ANDA SEDANG MEMBACA

43

ASTRO oh ASTRO

Obefiend Weiland Ahad, Jun 20, 2010 ,
Fenomena Bola Berbayar

Piala Dunia kali ini agak aneh bagi aku. Tak seperti edisi-edisi sebelum ini, siarang langsung piala dunia tahun ni memang ekslusif ditayangkan di ASTRO. Kalau memori aku tak sengal lagi, masa EURO 2008 hari tu ada la jugak tayang semua perlawanan di TV3, 8TV dan TV9. Mediaprima cukup channel untuk tayangkan kesemuanya. Entah kenapa bila Piala Dunia menjelma hak penyiaran televisyen terrestrial diberi kepada RTM yang sememangnya tak berkemampuan. Politik? Mungkin. Cable dalam? Mungkin juga. Apa yang pasti di akhir hari generasi muda dari kalangan tidak berkemampuan jugalah yang menjadi mangsa “exlusive broadcast rights” kepunyaan ASTRO. Tak dapat layan bola dari rumah seperti zaman aku kecik-kecik dulu. Maka tidak anehlah bila aku ke kedai mamak pagi tadi nampak budak-budak sekolah rendah disana. Pukul 2 pagi di kedai mamak! Apa nak jadi? Lepas kes Aminurayid kena tembak lepas balik tengok bola, masih ada mak bapak yang benarkan anak tidak mumayyiz melepak kedai mamak di dinihari? It's the sad case of suam suam kuku. Bila kes dah cool down mak bapak let down their guard dan kembali tak peduli apa anak derang buat luar rumah. Parenting for the new millenium!

Agak kurang sihat budak belasan tahun dibiarkan tengok bola sampai pagi buta. Aku masa umur derang dulu jangan haraplah keluar rumah lepas maghrib. Kalau balik rumah lepas maghrib memang kena tidur atas buaian luar rumah la aku jawabnya. Banyak kali juga aku terpaksa berembun pasal balik rumah lewat. Walaupun bukan salah aku bas dari Singapura kandas di tambak Johor akibat kesesakan lalu lintas. Tapi itulah house rules kedua orang tua aku. Their house ergo their rules. Ke aku yang dah tua kutuk tak boleh menerima yang budak zaman skang boleh keluar rumah sesuka hati regardless of how late (or is it early) it is in the day?

Nak salahkan siapa? Salahkan TV terrestrial kerana tak mampu nak beli hak penyiaran? Salahkan TV berbayar yang ada uwang dan kemudian letakkan bayaran tinggu untuk menikmati The People’s Sport. Kalau di UK hak penyiaran tidak ekslusif kepada SKYSPORTS. Piala Dunia masih boleh dinikmati rakyat kelas pekerja UK dengan menonton BBC dan ITV. Ini bersamaan menonton bola di RTM dan TV3.

“Tapi Obefiend gua tengok PUB penuh je ngan orang tengok bola kat sana. Apa bezanya ngan mamak Malaysia?”

Bezanya yang pergi pub tu semuanya legal age. 18 tahun keatas. Tak ada budak bawah umur tidak mumayyiz tengok bola disana. Itu bezanya. Orang rami ada option nak tengok bola dirumah secara percuma. Di Malaysia limited sangat matches yang ditayangkan di RTM. Bagi aku tagline “penyiar bolasepak rasmi piala dunia” yang diguna pakai oleh RTM adalah tagline lucu. Macam mana orang Malaysia boleh tak kisah dengan fenomenan TV berbayar? Ke kita as a nation are now used to the fact that you have to pay for everything. I call this the TOLL BOOTH mentality. Nak jalan elok? Bayar lah kalau nak pakai. Walhal sepatutnya jalan yang elok adalah hak asasi seorang rakyat. Why pay when it’s suppose to be yours? We are now accepting the fact that even the game for the people by the people can only be truly enjoyed by paying Ananda Krishnan. Huzzah kepada kapitalis.

Apa nak jadi?

