ANDA SEDANG MEMBACA

76

Welcome To The Club!

Kem-kem Chelsea, Manchester United dan Arsenal di Sokernet meraikan ketibaan Tottenham Hotspur ke Big Four Club. Memang best dapat kawan baru yang tidak akan membosankan kita dengan cerita sejarah dan Bill Shankly!

Aku memang sudah lama menantikan ketibaan Spurs. Mereka memang ada potensi tapi tuah selama ini tidak menyebelahi mereka. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, kalau dah tuah letak di kaki memang tak bertuahlah jawabnya, ye tak?

Harry Redknapp memang macam Harry Houdini. Kalau dengan Portsmouth boleh jadi juara FA Cup, dengan Spurs pastinya boleh jadi pencabar kejuaraan liga. Aku yakin, hanya masa saja bakal menentukan bila.

Sementara itu, Manchester City bolehlah terus menggigit jari. Pak Arab nampaknya kenalah pam minyak lebih sikit untuk kumpul duit supaya Roberto Mancini boleh beli pemain lebih berkaliber lagi macam Pele, Diego Maradona dan mungkin George Best.

Itu pun kalau Mancini masih di Manchester.

Harap dengan kejayaan ini, Bart Bassong dan Saudagar Garam dari kem Spurs bolehlah bising-bising sikit di Sokernet musim depan. Sebab ada dengar ura-ura HR nak tutup kem Liverpool, buang karan katanya.

"Abang Torres, abang Torres nak pergi mana?"

Masa Roman Abramovich hantar SMS pada aku lepas Liverpool kalah dengan Chelsea hari itu, dunia belum tahu lagi pasal usaha-usaha murni oleh Chelsea untuk menyelamatkan masa depan Fernando Torres.

Entah macam mana Marion Caunter terbaca mesej tu, biasalah perempuan kalau tak kerja check handphone bukan perempuan namanya, dan kemudian gatal-gatal forward.

Ya memang ada usaha-usaha murni dari Chelsea untuk menyelamatkan Torres dari kapal yang nak karam. Malahan sekarang ni pun tengah nak atur kalau-kalau boleh selamatkan Steven Gerrard sekali.

Lucas kami biarkan. Mungkin dengan ketiadaan Torres dan Gerrard, Lucas boleh jadi lagenda baru Kop. Kopites suka benda-benda lagenda ni.

Sebenarnya aku lagi suka Sergio Kun Aguero. Tapi Abramovich cakap, kalau beli Torres lagi best. Serampang dua mata, menguatkan Chelsea dan melemahkan Liverpool.

Betul juga tu, alih-alih duit GBP70 juta tu nanti Liverpool guna buat bayar hutang je pun.

Ada orang cakap Manchester City pun nak beli Torres. Tapi kalau Torres pindah Eastlands apalah sangat, sama macam Liverpool je pun. Dua-dua kelab tak main Champions League musim depan.

Apa barang?


Tiang lampu nombor 15 ni memang cerdik, blah dari Liverpool dan dapat main Champions League

76 Ulasan:

Kamen Rider berkata...

rajen plak lucius update kali ni. hahaha

Jarr berkata...

dah nak abis season pon nak bakar kertas lagik Lucy?Lu mmg arr...oh ye, Torres takmo gi mana mana, dia sms Lisa Surirumah semalam.Dia suka warna merah Liverpool, cantik katanya.

SAUJANA HIJAU berkata...

best gak game semalam...bes gak kalau dapat gareth bale untuk chelsea..hehe

LuciusMaximus berkata...

Sampai ke World Cup aku bakar Jarr, jangan kau risau. Tak sampai hati aku tengok Kopites semua kesejukan tanpa piala...

Jarr berkata...

gua pasrah ngan statement lu sampai start season baru =|

Zinedine Zaiddin berkata...

Masa kat Liverpool, punya la x menyerlah..tup2 kat Spurs bukan main hebat beliau yer. nampak sgt Fara Benitez....humm..xpe la, abaikan aje. hehe

adijaya berkata...

kesian kat man city, beli player semua mahal. gaji plak toksah cerita. kesudahan? jadi cam liverpool, main europa. baik arsenal, beli player murah-murah, finish 3rd. setiap tahun main champions league. rileks je.

pakkordi berkata...

Steady shankly, steady. YNWA.

