech dengan tepisan cantik untuk rembatan luar kotak oleh Wigan. Clean sheet dalam perlawanan sebegini adalah ibarat buah ceri di atas kek cawan. Menambah seri kecantikan kata orang.

90 GOL! A Cole merembat bola dari J Cole. Perlawanan ini secara rasmi rekod kemenangan terbesar Chelsea.

Perlawanan di Old Trafford sudah tamat. Tabik hormat pada Red Devils atas cabaran yang anda berikan, hingga ke hari terakhir.

90+2 THE BLUES ADALAH JUARA!

16 Ulasan:

Unknown berkata...

sial...betul pulak aku predict 8-0

mdikhqoi berkata...

amek ko
8-0

aimantakkisah berkata...

tahniah chelsea, hgpa mmg deserve the title. kredit juagk utk manyoo kerana tak menyerah dgn senang2...

benazirjb berkata...

ohyeah

Dewajiwa berkata...

tahniah Chelsea.
GGMU..

ku.mahu.KAY.tahu berkata...

tk sabar nk dgr salakan2 manure pnye fans..
tgok kitab ape plak diorg nk pakai bg alasan pasni..
keh keh keh keh
XD

HafizChan berkata...

Boleh tak nak mintak hp number awek pakai baju saiz s tuh?

Tahniah...erk

GGMU

medi berkata...

YEAH!!! MANTOP R CHELSEA!!

bayam berkata...

Yeah kita membuat berbagai2 rekod malam nie... 100 over goal in a league beb!

City Laundry Cafe berkata...

congratz Chelsea...congratz M.U...coz berjaya tunjukkan bola sepak gaya inggeris pada 18 team yg lain....

its WORLD CUP time!!!!!!!!!!!!!!!!

Nina Nurziana berkata...

chelsea!!! anda memang terbaik!!!

phaz berkata...

semua orang salam,cepat..
season dah habis...

*semangat kesukanan..

world cup pulak pasneh...

Unknown berkata...

Err, kita kena respect team yang menang, nnt org cakap sore loser pulak (walaupun team aku mmg dah kalah dr awal)...

Tahniah Chelsea...

palytoh berkata...

tahniah..!! aku da kate.. good game kan.. pergh.. mantap2 la dua team ni main for the last game in this season .. tahniah for the blues..memang menang ada style gaya juara...

GGMU!

Raiden berkata...

Huhuuuuuuu!! Chelsea Juara EPL!!

Malm nie memang malam paling indah untuk Blues Fan..Tahniah kepada kesetiaan korang yang dah sokong Chelsea walaupun 4 tahun gersang takde EPL..Kita wajib enjoy!!

Okey, dan aku respek gak kat MU sebab bagi fight yang betul2 ummphh sampai last match..you deserve the praise, but Chelsea is the better team..season depan kita perang lagi..

KEEP-THE-BLUES-FLAG-FLYING-HIGH!!!!!

WE-ARE-THE-CHAMPION!!

Kap berkata...

sekarang tunggu Real pula.
hari hari akhir yang menyenak-kan dada.
harap satu team barca kena cirit birit.
peace!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...