Ada orang kata tak luak pun bagi kepada ASTRO. Siaran bolasepak dari penyiar tempatan tak bagus kata derang. Ye ke tak bagus? Aku rasa Shauki Kahar, Jalil Mat Dom dan Zainal Abidin Rauf lebih dalam knowledge bola derang dari Paul Masefield, Abbas Saad dan Tony Cottee. Ke yang bising ini datang dari orang yang CAUCASIOPHILIC dan BROWNOPHOBIC? Tak boleh terima show bola yang menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris selanga Malaysia? Kena ada accent dari Lahndahn dan Mersey. Kurap sangat ke analisis si Zainal Abidin jika dibandingkan dengan analisis Abbas Saad? Honestly speaking aku rasa analisis Abbas dan Tony Cottee semuanya macam sampah. Bukan analisis tapi lebih kepada pointing out the bloody obvious. Macam nak tampar kepala botak si Abbas “aku kaki rasuah” Saad bila dia muncul di TV.

Oh yes. Abbas Saad. Macamana si perasuah bola ini dibenarkan muncul di kaca TV Malaysia selepas penglibatan dia dalam skandal bola 1994 dulu? Kalau korang baca blog aku ,sudah aku tuliskan dalil-dali kenapa si Abbas ini tak sepatutnya diambil sebagai pundit. Macam mana match fixer par excellence macam dia boleh digaji oleh ASTRO?Adakah warga bola ASTRO semuanya buta sejarah? Lupa dosa besar si Abbas kepada bolasepak negara?

I reckon the last bit is the answer. None of you remember his sins so we let it slide. Either that or kerana dia Mat Salleh maka kita assume dia lebih tahu tentang bola dari orang kulit coklat, kuning dan hitam. Bloody hell. Maxis bangga dengan iklan COMITTED TO THE GAME derang. Tunjuk legenda bola Malaysia punya cukup. Sekali bila tengok telecast bola yang ditaja TAK ADA SORANG pun local pundit!

Committed to the game my arse!

43 Ulasan:

Cob Nobbler berkata...

OBE,EURO 2004 la.or 2008.It was World Cup in 2006.

Cob Nobbler berkata...

but anyway,your point is absolute hit the target.mentaliti toll booth ni datang dari seorang tua yang pernah jadi ketua kampung satu masa dulu yang gua malas nak ulas.ini sokernet,bukan harakahdaily..

anyway,pasal ASTRO or RTM,cuba lu orang tengok,macam mana hak-hak manusia diukur dengan wang.Kalau lu nak lebih banyak privillage,lu kena bayar,kalau nak free,silakan tengok channel analog dengan sound quality zaman John Lennon hidup lagi,dengan color yang gila babai teruk.Ni sama la dengan pornografi - takat bukak bra ngan bukak sikit panties,free - kalau nak lebih,lu kena bayar dan sediakan kredit card.

Anyway,sebenarnya rakyat boleh berkuasa kalau mereka bersatu.Masih ingatkah World Cup 1982?Siaran langsung ini ditaja oleh rakyat Malaysia?

Tapi,kalau rakyat semua bersatu di bawah Ananda Krishnan dan John Dykes yang terus mahu mengenglandkan dan mengcausiophilickan rakyat Malaysia,nko tak boleh buat apa.

That's why cadangan gua Liga Lembah Kelang kena gelak.Semua dah dienglandkan oleh John Dykes dan ASTRO.Gua dah buat proposal nak dibincangkan - sorang pun tak nak roger gua nak bincang macam mana nak initiate projek ni.Gua tak boleh buat kerja sorang-sorang.Gua perlu seluruh rakyat Malaysia menyokong.

Tapi kalau dah rakyat Malaysia suka tengok ASTRO yang berbayar,suka tengok Chelsea,Liverpool,MU dan Arsenal dari Cheras dan Gombak,tu gua tak boleh buat apa lah.

Obefiend Weiland berkata...

bloody hell typo

LuciusMaximus berkata...