Raiden berkata...

adijaya, finish 3rd??xtentu lagi..Spurs masih bernafsu nak potong Arsenal nie..huhu..korang harap je la Fulham taruk 3rd team sebab Final Europa nanti..

talkIZcheap! berkata...

fan chelsea yg tak suka Man City beli player pakai duit banyak2? haw haw haw!!

got to taste your own medicine, aren't you? huhu...

btw, congratz Spurs, aku pon harapkan kem spurs bising skit season depan, and, aku rasa Crouch ok je kat Liverpool dulu, Fara yg tak mahu bg byk chance...

AbgBeCA berkata...

hahaha tak nmpak fan2 liverpool di sini

ChesterChaz berkata...

memetik kata2 jarr
"Dia suka warna merah Liverpool, cantik katanya.

warna merah manchester united pon ape kurangnye.. xpon wane merah kelantan.. haha

Obefiend Weiland berkata...

LONDON......... the center of english champs league power!

selamat datang happy harry.so long miserymerseysiders. haw haw

btw

korang ada layan berita ni? Fan Man City tatoo dekat tangan.

"European Champs League Winner 2011"

too soon man too soon. Fan City memang weng agaknya. Awal musim aritu ada fan tatoo KAKA pada lengan. sekali tak mai! HAHAH

http://www.manchestereveningnews.co.uk/news/s/1132137_city_fans_champions_league_tattoo__for_2011

K berkata...

tak puas hati aku dalam list poll - "pasukan manakah yang akan menduduki tempat ke-4 liga perdana inggeris 2009/10?" ni takde pasukan yg bakal duduki tangga ni. seriesli! kan?
nak vote kat sini boleh?
ASENEL!! haha

tuan director berkata...

arghhh torres takkan curang !

Jiraya berkata...

beli torres tak berbaloi memanjang injured tapi beli gerrard ada sinar baru untuk chelsea

RABUN berkata...

padan muka barry, tevez, santa cruz, ni semua player yang tolak lamaran Liverpool dulu, last last tak kemana gak pon, pi sarung jersey biru bapok tu buat per.

jumpa kat eurapa cup jer la, lek ahhh eropah gak tu, kalau masuk champion league tiap tiap taun tak menang tak guna gak macam chelsea n arsenal

http://rabunmerah.blogspot.com/

talkIZcheap! berkata...

gerrard nak gi chelsea?

patutla dah training dgn Drogba ari tu... :p

Tevez, how you must wish you're still a red devils, come back with half of your price, and have a seat at the bench, hehehehe... :p

there's only one champion in Manchester, and they are reds!

Raiden berkata...

Takyah le beli Torres, injured je memanjang, die sendiri ngaku main kat EPL memang ganas, demi keselamatan tak nak terlepas WC, Torres pura2 injured dan tak main baki musim takut kena tanjal dengan bonzer2 English nie diketuai Shawcross the Leg Breaker..

Just Muhammad berkata...

to obe..

WE will be back.... ggmu...

ade org kata chelsea xbole ckp dia kelab terbaik england sbb newcastle lagi banyak history dari chelsea ha ha ha.. lawak pun ade..

tayah nak bangga2 la..

LuciusMaximus berkata...

Talkizcheap,

Bukan tak suka. Tak kisah pun kalau Man City nak belanja GBP25 juta beli Badrul Bakhtiar, duit mereka jadi mereka punya suka.

Cuma kalau dalam kes Torres, agak pointless kalau Torres berpindah ke kelab yang senasib dengan Liverpool, yakni tidak layak ke Champions League. Walaupun mungkin kewangan Man City lebih stabil.

Memang Chelsea pernah belanja besar. Tapi sebelum era Abramovich cuba kau teka siapa yang belanja besar dari Chelsea dan dominasi EPL?

1993 - MU GBP3.75 juta untuk Roy Keane
- CFC GBP2.3 juta untuk Paul Furlong

2001 - MU GBP28 juta untuk Juan S Veron
- CFC GBP15 juta untuk Jimmy F Hasselbaink

2004 - CFC GBP24 juta untuk Didier Drogba
- Peminat Red Devils tak puas hati sebab Chelsea belanja besar

Hakikatnya Chelsea kena belanja bear untuk menyaingi MU yang telah berbelanja besar untuk 20 tahun lamanya. Dan dalam peminat MU merendahkan Chelsea kerana menjadi kuat atas faktor kewangan, mereka lupa yang mereka juga berbelanja besar untuk mengekalkan dominasi.

2008 - MU GBP30 juta untuk Dimitar Berbatov

Buenaventura Durruti berkata...