Tapi RTM buat ulasan Piala Dunia, bila nampak bola Jabulani kat stadium terus cakap "inilah dia piala yang menjadi rebutan" dengan penuh konfiden

Obefiend Weiland berkata...

tu la aku cakap RTM tak mampu. asal tak bagi je ke mediaprima. dulu zaman TALK TALK BALL dulu best jugak.walau letak 3 awek clueless pasal bola at least ada eye candy. HAHAHA

aku paling ingat si Hasbullah. Game Argies vs Holland 1998

"Gol yang cantik dari Dennis BECKHAM"

HAHAHAHAHAH

rosak sial memori aku untuk gol baling MANTAP for 1998.

Kuwe berkata...

Tu lah. Kok ye nak bagi rtm semua. Bagi la option tv1 tv2. tv1 ada dokumentari ala ala canggong makyong, tv2 ada cerita kuno entah apa apa. Apa ke bangang lagu ni. Ni zaman indie zaman shuffle, update la sikit kemahuan penonton. Sedar juga aku, hari tu ada ke tayang ulangan germany. Sedang time tu brasil lawan north korea. Aapa gila.

talkIZcheap! berkata...

zainal abidin punya commentary adalah legend di Malaysia!!

LuciusMaximus berkata...

Aku rasa yang terbaik Dato Rahim Razali.

Kalau Dato Rahim, lelaki dengar senang hati, perempuan dengan lembut hati

LuciusMaximus berkata...

dengan=dengar

Kap berkata...

sikit punya marah, obe.

kalau abbas saad boleh, panggil sekali matlan marjan ke, faridzuan che hamid ke.
baru 1malaysia boleh!

Kap berkata...

aduh!

tak tahu pula kau dah cerita pasal depa (matlan & farid) dalam blog kau tu.

famous juga dia orang ek?

aku paling frust faridzuan lah. permata bola muda mudi wo. kecewa. kecewa. aku anti-kedah masa sekolah dulu, tapi sebab dia, aku tukar fikiran. hero pada aku. akhirnya!! kecewa!! kecewa!! Sampai sekarang aku tak mahu tengok muka dia!

Alexia Aqram berkata...

ESPN yg ditayangkan kat astro tak silap aku di broadcast dari singapore. bukan kat pusat penyiaran asia kat bukit jalil seperti yang selalu orang sangka. office ESPN Star Sport ada kat singapore. KL takde.

shebby ulang alik KL-singapore.

sebab itu pundit yg ada banyak mat salleh. abbas saad dapat citezen singapore tak silap aku. sebab tu media espn hire dia. takde kenan mengena dengan malaysia.

Astro hanya sebagai badan penyiar ESPN kt malaysia. edisi ESPN bahasa malaysia barulah di broadcast dari pusat penyiaran asia.

betulkan aku kalau aku salah.

Alexia Aqram berkata...

type error

citezen=citizen
kenan=kena

angeldream berkata...

kalau aku ada duit, aku dah peruntukkan dana utk blogger2 sokernet ni. pemikiran melangkaui batas. aku rasa korang ni lebih layak di ketengahkan dalam ruangan blogger dalam surat khabar tu berbanding hanis zalikha atau saranan salleh.

Obefiend Weiland berkata...

@AQRAM

siaran bola kali ini bukan under ESPN tapi under astro. derang handle 100%. pasal tu takde john dykes and co. the usual talking heads i mean

sure Abbas skang singaporean tapi muka dia muncul di TV malaysia. technically its culturally insensitive. dia memang antara big star yang rosak. sebagai fan johor dia hero aku dulu. bila dia merasuah hilang kepercayaan aku kepada bola.