Spot on bro Lucy. For years these flat track bulies called Man United have been playing their own dirty game.

Sibuk mengata kelab lain belanja besar. Walhal yang sebenarnya kalau tak kerana juta-juta GBP yang keluar dari Old Trafford mustahil Man United boleh jadi champions.

Bola zaman sekarang, kena pakai duit.

Ni yang tengah hangat cerita Man United nak menculik player kelab lain. Pantang tengok ada kelab nak naik mula la tabur duit. Siapa dia dan kelab mana?

Luka Modric from Spurs. Dasar setan merah laknat!

I Am Legend berkata...

"Fergie is reportedly ready to offer former Spurs stars Michael Carrick and Dimitar Berbatov to Harry Redknapp in a bid to land Gareth Bale and Luka Modric."

yeah! fuck off man u! carrick ngan berbatov ada future masa kat spurs, masuk man u habis lingkup. skrg dah puas lingkupkan player 2 ekor ni nak trade in pulak dgn bale n modric?

betul, memang dasar flat track bulies! whose the glory hunter here? whose the one who bought their title here?

MANURE UNITED

Jarr berkata...

Pembakaran diakhir musim sangat berleluasa, saya sebagai kelab yg berada ditangga ketujuh, duduk memerhati sambil makan kuaci.

gua berkata...

baiii...M.U belnje besar utk seorang dua pemain..all this years mcm2 kejayaan dpt..tpi chelsea celaka sekali kaut kalu buleh nk 11 org sekaligus org bayar mahal2...ape ke bangsat...xde gak kejayaan yg nk dibanggakan sgt so far..sebelum ada abramovic chelsea mmg x kemana..

gua berkata...

woii legend..ko ni apa bangang sgt..club ko x nak menang apa2 ke? apa ke bahalul...nk menang kenalah ada player bagus..masalahnye skrg ni M.U x beli player ramai2 guna kekayaan club..beli berdasarkan talent n duit yg ada..kejayaan M.U selama ni byk disokong oleh player akademi..apa punya lahanat ko ni..

aranhellstorm berkata...

should copy NBA, kena capped perbelanjaan every team every season. barulah berdiri sama tinggi sama crouch duduk sama rendah dengan defoe.

2cents dari seorang fan kelab yang takde duit banyak, dan masih tak nampak hala tuju kelab season depan.

YNWA

ymn berkata...

jgn lupa ..

1 - karel paborski and jasper blomqvist
Antara rekod pembelian Man utd yg meletop!!

2 - Torres bkn owen or tevez or babitov. Torres dah bg tahu awal² klu dia move-dia x kan move inter-league. dia akn ke italy or balik spain.

3- Gerrard - typical reds. dia akan move klu dah tua or season kata org² bandel.

Union Equatoriale berkata...

mamat gua ni dari dulu aku tengok ada sama level dengan spesis keldai

Union Equatoriale berkata...

masalahnye skrg ni M.U x beli player ramai2 guna kekayaan club

- gila statement paling cikedis aku pernah baca. gua lu pergi main counterstrike balik la

Point of View berkata...

woiiii m.u. beli player guna credit card la bai!

Jarr berkata...

tak dorang beli pakai diamond ngan black card from AMEX...mcm Elton John beli private jet pakai AMEX..main swipe jer..apa dahal..kaya.

jamsarisabian berkata...

gua rse gua nk belanje gua nih makan but futsal dgn glove tinju..sape nk join gua belanje gua sile angkat tangan..hahaha..

Sham al-Johori berkata...

Spurs, sebuah dunia bola sepak baharu yang sedang diperhatikan. Tahniah Spurs..

Jarr berkata...

Gua for President!

Unknown berkata...

maksud gua tu, man utd tak beli player ramai2 sampai dah macam nak beli satu pasukan. punya la desperate nak menang cepat sampai overhaul satu pasukan. guna financial power owner untuk cantas offer lain2 team..

granted, man utd belanja besar untuk maintain dominasi. tapi kekayaan tu semua di generate after years of succes right? standard la tu, team dah success banyak menang, banyak la income. boleh la belanja mahal sesekali untuk maintain succes. takkan salah kot???

the thing is, ikhlas la cakap. takkan tak nampak kot seolah2 chelsea berusaha nak beli kejuaraan. ada nampak ke seolah2 man utd nak beli kejuaraan? SAF build the team from scratch.. at one point our bench was way much cheaper than what chelsea have on the bench! peace.

Just Muhammad berkata...

pergh.. wei dah carrick ngan berbatov tu men x bgs xkan nak simpan kowt.. pakailah akal uhh.. masuk man utd str8 jd flop?.. itu masalah player bkn kelab.. wei tgk cara carrick dan berbatov pun tahu laaa.... cuba ko tgk pemain man yoo mcm RONALDO DAN ROONEY... ade flop mcm 2 ekor tuh x?

80 million bai..... hasil dari MANCHESTER UNITED.... beli berapa million je bai...

ggmu...

gua berkata...

ada pun yg pndai nilai komen aku..malaihh nk reply komen2 bodoh dr fanclub bodoh2 nih...

Alke berkata...

dey....apeda gaduh Mu, chelski?!! Lucy buat entry mau bakar Liverpool....korang lak gaduh!!korang ni dah kena air carlsberg la ni!! tu yang mabuk nak bertekak je...dey!!! Ingat, menang atau kalah, we're on top 2, far better than liverpool....automatic Q for UCL lagi tu...apeda mau gaduh?? Know your enemy la tambi...

jamsarisabian berkata...

gua sgt bijak..sape setuju ngan gua yg gua sgt bijak dr fans len sile angkat tgn..hahaha..

Pet Shop Boys berkata...

Udah udahlah sembang Liga ni....meh concentrate pada World Cup pulak meh...

Buenaventura Durruti berkata...

Yadda, yadda, yadda!

Gua dan Hery, normal dalam mana-mana kelab bila ada perubahan mesti ada rombakan skuad. Arsene Wenger masuk Arsenal dia rombak, Rafa Benitez masuk Liverpool pun dia rombak.

Alex Ferguson masuk Man U, pun dia rombak skuad. Empat musim pertama kat OT, Fergie bawa masuk 11 pemain luar. Tapi mungkin korang tak ingat aku rasa sebab benda tu semua berlaku lewat 80-an. Dan kebanyakan peminat Man U hari ini di Malaysia mula menyokong Man U sejak 1993, semasa Man U menang liga selepas 26 tahun.

Pound for pound, memang jumlah yang Man U labur dulu sikit berbanding apa yang Chelsea buat sekarang. But please factor in the inflation and the fact yang harga player semuanya melambung naik semenjak 20 tahun ini.

GBP7 mil for Andy Cole mungkin nampak sikit tapi 4 tahun dulu its a British record. Under Fergie's tenure Man U set the British record for highest transfer fees paid 6 times! Chelsea on the other hand only once.

Total top 10 transfer fees paid by Man U - GBP213mil
Total top 10 transfer fees paid by Chelsea - GBP204mil

Fact:
Manchester United is the most widely supported English club in Malaysia

Reason:
They won their first title in 26 years on 1993, and proceed to win further 10 titles to date.

Reality:
Majority of their fans in Malaysia are glory hunters. They are not born in Manchester nor are they Mancunians. They love the Red Devils because they know year by year they will be happy with a club that win titles regularly.

Buenaventura Durruti berkata...

Oh by the way, aku fan Liverpool. Sebab apa Liverpool, aku membesar tahun 80-an, Liverpool tengah top so naturally rakyat Malaysia masa tu ramai suka Liverpool.

Aku tak kisah siapa-siapa nak sokong mana. Tapi jengkel rasanya bila ada fan Man U yang nak cantas fan lain macam Chelsea konon mereka ni glory hunter.

Kalau macam tu, sebagai fan Liverpool aku pun nak cakap fan Man U glory hunter, kerna korang membesar tahun 90-an dan Man U tengah top.

FACT!

Just Muhammad berkata...

Papepown aku bukan glory hunter kecik2 lagi aku da sokong manchester united..

tp mcm banyak je... fans chelsea yg glory hunter tahun nie har har..

gula-gula berkata...

memang sape pun xkn mengaku die glory hunter, sume konon true, hahaha..

Berbo berkata...

Reality:
Majority of their fans in Malaysia are glory hunters. They are not born in Manchester nor are they Mancunians. They love the Red Devils because they know year by year they will be happy with a club that win titles regularly.

penyokong team chelsea, liverpool, arsenal kat malaysia ni lahir kat mana pulak?

Oh Me berkata...

Glory hunters ?....aku prefer the word Poser or Trendy...

Jarr berkata...

ahmad hamidi, sila paham komen buena betul2,bukan maksudnye kita yg tak lahir kat sana takleh sokong.Trend menyokong itu yg dimaksudkan.