@KAP

aku agree and as i said bila Faridzuan didapati bersalah memang hancur gak harapan ku. pernah jumpa dia masa duduk kedah. macam abbas dia pun hero bola aku.

tah kenapa semua hero bola 90-an aku sampah belaka.

last last ambik Darren Stewart (defender johor) jadi hero. pasal masa tu aku main jadi defender! HA HA

Cob Nobbler berkata...

angeldream:kalau kau ada duit..
haha..memang dreamer la lu ni..hahaha!

anyway,obe,did anyone ambik iktibar what happen at world cup 1982?bila kerajaan malaysia(in that time don't have mediaprima or astro) refused nak siarkan world cup?

rakyat bersatu beb.haha!sekarang kalau gua nak cakap perkataan bersatu nak adakan "siaran langsung ini ditaja oleh rakyat malaysia",gua kena gelak bai.

orang lagi selesa tengok iklan oligo koko atau iklan syampu clear dengan muka si poyo cristiano ronaldo.

MOFASAD berkata...

gua setuju...

pakkordi berkata...

Kat UK pun, game EPL dalam skysports sahaja. Ini perkara biasa. Dalam terma ekonominya, price discrimination. Boleh lah kerajaan collect cukai melalui income Astro. Cukai ini akan digunakan untuk kemakmuran rakyat.

Besi Karat berkata...

oh aku rasa sangat bertuah kerna tidak pernah melanggan astro.nasib baik setiap kali perlawanan aku tgk kat mapley.bila perlawanan rehat,dengar orang2 kat mapley berborak rancak ulas perlawanan.ada yg bersungguh2,ada yg merapu sampai mengaku dia cris ronaldo.haha!lagi bagus dari dengar suara pengulas dekat tv.

Unknown berkata...

btol btol btol..
aku yg kat thailand ni pon boleh tgk world cup kat local channel.xperlu utk ade true vision a.k.a mcm ASTRO utk tgk world cup.Smua perlawanan live walaupon pengulas buat ulasan game dlm bahasa dorang.aku xkesah tentang bahasa as long aku dpt tgk world cup and its free.just kene bayar bil electric aje laa hehehe.kenapa laa kat malaysia perlu kene ade ASTRO baru dpt tgk smua game.Klau harapkan RTM mmg sampai abis world cup laa xdpt tgk smua game.

talkIZcheap! berkata...

hahahaha!! irony, irony...

sorry, off topic, but I can't help myself...

ok, ignore me, carry on...

Obefiend Weiland berkata...

@PAK KORDI

tapi epl matches highlights ada je dekat MOTD

tak pernah miss aku MOTD dulu masa ada Desmond "the 'tache" Lynam. malaysia? highlight pun deka ASTRO! Football Italia pun ada kat Channel 4.

as for ECL, ITV tunjuk free. kat malaysia dulu TV3 tunjuk ECL. Skang? NO more. ASTRO lagi

what footie yang free kat malaysia? Hanya liga super. itu pun live game mendak

Alexia Aqram berkata...

abbas saad, darren stewart, ervin boban. trinity of johore.

nasir yusof, khalid shadan, rizal sukiman. knights of johor.

omar salim? mana pegi mamat ni?

Obefiend Weiland berkata...

nasir yusop siap ada boot lotto the professor khas untuk dia

jual kat Holiday Plaza. Nak beli takde duit

nostalgia sial!

Saudara Yeop berkata...

rasanya x perlulah RTM bolot hak penyiaran sorang2.....
elok la diorang duduk semeja dgn Media Prima berbincang utk sama2 mendptkan hak penyiaran......
contohnya, sehari ada 3 game, selang-seli lah RTM dgn Media Prima tunjuk.
Baru fair and square....
(Hanya pandangan peribadi) :-)

Alexia Aqram berkata...

lama dah tak pegi holiday plaza obefiend. syurga CD cetak rompak zaman dulu. kedai beriani sedap yang kat ground level tu pun dah takde.

boot tu jual kat kedai al-ikhsan?

lyssa berkata...

ak mmg betol2 bengang ngan RTM..penyiar rasmi konon..tp siaran sumer tertunde je..klu ade pon nti mlm ulang lg..sdgkn bleh je klu nk wt sianran lgsg next match..aetahu ak WC yg sblm ni TV3 ade je wt liputan..mmg kali ni ak rase cam sgt ntahpape..

Obefiend Weiland berkata...

aku tak ingat samada nama kedai tu alikhsan. tapi kedai pintu dia luar mall. sebelah tangga depan bus stand. satu deret dengan kedai sewa game nintento famicon RM5 sejam. balik dari EC dulu aku naik bas 211 atau 51 dari seget. drop dekat HP pastu main game. pastu balik

umah aku kat kebun teh je. tak jauh dari HP. 1 km je kot. jalan la balik sambil minum CAPRI SUN OREN

niceeeeeeeeeeee

Alexia Aqram berkata...

giler memori EC. musuh ketat SDJ.

aku tak reti la nak lepak HP sgt. lepas balik sekolah, lepak terminal larkin sampai lebam. kat sana ada kedai game. takpun pegi jamming kat larkin jaya. kalau gian sgt pon, pegi komtar usha-usha awek SETA.

tu je lah.

eh, ni ape jejak kasih memori silam? ni blog bola la obefiend. EC tak kuatlah bola! Booo!

brandon flowers berkata...

ui best la post ko kali ni

Tanpa Nama berkata...

RTM memang muka tak malu. Kalau bab self proclaim, mmg tak kalah! Tapi realitinya, canggung tak perlu susah payah nak suluh!

julu berkata...

idea korg mmg best..
tp kalo politik n pemikiran rakyat kite tetap mcm tu jek.. mmg hampeh...
tp boleh jek kite start dari blog ni..
kite wat perubahan..

Nore berkata...

Obe,

John Dykes dah tak dengan ESPN Starsports dah.Dia dah pindah balik UK. Ni news dia..

http://www.dailychilli.com/sports/5-sports/2771-espn-star-sports-and-john-dykes-agree-to-part-ways

Obefiend Weiland berkata...

@NORE

trimas atas informasi

@AQRAM

SDJ shial. aku ngaku EC bola dia suck. tapi EC sekolah hoki la bro. Douglas Gomez si lagenda!

aku kalau lepak larkin lepak dekat Perpustakaan Sultan Ismail. lepas baca buku lepas tu makan kat restoran fatimah. kah kah.

biar la bernostalgia. johor mmg terbaik.

Adam Ruslan berkata...

Err, aku rasa Obe miss the point yang AhTERUK-ARENA 801 ada menyiarkan beberapa siaran langsung Piala Dunia dengan Pundit dan Pengulas tempatan Malaysia. Yang mana kita boleh tekan butang (I-II) masa game untuk ubah ulasan ke Bahasa Inggeris, heheh.

Semalam game Itali-New Zealand diulas oleh Azlan Johar (Coach Soccerkids / Bekas Pemain Malaysia 83-86).

Beliau menyebut Mauro Cameronesi sebagai KAMERONSEY. 2-3 kali dia ulang, aku fedap dan kalih cenel 805. Haha.

Lenkali gi Mamak, try la suh dia kalih cenel ARENA 801.

Azlan Zed berkata...

committed bayar bulan2 kot? haih...

Pet Shop Boys berkata...

hahaha kenapa bila ada isu pasal kapitalist aku macam boleh agak siapa yang akan komen first...si Holden Cather in Rye...

Obefiend Weiland berkata...

@AMANI

dah habis sukma baru ada

sebelum ni takde

so i am still right

Ocen berkata...

@amani
lg satu org pertikai kenapa astro...siaran berbayar

Cob Nobbler berkata...

@pet shop boys:

Bagus lah kalau nko dah tau aku punya political view.

Juanito berkata...

doh, aku dak taman suria...ad org kebun teh rpenye. area kt ngn masjid ke, kat2 ngn jambatan kt smpg, jln nk ke holiday plaza/sekolah agama kbun teh?

Zinedine Zaiddin berkata...

Itu bukan pundit duh..itu namanya PUNDEK! Hahaha

zeidalqadri berkata...

obe, kau salah eja subscribe dekat "Subscribe to This Blog" kat blog kau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...