"Oh by the way, aku fan Liverpool. Sebab apa Liverpool, aku membesar tahun 80-an, Liverpool tengah top so naturally rakyat Malaysia masa tu ramai suka Liverpool."

make sense kan?Takkan fans Liverpool kat mesia nak mengaku Scousers walaupun lahir kat Sg Buloh?So kalau gitu, cuba kau define kan true fans tu mcm mana kriteria dia? :)

SFB berkata...

bertubi2 Liverpool kene minggu ni... huhu

Jimmy Stracqualursi berkata...

buenaventura, zaman 80-an dulu tv m'sia ade tunjuk liga inggeris tak?

Jarr berkata...

sfb - Lucy dah ckp sampai start season baru kena bakar, gua redha dan pasrah. :D

charlatans - kalau lu tanya gua plak, gua tgk 90an ade road to wembley, :D. kagum woo...Serie A pon ade time tuh...:D.
lagi pon wa kalau 80an, gua pandai main dlm baby cot je sambil mak gua suap nasi lenyek ngan kentang...wahahahahaha.

the alpha... 'that' berkata...

Tenkiu y'alls. Ok, agak agak next game, Fulham ada chance tak beat Arsanal??

gua berkata...

hahahahahah..dey machaaa! ni appa crita glory hunter lar,true fan lar,kira harga sekilo lar..bkn sume club mau glory ka? lu punya club mau no 8 tiap2 taun ka? bkn setiap season club mau champ ka? apa bangang punya statement..

Just Muhammad berkata...

alamk xde button like kat gua punyer statement pulak..

RABUN berkata...

aku sokong Liverpool selepas era kegemilangan mereka iaitu sebaik Liverpool memenangi liga terakhir, so aku bukan glory hunter la eh (apa benda alah glory hunter ni, main mestilah nak menang kebetulan MU guna slogan glory glory tu tapi dalam masa 26 tahun tak menang liga tu aku tak tau la dorang guna tak slogan ni ker tak)...

err maksud aku glory hunter tu tak salah ler..

Dan Liverpool aku sokong team yang tak menang menang liga, barulah penyokong sejati, itu pon masih sangkut piala piala besar cam CL 05 kalau penyokong MU, 2 tahun tak der piala mesti dah menyamar jadi penyokong bercelona lak

haa yang ni memang salah....

mengaku ker tak?

http://rabunmerah.blogspot.com/

Berbo berkata...

kalau true dapat apa weh?hahah.mentang2 sekarang fakta boleh copy paste

Jarr berkata...

kalau true wat la tattoo bangang mcm mamat man city tu...wakakakakakaka.tu pon dia duk birmingham sokong man city, hari2 kena kutuk ngan kwn2..jadinya apa yg aku nak sampaikan, true fans tak semestinya kau kena sokong org tu dari tahun brape ke tahun brape, dari jatuh dia ke bangun menang 800 league title.korang je yg tau korang ni fans mcm mana.mana ade org bleh kata kau true fans, aku fans lalang..sebab esok aku nak sokong Sembawang FC plak.buleh? :p

mr. hafis berkata...

nice one bueno.

jamsarisabian berkata...

ok..aku nk men ksr nih..

kpd gua yg bodo..lu yg mle2 ptk:

woii legend..ko ni apa bangang sgt..club ko x nak menang apa2 ke? apa ke bahalul...nk menang kenalah ada player bagus..masalahnye skrg ni M.U x beli player ramai2 guna kekayaan club..beli berdasarkan talent n duit yg ada..kejayaan M.U selama ni byk disokong oleh player akademi..apa punya lahanat ko ni..

aku nk ptk blk lu yg ngaku beli bdsrkn duet yg ade..ok..AM beli chelsea..dye kaye..bwk msk duet..so dye mmpu nk overhaul..so dye wat la..so xde point ttg nk beli 11 ke 22 plyer skali pown..lu kaye lu beli..x kaye x yah beli..xde owner or manager yg nk team dye klh..by hook or by crook..tu resam BPL kt england nun..jd x yah la ko nk poyo2 gampang bahlul sombong ko kte glory hu hunter la ape laa..man u ke man city ke liverpool ke hatta blackpool pown, kalo ade duet akn wat mnde yg sme..lu nk lu buat lu xnk lu diam..simple as that..bongok..

psl glory hunter lak, aku lbh ske gne istilah lalang..lg tpt..lalang ngn glory hunter x sme bai..sume org glory hunter tp x sme lalang k..piki2 kn slmt beramal..adios..

gua berkata...

tulah...toksah nk bangga diri true fan mana2 club..ko nk kata diri ko true fan, ckp cmtu nenek moyang sapa pun buleh ckp..unless ko mmg org sana xpelah,ni sokong dr jauh je,pastu duk sibuk psl sejarah club...ptuiihhh...

LuciusMaximus berkata...

Gua, kau boleh jaga mulut sikit tak?

dude berkata...

perghhh..mcm nk bergaduh..sabar2..dunia sume tu duniaa...

Pet Shop Boys berkata...

Kah kah kah kah...tak tahan aku GUA kena sound dgn Lucy....

mmg over Gua ni, memang patut pun kena sound hahah

Unknown berkata...

Gua..lu jgn emo bro.. nk emo p tmpt len la.
ntah2 Gua ni gadis kot..time period..biasalah. Lucy,..sabor jelah.

season dpn, Torres konpem jual.. gerrard biar lah dia main kat ctu, kalau x, sape nk bg through pass kat Drogba season dpn??

gua berkata...

ek ellehh..nk tercirit gua...

Jarr berkata...

@Lucy, lu ada taruk sila bergaduh dilaman komen tak tadi?Gua lupa nak check...besenye lu taruk kan? :D

udah udah la tu kawan2.."gua" statement kau kalau tanpa kata kata caci dan maki, ok sedap je dibaca.takyahla nak bangangkan org, tak elok arr bro..peace.

Raiden berkata...

pasal glory nie normal la, takkan korang nak tgok kelab korang terperuk masuk relegation period tiap2 tahun??

berbanding glory, aku rase istilah poser lagi tepat, nak sokong, sokong je la satu kelab, takyah la bermuka2 tukar team..tapi tu ikut suka ati la korang nak sokong macamane, sape korang nak sokong, pedulik hapa, yang penting korang tau korang nie jenis Fan ape..

Football nie hanya hiburan, kalo team korang menang CL 8 kali berturut2 pun, korang dapat ape?? hanya menang sorak dan kepuasan hati je..pastu wallpaper team julang piala boleh letak jadi backround laptop, thats all..

Peace to all Football Fan..

AbgBeCA berkata...

budus apa emo pasal bola,bongok2

talkIZcheap! berkata...

wey, jarr... first kata nak duk tepi makan kuaci, alih2 join jugak balas2 komen...

aku saje je nak bakar Lucy... tp best jugak bila org lain turut terbakar... Now I know how Obe feel when trolling... hehe :p

for Bart, ko buat la satu artikel, agak2 Spurs bleh potong Arsenal ataupun tak... haw!!

r.k berkata...

rombak player jadi isu ? kalau dah main tak bagus .. lu nak kekalkan player? lu ada capital advantage , tapi lu tak gunakan . kurang cerdik bukan ?

aiman dah bertambah matang , ghua kurang benci beliau . sekarang , ghua benci gua .

talkIZcheap! berkata...

nak sokong apa baru dikira bukan glory hunter? Burnley? diorang giant killers, kira cam ada jugak sikit glory-nya tu...

Portsmouth pun masuk final FA cup, kalo sokong Portsmouth pun nanti orang tuduh glory hunter jugak...

Fulham?

Kalau camtu sokong Liverpool atau Arsenal je la, confirm takde gelaran glroy hunter... Man City pun!

mfh berkata...

aku tak igt siapa yang tulis komen pasal glory hunter ngan lalang.. byk sgt komen aku malas nak scroll naik atas balik..

secara peribadi, aku setuju dengan komen tu..

semua org nak kelab yang dia sokong menang something.. so semua org glory hunter la..

yg aku tak suka ialah fan yang lalang.. memula sokong liverpool.. pastu tgk man utd kuat sikit.. sokong man utd.. pastu bila chelsea kuat sikit.. sokong chelsea pulak.. pastu tetiba bulan depan sokong barcelona.. ni inter masuk final champs league.. tetiba sokong inter pulak.. siap kutuk kelab lain bukan main lagi..

Wan Ahmad Faiz berkata...

ambo sokong kelate......

kareem berkata...

rilek sudah...makan nasik lagi best la...Pastu projek bini...Kan sodap...

keli berkata...

pening, pening.....gduh plak.Pe pun liverpool ttp menjadi pojaan hatiku.

Kap berkata...

gaduh hahhhh.

ini belum masuk liga malaysia, kena main negeri negeri. confirm perang saudara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...